You are on page 1of 37

DAKWAH DAN PENDIDIKAN

(HID3013)

GROUP: B

PENSYARAH:
DR. ABD HADI BIN BORHAM

TAJUK TUGASAN (BERKUMPULAN):


ANALISIS METODE DAKWAH MELALUI HIBURAN NYANYIAN DAN FILEM DI
MALAYSIA

KUMPULAN 2
NAMA NOM MATRIK
NIK MOHAMAD AMMAR AZFAR BIN MAMAT SANUSI D20202097080
UMAR FIKRI BIN MAHASIN D20202097076
MUHAMMAD AMMAR HAZIQ BIN MOHD SAHAR D20202097078
MUHAMMAD ANAS BIN FADZILAH D20202097539
ABDUL MUIZ BIN AYUB D20202097333
MUHAMMAD FARHAN HAKIM BIN ALAMIN D20202097331
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN 1-2
(DAKWAH MELALUI HIBURAN)
2.0 LATAR BELAKANG SEJARAH KEMUNCULAN HIBURAN 2-4
NYANYIAN DAN PERFILEMAN:
- HIBURAN NYANYIAN DAN PERFILEMAN DI MALAYSIA
- HIBURAN NYANYIAN DAN PERFILEMAN DI DALAM
DUNIA ISLAM
3.0 HUKUM DALAM HIBURAN NYANYIAN DAN PERFILEMAN 4 - 12
a) HUKUM NYANYIAN
- QURAN
- HADITH
- PANDANGAN ULAMA’
b) HUKUM PERFILEMAN
- QURAN
- HADITH
- PANDANGAN ULAMA’
4.0 ANALISIS DAKWAH MELALUI HIBURAN NYANYIAN DAN 12 - 23
FILEM DI MALAYSIA
a) NYANYIAN
- UNSUR YANG DIBENARKAN
- UNSUR YANG TIDAK DIBENARKAN
- ANALISIS NYANYIAN

b) FILEM
- UNSUR YANG DIBENARKAN
- UNSUR YANG TIDAK DIBENARKAN
- ANALISIS FILEM
- ISU SEMASA
5.0 METHODE DAKWAH MELALUI HIBURAN NYANYIAN DAN 23 - 28
FILEM DI MALAYSIA
- HIBURAN SEBAGAI METHOD DAKWAH
- UNSUR PEMBAWAKAN DAKWAH DALAM HIBURAN
6.0 KESAN-KESAN 28 - 31
- KESAN-KESAN HIBURAN MELAMPAU
- KESAN-KESAN PELAKSANAAN DAKWAH MELALUI
HIBURAN
7.0 KESIMPULAN 32
RUJUKAN 33 - 35
1.0 PENGENALAN

Dakwah secara harfiah berasal dari bahasa Arab. Ia membawa maksud rayuan, panggilan dan
jemputan. Dari segi istilah, perkataan dakwah bermaksud menyeru atau mengajak manusia
melakukan kebaikan dan mengikuti petunjuk, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang
perbuatan mungkar yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya agar manusia mendapat
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sehubungan itu, aktiviti dakwah perlu diberi nafas baharu
agar kaedahnya sesuai dengan syarat dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT). Allah berfirman yang bermaksud: Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada
orang yang menyeru ke jalan Allah dan beramal soleh sambil berkata: "Sesungguhnya aku
seorang Muslim" (Fussilat: 33). Apakah saranan Islam mengenai dakwah sebagaimana firman
Allah dalam ayat 125 surah an-Nahl? Ayat itu adalah firman Allah yang bermaksud: Serulah
(manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan berdebatlah
dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui
tentang orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk (An-Nahl: 125). Tempoh dan peredaran zaman menentukan jurang antara
dakwah dahulu dengan dakwah hari ini.

Pada era globalisasi ini, pelbagai cara atau kaedah dakwah yang boleh kita sampaikan
kepada masyarakat untuk menyeru mereka ke arah kebaikan dan mencegah mereka daripada
melakukan maksiat. Dalam meniti arus kemodenan ini, antara kaedah yang sesuai untuk
berdakwah kepada masyarakat ialah dengan berdakwah melalui hiburan. Sesuai dengan
kemajuan sekarang, berdakwah melalui hiburan adalah kaedah yang sesuai bagi masyarakat
zaman sekarang kerana kebanyakannya sudah bijak dalam menggunakan teknologi seperti
telefon pintar, internet, komputer dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, alternatif
berdakwah melalui hiburan seperti nyanyian dan filem ini adalah salah satu strategi yang bijak
dalam menyampaikan dakwah selagi objektif yang diharapkan dapat dicapai iaitu mengajak
masyarakat ke arah kebaikan.

Tambahan pula, Seni hiburan adalah sebahagian daripada keperluan dan naluri hidup
manusia lagi-lagi di era IT ini. Dalam konteks dakwah, hiburan juga dianggap perlu dan
menjadi sebahagian dari wasilah atau alat perantaraan dalam berdakwah. Disebabkan
masyarakat menyukai dan mereka tidak dapat dipisahkan dengan minat dan kesukaan mereka
terhadap unsur-unsur hiburan ini, inilah peluang yang cerah oleh pendakwah-pendakwah diluar
sana berdakwah melalui hiburan supaya ramai masyarakat tertarik dengan lebih mendalam lagi

1
mengenai keindahan islam. Contohnya, jika penyampaian syarahan atau pidato hanya
menggunakan laras bahasa yang biasa dan gaya penyampaian yang tegar menjadikan dakwah
yang disampaikan kurang menarik. Ini akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan
pendengar dan secara tidak langsung menyebabkan isi dakwah yang cuba disampaikan tidak
mendapat sambutan. Namun, sekiranya pendakwah menggunakan pilihan kata-kata yang
indah, cara penyampaian, dan ujaran yang membelai perasaan seperti nasyid, sudah tentu dapat
menimbulkan minat dan tarikan dalam kalangan pendengar untuk menghayati isi mesej yang
ingin disampaikan.

Oleh hal yang demikian, penggunaan seni dalam berdakwah telah terbukti mampu
menarik golongan anak muda untuk menerima seruan dakwah. Pelbagai pendekatan
penyebaran dakwah menyumbang kepada perkembangan dakwah semasa. Hal ini sedemikian
kerana, beberapa cendekiawan islam pernah berkata bahawa kecekapan menguasai seni
merupakan satu kelebihan kepada pendakwah pada hari ini dalam memahami dan mendekati
sasaran terutama bagi mereka yang sukakan hiburan. Dengan menerapkan nilai keindahan
dalam berdakwah, secara tidak langsung dapat menjadikan seni sebagai pendekatan dakwah
yang menarik dan tidak dapat dilupakan.

2.0 LATAR BELAKANG SEJARAH KEMUNCULAN HIBURAN NYANYIAN DAN


PERFILEMAN

2.1 Hiburan Nyanyian dan Perfileman di Malaysia

Hiburan nyanyian dan perfileman di Malaysia telah wujud pada zaman nenek moyang kita lagi.
Antara filem cereka yang pertama di Malaysia ialah filem Laila Majnun iaitu dibuat oleh
seorang pengarah yang berbangsa india yang bernama B.S. Rajhans pada tahun 1933. Boleh
dikatakan, hampir kesemua pelakon utama bagi filem ini penggiat seni bangsawan atau berasal
dari "anak wayang". Hati Shaw Brothers (SB) mula terpikat dengan filem ini dan beliau mula
berminat untuk memulakan studio filem di Singapura. Akan tetapi hasrat mereka hanya
menjadi mimpi pada ketika itu dan hanya menjadi realiti pada tahun 1947 selepas tamatnya
Perang Dunia II. Namun begitu, terdapat lapan buah filem Melayu yang sempat dan dapat
dihasilkan sebelum Perang Dunia II iaitu di antara tahun 1930 hingga tahun 1938. Lapan buah
filem ini dihasilkan oleh adik beradik Shaw yang berasal dari Hong Kong.

2
Pastinya Malaysia mempunyai zaman kegemilangan dunia perfileman atau “cinema” nya
yang tersendiri. Ianya bermula setelah tamatnya Perang Dunia ke II. P. Ramlee merupakan
“pemimpin industri” pada waktu itu dan beliau mula bergiat dalam dunia perfileman Melayu
bermula dari tahun 1950an sehingga tahun 1960 di bawah naungan dan sokongan Shaw
Brothers yang mana berpusat di Hong Kong pada ketika itu. Perfileman India sangat memberi
pengaruh yang kuat dan ketara terhadap filem-filem Melayu awalan pada ketika itu. Hal ini
kerana, kebanyakan tenaga produksi serta pengarah ketika itu terdiri daripada bangsa India.
Malahan, Kebudayaan Melayu dan India mempunyai persamaan dan perkara ini dapat
memudahkan serta menggalakkan aliran ini ketika itu. Namun demikian, harus difokuskan dan
penting di sini adalah kaitan lagu-lagu popular dengan wayang gambar.

Pada zaman sebelum tahun 1956, hampir kesemua lagu popular berasal dari dunia
perfileman India. Ianya mengikut aliran perfileman ketika itu dan masih lagi digunakan pada
masa kini. Maka, dari sinilah terlahirnya ahli-ahli muzik yang profesional yang melibatkan diri
dalam dunia perfileman. Mereka banyak memberi peluang serta dorongan untuk kewujudan
pemuzik profesional, penulis lirik dan pencipta muzik. Tambahan pula, Terdapat juga daripada
golongan pemuzik ini yang menceburkan diri dalam dunia lakonan sebagai pelakon filem, tidak
lain tidak bukan iaitu P. Ramlee. Ramai juga yang lain sanggup berhijrah dari Semenanjung ke
Singapura untuk merebut peluang sedemikian di sana.

2.2 Hiburan Nyanyian dan Perfileman di dalam Dunia Islam

Sebelum kedatangan Islam, dunia hiburan seperti nyanyian dan perfileman atau dipanggil
“lakonan” sudah sedia ada pada zaman dahulu kala lagi akan tetapi orang-orang arab pada masa
dulu lebih menggemarkan hiburan nyanyian berbanding hiburan lakonan. Ianya wujud berabad
tahun lagi dan diteruskan sehingga generasi pada masa kini. Antara yang kita dapat lihat adalah
kisah yang dikutip dari Al-Quran, Nabi Daud dan anaknya Sulaiman AS merupakan antara
manusia yang terawal yang menggunakan keindahan seni suara seperti syair dengan iringan
alat kecapi. Hal ini kerana untuk merasakan keindahan alam sekeliling dengan mendendangkan
secara merdu dan lantang dalam memuji kepada Allah SWT. Nabi Daud merupakan seorang
ahli seni dan muzik yang halus perasaannya. Beliau berjaya menyatukan dirinya dengan alam
sekeliling dalam menggambarkan kemuliaan (jalil), kebesaran dan keindahan (jamal) dan
kesempurnaan (kamal) Allah SWT. Pada ketika itu, para penggiat nyanyian seperti muzik atau
syair sangat diberi layanan dan tumpuan istimewa bukan sahaja oleh para khalifah. Malah,

3
boleh dikatakan rata-rata lapisan masyarakat banyak menghabiskan wang untuk menyokong
aktiviti kedua-dua golongan tadi. Sehubungan dengan itu, ramai ulama’ dan tokoh-tokoh Islam
sepanjang zaman membuat penilaian serta mengemukakan pendapat masing-masing
berhubung dengan kegiatan ini yang bersandarkan sumber-sumber hadith.

