You are on page 1of 12

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

KEJURUTERAAN TAPAK (FOUNDATION ENGINEERING)


Boleh didefinasikan sebagai satu seni mengenakan beban secara beransur-ansur beban struktur
bagi mengelakkan ubah bentuk yang terlalu besar.
Ubah bentuk unsure tanah ialah fungsi perubahan dalam tegasan berkesan (tidak dalam jumlah
tegasan). Berikut ialah contoh-contoh bagi kes-kes ubahbentuk :a)
b)
c)
d)

pengenaan beban-beban struktur


penurunan paras/aras air bumi
keruntuhan struktur tanah apabila dibasahkan
penurunan asas ( serangan sulfat terhadap konkrit, karatan cerucuk keluli, kereputan
cerucuk kayu)
e) penurunan tanah lombong
f) getaran tanah berpasir
g) lambung tanah liat selepas pokok dibuang
h) pergerakan musim lembapan
PENYIASATAN TAPAK
Satu penyiasatan tapak yang terperinci dan menyeluruh adalah perlu pada peringkat awal kerja
rekabentuk dan binaan dalam kerja-kerja kejuruteraan awam. Penyiasatan tapak biasanya
bergantung kepada saiz dan jenis sesuatu projek/kerja. Malah dalam keadaan tertentu (kerjakerja yang kecil) juga memerlukan penyiasatan tapak.
Penyiasatan tapak yang secukupnya harus dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu kerja
kejuruteraan awam dilakukan. Maklumat yang mencukupi harus diperoleh untuk mencapai hasil
rekabentuk yang selamat dan ekonomi, juga untuk mengelakan sebarang kesulitan semasa
pembinaan. Tujuan utama penyiasatan ialah ; (1) untuk menentukan urutan ketebalan dan
keluasan sisi sesuatu lapisan tanah dan aras batuan dasar, sekiranya perlu ; (2) untuk
memperoleh sample yang mewakili tanah (dan batuan) untuk tujuan mengenalpasti dan
pengelasan dan jika perlu, digunakan didalam ujian makmal bagi menentukan parameter tanah
yang sesuai ; (3) untuk mengenal pasti keadaan air bumi. Penyiasatan juga termasuk pencapaian
ujian di situ bagi menilai ciri-ciri tanah yang sesuai. Keputusan sesuatu penyiasatan seharusnya
memberikan maklumat lengkap, misalnya untuk menetukan pemilihan asas yang paling sesuai
bagi sesuatu struktur cadangan dan untuk menunjukkan sekiranya akan timbul masalah semasa
pengorekan.

BS5930 : 1981 Code of Practice for Site Investigation ; menyenaraikan objektif-objektif


penyiasatan tapak :
i.

menilai kesesuaian kawasan tapak bina dan keadaan sekeliling dengan kerja-kerja
yang dicadangkan secara keseluruhan.

ii.

Membantu menyediakan satu kerja/rekabentuk yang lengkap, ekonomik dan


selamat. Ini termasuklah untuk kerja-kerja sementara.

iii.

merancang kaedah pembinaan terbaik, membuat pelbagai bancian terhadap


kemungkinan masalah/kesusahan semasa pembinaan dan sekaligus dapat
menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah yang timbul.

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

iv.

mendapatkan maklumat tentang kemungkinan perubahan pada kawasan tapak bina


dan sekelilingnya sama ada semulajadi atau terjadi akibat daripada kerja-kerja yang
dilakukan. Juga maklumat tentang kesan-kesan perubahan tersebut terhadap kerjakerja yang sedang berjalan dikawasan tapak bina.

v.

mendapatkan kawasan yang lebih sesuai jika ada pilihan kawasan tapak bina (jika
ada 2 pilihan atau lebih). Tidak kira sama ada kawasan didalam satu tapak bina atau
pada tapak bina yang berbeza.

