You are on page 1of 46

HUBUNGAN ETNIK

PERANAN KERAJAAN &


MASYARAKAT
Oleh :
wan nur amalina wan mansor
NOR HASYMAH BINTI MALEK
PERANAN KERAJAAN
DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK
PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK
a) Pengwujudan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi
• MAGERAN ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969
• Pada 1 Julai 1969, dibawah seliaan MAGERAN, Jabatan
perpaduan Negara telah diwujudkan untuk menangani
isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan
masyarakat di negara kita
• Selepas MAGERAN dibubarkan, Majlis Penasihat
Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada 23
Februari 1971.
• Ia bertanggungjawab bagi memupuk dan
memelihara perpaduan antara kaum di negara
ini terus diletakkan di bawah pengawasan
Jabatan Perpaduan Negara
• Kerajaan telah merangka pelbagai dasar semenjak
selepas merdeka sehingga kini bagi menjamin
perpaduan hubungan pelbagai etnik.
• Dasar yang dimaksudkan ialah dasar Pendidikan
Kebangsaan, dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan
Dasar Ekonomi Baru.
• Dasar2 ini diperkukuhkan dengan memperkenalkan
Rukun Negara sebagai ideologi Kebangsaan.
b) Strategi Politik : Persefahaman
• Melalui perlembagaan Malaysia persetujuan termaktub
dalam bentuk lambang-lambang negara, hak setiap
kaum, kuasa kerajaan negeri & persekutuan.
• Ia sebagai wahana bagi segala pemupukan identiti
nasional, perpaduan antara kaum dan keturunan serta
integrasi antara wilayah
• Langkah keselamatan dan undang-undang
memainkan peranan penting

 mengawal dan mencegah pertubuhan yang


memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum
atau agama daripada melakukan kegiatan yang
boleh menjejaskan keharmonian antara kaum

• Pembentukan parti-parti politik antara kaum

 Contoh : Barisan Nasional


c) Strategi Ekonomi
• Objektif utama ke arah pencapaian perpaduan
adalah mengimbangi kedudukan dan taraf
sosioekonomi antara kaum dan wilayah serta
mengurangkan pengenalan kaum dalam satu-satu
sektor ekonomi.
 Beberapa perkara harus diambil kira dalam strategi
ekonomi ;-

1) Pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan


wilayah perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana
pihak.

 Penjelasan yang sewajarnya hendaklah diberi


oleh semua pihak supaya salah anggapan dapat
diperbetul dan dapat dibendung
2) Program pembasmian kemiskinan dilaksanakan
tanpa mengira kaum

3) Sektor swasta digalakkan memainkan peranan


lebih aktif dalam usaha mengimbangi kedudukan
sosioekonomi antara kaum & mengurangkan
pengenalan kaum dengan kegiatan ekonomi
d) Strategi Pendidikan
• Peranan sistem pendidikan meliputi aspek
menyediakan persekitaran serta kemudahan
sosialisasi di kalangan sebilangan rakyat Malaysia
• Dalam mencapai usaha itu beberapa aspek perlu
diberi perhatian :-
1) Menggalakkan wujud sistem satu persekolahan dari
peringkat pra hingga universiti
2) satu bahasa perantaraan

3) kurikulum dan kokurikulum yang seragam

4) peperiksaan yang sama sekaligus jenis pensijilan


yang mempunyai pengiktirafan yang sama
5) Penyediaan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara
ini di peringkat sekolah menengah dan rendah
6) Sekolah satu kaum sahaja (SJK) diberi peluang
untuk berinteraksi dengan pelajar serta guru sekolah
kebangsaan melalui penyertaan acara sukan dan
kokurikulum, acara sosial, khemah kerja dan sbgnya.

7) Kurikulum sekolah rendah dan menengah diberi


tumpuan dalam aspek pembinaan negara bangsa dan
sejarah negara, budaya dan adat resam kaum2 di
Malaysia, agama dan kepercayaan utama negara
e) Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
• memupuk rasa harmoni dan perpaduan antara berbilang
kaum
• membantu semua kaum dapat berkomunikasi dengan baik
tanpa sebarang prasangka
• mengembangkan kemajuan dan penggunaannya dalam
semua bidang
f) Strategi Agama
• Semua rakyat bebas menganut agama masing-masing
• Selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam
perlembagaan dan Rukun Negara
• Sensitiviti agama haruslah dipelihara dan pengembangan
sesuatu agama kepada penganut agama lain tertakluk kepada
peruntukan mengenainya dalam Perlembagaan dan undang-
undang
g) Strategi Kebudayaan
Lahirnya kebudayaan nasional akan membangkitkan
kebudayaan yang menjadi hak milik bersama rakyat
tanpa mengira kaum dan agama, dan wilayah
Ia menjadi asas kepada pembinaan jati diri nasional
dan perpaduan negara
• Kebudayaan nasional berteraskan kepada 3 prinsip dalam
DKK :-
1) Kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan
kebudayaan rakyat asal rantau ini
2) Unsur-unsur kebudayaan lain yang dianggap wajar dan
sesuai boleh diterima menjadi unsur kebudayaan
kebangsaan

3) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan


kebudayaan kebangsaan
h) Strategi Integrasi Wilayah
• Kedudukan geografi serta nilai sejarah yang sama melahirkan
integrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat Sabah Sarawak
dan Semenanjung Malaysia
• Penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan dan
pengangkutan
• perluasan sistem radio dan televisyen nasional di S&S
pergaulan dan interaksi yang lebih luas antara rakyat
kedua wilayah
pengetahuan yang lebih mendalam mengenai adat resam
dan kebudayaan masing-masing
penjelasan salah tanggapan dan masalah yang timbul
dalam bidang sosioekonomi
Pengintegrasian antara bandar dan luar bandar turut diberi
perhatian agar kemajuan ekonomi dan prasarana dpt
dikongsi secara adil dan saksama
i) Strategi Keselamatan
 Meliputi 2 aspek :-

a) Pencegahan dan pemulihan

 melibatkan usaha mencegah daripada


berlakunya ancaman keselamatan negara
ataupun ketenteraman awam yang terbit
daripada konflik antara kaum, agama dan
perhubungan persekutuan dan negeri
 merangkumi penguatkuasaan sekatan-sekatan di
sisi undang-undang ke atas kebebasan bercakap,
berhimpun dan menubuhkan persatuan, tahanan
preventif, penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan,
kawalan akhbar, buku dan penerbitan melalui undang-
undang berkaitan.
 Melibatkan angkatan tentera, polis, Ikatan Relawan
Rakyat (RELA), Rukun Tetangga dan pengisytiharan
darurat.
j) Strategi Pembangunan Kawasan
• Pemajmukan penduduk di sesuatu kawasan kediaman
• Penubuhan Jawatankuasa Penduduk seperti Rukun
Tetangga dan penganjuran aktiviti yang melibatkan semua
penduduk tanpa mengira kaum dan agama
• Prasarana seperti dewan serbaguna, dwn komuniti

• Pengwujudan perumahan pelbagai kos bagi mengurangkan


jurang sosial di kalangan masyarakat.
k) Strategi Penggunaan Tenaga Manusia
• Majikan tidak harus mengambil pekerja berdasarkan
bangsa, budaya dan agama.
• Majikan harus menerapkan pelaksanaan dasar syarikat dan
aktiviti yang bersifat perpaduan
• Bertanggungjwb melaksanakan setiap dasar yang telah
digubal oleh kerajaan seperti penggunaan bahasa
kebangsaan dalam urusan syarikat
• Pemupukan nila-nilai murni
l) Strategi Media Massa
Perkembangan media berlaku dengan pesat
Memainkan peranan penting mewujudkan perpaduan
dengan penyampaian maklumat yang benar dan tepat
Wadah internet juga harus digunakan sebaik
mungkin
• Syarikat swasta mempunyai tanggungjawab sosial
dalam memupuk perpaduan negara dan integrasi
nasional.
• Pengawalan etika kewartawanan; sikap
bertanggungjawab dan peka apabila menyentuh dan
melapor perkara
MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
• Bagi membolehkan sekolah kebangsaan sebagai sekolah
pilihan, profesion keguruan dipertingkatkan
• Semangat perpaduan di peringkat sekolah dengan
memperkasakan sekolah kebangsaan boleh dijalankan
seperti berikut :-
1) Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda
masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran
bahasa Mandarin dan Tamil

2) Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan


interaksi antara golongan etnik

3) Mengadakan lebih banyak aktiviti dengan golongan etnik

4) Mengadakan progran interaksi antara sekolah dengan


lebih banyak lagi;meningkatkan kemahiran berinteraksi
SEKOLAH WAWASAN
• untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi
nasional.
• mempunyai bahasa pengantar yang berbeza di sebuah
kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan yang sama
(dewan, padang kantin dan sebagainya)
• Memberi peluang yang luas untuk bergaul dan berinteraksi
antara etnik
PERANAN MASYARAKAT
RUKUN
TETANGGA