Selepas kedatangan Islam terutamanya pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, Islam mula
turut menguasai orang-orang Arab serta menaungi kekuasan Ajam dan Rom. Mereka mula
meninggalkan hal-hal yang dianggap sia-sia dan tidak memberi faedah kepada agama dan
kehidupan termasuk juga amalan-amalan jahiliyyah dan sentiasa memberi tumpuan kepada
agama Islam. Galakan diberi untuk memperbetulkan dan memperindah bacaan Al-Quran. Pada
suatu ketika, sewaktu Rasulullah SAW mendengar Abu Musa Al-Ashari membaca Al-Quran
dengan suara yang sangat Merdu, lantas beliau berkata "Sesungguhnya engkau (wahai Abu
Musa) telah pun dikurniakan Allah suara mizmar keluarga Nabi Daud". Selain daripada itu,
mereka hanya memberi tumpuan kepada pembacaan, tarannum dan syair-syair. Pada zaman
Umayyah dan selepasnya, kemewahan mula melimpah ruah serta hasil kekayaan kian mula
bertambah termasuk di kalangan rakyat. Mereka mula mengisi masa lapang dan kehidupan
dengan hiburan serta nyanyian. Golongan penyanyi dari Rom dan Parsi mula hijrah ke negara-
negara Arab termasuk ke Hijaz. Bahkan itu, golongan Mawali Arab juga turut serta memainkan
peranan penting dengan membawa peralatan muzik bersama mereka seperti Al-Ma’azif, Al-
Mazamir, Al-Aidan dan Al-Tannabir. Mereka mengiringi nyanyian lagu-lagu dengan iringan
alatan tadi sehingga dapat memukau penonton dan pendengar dengan persembahan mereka.
Tambahan pula, golongan penyanyi terutamanya dari kalangan Mawafi sentiasa asyik dan
mengisi masa lapang mereka dengan memilih untuk mendendangkan syair-syair Arab
berbanding mendendangkan syair-syair Rom dan Parsi iaitu dalam ghazal mereka sendiri.

3.0 HUKUM DALAM HIBURAN NYANYIAN DAN FILEM DI MALAYSIA

Nyanyian dan filem tidak dinafikan lagi merupakan salah satu dari cabang seni yang
utama. Nyanyian dan filem sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat pada masa kini lebih-
lebih lagi zaman kini yang penuh dengan alat komunikasi dan sosial media. Kehidupan
masyarakat yang dilingkari dan dipenuhi dengan gajet telah menjadi kebiasaan serta budaya
menikmati nyanyian dan filem boleh dikatakan telah menjadi rutin harian. Namun, nyanyian
dan filem yang sering dimainkan tersebut menjadi satu pertanyaan adakah setiap perbuatan
yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat pada masa kini dibenarkan atau

4
tidak dibenarkan dalam Islam. Hal ini kerana Islam telah menetapkan hukum-hukum yang
dibenarkan di sisi syarak atau sebaliknya. Setiap tindak-tinduk yang dilakukan oleh masyarakat
haruslah berlandaskan dengan apa yang telah ditetapkan syarak. Jadi, perbahasan pada kali
akan membahaskan hukum nyanyian dan filem di Malaysia agar ia mampu membantu dan
menjadi ilmu pengetahuan yang patut diketahui terhadap setiap masyarakat yang beragama
Islam.

3.1 Hukum Nyanyian Menurut Quran


Sebagai manusia yang hidup dalam era moden ini tidak dapat lari daripada nyanyian seni
muzik, sama ada sewaktu masih kecil tatkala bermain-main dengan adik-beradik dan rakan
rakan ataupun sewaktu dewasa iaitu ketika menghadapai situasi sedih, kegembiraan atau
percintaan. Boleh dikatakan mustahil manusia pada hari ini hidup tanpa pernah berhibur
langsung sama ada bernyanyi, mendengar nyanyian atau muzik di media sosial dan sesuatu
berkaitan nyanyian. Jadi, berhibur dengan nyanyian ini sudah menjadi fitrah manusia sejak dari
lahir sehingga besar meningkat dewasa yang mana ketika kecil ibu bapa selalu mengayun
buaian dengan nyanyian selawat dan zikir supaya dapat menidurkan bayi yang masih kecil.
Walaubagaimanapun, fitrah yang sudah menjadi kebiasaan manusia juga memiliki baik dan
buruk atau dibenarkan dan tidak dibenarkan di sisi syarak.
Namun, dalil al-Quran yang menyebut atau menyentuh tentang kalimah muzik ini tidak
dapat ditemui dalam al-Quran. Walaupun di dalam al-Quran Allah SWT menceritakan kisah
Nabi Daud a.s yang memiliki mukjizat berkaitan dengan seni suara, namun istilah muzik ini
gagal dan tidak dapat ditemui di dalam al-Quran yang menyebutnya secara lebih spesifik. Oleh
itu, perbincangan ini akan menyebutkan hukumnya menggunakan dalil al-Quran mengikut
kepada fitrah manusia yang menyukai lagu. Pada mulanya asal hukum sesuatu itu adalah harus.
Ini jelas dengan apa yang Allah berfirman dalam surah Luqman ayat 20 iaitu:
ً َ َ َّ ً َ َ ٗ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ َ ْ َ ْ ِ َ َ ٰ ٰ َّ ِ َّ ْ ُ َ َّ َ َ ‫َ َ ْ َ ْ َ َّ ه‬
‫اطنة‬
‫اهرة وب ى‬‫الم ت َروا ان اّٰلل سخ َر لكم ما ىف السمو ىت وما ىف اْلرض واسبغ عليكم ىنعمه ظ ى‬
Maksudnya:
“Tidakkah kamu memperhatikan Bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan
kamu apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada
Kamu nikmat-nikmat-Nya Yang zahir dan Yang batin”

Berdasarkan ayat di atas ini sudah jelas bahawa Allah SWT memberikan manusia
melakukan perkara tersebut dalam memudahkan pekerjaan harian. Islam telah pun
5
sempurna dan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah pun selesai
menentukan segala persoalan hukum tanpa perlu ditambah oleh siapapun walaupun oleh
para ulama (Lukmanul Hakim Hanafi, 2014). Dengan erti kata lain setiap perbuatan yang
dilaksanakan manusia yang mana sudah menjadi fitrah dan tidak boleh dielakkan dalam
kehidupan seharian adalah dibolehkan selagi mana ia tidak melampaui batas dan syariat
Islam. Walaubagaimanapun, hiburan yang dibolehkan mempunyai batas tertentu yang
telah syarak tetapkan. Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nahl, ayat 116:

َّ َ ْ ‫َ َ َ ُ ْ ُ ْ َ َ ُ َ ْ َ ُ ُ ُ ْ َ َ ٰ َ َ ٰ ٌ َّ ٰ َ َ َ ٌ ِّ َ ْ َ ُ ْ َ َ ه‬
‫اّٰلل الك ىذ َب ىان‬
‫وَل تقولوا ىلما ت ىصف ال ىسنتكم الك ىذب هذا حلل وهذا حرام لتفتوا عَل ى‬
َ ْ َ َ ْ ‫َّ ْ َ َ ْ َ ُ ْ َ َ َ ه‬
‫اّٰلل الك ىذ َب َل ُيف ىل ُح ْون‬
‫ال ىذين يفتون عَل ى‬
Maksudnya,
“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu:
“Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap
Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan
berjaya”.

Ayat ini jelas menunjukkan sikap manusia yang suka mengada-adakan sesuatu
perkara yang mereka lakukan dengan mengatakan perkara tersebut boleh dilakukan
sedangkan perkara tersebut dilarang dalam Islam dengan berdusta terhadap Allah SWT.
Tidak dinafikan lagi seni nyanyian memberikan ketenangan jiwa terhadap fikiran mereka.
Tetapi jika terdapat beberapa unsur yang mengharamkan nyanyian dan muzik tersebut,
maka perlulah segera mengelak dan menjauhkan diri dari terlibat dengan perkara tersebut
seperti nyanyian yang mengandungi unsur negatif dan sebagainya.

3.2 Hukum Nyanyian Menurut Hadith


Nyanyian dan muzik merupakan seni yang sangat digemari manusia dan sudah menjadi
satu fitrah bahawa manusia suka kepada hiburan kerana muzik adalah salah satu bentuk
keindahan bagi manusia. Allah menciptakan naluri manusia yang sentiasa inginkan hiburan
dan mencari ketenangan dan kedamaian. Jadi dengan mendengar muzik dan nyanyian manusia
mendapat ketenangan. Oleh sebab itu, Islam tidak sekali-kali menghalang penganutnya untuk
tidak mendapatkan ketenangan melalui seni muzik. Walaubagaimanapun seni muzik ini
perlulah selari dengan garis panduan dan ajaran Islam. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga

6
pernah memberi keizinan untuk bergembira dan berhibur. Antara buktinya adalah hadis yang
diriwayatkan daripada Aishah r.a iaitu:

“Diriwayatkan daripada Aishah R.A. katanya: Aku telah diziarahi oleh Abu Bakar
R.A di rumahku. Ketika itu disampingku ada dua orang jariah iaitu gadis dari
golongan Ansar sedang mendendangkan syair golongan Ansar pada hari Bu’ath
iaitu hari tercetusnya peperangan antara golongan Aus dan Khazraj, Aishah berkata:
Sebenarnya mereka berdua bukanlah penyanyi. Abu Bakr R.A berkata: Patutkah
ada nyanyian syaitan di rumah Rasulullah S.A.W dan pada Hari Raya pula? lalu
Rasulullah S.A.W bersabda: Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya setiap kaum itu
mempunyai Hari Raya dan ini adalah Hari raya kita”

Hadis ini merupakan dalil pertama yang jelas menunjukkan bahawa hukum Islam telah
berkembang khususnya yang berkaitan dengan seni muzik apabila realiti umat Islam pada
masa itu sememangnya berhajatkan hiburan dan keceriaan khususnya pada masa dan
keadaan yang sewajarnya seperti hari raya. Hadith ini juga dengan jelas menunjukkan
Uruf dan kebiasaan golongan Ansar berhibur melalui seni suara. Nabi S.A.W telah
membuktikan kehebatan hukum Islam yang sentiasa berkembang untuk membawa
kehidupan umat Islam berlandaskan syariat Islam.

َ َ ْ َ ُ َ َ َُ َ َ
َ ‫وق‬
‫يس الكَل ى يب حدثنا‬
ٍ ‫جاب ٍر حدثنا عطية بن ق‬ ‫عمار حدثنا صدقة بن خالد حدثنا عبد الرحمن بن يزيد بن ى‬ ٍ ‫ال هشام بن‬
َّ َ َّ َّ ِ ََ َّ َْ َ َ َ َ َْ َ
َ ‫اْلشعري َق‬
‫النن صَل اّٰلل عليه وسلم‬ ‫بن سمع ى ي‬ ‫عامر أو أبو مالك اْلشعري واّٰلل ما كذ ى ي‬ ٍ ‫ال حدث ى ِ ين أبو‬ ‫عبد الرحمن بن غ ٍنم‬
َ َ َ َ
ْ َِِ َ ْ ْ ْ ْ َ ُّ ْ َ ُ
َ ُ َ ُ ُ
‫يهم ىبسارحة‬ ‫ى‬ ‫عل‬ ‫يروح‬ ‫م‬ٍ ‫عل‬ ‫جنب‬
‫ى‬ ‫َل‬ ‫إ‬ ‫ى‬ ‫وام‬‫ق‬ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫ل‬
‫يت‬ ‫ول‬ ‫ف‬‫معاز‬ ‫وال‬ ‫خمر‬ ‫وال‬ ‫ير‬‫حر‬ ‫وال‬ ‫حر‬ ‫ال‬ ‫ون‬‫يستحل‬ ‫وام‬‫ق‬ ‫من أ‬ ‫يقول ليكونن من أ ي‬
َ ً َ ْ َّ َ َ َ َ ُ ُ َ َْ ِ ْ َ
‫يوم‬‫ارجع ىإلينا غدا فيبيتهم اّٰلل ويضع العلم ويمسخ آخرين قردة وخنازير ىإَل ى‬ ‫قت لحاجة فيقولون ى‬ ‫يعن الف ر‬‫تيهم ى ي‬
‫لهم يأ ى‬
ْ
‫القيامة‬
)‫( رواه البخارى‬

