You are on page 1of 12

Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD

DCC 3093
UKUR KEJURUTERAAN 2
(ENGINEERING SURVEY 2)

TOPIK 3:
GAMBARAJAH URUNGAN PADU
( TOPIC 3: MASS HAUL DIAGRAM )
3.1 Menerangkan istilah-istilah yang digunakan gambarajah urungan padu
3.2 Menyatakan sifat-sifat lengkung gambarajah urungan padu
3.3 Mendefinisikan gambarajah urungan padu
3.4 Membina jadual isipadu bertokok
3.5 Memplot gambarajah urungan padu daripada jadual isipadu bertokok
3.6 Mengira kos kerja-kerja tanah yang berkaitan

Pensyarah : NOOR IZMA BINTI AB GHANI


JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
POLITEKNIK KOTA BHARU

1
Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD

3.1 Istilah-istilah

Bagi memudahkan anda mempelajari input seterusnya beberapa istilah yang terlibat dalam gambarajah urungan padu mestilah
difahami. Berikut adalah istilah-istilah yang akan digunakan di sepanjang pembelajaran Unit 7 ini.

a. Jarak angkut ialah jarak daripada titik bahan bumi dikorek ke titik di mana bahan tersebut dilonggokkan.
b. Jarak angkut purata ialah jarak daripada pusat graviti bahan korekan ke pusat graviti longgokan.
c. Jarak angkut percuma ialah jarak yang dinyatakan di dalam kontrak di mana bayaran hanya dikenakan untuk isipadu
tanah yang dikorek dan bukan pemindahannya.
d. Jarak angkut lebih ialah jarak yang melebihi jarak angkut percuma yang mungkin diperlukan untuk mengangkut bahan
bumi.
e. Isipadu angkut percuma ialah isipadu bahan bumi yang dipindahkan sejauh jarak angkut percuma.
f. Isipadu angkut lebih ialah isipadu bahan bumi yang dipindahkan melebihi jarak angkut percuma.
g. Angkut ialah jumlah hasil darab setiap isipadu bahan dengan jarak yang dilalui semasa proses pemindahan bahan
tersebut iaitu jumlah isipadu korekan didarab dengan jarak angkut purata. Unit bagi angkut ialah stesen-meter(stn.m). satu
stesen-meter bermaksud pergerakan 1 m3 bahan sejauh 100 m. Ianya juga adalah luas yang terkandung di antara garis
lengkungan dan garis seimbang pada gambarajah urungan padu.
h. Angkut percuma ialah bahagian angkut yang terkandung di dalam lingkungan jarak angkut percuma.
i. Angkut lebih ialah baki bahagian angkut selepas angkut percuma dipindahkan iaitu hasil darab isipadu angkut lebih dan
jarak angkut lebih.
j. Buangan ialah isipadu bahan bumi yang dibawa keluar dari seksyen tapak projek kerana berlebihan atau tidak
digunakan.
k. Pinjaman ialah isipadu bahan bumi yang dibawa masuk ke seksyen tapak projek kerana kekurangan.
l. Garis seimbang ialah garis ufuk yang dilukis pada gambarajah urungan padu

3.2 Sifat-Sifat Lengkung Gambarajah Urungan Padu

Rajah 3.1 menunjukkan profil keratan memanjang dan juga gambarajah urungan padu bagi data dalam contoh 6.1 Unit 6 yang
diplot mengikut skala. Skala pada arah paksi x adalah sama.

Satu garisan ufuk AC dan DH juga telah dilukis pada rajah urungan padu yang dikenali sebagai garis seimbang (balance line).
Isipadu korekan ab akan menimbus bc dengan tepat. Isipadu pada 0a’ merupakan buangan yang perlu dipindahkan ke kawasan
buangan. Sekiranya garis seimbang diturunkan ke garis asas(base line) maka isipadu korekan akan menimbus isipadu pada be
dan buangan tidak akan berlaku. Bahagian selebihnya ef akan ditimbus oleh korekan pada bahagian fg. Garis seimbang ini boleh
ditetapkan di kedudukan yang lain bergantung kepada keadaan dan faktor kewangan. Sekiranya garis seimbang AC telah
ditetapkan, kita juga boleh menetapkan kedudukan garis seimbang DH, kawasan df boleh ditimbus dengan korekan dari fh dan
kawasan cd boleh ditimbus dari bahan yang berdekatan.