RUMAH
TERBUKA
BUDAYA ZIARAH-
MENZIARAHI

MASYARAKAT

PENERIMAAN
BUDAYA
PERANAN NGO

PROGRAM DI
INSTITUT
PENGAJIAN
TINGGI
RUKUN TETANGGA - DAHULU
• Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975
bertujuan membolehkan rakyat sendiri mengawal dan
menjaga keselamatan kawasan kediaman
• Skim ini dijalankan berikutan penguatkuasaan
Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga 1975).
• Terdapat empat sayap utama Rukun Tetangga iaitu
Tunas Jiran (bagi masyarakat berumur bawah 15
tahun), Jiran Muda (bagi remaja dan belia), Jiran
Wanita (bagi kaum ibu dan wanita), Usia Mas (bagi
warga usia emas).
2003
• Rondaan di kawasan setempat telah diperkenal semua.
• Meluaskan peranan Skim Rukun Tetangga dengan pendekatan 2000
pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian
hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan
• Menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan 1 Januari
kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. 1983
• Tujuan: memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat dalam sesuatu tempat.
TETANGGA
PINDAAN-PINDAAN KEATAS RUKUN
RUKUN TETANGGA
• Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun
Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara.
• Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan tujuan
untuk membolehkan penduduk setempat
berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi
masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan
hubungan diperingkat akar umbi di antara
pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat
pelbagai keturunan, adat dan budaya.
RUKUN TETANGGA – KINI
• Visi : Membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia
yang bersatu padu dalam konteks pencapaian wawasan
2020.
• Misi : Memupuk kesefahaman dan tolak ansur ke arah
pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta
beridentiti sendiri.
• Moto :Bersatu Teras Maju.
• Objektif : Memelihara, meningkatkan dan mengukuhkan
perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan
dasar-dasar pembangunan Negara berlandaskan
Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Tetangga.
RUKUN TETANGGA – KINI SAMB.

• Dalam usaha memastikan dan mencapai matlamat


Rukun Tetangga terdapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
• Aktiviti sosial – kunjung-mengunjung semasa musim
perayaan.
• Aktiviti pendidikan – pendidikan tidak formal, kursus –
kursus dan ceramah-ceramah dalam pelbagai bidang.
• Aktiviti sukan – sukaneka, sukan air, sukan tradisional
dan sukan rakyat.
• Aktiviti rekreasi – ekspedisi, kembara, perkhemahan
dan perkelahan.
RUKUN TETANGGA – KINI SAMB.

• Aktiviti kesihatan dan alam sekitar – ceramah - ceramah


dan kempen-kempen kesihatan dan kesedaran alam sekitar.
• Aktiviti kebajikan – lawatan ke rumah warga tua dan anak
yatim, sumbangan kepada, kerja-kerja amal dan bantuan. 
• Aktiviti keagamaan – ceramah, forum keagamaan dan
sambutan hari kebesaran sesuatu agama.
• Aktiviti kesenian dan kebudayaan – kelas-kelas seni tari,
kraf tangan, dan kelas alat muzik tradisinal.
• Aktiviti ekonomi – program pertanian, pembuatan kerepek
dan jualan kraf tangan.
RUMAH TERBUKA
• Dari sekecil-kecil rumah terbuka yang dirancang oleh sesebuah keluarga
hingga sebesar-besar rumah terbuka yang diatur oleh sesebuah
jabatan.
• Kepentingan rumah terbuka merupakan galakan mewujudkan
hubungan yang baik antara jiran-jiran terutama jiran yang berlainan
etnik dan menyemarakkan amalan kunjung-mengunjung.
• Sebagai contoh tatkala orang melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri,
etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai etnik lagi dapat
berkunjung ke rumah orang melayu dan begitulah sebaliknya.
• Ketika berkunjung ke rumah terbuka, etnik lain dapat merasa juadah-
juadah istimewa yang hanya disediakan ketika sesuatu perayaan itu
disambut seperti ketupat, lemang dan rendang ketika orang melayu
menyambut Hari Raya Aidilfitri.
RUMAH TERBUKA SAMB.

• Rumah terbuka berperanan dalam mengekalkan keharmonian hubungan


etnik dengan cara sesuatu etnik menjaga sensitiviti etnik lain.
• Contoh: Etnik Cina akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada
etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu
sambutan peryaan Tahun Baru Cina. Etnik melayu pula tidak memakai
pakaian berwarna hitam ketika berkunjung ke rumah etnik Cina yang sedang
menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
• Hal ini menunjukkan perasaan mengambil berat dan kefahaman tentang
budaya sesuatu etnik.
• Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa
terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami dan menghormati
budaya masing-masing.
• Amalan ini membuktikan integrasi sosial dalam masyarakat begitu tinggi
walaupun berlainan agama, bangsa dan kebudayaan.
PENERIMAAN BUDAYA
• Budaya berperanan dalam menjamin keharmonian

hubungan etnik dengan etnik berlainan memahami

dan cuba menyerap budaya etnik lain disebabkan

kebudayaan setiap etnik berbeza-beza.

• Budaya Kebendaan
– Etnik bukan Melayu segak mengenakan baju kurung dan

baju Melayu terutama pada hari Jumaat.