Artinya:
“Hisyām ‘ibn ‘Ammār berkata, menceritakan kepada kami Ṣadaqah ibn Khālid, menceritakan
kepada kami, ‘Abd al-Rahman ibn Yazīd ibn Jābir menceritakan kepada kami, ‘Aṭiyyah ibn
Qays al-Kilābi menceritakan kepada kami ‘Abd al-Rahman ibn Ganmin al-Asy‘ari berkata,
menceritakan kepadaku Abū ‘Ᾱmir atau Abū Mālik al-Asy‘ari berkata, demi Allah ia tidak
mendustaiku: bahwa ia telah mendengar Nabi Muhammad Saw bersabda: “Niscaya akan ada
beberapa kaum dari umatku yang menghalalkan zina, sutera, khamar, dan alat musik dan sun
7
gguh beberapa kaum akan mendatangi tempat di dekat gunung tinggi, lalu mereka didatangi
orang yang berjalan kaki untuk suatu keperluan”. Lantas mereka berkata: “Kembalilah kepada
kami esok hari!” sehingga pada malam harinya, Allah menimpakan gunung tersebut kepada
mereka dan sebagian yang lain berubah bentuk menjadi kera dan babi sampai hari kiamat”.
(HR. al- Bukhāri)

Berdasarkan hadis di atas, hadis ini diguna pakai sebagai dalil untuk mengharamkan
nyanyian dan penggunaan alat-alat muzik. Hadis ini mempunyai elemen qarinah (tanda
penunjukan) yang mana mereka telah menghalalkan perzinaan, memakai sutra, meneguk
khamar. Mengenai perzinaan dan meminum khamar (arak) sudah jelas hukumnya haram di sisi
syarak yang mana perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang sangat dimurkai Allah SWT.
Adapun mengenai nyanyian yang mempunyai unsur yang laghwu (perkataan yang tidak
berguna) termasuk juga nyanyian yang diiringi alat muzik maka wajib berpaling dari padanya.
Hadis tersebut merupakan larangan keras kerana di dalam matan hadis tersebut terdapat
beberapa ancaman yang telah dinyatakan iaitu barang siapa yang menghalalkan zina, sutra,
khamar, dan alat muzik, Allah akan mengancam dengan ancaman menimpakan gunung kepada
mereka dan sebahagian mereka akan menjadi kera dan babi. Adapun Hadis pendukung yang
membolehkan nyanyian yaitu:

ْ ‫ئ‬
‫عيس قال حدثنا ابن وهب قال اختنا عمرو ان محمد بن عبد الرحمن اْلسدي حدثه عن عروة عن‬ ‫حدثنا احمد بن‬
‫عَل رسول اهللا صَل اهللا عليه وسلم و عندي جاريتان تغنيان بغناء بعاث فا ضطجع عَل الفراش‬‫عائشه قالت دخل ي‬
ْ ِ ْ
‫النن صَل اهللا عليه وسلم فاقبل عليه السالم فقال‬
‫فانتهرب وقال مزمارة الشيطان عند ي‬
‫ي‬ ‫وحول وجهه ودخل ابو بكر‬
ْ
‫النن صَل اهللا عليه وسلم واما‬
‫دعهما فلما غفل غمزما فخرجتا وكان يوم يلعب السودان بالدرق والحراب فاما سالت ي‬
‫حن اذا مللت قال حسبك‬ ِ ْ
َ ‫قامن وراءه خدي عَل خده وهو يقول دونكم يا ِبن ْارفدة‬ ِ‫ر‬
‫ي‬ ‫تشتهي تنظرين فقلت نعم فا ي‬ ‫قال‬
‫فاذهن‬
‫ي‬ ‫قلت نعم قال‬
)‫(رواه البخاري‬

Artinya:
“Telah bercerita kepada kami Ahmad bin ‘Isa beliau berkata bercerita kepada kami ‘Ibnu
Wahab beliau berkata telah mengabarkan kepada kami ‘Amru bahwasanya Muhammad bin
Abdurrahman al-Asadī bercerita kepadanya dari ‘Urwah dari ‘Ᾱisyah berkata: Rasulullah
masuk ke rumahku ketika ada dua orang anak gadis sedang menanyakan lagu perang Bu’ats.
Kemudian beliau berbaring di atas tilam (tempat tidur) dengan memalingkan wajahnya. Tiba-
tiba Abū Bakar masuk, lalu ia membentak sambil mengatakan: Mengapa ada seruling syaitan

8
di rumah Rasulullah Saw? Maka Rasulullah mendekati Abū Bakar dan berkata: Biarkan kedua
anak gadis itu. Ketika Abū Bakar lengah, aku kerlingi kedua gadis itu maka keduanya keluar.
Pada saat hari raya ada orang-orang Sudan membuat pertunjukan dengan mempergunakan
perisai dan tombak. Mungkin aku yang meminta kepada Rasulullah atau beliau yang
mengatakan: kau ingin menonton? Maka aku menjawab:Ya. Lalu beliau menyuruhku berdiri
di belakangnya sedang di pipiku menempel di pipi beliau. Beliau berkata: Teruskan hai Bani
Arfidah! Setelah aku merasa bosan, beliau bertanya: Kau sudah puas? aku menjawab” Sudah.
Kata beliau: Tinggalkanlah!”. (HR. al- Bukhārī).

Nyanyian halal atau yang dibenarkan adalah didasarkan pada dalil-dalil yang
menghalalkan iaitu nyanyian yang mempunyai kriteria yang bersih dari unsur kemaksiatan dan
kemungkaran. Sebagai contoh, nyanyian yang selalu dinyanyikan pada zaman sahabat iaitu
syair yang memuji sifat-sifat Allah SWT, nasyid yang menceritakan kisah Rasulullah serta
nasyid yang mampu mendorong orang meneladani sifat terpuji Rasulullah SAW, mengajak
kepada taubat dari berbuat maksiat, mengajak menuntut ilmu, menceritakan keindahan alam
yang diciptakan Allah SWT dan sebagainya yang berupa kebaikan selagi tidak mengarah
kepada pintu kemaksiatan. Dengan demikian, hadis yang mengharamkan nyanyian merupakan
hadis larangan dan Allah mengazab golongan ini sehingga mengubah mereka menjadi kera dan
babi sampai hari kiamat.

3.3 Hukum Nyanyian Menurut Pandangan Ulama’


Pada umumnya nyanyian dan muzik adalah di bolehkan kerana ia dipandang pada sudut
manfaat yang diperoleh dari muzik iaitu mampu menyegarkan jiwa dan menggairahkan hati
seseorang yang mendengarkannya. Namun, dalam baiknya masih terdapat beberapa perkara
buruk disebabkan ia memiliki perkara yang diiringi dengan hal-hal yang mengandung unsur
kemungkaran maka ia diharamkan. Para ulama menetapkan dan mengeluarkan hukum-hukum
bukan sekadar mengeluarkannya tanpa kaji selidik. Setiap keputusan yang diambil dan
dikeluarkan memiliki sebab tersendiri. Hal ini adalah untuk tetap berada dalam landasan dan
tujuan syariat Islam dalam membersihkan hati dan memperbaiki moral masyarakat dari
kotoran-kotoran nafsu yang datang daripada hasil hiburan nyanyian dan muzik. Oleh sebab itu,
segala bentuk kegiatan yang akan membawa kepada kemungkaran dan mendorong seseorang
untuk melakukan dosa diharamkan Islam walaupun kegiatannya terlihat positif oleh mata
masyarakat tetapi masih mempunyai unsur dan sebab yang perlu dielakkan.

9
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ mengatakan bahawa tidak ada dalil yang
mengharamkan muzik, malah nas-nas syariat yang berkaitan muzik membolehkan muzik dan
nyanyian, permainan perisai, menabuh rebana, perang-perangan dan permainan-permainan
semasa hari-hari kebahagian seperti walimah pernikahan, khitan, aqiqah menyambut
kedatangan seseorang dan hari-hari kebahagiaan yang lain yang diperbolehkan menurut syarak.
Walaubagaimanapun, mendengar nyanyian boleh jadi hukumnya mutlak haram dan boleh jadi
hukumnya harus, makruh dan juga digalakkan. Haram hukumnya apabila nyanyian tersebut
menimbulkan sifat-sifat tercela dan makruh hukumnya apabila seseorang itu tidak memandang
nyanyian itu kecuali hanya kebiasaan sekadar hiburan sahaja. Mendengar nyanyian juga boleh
jadi harus bagi orang yang tidak memperhatikannya kecuali hanya menikmati keindahan suara
semata. Sedangkan mendengar nyanyian yang digalakkan adalah bagi orang yang sudah
diliputi cinta kepada Allah dan nyanyian itu tidak menimbulkan perkara yang melanggar syarak
kecuali sifat-sifat terpuji.

Namun, jika melihat pada pandangan Imam Syafie adalah lebih berat kepada
pengharaman dan dilarang di sisi syarak. Hal ini kerana Imam Syafie berkata: “lagu adalah
senda gurau dan hukumnya makruh, siapa yang memperbanyak mendengarkan lagu adalah
orang bodoh yang tertolak persaksiannya”. Walaubagaimanapun, pengharaman yang dikatakan
Imam Syafie adalah bersebab jika terdapat beberapa unsur yang tidak sepatutnya. Menurut Abu
Thayib yang mengambil pendapat Imam Syafie, “jika mendengarkan lagu yang dilantunkan
oleh seorang wanita yang bukan muhrim, maka hukumnya haram walau apa keadaan sekalipun
sama ada menonton atau mendengar secara live (siaran langsung) atau dari balik layar, baik
untuk penggunaan percuma atau menjadikan hak milik.” Hal ini kerana suara yang dilontarkan
oleh wanita mahram merupakan satu aurat, maka jelas suara yang didengarkan melalui muzik
adalah haram di sisi syarak.

Begitu juga dengan pengharaman bernyanyi, Imam Syafie mengatakan bahawa seorang
laki-laki yang menjadikan bernyanyi sebagai profesion atau kerjanya dan mengajarkan kepada
orang lain sehingga orang-orang mendatanginya, sehingga ia menjadi populer dan terkenal atau
demikian juga seorang wanita, maka tidak sah persaksiannya kerana nyanyiannya itu
merupakan senda gurau yang dibenci yang berupa perbuatan batil. Maka, mereka termasuk
dalam golongan orang yang bodoh dan jatuh martabat kehormatannya. Namun, apabila dia
tidak menjadikan nyanyian sebagai kegemaran dan tidak mengikutinya hanya sekadar
ungkapan kegirangan sahaja sehingga ia berdendang, maka tidak jatuh kehormatan dan tidak
batal persaksiannya.

10
3.4 Hukum Perfileman
Filem atau wayang sudah menjadi pengetahuan umum dalam kalangan masyarakat pada
masa kini. Ia tidak lagi menjadi perkataan asing bagi masyarakat di Malaysia yang penuh
dengan alat teknologi dan komunikasi. Sebahagian masyarakat menjadikan filem ini sebagai
tempat hiburan atau tempat melepaskan stress selepas penat belajar dan bekerja seharian.
Walaubagaimanapun, filem yang ditonton itu menjadi satu pertanyaan adakah syarak
membenarkan aktiviti menonton filem atau wayang ini kerana masih menjadi satu tanda tanya
dalam sesetengah kalangan masyarakat sama ada perkara tersebut dibenarkan di sisi syarak.

