You are on page 1of 5

VKMB 1021 – PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

1.0 Tajuk Latihan :


Cari Gula – Gula Dalam Tepung

2.0 Masa:
15 minit

3.0 Alatan :

BIL ALATAN KUANTITI


1 TEPUNG 2 KG
2 GULA - GULA 2 BEG (100 BIJI)
3 KERUSI 4 BUAH
4 PINGGAN PLASTIK 40 PCS
5 CAUTION TAPE 1 GELUNG
6 KON 10 BIJI
7 WISEL 2 BIJI
8 JAM RANDIK 2 BIJI
9 AIR MINERAL 8 BOTOL (1.5 ML)
10 GOOGLE SPEC 4 PCS

4.0 Prosedur

Peserta akan dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil


Setiap kumpulan kecil terdiri daripada 5 orang peserta
Setiap peserta perlu berbaris mengikut kumpulan masing – masing
Peserta perlu menunggu arahan daripada pengadil sebelum memulakan pertandingan
Setelah pengadil meniup wisel, peserta pertama di hadapan barisan perlu berlari ke arah
kerusi yang telah disediakan
Peserta perlu meniup tepung yang berada di atas kerusi hingga menjumpai gula-gula yang
terdapat di dalam pinggan berisi tepung.
Peserta perlu mengambil gula-gula tersebut dengan menggunakan mulut dan memasukkan
gula-gula tersebut di dalam pinggan berasingan yang disediakan.

Page | 1
VKMB 1021 – PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

Peserta perlu melakukan permainan ini secara bergilir-gilir dengan ahli kumpulan masing-
masing.
Gula-gula yang terdapat di dalam pinggan berisi tepung itu adalah sebanyak 10biji.
Peserta perlu kembali ke garisan permulaan mengikut laluan yang disediakan
Peserta dilarang sama sekali melalui laluan kumpulan lain
Kumpulan yang berjaya mencari kesemua gula-gula dan memindahkan ke dalam pinggan
berasingan terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang atau pemenang ditentukan
berdasarkan kiraan masa terpantas.

PELAN LAKARAN PERMAINAN

XX XX XX XX

PINGGAN KOSONG

PINGGAN BERISI GULA-GULA

Page | 2
VKMB 1021 – PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

5.0 Falsafah

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) ini diadakan adalah untuk memupuk semangat
kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti
permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif
dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini
juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok
menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

6.0 Rumusan

Diharap agar aktiviti LDK yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada para peserta.
Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai
matlamat permainan LDK ini dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. LDK
dapat membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat
membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Selain itu, permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokkan kepada
para peserta. Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan
mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-masing.

Page | 3
VKMB 1021 – PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

7.0 Lampiran

Page | 4
VKMB 1021 – PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

8.0 Rujukan

http://www.cikgushare.com

http://skbatupayung.blogspot.com

http://documents.tips

Buku Rujukan Ilmiah : 50 Permainan Bahasa Arab, Mohd Izzat Hilmi (2003)

Buku Rujukan: Kemahiran Hidup Bersepadu, Mohd Adib Rajai’e Rusli (1999)

Page | 5

You might also like