PENERIMAAN BUDAYA
• Budaya Bukan kebendaan
– Etnik Melayu sudah pandai memasak nasi ayam

yang pada asalnya milik etnik Cina.

– Etnik India kini juga boleh mempelajari tarian singa

yang pada mulanya adalah kebudayaan etnik Cina.

• Kawasan-kawasan petempatan juga tidak lagi

hanya untuk sesuatu etnik, tetapi sesuatu

petempatan itu boleh didiami oleh semua etnik.


PROGRAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
(IPT)
• Galakkan daripada pihak pentadbiran terutama
bahagian hal ehwal pelajar melalui persatuan-persatuan
dan mengadakan aktiviti dan program yang menjurus
kepada perpaduan kaum di kalangan mahasiswa.
Contoh: sambutan Hari Raya juga melibatkan mahasiswa
Cina dan India selain mahasiswa Melayu.
• Kepimpinan tidak memilih sesuatu etnik. Contoh: semua
etnik boleh menganggotai Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar dan semua etnik boleh memimpin sesebuah
persatuan yang ditubuhkan institusi.
PROGRAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
(IPT)
• Kandungan kursus menjurus kepada aspek-aspek pendidikan
yang harmonis dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum.
Nilai-nilai rohani dan budaya yang terdapat dalam subjek
Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia serta Hubungan Etnik
perlu ditekankan supaya nilai-nilai ini akan meninggikan
keperibadian yang dapat menyatupadukan generasi muda. 
• Mewujudkan Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara dan
galakan melalui pemberian sedikit inisiatif kepada
mahasiswa yang menyertai kelab-kelab ini oleh pihak
pentadbir selain pihak pentadbir menyokong aktiviti yang
dianjurkan dari segi material mahupun khidmat nasihat.
PROGRAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
(IPT) SAMB.
• Aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan, keluarga
angkat, dan ceramah harus dipergiat dan dipertingkat di
kalangan mahasiswa pelbagai kaum kerana penglibatan ini
memberi pendedahan bagaimana kehidupan rakyat Malaysia. 
• Berpersatuan dan khidmat masyarakat juga dapat
mendekatkan mahasiswa dengan etnik-etnik melalui tugasan-
tugasan yang diberi seperti bergotong-royong dan melawat
kampung-kampung.
• Pensyarah juga perlu diterapkan dan didedahkan dengan
sikap perpaduan antara kaum yang positif menerusi kursus
seperti sosiologi perhubungan kaum atau hubungan etnik
kerana pensyarah merupakan agen integrasi dan perpaduan
melalui tugasan dan projek akademik.
PERANAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN
(NGO)
• Terdapat pelbagai pertubuhan yang berasaskan golongan etnik namun
terdapat pertubuhan induk pada peringkat kebangsaan yang menaungi
pertubuhan-pertubuhan ini seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan
Perniagaan dan Perusahaan Malaysia.
• Aspek kepimpinan tetap tidak diterajui oleh pemimpin daripada
sesebuah etnik sahaja kerana semua etnik berpeluang menjadi
pemimpin seperti Majlis Belia Malaysia yang disertai oleh pelbagai etnik. 
• Terdapat pelbagai pertubuhan berteraskan sesebuah kaum namun
kesempatan ini harus digunakan sebaik mungkin dengan cara seperti
mengadakan dialog dan seminar untuk memahami permasalahan yang
wujud dan mencari penyelesaiannya. Contoh: Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) sentiasa mengadakan seminar bagi menjelaskan
kepentingan hubungan etnik dalam konteks Malaysia.
PERANAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN
(NGO) SAMB.
• Sains dan teknologi diperlukan dalam meningkatkan
hubungan etnik kerana ekonomi Malaysia berasaskan
sains dan teknologi.
• Pihak swasta dan kerajaan perlu dalam memberi
sumbangan dana bagi meningkatkan penyelidikan dan
pembangunan bagi menghasilkan inovasi dan seterusnya
memacu pertumbuhan ekonomi negara.
• Apabila ekonomi yang baik, taraf hidup rakyat akan
meningkat, jurang ekonomi negara dapat diseimbangkan
dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia akan wujud.
BUDAYA ZIARAH-MENZIARAHI
 semangat muhibbah dapat diterapkan antara kaum
kerana mereka saling ziarah-menziarahi antara satu
sama lain tanpa mengira kaum
 Sebagai contoh, menziarahi satu sama lain semasa
menyambut sesuatu perayaan seperti Hari Raya
Aidilfitiri, Tahun Baru Cina , Deepavali dan sebagainya
 Melalui amalan ini, etnik yang berbeza ini akan dapat
berkongsi keunikan budaya mereka yang tersendiri
 Ianya juga dapat mengeratkan silaturahim sesama
berlainan etnik
THANK YOU

You might also like