Seni perfileman merupakan satu hiburan yang tidak ada pada ketika dahulu disebabkan
pada zaman dahulu perkembangan teknologi masih belum wujud pada saat itu. Oleh itu, dalil
al-Quran yang menyebutkan tentang perfileman ini tidak ada sama ada secara kasar atau lebih
spesifik. Namun, elemen yang terdapat dalam perfileman ini perlu diperhatikan dari segi
hukumnya sama ada perkara tersebut benar di sisi Islam atau sebaliknya. Begitu juga dengan
hadis, pada zaman nabi dan sahabat masih belum wujudnya seni perfileman ini. Jadi, sabda
nabi mengenai seni hiburan filem ini tidak ada, tetapi jika mahu dikaitkan dengan elemen yang
terdapat dalam filem boleh dikatakan terlalu banyak dalil Quran dan hadis yang dapat
dikaitkan.

Seni filem dan wayang ini sudah pun lama memasuki dunia Islam di mana ia melibatkan
perbuatan dosa dan pahala yang dilakukan masyarakat Islam. Jadi, ulama telah mengeluarkan
berbagai pandangan dan pendapat daripada hasil perbincangan dengan mengambil kira segala
yang berkaitan fitrah manusia, had larangan dan sebagainya. Hal ini kerana tidak semua filem
yang ditayangkan atau ditonton itu adalah tidak semua selari dengan landasan yang telah
ditetapkan dalam hukum Islam. Kepelbagaian filem ini merupakan perkara yang perlu
difokuskan supaya setiap filem yang diterbitkan tidak mempunyai unsur yang berlawanan
dengan Islam melalui meneliti pada beberapa elemen yang berkait. Antara elemen yang penting
dalam pembuatan dalam sesebuah filem adalah teks, watak, lokasi dan penonton.

Perkara yang ingin disentuh adalah teks yang merupakan elemen utama dalam
pembuatan filem. Teks merupakan elemen penting yang perlu dilihat dan ditapis sebelum
memulakan proses merakan filem. Sebagai negara Islam, teks yang dihasilkan perlu bersih dari
segala unsur-unsur yang haram dan bertentangan dengan Islam dari sudut akidah, syariah dan
akhlak. Menurut Yusuf Qardhawi dalam Fikih Hiburan, “semua perkara yang boleh

11
membangkitkan hawa nafsu dan mencenderungkan seseorang melakukan perbuatan dosa atau
yang boleh membawa kepada berbuat perkara yang ditegah Islam hukumnya adalah haram dan
perlu dijauhi.” Manakala Abdullah Yusof juga menegaskan bahawa agenda-agenda yang ingin
ditayangkan dalam sesebuah filem perlu bersih dari berbau hedonisme, kegila-gilaan, kefasikan
dan semua hal yang bertentangan dengan akidah, syariat dan kesopanan Islam.

Selain itu, watak yang ditayangkan dalam perfileman ini perlu mengikut dan
menunjukkan ciri-ciri sebagai orang Islam seperti menutup aurat. Terlebih lagi watak
mempamerkan wanita dalam keadaan yang bertentangan dengan syarak iaitu dalam keadaan
mendedahkan aurat atau pergaulan bebas antara perempuan dan lelaki yang bukan mahram,
jelaslah bahawa hukumnya adalah haram dan dilarang. Watak yang melakonkan adegan yang
melibatkan persentuhan dan percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram juga
perlu dielakkan bagi mengelak dari berlakunya fitnah dan menolak syubhah.

Akhir sekali, pembuatan filem tidak lari dari pemilihan lokasi untuk dijadikan sebagai
latar belakang filem. Sebagai filem Islam perlulah melihat dan mengkaji terlebih dahulu lokasi
yang dipilih atau dibentuk untuk dijadikan latar belakang supaya terhindar dari unsur-unsur
yang mengerikan, menakutkan dan memeranjatkan penonton. Perkara ini adalah untuk
mengelakkan dari memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan kanak-kanak yang masih
dalam fasa memerlukan didikan. Terutamanya lokasi yang memaparkan set atau prop yang
melambangkan agama lain sehingga mungkin boleh disalah tafsirkan oleh penganut Islam.

4.0 ANALISIS DAKWAH MELALUI HIBURAN NYANYIAN DAN FILEM DI


MALAYSIA

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, Malaysia juga tidak ketinggalan
dalam bidang kesenian hiburan ini yang mana semakin kreatif dan menarik. Malaysia juga
merupakan salah satu negara yang penuh dengan kesenian dalam hiburan dan juga negara yang
semakin melonjak tinggi ke persada dunia dalam bidang hiburan samaada nyanyian lagu dan
filem. Pelbagai hiburan dari segi nyanyian lagu dan filem yang telah dicipta. Di sini kita dapat
saksikan bahawa perkembangan industri hiburan negara dapat mencipta hiburan yang
berkualiti yang penuh dengan sarat pengajaran yang dapat kita ambil. Namun tidak dilupakan
juga di Malaysia ini juga merupakan satu negara yang majoritinya masyarakat yang beragama
islam yang mana kadang-kadang terdapat kandungan yang menyalahi undang-undang dan yang
lebih merisaukan adalah kandungan yang bercanggah dengan syariat agama islam. Dalam hal

12
ini, di dalam islam itu sendiri tidak menghalang umatnya untuk berhibur yang mana fitrah
manusia itu sendiri perlukan hiburan dalam kehidupan. Akan tetapi jangan melampaui
melampaui batas dan melanggar syarak serta tidak tidak melalaikan dari melaksanakan perintah
Allah. Oleh itu, kita akan membahaskan dan mengulaskan unsur-unsur yang dibenarkan dan
tidak dibenarkan dalam hiburan nyanyian dan perfileman di Malaysia.

4.1 Nyanyian

Unsur yang dibenarkan dalam nyanyian :

Oleh yang demikian pada satu bahagian syariat mengharamkan muzik dan nyanyian, tetapi
pada satu bahagian lain telah memberikan keringanan mengenai masalah ini dalam keadaan
tertentu, iaitu dibolehkan tetapi dengan beberapa syarat tertentu.

Antaranya ialah:

1. Selari dengan akhlak islam

Kandungan nyanyian itu hendaklah selari dengan akhlak yang diajar oleh syariat Islam. Oleh
itu, lirik-lirik yang menyalahi ajaran Islam tidak diharuskan.

2. Kandungan lagu

Cara penyampaian juga perlu diberi perhatian. Ini kerana ada ketikanya kandungan ataupun isi
sesebuah lagu tidak terdapat langsung unsur-unsur keji dan salah, tetapi cara penyanyi
menyampaikan lagu tersebut adalah salah.

3. Tidak melibatkan perkara yang diharamkan oleh islam

Hendaklah dipastikan nyanyian itu tidak disertai dengan perkara-perkara haram seperti
meminum arak, berhias-hias secara melampau ataupun berlakunya percampuran antara lelaki
dan perempuan tanpa ada sebarang batas dan sempadan.

4. Hendaklah tidak keterlaluan dalam berhibur.

Pentingnya berhati-hati dan berjaga-jaga dalam berhibur, seperti nyanyian yang didengar
haruslah berwaspada, jika berlebihan dan keterlaluan akan melalaikan diri seseorang sekaligus
melanggar syariat Islam dan jatuh kepada hukum haram.

13
Unsur yang tidak dibenarkan dalam nyanyian:

Di dalam hiburan nyanyian juga perlu dielakkan dari unsur-unsur yang dilarang dan
bercanggah dengan ketetapan islam dalam berhibur. Pada waktu yang sama kita sebagai
pendengar ini juga perlu berhati-hati dan sentiasa teliti dalam memilih lagu dalam
mendegarkannya supaya kita tidak turut serta menanggung dosa tanpa kita sedar. Oleh itu kami
tampilkan unsur-unsur yang tidak dibenarkan dalam sesebuah penciptaan nyanyian lagu.

1. Menimbulkan fitnah yang berlainan jantinanya

Jika pendengar adalah seorang lelaki, manakala penyanyi adalah seorang wanita yang bukan
muhrimnya dan ditakuti dengan mendengar nyanyian tersebut ia akan menimbulkan fitnah.
Jadi pengharaman di sini disebabkan fitnah yang akan timbul bukannya disebabkan oleh
nyanyian tersebut. Dalam hal ini, nyanyian yang dinyanyikan oleh perempuan kadang-kadang
suaranya akan menimbulkan dan menaikkan syahwat bagi pihak lelaki. Sekiranya pendengar
merupakan seorang yang tidak dapat mengawal nafsu syahwatnya dan ini mungkin terjadi
kepada seseorang yang berada di peringkat remaja, kerana pada kebiasaannya diri mereka
dikuasai oleh keghairahan syahwat. Oleh itu mereka tidak boleh mendengar nyanyian yang
menyifatkan tentang raut wajah dan pipi seorang perempuan ataupun nyanyian yang
menceritakan tentang pertemuan dan perpisahan dikhuatiri nafsu syahwat mendorong kepada
melakukan perkara-perkara keji.Dalam situasi ini juga yang menjadikan suara perempuan itu
sebagai aurat yang perlu dijaga.

2. Alat muzik

Jika alat yang digunakan merupakan simbol kumpulan peminum arak ataupun golongan
pondan seperti seruling(alat muzik yang ditiup), alat muzik yang bertali dan tabla yang
berkubah.Inilah tiga jenis alat muzik yang ditegah. Alat-alat muzik selain daripada tiga jenis
alat muzik yang disebutkan ini, tetap kekal dalam hukum asalnya iaitu harus. Ini adalah seperti
kompang walaupun mempunyai loceng, rebana,alat- alat muzik yang diketuk dengan kayu dan
seumpamanya.

3. Terkandungnya perkataan yang keji dan hina

Jika terdapat perkataan yang keji,menghina serta pendustaan ke atas Allah dan Rasul-Nya
ataupun menghina para sahabat dalam seni kata lagu tersebut. Mendengar seni kata tersebut

14
merupakan satu keharaman sama ada ia menggunakan alat muzik ataupun tidak. Ini kerana
orang yang mendengar dikira bersubahat dengan orang yang berkata. Begitu juga dengan
nyanyian yang menggambarkan diri seorang perempuan tertentu.

4. Ada unsur percintaan

nyanyian yang memuji kezaliman, unsur maksiat dan sebagainya yang membawa pengaruh
yang buruk adalah haram nyanyian tersebut, Begitu juga dengan al-Doktor 'Ahmad al-Sharbasi
juga ada menjelaskan pandangan beliau berkaitan nyanyian, Beliau berpendapat bahawa
nyanyian tidak dilarang secara syarak selagi mana kata-kata dalam nyanyian itu masih
berlingkaran sekitar dengan kata-kata yang baik, menyeru ke arah kebaikan dan mengingatkan
tentang kebaikan. Namun begitu, nyanyian adalah dilarang sekiranya terdapat perkara-perkara
yang mungkar dan dosa. Ringkasnya, lirik lagu yang membawa pengaruh cinta seperti cinta
yang berlebihan, cinta sesama jantina dan sebagainya adalah haram.

Analisis Nyanyian yang dibenarkan dan nyanyian yang tidak benarkan

Di dalam analisis tersebut kami hanya menampilkan beberapa lagu atau nyanyian sahaja kerana
diikutkan banyak sahaja nyanyian-nyanyian yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.

Lagu yang dibenarkan Lagu yang tidak dibenarkan

Tajuk: Seloka Hari Raya Tajuk: Perawan atau janda


Contoh Lirik:
Contoh Lirik:
“ Abang pilih yang mana?
“Miskin dan kaya sama sahaja, hulurkan Perawan atau janda?
tangan berjabat mesra.” Perawan memang menawan
Janda lebih menggoda.
“Saling bermaaf kita bersama, lupakan saja
sengketa lama.” Sebab: Nyanyian yang terkandung unsur
maksiat yang mendatangkanpengaruh buruk.
Sebab: Selari dengan nilai akhlak islam
yang mengajar umat islam saling bermaaf-
maafan sesama manusia.