Berdasarkan kepada gambarajah dan penerangan di atas maka sifat-sifat ataupun ciri-ciri gambarajah urungan padu dapat
disenaraikan seperti berikut:
a. Lengkung menaik menunjukkan korekan dan lengkung menurun menunjukkan timbusan.
b. Titik maksima menunjukkan hujung korekan dan titik minima menunjukkan hujung timbusan.
c. Beza pugak di antara titik maksima dan titik minima seterusnya merupakan jumlah isipadu timbusan dan beza pugak di
antara titik minima dan titik maksima seterusnya menunjukkan isipadu korekan.
d. Beza pugak di antara dua titik di atas lengkung ialah isipadu kerja tanah di antara kedua titik tersebut.

2
Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD

7.3 Menentukan Kos Kerja Tanah


Rajah 3.1 : Profil keratan memanjang dan gambarajah urungan
padu
3
Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD

3.3 Membina Gambarajah Urungan Padu


Gambarajah urungan padu dihasilkan dengan memplot isipadu berkelompok melawan rantaian. Rajah menunjukkan contoh
gambarajah profil dan gambarajah urungan padu diplot bersama. Langkah-langkah untuk melukis gambarajah urungan padu
adalah seperti berikut :

a. Kira luas keratan rentas di sepanjang laluan projek pada sela tetap yang telah ditentukan.
b. Kira isipadu antara luas keratan rentas berturutan seperti yang telah ditetapkan di atas. Bahagian isipadu korekan
dinyatakan positif dan bahagian isipadu timbusan adalah negatif.
c. Buat satu jadual isipadu berkelompok yang biasanya mengandungi maklumat-maklumat berikut:
i. Rantaian
ii. Aras formasi asal
iii. isipadu korekan
iv. isipadu timbusan
v. faktor susutan atau pengembangan
vi. isipadu korekan atau timbusan yang telah dibetulkan dari kesan susutan atau pengembangan
vii. isipadu berkelompok

d. Plot profil tanah bersama formasi cadangan.


e. Dengan menggunakan skala yang sama untuk paksi x pada langkah d, plot lengkuk gambarajah urungan padu (isipadu
berkelompok melawan rantaian) di bawah plotan profil tanah tadi. Pastikan rantaian sifar bermula pada titik yang sama.

Dalam bahagian di atas ada disentuh tentang faktor susutan dan juga pengembangan. Jika 100 m 3 bahan bumi dikorek, ditimbus
dan kemudiannya dimampatkan, nilai isipadu barunya mungkin berkurang dari nilai asal tadi katalah 95 m 3. Di sini kita katakan
telah berlakunya penyusutan iaitu sebanyak 5 m3 ataupun 5% ataupun faktor penyusutannya ialah 0.95. Oleh itu jika kita
hendak membuat kerja penimbusan maka kita perlulah menambah 5% untuk isipadu tadi. Sebaliknya jika selepas dimampatkan
isipadunya menjadi 110 m3 maka bahan tersebut telah mengembang dengan faktor 1.1.

Contoh 3.1

Isipadu korekan dan timbusan di sepanjang suatu cadangan jalan adalah seperti di bawah. Sediakan satu jadual isipadu
berkelompok daripada data berikut dengan mengambilkira penyusutan timbusan sebanyak 10% . Seterusnya lukis gambarajah
urungan padu.

Rantaian(m) Aras formasi Isipadu Isipadu


Asal (m) Korekan(m3) Timbusan(m3)

0 1.1
100 7.7 22 275
200 0 13 902
300 -3.5 2 268
400 -4.8 17 744
500 -2.0 14 256
600 0 900
700 3.9 6 099
800 0.9 9 603

4
Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD

Penyelesaian

a. Sediakan satu jadual yang mengandungi data-data seperti berikut:

Rantaian(m) Isipadu Isipadu Faktor Isipadu Isipadu


Korekan(m3) Timbusan(m3) Susutan 10 Timbusan Kelompok(m3)
% Dibetulkan(m3)

b. Masukkan semua data-data yang diberikan ke dalam jadual tersebut iaitu data-data rantaian, isipadu korekan dan
isipadu timbusan seperti yang ditunjukkan di bawah:

Rantaian(m) Isipadu Isipadu Faktor Isipadu Isipadu


Korekan(m3) Timbusan(m3) Susutan 10 Timbusan Kelompok(m3)
% Dibetulkan(m3)

0
100 22 275
200 13 902
300 2 268
400 17 744
500 14 256
600 900
700 6 099
800 9 603

c. Langkah yang seterusnya ialah mengira isipadu susutan. Oleh kerana kerana anda diberikan maklumat faktor
penyusutan sebanyak 10 % selepas mampatan maka isipadu susutan akan ditambah sebanyak 10 %.