Pada amnya penyiasatan tapak perlu diselesaikan sebelum peringkat merekabentuk sesuatu
projek.
Walaubagaimanapun ada juga overlapping, lebih-lebih lagi dalam kerja-kerja kejuruteraan awam
yang besar dan kebiasaannya melibatkan ujian-ujian tertentu yang tidak dapat dielakkan.
PERINGKAT- PERINGKAT DALAM PENYIASATAN TAPAK
Pada kebiasaannya penyiasatan tapak yang melibatkan projek sederhana ke besar mengandungi
enam peringkat ;
a. Penyiasatan permulaan/awal
Proses pengumpulan peta, lukisan/lakaran, maklumat pembangunan kawasan terperinci,
maklumat daripada majlis tempatan dan lain-lain kerja pejabat.
b. Pemeriksaan dan bancian tapak secara am.
Merupakan pemeriksaan tapak (kali pertama) oleh pakar-pakar seperti ahli geologi, juru
ukur dan jurutera. Termasuk penyediaan lay-out untuk tapak bina, peta topo, maklumat
geologi. Juga mendapatkan maklumat tentang cuaca, punca air dan perlakuan tanah.
c.

Penyiasatan tapak terperinci dan persampelan


Proses penyiasatan terperinci tentang geologi kawasan dan juga keadaan tanah dibawah
permukaan dengan cara bancian permukaan trial pit, lubang jara dan lain-lain. Juga
bancian tentang air tanah, pemeriksaan tentang kerosakan pada bangunan berhampiran
( eg;enapan) lokasi struktur dan proses penyempelan.

d. Pengujian sample di makmal


Pengujian terhadap sample terusik dan tak terusik.
Pengujian pada tanah :
Pengelasan, mutu, kebolehterlapan,
kekuatan ricih, kebolehmampatan dll.
Pengujian pd batuan :
Kekuatan & ketahanan
Pengujian pada tapak :
CBR
Pengujian air tanah
:
Kimia
e. Pengujian di-situ
Pengujian yang dijalankan sama ada sebelum atau semasa kerja-kerja pembinaan
dijalankan. Jenis-jenis ujian : vane shear, SPT, CPT, beban plat dll.
f.

Laporan keputusan
Perincian kajian geologi (struktur, pemetaan, korekan) pelbagai komen & perakuan yang
berkaitan dengan rekabentuk dan pembinaan kepada kerja yang dicadangkan, perakuan
untuk penyiasatan tapak yang selanjutnya.

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

KAEDAH-KAEDAH PENYIASATAN TAPAK


Dalam memilih kaedah-kaedah penyiasatan tapak ada empat factor yang harus diambil kira :
a. Keadaan geologi di tapak.
Tanah liat
Tanah berpasir
Tanah kemas/padat
Batuan lembut diatas GWT
Batuan keras

lubang jara
lubang jara, peralatan persampelan
trial pits/lubang ujian
trial pits
Korekan / boring

b. Keadaan topografi di tapak


Keadaan mukabumi & kemudahan keluar masuk ke tapak bina adalah penting dalam
proses membawa peralatan penyiasatan tapak ke tapak bina.
Kawasan berbukit
Kawasan berpaya

c.

:
:

Heading lebih sesuai digunakan.


Menyediakan jalan yang sesuai atau kawasan
yang bersifat hardstanding.

Jenis maklumat yang dikehendaki


Keadaan tanah dan batuan di bawah permukaan tanah.
Perincian sambungan geometri tanah (geologi)
Keadaan air tanah (aliran dsbg)
Lokasi permukaan tanah yang telah berlaku kegagalan.

d. Kos & masa.


KAEDAH-KAEDAH YANG BIASA DIJALANKAN
1. SHELL & BAILER BORING
Merupakan sebuah alat mudah alih dan agak mudah digunakan. Sesuai pada tanah
lembut ke padat yang bebas dari batuan. Saiz lubang korekan ; 150 300 mm dia &
kedalaman korekan antara 50-60 m.
Komponen ; derik, mesin/kuasa mesin dan alat-alat pengorekan.
Cara penyempelan dan cara hentakan ;
- Perlatan penyempelan diangkat oleh kuasa mesin setinggi 1 m dari dasar lubang
yang dikorek.
- Kemudian dibiarkan jatuh dan tiub penyempelan dipenuhi tanah.
- Tiub penyempelan ditarik keatas dan sample dikeluarkan.
Korekan tanah pasir dan kerikil.
- kelompang pasir (sand shell) atau bailer digunakan. Ianya merupakan sebuah
silinder terbuka dengan mata pemotong pada hujungnya.
- Injap berperanan memerangkap bahan-bahan yang mudah pecah/longgar
kedalam kelompang pasir apabila ianya diangkat ke atas.