Tajuk: Gemuruh Tajuk: Ulek Mayang


Contoh Lirik: Contoh Lirik:

“Gemuruh jiwa semangat membara, Mayang diumbok (mayang diumbok)


Umbok dengan jala (umbok dengan jala)

15
Dari puncak ingin ke angkasa, Jemala (jemala)
Berkalungkan bintang berkerlipan, Ulek
Menyerlah jauh dari yang biasa.” Mayang diulek (mayang diulek)
Ulek dengan puteri (ulek dengan puteri)
Nya dua
Sebab: Kandungan lagu yang memberi dan
menaikkan semangat kepada orang lain. Sebab: Lagu berunsurkan syirik dan
mempunyai unsur pemujaan nenek moyang.

Tajuk: Nyanyian Serambi Tajuk: Kamilah Penyamun

Contoh: Contoh Lirik:

“Keluar pagi, balik petang, “Kamilah penyamun di dalam ini negeri,


adakala sampai malam, Kerja merompak, mencilok dan mencuri.”
cari rezeki bawa pulang,
buat orang yang tersayang, Sebab: Unsur dalam lirik ini melibatkan
Oh, bersabarlah” perbuatan yang dilarang dalam islam dan
melibatkan jenayah.

Sebab: Kandungan lirik yang bagus telah


disampaikan yang mana menunaikan
tanggungjawab dalam berumah tangga.

Tajuk: Buta Tajuk: Ku Simpan Rindu di Hati

Contoh Lirik: Contoh Lirik:

“Tuhan, “Ku ingin engkau mengerti,


segalanya telah engkau tentukan, betapa kau ku cinta,
terangi saja hatiku, hanya padamu aku bersumpah,
maaf ku selalu terlupa, kau akan ku jaga sampai mati.”
mensyukuri semuanya.”
Sebab: Lirik yang menggambarkan cinta
Sebab: Lirik nyanyian yang mengingatkan yang melampaui terhadap mahkluk yakni
kita ke arah kebaikan dan menggunakan manusia
kata-kata yang baik dan memberikan impak
yang positif kepada pendengar.

4.2 Filem

Dalam menentukan kedudukan kandungan sesebuah bahan multimedia dan penyiaran seperti
filem, beberapa kriteria telah dijadikan sebagai garis panduan. Antara kriteria-kriteria tersebut
adalah seperti yang berikut;

16
Unsur yang dibenarkan dalam filem:

1. Tidak Mengandungi Perkara-perkara Yang Menyentuh Kesucian Islam.

Apa yang dimaksudkan dengan “Menyentuh Kesucian Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan,
perkataan atau keadaan yang boleh menyebabkan kesan yang negatif seperti tercemarnya
agama Islam atau agama Islam dipandang rendah atau hina di mata seseorang. Sebagai
contohnya, rujuk contoh di bawah,

Contoh 1: lakonan perbuatan seseorang yang mencampak atau meletak al-Quran di tempat
yang “hina” seperti tandas, tempat yang kotor dan sebagainya.

Contoh 2: Segala perkataan, perbuatan, babak yang mempertikaikan dan mempersoalkan al-
Quran sebagai wahyu Allah dan sumber perundangan Islam. Dikhawatirkan timbulnya
kekeliruan diantara masyarakat.

2. Tidak Boleh Pelakon Islam Melakonkan Watak Sebagai Bukan Islam.

Segala perkataan, perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam yang mana perbuatan, perkataan
atau keadaan tersebut boleh menimbulkan tanggapan atau prasangka bahawa ia menganut
agama bukan Islam. Sebagai contohnya,

Contoh 1: Seseorang pelakon Islam berlakon dengan berkata

“Aku orang Kristian dan aku menganut Kristian '' atau ia berkata selain daripada agama Islam
serta memakai lambang agama lain seperti lambang “Salib” dan sebagainya.

Contoh 2: Seseorang pelakon Islam melakonkan situasi upacara keagamaan agama-agama lain
seperti menyembah berhala dan sebagainya.

Unsur yang tidak dibenarkan dalam filem:

1. Bertentangan dengan Fatwa atau Pendapat Jumhur Ulama’.

“Fatwa “bermaksud keputusan sesuatu hukum hakam agama yang dikeluarkan secara rasmi
oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
manakala “Jumhur Ulama” bermaksud pandangan dan pendapat yang disepakati dan diterima
pakai oleh majoriti ulama’ dari Ahli Sunnah wal-Jamaah terutama di peringkat mujtahid mutlaq
iaitu Imam mazhab seperti Imam Maliki, Hanafi, Syafie dan Hanbali.

17
Sebagai contohnya: Jumhur Ulama’ telah bersepakat bahawa azab kubur adalah sesuatu yang
benar akan berlaku selepas manusia mati. Oleh itu, jika ada sebarang dialog dan lakonan yang
mempertikaikan pegangan dan pandangan tersebut dianggap bertentangan dengan Jumhur
Ulama.

2. Mempropagandakan Unsur-unsur Israiliyyat Yang Menyeleweng, Khurafat dan Kebudayaan


Karut.

“Israiliyyat” ditakrifkan sebagai cerita-cerita yang diriwayat daripada Yahudi dan Nasrani
mengenai Nabi-nabi dan Rasul Rasul sebelum Islam. Ini termasuk juga semua unsur-unsur
yang meresap dalam Tamadun Islam sekalipun tidak bersumber dari pada Bani Israel dan Ahli
Kitab seperti kisah-kisah yang dipindahkan daripada Majusi.

Contoh: Lakonan atau sesi berdialog mengenai kisah mayat bertukar rupa menjadi khinzir,
bertukar menjadi pari dan sebagainya.

manakala “Khurafat” bermaksud segala bentuk ajaran, amalan, pantang larang, adat istiadat
yang berunsur pemujaan, ramalan atau kepercayaan-kepercayaan yang menyalahi dan
menyimpang daripada apa yang diajarkan oleh Islam.

Contoh: babak adegan dimana pelakon melakonkan perbuatan-perbuatan dan amalan amalan
perbomohan seperti berjumpa dengan ahlinya, bertujuan bagi mendapatkan nombor ekor yang
boleh ditafsir oleh penonton bahawa ia dibenarkan oleh syarak.

Seterusnya, “Kebudayaan Karut” ditakrifkan sebagai keseluruhan gaya hidup yang


merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan
yang berupa kebendaan dan kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan segala jenis
peradaban yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Contoh: Pelakon melakonkan suatu babak atau adegan perbuatan-perbuatan seperti amalan
mandi Safar, memuja pantai, memuja pokok dengan meletakkan makanan untuk dihidangkan
kepada apa yang dipuja dan sebagainya.

Analisis Unsur-Unsur Dakwah Dalam Filem 7 Petala Cinta Dan Ustaz, Mu Tunggu Aku
Datang

Plot dan Jalan Cerita

18
Filem 7 Petala Cinta

Setelah diteliti kedua-dua filem yang dipilih, terdapat beberapa babak yang tidak bersesuaian
dengan unsur dakwah dalam filem 7 Petala Cinta. Yang pertama, 7 Petala Cinta tidak
memaparkan watak seorang yang tabah secara langsung. Sewaktu Saidatul Nafisa mendapat
berita kematian Hamka, pada mulanya beliau tidak dapat menerima berita tersebut dengan
redha.

Beliau sering menangis dan pergi ke sungai tempat mereka selalu bertemu serta
mengimbau kembali segala kenangan manis mereka berdua.Menurut Anwar Arifin dan Azwar
Hasan yang dipetik oleh Siti Qoriatun Sholihah (2011), teori komunikasi khususnya
komunikasi filem menyatakan bahawa filem sangat berpotensi dalam mempengaruhi tingkah
laku penonton. Hal ini kerana kekuatan dan keunikan filem sebagai media, sangat berkesan
dalam mempengaruhi penonton secara psychological. Perbuatan Meratapi kematian seseorang
umat islam dilarang dalam Islam sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud “Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”. (Al-Baqarah; 2:286). Dan dalil
yang lain ialah “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah
Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-Baqarah; 2:216)

Unsur dakwah yang kedua yang tidak bersesuaian ialah pada suatu malam, ayah Saidatul
Nafisa Menghantar Attar untuk bertemu dan berbual-bual dengan Saidatul Nafisa ketika
Saidatul Nafisa bersendirian di sungai. Hal ini amat bertentangan dengan syariat Islam.
Walaupun pertemuan mereka cuma seketika dan ada jarak antara mereka namun, perbuatan
berdua-duaan antara lelakidan perempuan bukan mahram amat ditegah dalam Islam kerana
boleh mengundang fitnah dan membuka jalan yang menjurus kepada maksiat. Menurut Ab.
Aziz Mohd Zin (2001), dakwah juga mengajak sasarannya menjauhkan diri daripada
melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah swt.

Unsur dakwah yang ketiga yang tidak bersesuaian ialah apabila Attar difitnah kerana
diperangkap oleh Nida, hal ini tidak diselidiki terlebih dahulu malah ayah Saidatul Nafisah
Selaku guru besar di madrasah itu terus menjatuhkan hukuman terhadap Attar. Islam mengajari
umatnya supaya berlaku adil dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan seperti firman
Allah swt dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud “Wahai orang yang beriman! Jika
datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah

19
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatumusibah kepada kaum dengan sebab
kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan”.

Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Dalam filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang pula, secara keseluruhannya, plot dan jalan cerita
sememangnya menunjukkan unsur dakwah yang betul. Tiada kepincangan yang dilihat kecuali
sedikit kekurangan pada satu babak ketika jemaah tabligh pergi dari rumah ke rumah.
Terdapatsatu watak sampingan lelaki yang tidak berbaju walhal berbaju adalah lebih sopan.
Unsur-unsurdakwah dapat dilihat pada permulaan cerita lagi iaitu pada ketika Dadu
terserempak dengan jemaah tabligh di masjid.

Keterampilan Pelakon

Filem 7 Petala Cinta

Walaupun watak-watak filem 7 Petala Cinta menggunakan pakaian yang menutup aurat namun
terdapat kepincangan pada beberapa babak iaitu ikhtilat (hubungan lelaki dan perempuan
bukan mahram) antara pelakon lelaki dan perempuan dalam filem ini. Yang pertama ialah
ketika babakimbasan kembali Saidatul Nafisa terhadap Hamka. Terdapat dua adegan yang
pincang iaitu padaketika Hamka meletakkan serban beliau ke atas bahu Saidatul Nafisa dan
pada ketika mereka berborak di sungai.

Perbuatan Hamka yang meletakkan serban beliau ke atas bahu Saidatul Nafisa adalah
perbuatan yang kurang manis sementelah Hamka digambarkan seorang pelajar yang tinggi
ilmu agamanya.Walaupun mereka telah bertunang tetapi perbuatan yang kecil seperti itu bakal
mengundang fitnah apatah lagi adegan yang dilakukan Hamka seolah-olah beliau memeluk
Saidatul Nafisa Dari belakang.

Adegan mereka berborak di sungai juga pincang. Kedudukan Hamka dan Saidatul Nafisa
kala itu adalah bersebelahan dan sangat rapat manakala adik Hamka yang menemani mereka
pula duduk bersebelahan dengan Saidatul Nafisa dan bukannya menjadi perantaraan antara
mereka. Tambahan lagi, semasa mereka berborak, Hamka dengan sengaja memukul secara
manja lenganSaidatul Nafisah menggunakan serban beliau.

Kepincangan yang kedua ialah ketika babak Hamka dihantar oleh rombongan kampung
sebelum beliau pulang ke Yaman selepas majlis pertunangan beliau dan Saidatul Nafisa selesai.

