You are on page 1of 1

Nama : Suzairi Bin Ahmad

No. Matrik : 21070076


Diploma/Sem : Diploma Syariah Sem 2

PENYUBURAN DAKWAH ISLAMIAH


Dalam usaha menyampaikan dakwah, sudah tentu terdapat banyak cabaran yang
perlu diharungi. Cabaran-cabaran ini bukanlah perkara baharu dalam menyampaikan
dakwah, malah ianya sejak zaman Rasulullah menyampaikan dakwah lagi. Antara cabaran
terkini ialah berdakwah dalam norma baharu dikala pandemik Covid-19 melanda dunia.
Cara penyampaian dakwah perlu disesuaikan dengan situasi semasa untuk meneruskan lagi
perjalanan dakwah terhadap masyarakat dan agar mesej yang diterangkan dapat
disampaikan dengan jelas kepada semua orang, contohnya memanfaatkan media sosial,
seperti yang kita ketahui bahawa media sosial sangat berpengaruh kerana kebanyakan
orang mempunyai media sosial tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Selain itu, berdakwah
bil hal melihat kepada keadaan masyarakat sekarang yang ramai terjejas akibat Covid-19,
kita boleh salurkan bantuan kepada mereka untuk meringankan sedikit beban mereka dan
pada masa yang sama kita selitkan sedikit tazkirah atau pesanan berkaitan risalah-risalah
Islam. Kesimpulannya, dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara yang sesuai dengan
situasi dan keadaan sekeliling. Tidak kira di mana, dakwah tetap boleh disampaikan
mengikut kreativiti pendakwah dan kebijaksanaannya untuk menyesuaikan situasi dan
keadaan.

You might also like