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

2. TRIAL PITS (LUBANG UJIAN)


Lebih diutamakan untuk tanah kohesif dan batuan lembut . Senang digali/dikorek dengan
menggunakan mesin penggali. Kelebihannya ialah dalam mempamerkan strata tanah
bagi pemeriksaan secara kasar.
Kekurangan

kedalaman terhad (2 3 m)
Pengorekan yang lebih dalam memerlukan tenaga manusia.

Bahagian tepi lubang mestilah di tupang dengan kayu secukupnya (walaupun dalam
jangka masa pendek). Pengaliran air tanah perlu untuk tanah pasir dan berbutir. Sample
diambil pada bahagian dinding dan bahagian bawahlubang dengan menggunakan
peralatan tangan.
Kaedah ini penting :

pemerhatian paras air bumi


Tanah berbatu
Perletakan paip-paip dan lain-lain perkhidmatan
bawah tanah.

3. GERUDI TANGAN (HAND AUGER)


Juga dikenali sebagai gerudi Iwan dan Post-hole Auger. Ianya merupakan sebuah alat
tangan yang digunakan untuk mengorek tanah lembut sehingga kedalaman max 6m.
Komponen gerudi tangan ialah ;
Gerimit separa silinder berukuran 100 mm dia.
Extension rod berukuran 1 m panjang
T handle

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

Gerudi tangan ini dipasang dan dipusingkan dengan tangan di permukaan tanah. Untuk
mendapatkan sample, gerimit tangan ditukarkan dengan tiub persampelan 38 mm dia.
Yang disambungkan pada sliding precussion link. Dengan mengangkat extension
rod/precussion link dank e bawah, tiub persampelan dimasukkan kedalam tanah. Thandle dipusingkan untuk tujuan memutuskan bahagian bawah tanah dalam tiub
penyempelan dengan bahagian luar.
4. HEADINGS
Juga dikenali sebagai adits. Pengorekan dibuat secara mendatar pada tempat-tempat
berikut :
Tanah yang curam
Tebing-tebing tinggi
Permukaan berbatu (quarry faces)
Kos pengerudian agak mahal. Masalah timbul jika beroperasi di kawasan tanah lembut
atau kawasan di bawah paras airbumi. Oleh itu headings jarang sekali digunakan kecuali
untuk korekan-korekan yang penting seperti ; terowong, carigali bahan galian dll dimana
cara lain tidak begitu sesuai.
CERAPAN PARAS AIR BUMI
Ada 2 kumpulan utama dalam membuat cerapan paras air bumi (p.a.b.) ;
i.
ii.

mengenalpasti paras air & tekanan air


bagi tujuan ujian kebolehterlapan (ujian pam)

Pada kebiasaannya pemerhatian p.a.b. dibuat pada masa pengorekan lubang jara adalah tidak
berapa tepat. Ianya boleh diambil sebagai panduan sahaja.
Perbezaan/perubahan cuaca, aliran air, tumbuhan dll mempunyai kesan terhadap kandungan air
pada satu-satu masa. Oleh itu satu siri bacaan diambil dalam satu jangkamasa tertentu.
Pemerhatian p.a.b. penting bila melibatkan pengorekan dalam.
Pemerhatian lubang jara
Lubang jara yang dikorek semasa penyiasatan tapak boleh dibiarkan sama ada terbuka atau
tertutup (bergantung kepada keadaan) boleh digunakan sebagai tempat pemerhatian. Paras air
didapati dengan menggunakan alat seperti chalked tape, pita yang dipasang dengan alat
pelampung atau dengan peralatan bersuis yang bergerak apabila bersentuhan/terkena air.
Adalah lebih baik jika satu siri pemerhatian jangka panjang dibuat dengan memasukkan tiub-tiub
bergaris pusat kecil kedalam lubang jara. Pada kebiasaannya tiub-tiub pemerhatian dipotong
pada ketinggian tertentu dan dipasang dengan penutup bagi menghalang daripada dimasuki oleh
elemen-elemen yang tidak diingini.
Bagi tanah kohesif, penstabilan paras air mengambil masa yang agak panjang dan lokasinya
didapati dengan cara fill & bail.
Bagi lubang jara yang dipenuhi air, airnya akan ditimba keluar. Sekiranya paras air didapati jatuh,
banyak lagi air akan dikeluarkan. Jika ianya naik sedikit, kuantiti air dimasukkan semula. Proses
ini diteruskan sehingga paras kekal dicapai.