20
Babakrombongan kampung yang berselawat menjadi pincang apabila Hilma, adik Hamka
bersalam dengan Hamka sambil mencium tangan beliau lalu beliau pula mencium dahi Hilma
sebagai balasan. Watak Hilma dan Hamka ialah adik beradik dan wajar tindakan mereka
sedemikian,akan tetapi dalam dunia sebenar pelakon yang melakonkan watak adalah bukan
mahram.

Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Sementara itu, dalam filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang tiada kepincangan pada
keterampilan pelakon terutama daripada segi ikhtilat kerana tiada pelakon perempuan dalam
filem ini. Watakdua orang sahabat digambarkan dengan sangat baik iaitu susah senang
bersama-sama dan salingmembantu antara satu sama lain. Watak-watak juga mengenakan
pakaian yang menutup aurat disamping ukhuwah jemaah tabligh yang kuat antara sesama
Islam.

Bentuk-bentuk Dakwah

Filem 7 Petala Cinta

Dalam filem 7 Petala Cinta, dakwah bentuk lisan yang pincang didapati pada dialog antara
Saidatul Nafisa dengan tunangnya Hamka. Setiap kali bertemu mereka menggunakan dialog
“Assalamualaikum cinta”, oleh Hamka dan Saidatul Nafisa menjawab “Waalaikumussalam
rindu”. Selain itu, lisan yang pincang juga ditutur oleh Saidatul Nafisa ketika Attar difitnah.
Saidatul Nafisa menggunakan kata-kata yang menghina Attar seperti manusia yang berbau
busuk tetap akan berbau macam bangkai walaupun dipakaikan wangian.

Menghina seseorang bukan merupakan satu perkara yang baik setelah dakwah itu datang
dengan bahasa dan cara yang sangat indah kerana menurut Ali Hasjmy (2013), dakwah bersifat,
berciri, dan bersumber pada ajaran Islam, al-Quran, dan Nabi saw, bukan berlandaskan
ajaranlain yang bercanggahan.

Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Dakwah bentuk lisan dalam filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, didapati pada keseluruhan
dialog malah banyak dialog yang dituturkan boleh menyedarkan penonton secara tidak
langsung.Contohnya seperti pertanyaan Ali tabligh kepada Dadu pada pertemuan pertama
mereka. Ali bertanya, “adakah tuan boleh memberi jaminan yang tuan dan saya akan hidup lagi

21
pada hari esok?”. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkataan yang kurang enak
didengar seperti “abah kau dan bangsat” (cuma sekali dituturkan).

Dakwah bukan lisan dalam filem 7 Petala Cinta dan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang
dapat dilihatmelalui perbuatan mereka menunaikan solat, melalui ceramah-ceramah dan
pengajian dalam kedua-dua filem tersebut. Dakwah bi al-Hal pula dilihat melalui kehidupan
masyarakat kampung yang aman harmoni dan mengamalkan ajaran Islam dalam 7 Petala Cinta
manakala dalam Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang, masyarakat yang jahil hanya digambarkan
melalui dialog-dialog, tiada adegan yang seumpama itu dipertontonkan. Penonjolan contoh
teladan yang baik dalam kehidupan harian orang Islam ini merupakan satu perkara yang
penting dalam dakwah apatah lagi boleh menghilangkan perasaan prejudis dan negatif orang
bukan islam terhadap Islam (Ab.Aziz Mohd Zin, 2001).

Isu Semasa

Berkaitan dengan filem “Mentega Terbang”

Secara awalnya filem ini dibuat secara movie bukan bersiri dan disiarkan di platform hiburan
seperti television, laman sesawang, youtube dan banyak lagi. Filem ini telah menjadikan satu
isu yang hangat bagi umat islam di Malaysia disebabkan kandungan dan pengisian dalam filem
tersebut. Filem ini juga dapat menarik perhatian ulama-ulama serta jabatan-jabatan agama bagi
mengulaskan isu yang terkandung dalam filem itu. Dalam filem “Mentega Tebang” jelas
bahawa terdapat babak yang bertentangan dengan ajaran akidah dan cara hidup islam. Filem
ini sangat mengundang kemarahan oleh orang ramai kerana menerbitkan suatu filem yang
langsung tidak memberi faedah malah membuat kecelaruan akidah terhadap umat islam. Dalam
filem ini juga terdapat unsur-unsur liberalisme yang dapat kita pasti dalam filem tersebut. Hal
ini, membuatkan pengaruh yang kurang baik bagi penonton.

Berkaitan dengan filem “Pulau”

Filem “Pulau” ini juga merupakan satu filem yang pernah menggegarkan rakyat Malaysia pada
ketika filem tersebut dikeluarkan. Filem itu juga dibuat secara movie dan disiarkan hanya di
mana-mana pawagam dan sempat disiarkan untuk beberapa hari sebelum disekat. Filem ini
disekat disebabkan ada unsur-unsur lucah yang berlebihan yang tidak sepatutnya disiarkan

22
kepada khalayak ramai dan juga tidak patut dilakonkan. Filem ini sebenarnya diadaptasi oleh
filem barat yang mana jalan ceritanya sama dengan penuh kandungan yang tidak sepatutnya.
Sesebuah filem boleh membentuk satu realiti sosial, menormalisasikan tingkah laku dan
mempengaruhi para penonton tentang apa yang baik dan buruk. Di dalam filem “Pulau” ini
terdapat babak-babak seks secara terbuka (eksplisit) dan menjadikan wanita sebagai daya
tarikan kepada penonton yang menontonya. Yang menjadi permasalahannya adalah babak-
babak seks tersebut melibatkan pelakon filem lucah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di
negara kita iaitu di Negara Malaysia yang majoritinya adalah masyarakat islam.

5.0 METOD DAKWAH MELALUI HIBURAN NYANYIAN DAN FILEM

Penyebaran dakwah pada hari ini perlu disesuaikan dengan kehendak, keperluan dan keadaan
semasa. Yang penting penyampaian dakwah diterima dengan mudah dan tolong penonton
sasaran. Dalam kes ini, cendekiawan islam menyatakan bahawa usaha dakwah memerlukan
pendekatan yang rasional dan relevan dengan waqi' iaitu keadaan atau keadaan sasaran dalam
memastikan keberkesanan penerimaan dakwah. Jadi, unsur tarikan, pengaruh dan rangsangan
antara pendekatan yang boleh diaplikasikan.

Selain itu, Dakwah Islamiah hari ini tidak boleh dilaksanakan secara tradisional seperti
melalui medium bimbingan, ceramah, forum dan seumpamanya. Pendekatan ini hanya
berkesan untuk sesetengah kumpulan dan membosankan bagi yang lain sesetengah orang
terutamanya golongan muda. Pendekatan yang lebih segar dan baharu terutamanya dalam
konteks medium yang digunakan perlu diberi perhatian. Dari segi sebaliknya, media baharu
dan alat komunikasi massa seperti filem dan nyanyian perlu diberi semangat dan nilai-nilai
keislaman sebelum disiarkan kepada umum kerana medium ini sering dicemari oleh unsur-
unsur luar yang lebih mencerminkan nilai kemanusiaan daripada diterapkan pada kebaikan.

Metod Dakwah Dalam Filem

Antara cara berdakwah melalui filem ialah filem tersebut mestilah mempunyai unsur-unsur
yang positif seperti ketabahan menghadapi ujian dan seumpama dengannya. Antara filem-filem
di kaca televisyen yang baik dan memberi kesan positif kepada penonton antaranya ialah filem
‘Taare Zameen Par’ yang dikeluarkan oleh Bollywood yang mana cerita ini mengisahkan
tentang budak lelaki seusia 8 tahun yang sebenarnya mengalami disleksia dan ibu-bapanya

23
menganggap dia tidak berminat dalam pelajaran walhal dia berminat. Inilah salah satu filem
yang boleh memberi inspirasi kepada penonton. Jadi, cara pengarah menyampaikan kebaikan
dalam cerita ini adalah dengan memberi jalan cerita yang keseluruhannya memberi pengajaran
kepada kita semua. Inilah salah satu contoh berkaitan kaedah berdakwah melalui filem. Jadi
salah satu kaedah dakwah melalui filem ialah genre filem itu sendiri. Untuk berdakwah melalui
filem, penerbit mestilah tidak menyelipkan adegan yang tidak sepatutnya wujud, seperti
berpelukan antara pelakon lelaki dan perempuan, pendedahan aurat yang berlebih-lebihan,
penonjolan aktiviti maksiat secara terang-terangan, perbuatan yang melampaui batas, dan
mengandungi unsur khurafat dan syirik. Selain itu, filem-filem yang mengandungi unsur-unsur
komedi dan jenaka yang kosong, provokatif, bodoh, dan kotor serta memualkan turut
dimuatkan dalam jalan cerita. Kerana itu, penerbit seharusnya mengeluarkan filem bergenre
Dakwah yang baik iaitu filem yang mampu mempengaruhi penonton tentang Islam. Selain itu,
penonton harus terus menyokong filem yang berunsurkan genre dakwah. Antara kaedah
berdakwah melalui filem ialah:

i. Penjelasan yang nyata dan jelas

ii.berunsurkan keislaman

iii. Penulisan skrip yang bersesuaian dengan syarak

iv. jinak

v. Ada sebab di sebalik sesuatu yang diperintahkan atau dilarang

vi. Mengikut keadaan sasaran

Metod Dakwah Melalui Nyanyian

Manakala dari segi lagu pula, kita boleh lihat banyak dan pelbagai lagu pada masa kini yang
memberi kesan positif dan keinsafan di dalam hati kita, antaranya lagu “Sucikanlah Hati” dari
kumpulan Phenomena. Lagu ini berkaitan dengan hati dan kelakuan masa lalu kita yang
dipenuhi dengan dosa dan ianya memberi penyesalan di dalam diri kita. Cara Penyanyi ini
menyampaikan dakwah kepada kita adalah dengan nyanyian yang merdu diselingi dengan lirik
yang keislaman yang mana membuatkan kita sebagai pendengar bermuhasabah diri setelah
mendengar lagu tersebut. Antara kaedah berdakwah melalui nyanyian ialah:

i. Kandungan lirik lagu tidak bercanggah dengan syarak.

24
Tidak semua lagu wajib di sisi undang-undang. Lagu yang wajib hukumnya ialah lagu yang
tema dan kandungannya menepati syara’, tidak canggih dengan syiar Islam sama ada dari segi
akhlak, syariah, aqidah dan sebagainya.

ii. Cara penyampaian yang tidak melampaui batas atau menggoda

Gaya persembahan juga memainkan peranan penting. Kadang-kadang liriknya tidak


bercanggah, tetapi cara penyampaian juga menyebabkan ia terkeluar dari hukum wajib dan
menjadi haram atau diragui atau paling tidak makruh.

iii. Majlis nyanyian tidak disertai dengan perkara yang tidak sah.

Upacara melaungkan tidak boleh dicampur dengan perkara yang dilarang seperti minum arak
atau menggunakan bahan khayalan.

iv. Jangan berhibur dengan menyanyi secara berlebihan

Seperti hal-hal lain yang perlu, berhibur dengan nyanyian perlu dihadkan supaya tidak
keterlaluan. Jika sikap melampau itu dilarang dalam semua hal, maka tuntutan untuk
menjauhinya lebih kuat lagi dalam isu hiburan.

v. Istilah yang berkaitan dengan orang yang mendengar hiburan

Setiap orang yang mendengar hiburan ini dianggap sebagai seorang yang lebih memahami
dirinya dan lebih layak menjadi hakim untuk dirinya sendiri.

5.1 Hiburan Sebagai Method Dakwah

Seni dan hiburan merupakan salah satu kaedah dakwah yang digunakan oleh ulama dalam
mengembangkan dakwah Islamiah. Untuk pengetahuan semua, apabila Islam mula
berkembang terutama sejak abad ke-13 Masihi, para ulamak menggunakan pelbagai
pendekatan seperti perkahwinan, menukarkan raja, mendirikan empayar Islam, berdagang dan
sebagainya sebagai kaedah dakwah.