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

Project load
Type,
Allowable settlement

Surface and Subsurface


Condition of site

Examine project/site mechanism


i.e. Interaction to decide
- what decisions to be made
- what interactions to be quantified to allow
decisions

Provide data to quantify


interactions

Review costs of alternatives and


make decision

Monitor during and after to


validate assumptions

Carta alir penyiasatan tapak untuk projek kecil


Kaedah Tentu-luar (Extrapolation Methods)
Kaedah dimana paras air diplot melawan masa :

Paras air

x
x

Masa

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

Paras air ditentukan dengan cara/kaedah tentu-luar dengan plotan kelok sehingga ianya selari
dengan paksi masa.
Pencerapan Paras Air Bumi
Didalam tanah liat dan kelodak, air mengambil masa yang agak lama untuk memenuhi lubang
gerek. Tatacara biasa digunakan untuk mendapatkan aras air bumi ialah dengan memasukkan
tiub hujung terbuka kedalam lubang gerek. Tiub tersebut biasanya bergaris pusat 50 mm dan
berlubang-lubang dibahagian hujungnya. Tiub dipadatkan diselkelilingnya dengan batu kelikir dan
dikukuhkan pada kedudukannya dengan tanah liat kedap.
Selepas itu lubang gerek ditimbus untuk menghalang air hujan daripada masuk kedalamnya.
Cerapan air mestilah diambil untuk beberapa waktu (minggu) sehingga keseimbangan tercapai.
Pengukuran Tekanan Air Liang
Boleh diukur secara terus dengan menenggelamkan paip tegak atau piezometer terbuka
sehingga ke kedalaman dan lapisan yang dikehendaki.
Dalam Kes Akuifer tak terkurung (unconfined aquifer)
Paras air dalam paip tegak sepatutnya seperti paras air bumi bebas. Tekanan yang direkodkan
pada hujung paip tegak/piezometer adalah tekanan yang diberikan/dinyatakan oleh ketinggian
air dalam paip tegak tersebut.
Dalam Kes Akuifer Terkurung (confined aquifer)
Bila paip tegak menembusi akuifer terkurung, tekanan akuifer menyebabkan paras air naik ke
satu paras yang tertentu. Paras ini ialah paras/permukaan piezometrik yang terdapat dalam
akuifer terkurung ini.
Paras piezometrik telaga artes berlaku sama ada diatas atau di bawah paras air di lapisan akuifer
tak terkurung. Piezometer terbuka yang biasa digunakan untuk pengukuran tekanan air
mempunyai beberapa kekurangan seperti ;
i.
ii.

mudah terperangkap dengan tanah kelodak & tanah liat


lambat bertindakbalas dengan perubahan tekanan air liang

bagi tanah yang mempunyai kebolehterlapan rendah di mana tindak balas terhadap perubahan
tekanan air yang cepat dikehendaki, piezometer tertutup digunakan.

Jenis Hidraulik
Hujung piezometer dimasukkan sehingga ke bahagian bawah lubang jara (atau pasir). Ianya
berongga dan mengandungi jasad berliang dengan dua tiub hidraulik yang disambungkan. Tiub
hidraulik kemudiannya disambungkan ke tolok/mono9meter panel.
Air pada hujung piezometer (piezometer tip) bertindakbalas kepada perubahan dalam tekanan air
liang ditanah-tanah di sekelilingnya & merekodkannya di monometer panel. Pembetulan dibuat
terhadap perbezaan antara monometer panel dan hujung piezometer.

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

Teknologi terkini menjadikan hujung piezometer lebih canggih dengan dilengkapi peralatan
elektrik (electrical loaded-cell) dan gtaran tolok-wayar (vibrating wire-guage) bagi memastikan
sentuhan/tindakbalas yang cepat dan bacaan yang tepat. Juga dapat menghindari daripada
masalah pencemaran oleh udara yang mungkin terperangkap dalam piezometer.
PENGAMBILAN SAMPEL
Sampel terbahagi kepada 2 kategori iaitu ;
i. Sampel tak terganggu/ tak terusik
Dimana struktur dan kandungan lembapan dikekalkan seperti yang terdapat ditapak bina. Sample
ini digunakan bagi ujian-ujian kekuatan ricih, pengukuhan dan kebolehterlapan tanah.
Dimasukkan kedalam bekas bebas udara dan disaluti dengan sejenis bahan lilin.
ii Sampel terganggu/ terusik
Diambil semasa proses pengorekan dan pengerudian tanah dijalankan. Kandungan lembapan
juga seboleh-bolehnya seperti yang terdapat ditapak. Sample-sampel ini digunakan bagi
pengujian pengelasan tanah. Juga dimasukkan ke dalam bekas bebas udara sebelum dibawa ke
makmal.
Gangguan pada Sampel
Gangguan pada sample adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi dari lubang
korekan sederhana dalam ke dalam.
Gangguan adalah disebabkan oleh ;
i.

ii.

proses mengorek, penelusan, pengerudian, memasukkan dan mengeluarkan alat-alat


pengorekan dsbg dari lubang korekan (juga pengeluaran sample dari alat)
menyebabkan gangguan berlaku.
Sample yang diambil daripada lubang korekan mengampul kerana ianya bebas
daripada tegasan dalam tanah yang berlebihan.

Sample sepatutnya diambil daripada lubang yang baru dikorek/gerudi, dengan berhati-hati
supaya tidak bersentuhan dengan air. Sample tersebut ;
a. disaluti dengan bahan lilin
b. dimasukkan kedalam bekas tertutup
c. disimpan ditempat yang sesuai dan jauh daripada getaran.
Kelodak lembut dan tanah liat berplastisi rendah sangan sensitive kepada gangguan lebih-lebih
lagi bahagian yang bersentuhan dengan tiub penyempelan.
Gangguan sample boleh dikurangkan dengan menggunakan tiub-tiub penyempelan yang
bersesuaian. Alat-alat penyempelan yang biasa digunakan ialah ;
1. Pensampel Pemacu Terbuka (Open-Drive Sampler)
Merupakan satu alt yang paling ringkas dan banyak digunakan. Mengandungi komponenkomponen berikut ;

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

i. tiub keluli dengan bebenang skrew pada setiap hujungnya


ii. kasut pemotong
iii. sampler head
Semasa sample tanah dimasukkan kedalam tiub, injap membenarkan air dan udara keluar,
tetapi tertutup apabila alat penyempelan diangkat dan dengan ini memerangkap pada setiap
hujungnya.
Isipadu tanah yang diambil oleh alat penyempelan berkadaran dengan isipadu sample tanah
dan dinyatakan dalam bentuk nisbah luas (area ratio,Ar)
Ar

Dc
Dw

=
=

Dw Dc
x 100 %
Dc
dia. dalam cutting shoe
dia. luar cutting shoe

Untuk mengelakkan gangguan sample, Ar mestilah serendah mungkin. Saiz yang biasa bagi
pensampel pemacu terbuka ialah :
dia. dalam
panjang
Ar

=
=
=

105 mm
380 450 mm
30 %

2. Pensampel Berdinding Nipis


Lebih sesuai bagi tanah yang sensitive kepada gangguan sample seperti kelodak dan tanah
liat. Hujung tiub ini dinipiskan untuk memotong dengan nisbah luas Ar = 10 % dia. yang
biasa = 35 ke 100 mm.
3. Split-barrel Sampler
Sebuah alat yang mempunyai 2 fungsi
-

jika dipasangkan dengan kasut pemotong berbentuk silinder ianya boleh


digunakan untuk mengambil sample.
Jika dipasangkan dengan kasut berbentuk kon yang padi, ianya boleh berfungsi
seperti SPT.

Split-barrel sampler boleh dibelah dua kepada dua bahagian berbentuk separuh silinder bagi
mengeluarkan sample tanah didalamnya. Kelemahan utama penggunaan alat ini disebabkan
dia. luar pensampel ini ialah 50 mm dan dia. dalam ialah 35 mm, menghasilkan nisbah
luasnya Ar = 100 %.
4. Pensampel Piston
Sesuai bagi mengambil sample di tanah lanar berkelodak yang lembut dan tanah liat. Alat ini
mengandungi berdinding nipis yang dipasangkan dengan omboh. Omboh ini dipasang di
bahagian bawah hujung rod pengorekan. Rod dalaman yang melepasi bahagian tengah tiub
penyempelan yang mengawal segala pergerakan omboh. Omboh berfungsi sebagai seal
kepada air dan kotoran dari masuk ke dalam tiub penyempelan.