Oleh itu, bagi menyempurnakan gerakan dakwah ini, sebahagian alim ulama menjadikan
seni dan hiburan sebagai cara baru berdakwah. Sepanjang sejarah perkembangan dakwah,
ulamak telah menggunakan seni bunyi, wayang kulit, ukiran, seni bina, penulisan sastera, seni
mempertahankan diri dan beberapa seni lain sebagai sebahagian daripada pendekatan mereka.
Salah satu faktor pentingnya dakwah melalui seni dan hiburan adalah kerana masyarakat

25
Melayu telah lama terpengaruh dengan budaya Barat yang sangat cenderung kepada seni. Hasil
daripada memanfaatkan seni, hiburan dan budaya ini, orang Melayu telah dapat memeluk Islam
secara harmoni dan menerimanya secara terbuka.

Maka bermulalah kaedah dakwah yang baru iaitu kaedah seni dan hiburan yang amat
diperlukan dalam dakwah bagi meluaskan penyebaran Islam. Keadaan ini membuktikan
bahawa seni dan hiburan merupakan salah satu kaedah dakwah yang paling penting dan
berkesan dalam menyebarkan Islam.

Hiburan filem/wayang kulit dan nyanyian sebagai kaedah dakwah.

1. Boneka Bayang

Wayang merupakan seni rakyat tradisional berunsur Hindu-Buddha yang terkenal di Jawa dan
Segenting Kra. Tokoh yang banyak menggunakan wayang kulit dalam dakwahnya ialah Sunan
Kalijaga dan Sunan Muria di kalangan Wali Songo. Hamka sendiri mengakui antara kekuatan
Sunan Kalijaga ialah kebolehannya menggunakan wayang kulit yang sangat diminati oleh
orang Jawa sebagai saluran dakwahnya, di mana beliau berjaya memasukkan unsur-unsur
hikayat Islam bagi menggantikan unsur-unsur Hindu dalam wayang kulit, supaya Islam
mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Menurut Ab Aziz Mohd Zain, Sunan Kalijaga dan
Sunan Muria telah melakukan perubahan terhadap wayang kulit termasuk imej wataknya, maka
ia tidak salah dengan syariah. Wali Songo juga telah mengubah isi naratif wayang kulit
daripada unsur Hindu kepada hikayat Islam sehingga ada di antaranya yang menarik
kecenderungan masyarakat terhadap kehebatan pahlawan Islam, berbanding kekaguman
terhadap unsur mistik dalam kisah Mahabharata, Ramayana. dan Hanuman sebelum ini.

2. Muzik dan seni bunyi

Memandangkan perkembangan Islam di peringkat awal di Asia Barat, usaha ulamak


menjadikan seni bunyi sebagai mekanisme dakwah mereka dengan memasukkan irama Parsi
dalam lagu Arab dan misalnya dalam Alam Melayu, ini juga terpakai. Pengaruh Hindu yang
berkaitan dengan budaya nyanyian, muzik dan lagu telah menyebabkan ulamak mengambil
tiga langkah besar. Pertama, di Tanah Jawa diciptakan lagu-lagu Islami yang masih
menggunakan irama asli Jawa, agar masyarakat dapat menyerap perubahan-perubahan 'under
conscious', bahawa isi lagu Hindu telah berubah menjadi lagu-lagu Islami. Sunan Kalijaga yang
terkenal dengan pendekatan dakwah budaya telah menjadi muzik tradisional, gamelan sebagai
salurannya. Beliau menulis beberapa buah lagu yang masih terkenal sehingga kini, seperti Lir-

26
ilir dan Botak Pacul. Dicatat juga bahawa Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Kudus, Sunan
Muria dan Sunan Drajat membantu menggubah lagu-lagu Islam yang disesuaikan dengan irama
Hindu dalam pendekatan dakwah mereka. Kedua, sebilangan ulama yang melihat
kecenderungan masyarakat terhadap muzik dan seni bunyi, telah membawa muzik Arab ke
alam Melayu. Perkembangan seni nazam dan syair di Alam Melayu adalah disebabkan
pendekatan ini. Tokku Tuan Besar di Terengganu misalnya terkenal dengan nazam Kanzu al-
Ula, manakala tokoh agama seperti Syeikh Wan Ahmad al-Fathani dari Mekah, Tok
Syihabuddin dari Pahang, Hamzah Fansuri dari Aceh dan Syeikh Muhammad Zainuddin al-
Sumbawi dari Sumbawa yang telah menghasilkan puisi dan puisi yang berkualiti dalam
memperkenalkan Islam kepada masyarakat. Menurut Nur Amin Fattah, melalui seni suara ini,
ulamak secara halus mengajak manusia kepada Islam, lebih-lebih lagi kerana jiwa orang
Melayu khususnya Jawa berjiwa lembut. Dan ketiga, menggalakkan perkembangan seni
taranum al-Quran. Ramai ulama Melayu menguasai lagu atau irama (maqamat) taranum al-
Quran seperti Tok Senggora di Pattani.

5.2 Unsur Pembawakan Dakwah Dalam Hiburan

Jika ingin berdakwah melalui hiburan, unsur berdakwah mestilah diterapkan dalam hiburan
tersebut. Antara teknik penggunaan dakwah untuk membawa unsur dakwah tersebut dalam
hiburan adalah penggunaan dakwah bi al-lisān. Penggunaan dakwah bi al-lisān dengan teknik
berhibur kadangkala mempunyai kesan sampingan dalam amalan. Dapat difahami bahawa niat
Perlaksanaan dakwah ialah penyampaian bahan dakwah dalam bentuk nasihat atau nasihat
ajaran agama yang menuntut untuk melaksanakan sesuatu ibadah dan sebagainya.Namun, pada
saat-saat tertentu, pelaksanaan kaedah seperti ini menimbulkan banyak perkara kekeliruan
sebenar. Ini boleh dalam bentuk kekurangan profesionalisme dari bahan dakwah dengan
kandungan hiburan, sehingga terkesan acaranya merupakan rancangan komedi (contohnya)
dan bukannya acara utama iaitu dakwah Islamiah. Antara unsur yang mesti ada sekiranya ingin
berdakwah melalui hiburan ialah:

1. Da'i atau mubaligh penterjemah, ialah orang yang berperanan sebagai penyampai yang
berkewajiban menyampaikan isi dakwah, baik kepada individu, kelompok mahupun
masyarakat.

2.Materi dakwah, ialah isi mesej atau isi dakwah yang digabungkan secara berkesan kepada
penerima dakwah.

27
3. Penerima dakwah, ialah khalayak, khalayak atau massa yang menjadi sasaran, tempat
dakwah itu diarahkan.

4. Media dakwah, adalah saluran dakwah yang dengannya dakwah disampaikan. Adakah
melalui saluran lisan, tulisan, visual dan audio-visual malah uswatun hasanah (contoh yang
baik) dan saluran amal perniagaan.

5. Kesan dakwah, adalah hasil yang boleh dicapai dengan dakwah yang telah disampaikan.
Dengan kata lain, kandungan dakwah yang disampaikan dapat mencapai sasarannya.

6.0 KESAN

6.1 Kesan-Kesan Hiburan Melampau

Hiburan merupakan persembahan atau kegiatan yang disesuaikan oleh pihak industri untuk
memberi kepuasan kepada penonton. Industri yang menyediakan hiburan digelar sebagai
industri hiburan.Bilangan penonton yang ramai dan aktif membuatkan bidang hiburan itu lebih
berkembang dengan pesat.

Agama Islam mengharuskan umatnya untuk berhibur kerana hiburan adalah sebahagian
daripada fitrah kehidupan manusia itu sendiri. Akan tetapi, hiburan yang melampau sangat
ditegah dalam Islam. Hal ini merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan
daripada Aisyah r.a. yang bermaksud “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di
sampingku ada dua gadis hamba daripada kalangan orang Ansar sedang menyanyi dengan
nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata,
kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat
serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai
Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya kita.”(Ibnu
Majah)

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta
menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawa
antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah
nyanyian. Hiburan berbentuk nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak
didasari kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa. Pada hari ini
kita dapat lihat bahawa setiap lagu-lagu yang dikeluarkan mempunyai lirik yang terpesong dan

28
mengghairahkan yang meracuni fikiran anak muda. Di sini saya sertakan beberapa kesan akibat
hiburan yang melampau:

1. Melahirkan golongan hedonisme.

Hedonisme ialah pandangan dan pegangan yang mementingkan keseronokan atau kesenangan
dalam kehidupan. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman
yang menyeronokkan dan mengurangkan tahap ketidakpuasan seseorang seperti kesakitan,
kesedihan dan kekecewaan. Apabila golongan hedonisme ini wujud, maka timbullah satu
gejala yang mengabaikan agama, budaya, asal usul, dan etika murni. Hal ini kerana, individu
akan selalu berseronok sehingga malas melakukan perkara yang disuruh dan membuat apa
yang dilarang dan ditegah dalam Islam. Selain itu, remaja juga hilang matlamat hidup kerana
terlaku leka akan keseronokan sehingga melupakan matlamat hidup sendiri iaitu berbakti
kepada agama, negara dan bangsa.

2. Bergantung kepada orang lain.

Hiburan yang melampau dapat menyebabkan kebergantungan kepada orang sekeliling seperti
ibu bapa, rakan-rakan dan sebagainya. Contohnya, ketika seseorang terlalu banyak menonton
televisyen, bermain game, atau menghabiskan waktu di media sosial, mereka mungkin
mengabaikan tanggung jawab mereka, seperti pekerjaan, pendidikan, atau hubungan peribadi.
Mereka seakan-akan berada di dunia sendiri dan tidak menghiraukan pandangan orang
sekeliling.

3. Mencemari nilai-nilai murni kesopanan dan kesusilaan

Masyarakat pada zaman ini semakin hilang sifat berbudi bahasa terhadap masyarakat lain
khusunya warga tua kerana mereka mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan
yang boleh menyeronokkan diri mereka tanpa menghiraukan larangan agama, adat, dan teguran
masyarakat sekeliling. Seseorang individu yang terlalu suka akan hiburan menyebabkan
sesebuah nilai murni itu tercemar. Sebagai contoh, hilang bahasa yang sopan dalam komunikasi
mereka dengan orang lain. Ini boleh dilihat seperti cara seseorang remaja itu bertutur dengan
golongan yang lebih tua darinya seperti ibu bapa mereka. Cara percakapan mereka tidak lagi
menggunakan perkataan yang baik yang sepatutnya mereka amalkan malah ada juga sanggup
menghina dengan kata-kata yang kesat. Sebagai rakyat Malaysia, kita dikenali sebagai
masyarakat dengan budaya bahasa yang baik dan sopan. Maka dengan kesan hiburan
melampau ini telah menyebabkan budaya bahasa kita dipandang rendah oleh masyarakat luar.

29
Selain itu, induvidu juga akan cuba mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan
yang boleh menyeronokkan tanpa mempedulikan larangan agama. Segelintir individu pada
masa kini tidak lagi takut kepada dosa dan balasan dari Allah SWT. Mereka tidak mengambil
iktibar daripada kaum-kaum terdahulu yang dibinasakan oleh Allah SWT akibat kemungkaran
dan kerosakan yang mereka lakukan di muka bumi. Semoga kita dijauhkan daripada azab Allah
SWT yang maha dahsyat.

4. Mempengaruhi kesihatan diri.

Terlalu banyak menghabiskan waktu untuk hiburan yang melampau menyebabkan seseorang
kurang beraktiviti yang sihat. Ini dapat menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti,
kelemahan otot, gangguan tidur, atau masalah pada postur tubuh badan. Hal ini kerana, mereka
hanya terperap di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti yang sihat. Hal ini menyebabkan
mereka mungkin mengalami masalah kesihatan yang serius seperti yang disebutkan di atas.