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

Semasa penurunan tiub penyempelan dijalankan, omboh dikunci pada kedudukan asalnya.
Semasa penyempelan, kunci omboh dibuka dan tiub penyempelan diturunkan bagi
mendapatkan sample. Omboh dikunci semula proses menaikkan tiub penyempelan ini ke
permukaan tanah.
Saiz ; dia. (dalam) = 35 100 mm, panjang = sehingga 600mm

10

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

PENYEDIAAN LAPORAN PENYIASATAN TAPAK


Laporan penyiasatan tapak merupakan penyudahan/ rumusan kepada penyiasatan, penyelidikan
dan siri pengujian. Biasanya dibuat/dipersembahkan kepada pelanggan yang memberi kuasa
tentang penyiasatan tersebut.
Laporan ini mengandungi fakta-fakta mengenai penyiasatan tapak, nasihat & perakuan berkaitan
dengan rekabentuk, pembinaan, dan kadangkala caangan berkaitan dengan perihal pengawalan,
penjagaan dan penyenggaraan selepas pembinaan.
Kebiasaannya laporan penyiasatan tapak mengandungi perkara-perkara berikut ;
a. Pengenalan
Ringkasan tentang kerja-kerja yang dicadangkan, kerja-kerja penyiasatan tapak yang dijalankan,
lokasi tapak, nama dan tarikh penyiasatan tapak.
b. Penerangan tentang tapak
Penerangan am tentang tapak, topografi, cirri-ciri utama permukaan tanah, keterangan khusus
tentang kemudahan setempat, kerja-kerja dimasa lalu di tapak berkenaan, penerangan tentang
kerja yang sedang dijalankan, perihal bawah tanah, saliran dll, peta menunjukkan lokasi tapak,
kawasan bersebelahan dan lubang jara.
c.

Keadaan geologi tapak

Dimulakan dengan penerangan tentang geologi keseluruhannya, kaitannya dengan geologi


kawasan tapak bina, penerangan tentang formasi & struktur tanah dan batuan, komen tentang
pengaruh geologi terhadap cadangan rekabentuk & pembinaan.
d. Keadaan Tanah
Butir-butir khusus tentang keadaan tanah yang didapati semasa penyiasatan tapak, kaitannya
dengan cadangan rekabentuk & pembinaannya, keputusan ujian-ujian makmal dan disitu (ujian
tanah), perincian tentang air tanah dan keadaan saliran setempat.
e. Bahan-bahan Binaan
Penerangan tentang keadaan sekeliling, kuantiti (bahan), kemudahan bagi mendapatkan bahan.
f. Komen & Perakuan
Perlu bagi tujuan pengesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang dipersembahkan, catatan
kerja-kerja selanjutnya termasuk juga perakuan tentang kaedah-kaedah alternative bagi
rekabentuk & pembinaan.
g. Appendiks
Persembahan data-data yang dikumpul dalam satu siri apendiks, log lubang jara, perincian &
keputusan ujian tanah, rekod penyiasatan geofizikal, rujukan-rujukan, petikan-petikan dari manamana BS, ASTM dll.

11

_______________________________________________________________________________C504 Kejuruteraan Tapak

TUGASAN
Berkumpulan (4 5 pelajar)
1. Kumpulan anda dikehendaki mendapatkan satu firma/konsultan yang terlibat dalam kerja-kerja
penyiasatan tapak/penyiasatan tanah dan membuat temujanji dengan mereka. Anda diminta
untuk membuat sesi temu bual atau perbincangan berkenaan dengan kerja-kerja dan
pengalaman pihak terbabit dalam penyiasatan tapak. Topik temubual atau perbincangan
terbabit adalah terbuka samada berkenaan dengan kerja-kerja kejuruteraan awam yang
dijalankan, prosedur kerja yang berbeza dengan teori pembelajaran di kelas, perisian
computer yang digunakan, kualiti & kuantiti pekerja-pekerja yang terlibat dalam bidang ini,
kebolehan atau prospek lepasan politeknik dalam bidang kejuruteraan awam dan lain-lain
tajuk yang berbentuk ilmiah dan boleh meningkatkan pengetahuan pelajar atau perkongsian
pendapat dengan firma. Kumpulan anda perlu menyediakan satu laporan daripada sesi temu
bual atau perbincangan tadi dan sertakan contoh laporan penyiasatan tapak dari
firma/konsultan terbabit. Laporan anda boleh dibuat dalam bentuk wawancara atau
rumusan/kesimpulan dari sesi perbincangan yang dibuat.
2. Tempoh menyiapkan tugasan ini adalah 7 minggu dan anda diminta menghantarnya pada
minggu ke 9.

12

You might also like