5. Merugikan wang sendiri

Mungkin ramai di kalangan kita yang suka berkunjung ke pusat hiburan untuk melupakan
masalah yang dihadapi dengan mengeluarkan wang yang besar. Tetapi persoalan disini, adakah
masalah yang dihadapi mereka itu dapat diselesaikan? Sememangnya tidak. Ini kerana,
berkunjung ke pusat hiburan bukannya menyebabkan kita lebih baik justeru merosakkan diri
sendiri secara perlahan-lahan. Alangkah lebih baik sekiranya wang yang digunakan itu untuk
menyelesaikan masalah atau disimpan untuk masa kecemasan. Selain itu, terdapat juga
segelintir individu yang sanggup mengeluarkan ratusan wang ringgit bahkan beribu semata-
mata hanya untuk berhibur. Individu seperti ini tidak tahu had untuk berbelanja dengan baik
dan bijak. Mereka berbelanja mengikut nafsu semata-mata. Dan lebih buruk lagi, mereka
berbelanja hanya untuk memuaskan nafsu berhibur bukan untuk keperluan harian. Terdapat
juga segelintir individu yang rela berhutang semata-mata untuk berhibur. Berhutang hanya
akan membuat peminjamnya menderita.

6.2 Kesan-Kesan Pelaksanaan Dakwah Melalui Hiburan

Kemunculan media baharu pada masa kini dilihat sebagai satu wadah yang penting untuk
berdakwah dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebanjiran aplikasi media sosial seperti
Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya telah mewujudkan satu peluang baru dalam
kalangan dai’e (pendakwah) disebabkan cirinya yang pantas dan cekap dalam menyampaikan

30
sesebuah maklumat. Dengan ciri tersebut, media baru ini dapat dilihat mampu memberikan
impak positif terhadap aktiviti dakwah. Berikut merupakan kesan pelaksanaan dakwah
melalui hiburan:

1. Menarik minat orang ramai.

Dakwah yang disesuaikan dengan hiburan memiliki daya tarik yang kuat dan dapat menarik
perhatian banyak orang. Dengan menggunakan media hiburan seperti filem, muzik, atau teater,
dakwah dapat mencapai audiens yang lebih luas yang mungkin tidak tertarik dengan cara
tradisional berdakwah.

2. Penyampaian yang menarik

Dakwah yang diselipkan dengan hiburan mampu menggabungkan pesan-pesan dakwah ke


dalam cerita, lagu, atau pertunjukan yang menarik dan menghibur. Ini membuat pesan tersebut
lebih mudah dicerna dan difahami oleh audiens, terutama generasi muda yang lebih terhubung
dengan bentuk hiburan yang moden. Hal ini secara tidak langsung mampu menarik minat
mereka dengan dakwah dan dakwah dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Mereka dapat
memahami dan mengaitkan konsep-konsep agama dengan kehidupan seharian sehingga
meningkatkan pemahaman mereka tentang nilai-nilai agama.

3. Perubahan dakwah yang positif

Hiburan yang berdasarkan unsur dakwah dapat menginspirasi dan memotivasi orang ramai
untuk melakukan perubahan positif dalam kehidupan mereka. Pesan-pesan moral dan nilai-
nilai agama yang disampaikan melalui hiburan dapat mendorong ramai orang untuk
meningkatkan amalan kebaikan, berbuat baik kepada sesama, dan nilai-nilai yang lebih baik
lagi. Walaupun dakwah yang disesuaikan dengan hiburan menyebabkan kesan yang positif,
namun sangat penting untuk memastikan bahwa dakwah melalui hiburan tetap konsisten
dengan prinsip-prinsip agama yang diikuti dan tidak melanggar etika. Juga, perlu ada
pengawasan dan penilaian yang ketat untuk memastikan bahwa pesan-pesan dakwah yang
disampaikan melalui hiburan tetap tepat dan tidak disalahertikan oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab.

31
7.0 KESIMPULAN

Dalam hal ini, sesuatu hiburan ini sebenarnya sifat serta hukumnya tidak mutlak yang mana
ianya bergantung kepada tujuan, kaedah, ciri, keperluan dan syarat-syarat lain yang bersandar.
Jika nyanyian atau filem itu dibuat serta dengan tujuan yang baik maka baiklah inputnya, jika
sebaliknya maka buruklah inputnya. Justeru itulah hiburan nyanyian dan filem boleh menjadi
suatu perkara yang sering disalahgunakan untuk merosakkan dan menghasut kearah
keburukan.

Selain itu, hukum islam bersifat syumul iaitu meliputi semua aspek di dalam kehidupan kita
dan tidaka ada perkara yang terkecuali termasuklah dalam berhibur. Dalam hal ini, islam juga
sangat menekankan dalam aspek hiburan yang mana hiburan tidak menjadi hiburan semata-
mata yang mana perlu diselitkan unsur dakwah di dalamnya dan menjauhi segala hiburan yang
menjauhkan diri kita dari berbuat ketaatan kepadanya. Oleh hal yang demikian, sudah terang
lagi bersuluh bahawa kesenian hiburan dan dakwah saling berkait antara satu sama lain dan
tidak boleh terpisah. Seni hiburan nyanyian dan perfileman di Malaysia ini sebenarnya dapat
kita lihat dapat dijadikan satu medium untuk berdakwah yang mana kita semua tahu pada
zaman sekarang masyarakat lebih ke arah hiburan. Oleh itu, tidak salah jika kita menyelitkan
dakwah ke dalah hiburan nyanyian dan mana-mana filem sekalipun selagi tidak bercanggah
dengan hukum syarak. Di samping menyampaikan dakwah pihak-pihak yang tertentu juga
perlu mengawasi setiap kandungan yang terkandung di dalam hiburan tersebut seperti
mengawasi skrip-skrip lagu dan mengawasi babak-babak dalam lakonan yang tidak
berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan supaya tidak membawa pengaruh yang buruk
bagi pendengar dan penonton.

Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa kesenian dalam hiburan ini merupakan salah satu
cara daripada cara berhikmah dalam berdakwah. Usaha-usaha dakwah melalui kesenian
hiburan nyanyian dan perfileman di Malaysia ini dilihat mempunyai potensi yang sangat besar
dalam mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup masyarakat dan seterusnya mencorakkan
budaya sesebuah bangsa.

32
RUJUKAN

Abdullah Yusof. (2000). INDUSTRI HIBURAN DALAM ISLAM: ANALISIS DARI


SUDUT PERSEJARAHAN AWAL DAN PENILAIAN HUKUM. Jurnal Syariah, 8(1), 24-
26. https://mjs.um.edu.my/index.php/JS/article/download/22937/11453/49695

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. ( 2005). DASAR DAN STRATEGI
PEMBANGUNAN INDUSTRI MUZIK MALAYSIA. Dimuat turun daripada
https://www.kkd.gov.my/pdf/buku/dasar_industri_muzik.pdf

Shahidah Hamzah, Nur Hafizah Yusoff, Fauziah Ani & Zahrul Akmal Damin. (2021). KESAN
HEDONISME KEPADA GENERASI MUDA: KAJIAN KES DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN
ONN MALAYSIA, KAMPUS PAGOH. Dimuat turun daripada
https://journalarticle.ukm.my/16949/1/46771-151086-1-SM.pdf

Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri setia Hj Awang Abdul Aziz bin Juned. 2001. Fatwa
Mufti Kerajaan, Islam Dan Muzik. C.2. Brunei: Jabatan Mufti.

Amini Amir Abdullah. 1997. Konsep Seni Dalam Islam. Dalam Hj Ahmad Fauzi Hj Morad et
al. Tamadun Islam. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Mohamad Kamil Hj Ab. Majid dan Muhammad bin Yusof, 2008, Ke Arah Memperkasakan
Islamisasi Seni Muzik Sebagai Satu Alternatif. Bangi: UKM.

Abdul Ghafar Don, Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus. DAKWAH KEPADA ORANG ASLI
MELALUI SENI HIBURAN ALTERNATIF DI MALAYSIA: MODEL LATIHAN AMALI
DAKWAH (LAD). al-hikmah 1

https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/download/42/45/

Nor Amalin, Khazri Osman, 2022, PENDEKATAN DAKWAH MELALUI KESENIAN.


Seminar dakwah dan Wahdah Al-ummah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

https://www.researchgate.net/publication/304123709_Dakwah_Melalui_Muzik_dan_Nyanyia
n_Suatu_Perbincangan

Mohd Fadli Ghani, 2019, SENI DAN HIBURAN DALAM SEJARAH PENDAKWAHAN
ISLAM DI NUSANTARA. Semposiuum Seni dan Hiburan Menurut islam. Terengganu

https://www.academia.edu/40520995/SENI_DAN_HIBURAN_DALAM_SEJARAH_PEND
AKWAHAN_ISLAM_DI_NUSANTARA

33
Eri Satria Sanusi, Roslan Mohamed, 2017, ANALISIS TERHADAP PERANAN NASYID
DALAM DAKWAH. Jurnal Ilmiah ISLAM FUTURA Vol. 16. No. 2, Februari 2017, 227-242,
University Malaya, Kuala Lumpur.

https://core.ac.uk/download/pdf/228446535.pdf

Abdul Ghafar Don, & Redzuwan, A. (2023). Dakwah Kepada Orang Asli Melalui Seni Hiburan
Alternatif Di Malaysia : Model Latihan Amali Dakwah (LAD). Al-Hikmah, 1, 3–12.
https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/42

MOHD ALI BIN IKSAN. (2010). PENGARUH BUDAYA HEDONISME DI KALANGAN


PELAJAR-PELAJAR ISLAM : KAJIAN DI SMK TENGKU IDRIS SHAH, KAPAR, KLANG

http://studentsrepo.um.edu.my/5175/1/pdf_pengaruh_budaya_hedonisme.pdf

Qurratu Ain Rapihi, Ab, Z., Rahman, & Kassan. (2019, May 2). Dakwah melalui media baharu
di Malaysia: Peluang atau cabaran? ResearchGate; unknown.
https://www.researchgate.net/publication/332817857_Dakwah_melalui_media_baharu_di_M
alaysia_Peluang_atau_cabaran

MOHD FADLI GHANI. (2021). SENI DAN HIBURAN DALAM SEJARAH


PENDAKWAHAN ISLAM DI NUSANTARA. Academia.edu.
https://www.academia.edu/40520995/SENI_DAN_HIBURAN_DALAM_SEJARAH_PEND
AKWAHAN_ISLAM_DI_NUSANTARA

Azimah, K. (2017). MUSIK DALAM PANDANGAN AL-MUBARAKFURY (STUDI KITAB


TUHFAT AL-AHWADZI). SEMARANG: UNIVERSITAS ISLAM NEGERI WALISONGO.

HADANA. (2017). NYANYIAN DALAM PERSPEKTIF HADIS (Pendekatan Ikhtilāf al-


Hadīth). DARUSSALAM – BANDA ACEH: UNIVERSITAS ISLAM NEGERI AR-
RANIRY.

Hajar Opir, M. Y. (2017). Kriteria Patuh Syariah Dalam Filem Berasaskan Hukum Fiqh: Satu
Kajian Awal. Kriteria Patuh Syariah Dalam Filem Berasaskan Hukum Fiqh: Satu Kajian
Awal, 151-167.

34
Lukmanul Hanafi, Z. M.-B. (2014). HIBURAN: MUZIK, NYANYIAN, NASYID
MENURUT PERSPEKTIF FIQH DAN FATWA1. Jurnal Infad, 83-108.

Shariffuddin, S. A. (t.t). DAKWAH DALAM FILEM BERUNSUR ISLAMIK DI


MALAYSIA. 1-19.

35

You might also like