Rantaian(m) Isipadu Timbusan(m3) Faktor Susutan 10 %


300 2 268 2 268 x 10/100 = 226.8
400 17 744 17 744 x 10/100 = 1 774.4
500 14 256 14 256 x 10/100 = 1 425.6
600 900 900 x 10/100 = 90.0

d. Untuk ruang lajur yang seterusnya kira isipadu susutan yang telah dibetulkan iaitu :

Rantaian(m) Isipadu Faktor Susutan Isipadu Timbusan Dibetulkan(m3)


Timbusan(m3) 10 %
300 2 268 226.8 2 268 + 226.8 = 2 494.8
400 17 744 1 774.4 17 744 +1 774.4 = 19 518.4
500 14 256 1 425.6 14 256 + 1 425.6 = 15 681.6
600 900 90.0 900 + 90.0 = 990.0

e. Langkah yang terakhir ialah mengira isipadu kelompok dengan menggunakan data-data yang telah dibetulkan tadi.
Isipadu bertokok dikira berdasarkan kepada nilai isipadu korekan dan timbusan yang telah dibetulkan. Korekan
adalah positif dan timbusan adalah negatif.

5
Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD

Rantaian(m) Korekan(m3) Timbusan Isipadu Kelompok(m3)


Dibetulkan(m3)

0 0
100 22 275 0 + 22 275 = 22 275
200 13 902 22 275 + 13 902 = 36 177
300 2 494.8 36 177 – 2 494.8 = 33 682.2
400 19 518.4 33 682.2 – 19 518.4 = 14 163.8
500 15 681.6 14 163.8 - 15 681.6 = - 1 517.8
600 990.0 - 1 517.8 - 990.0 = - 2 507.8
700 6 099 - 2 507.8 + 6 099 = 3 591.2
800 9 603 3 591.2 + 9 603 = 13 194.2

Hasil daripada kiraan-kiraan yang telah dijalankan mengikut langkah-langkah di atas maka lengkaplah sebuah jadual seperti
yang ditunjukkan di bawah.

Rantaian(m) Isipadu Isipadu Faktor Isipadu Isipadu


Korekan(m3) Timbusan(m3) Susutan 10 Timbusan Kelompok(m3)
% Dibetulkan(m3)

0 0
100 22 275 22 275
200 13 902 36 177
300 2 268 226.8 2 494.8 33 682.2
400 17 744 1 774.4 19 518.4 14 163.8
500 14 256 1 425.6 15 681.6 - 1 517.8
600 900 90.0 990.0 - 2 507.8
700 6 099 3 591.2
800 9 603 13 194.2

f. Daripada data-data yang telah dikira maka satu rajah yang menunjukkan profil dan gambarajah urungan padu diplot
seperti yang ditunjukkan. Rajah ini tidak ditunjukkan mengikut skala. Secara praktisnya rajah ini akan diplot mengikut
skala untuk memudahkan graf ini ditafsirkan.

Gambarajah Profil

10
Formasi (m)

-5 0 100 168 200 300 400 425 500 600

-10

Rantaian (m)

6
Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD

Gambarajah Urungan Padu

Isipadu K elompok (m3)


40000

30000

20000

10000

0
0 100 168 200 300 400 425 500 600
-10000

Rantaian (m)

Contoh 3.2

Data-data berikut telah diperolehi daripada satu kerja tanah bagi cadangan pembinaan jalanraya.

Rantaian (m) Isipadu Korekan (m3) Isipadu Timbusan (m3)


0
100 4800
200 800
300 2000
400 2000
500 2000
600 1100
700 1600
750 1500
800 1000
900 2200

Plotkan gambarajah profil tanah dan gambarajah urungan padu.

Penyelesaian

a. Sediakan satu jadual yang mengandungi data-data seperti di bawah.

Rantaian (m) Isipadu Korekan Isipadu Timbusan Isipadu


(m3) (m3) Kelompok(m3)
0
100 4800
200 800
300 2000
400 2000
500 2000
600 1100
700 1600
750 1500
800 1000
900 2200

7
Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD

b. Oleh kerana faktor susutan tidak diberikan maka kita boleh mengira terus isipadu kelompok seperti yang ditunjukkan
di bawah.

Rantaian (m) Isipadu Korekan Isipadu Timbusan Isipadu Kelompok(m3)


(m3) (m3)
0 0
100 4800 0 + 4800 = 4800
200 800 4800 – 800 = 4000
300 2000 4000 – 2000 = 2000
400 2000 2000 – 2000 = 0
500 2000 0 – 2000 = -2000
600 1100 - 2000 – 1100 = -3100
700 1600 - 3100 + 1600 = -1500
750 1500 - 1500 + 1500 = 0
800 1000 0 + 1000 = 1000
900 2200 1000 + 2200 = 3200

c. Kiraan isipadu kelompok

Rantaian (m) Isipadu Korekan Isipadu Timbusan Isipadu


(m3) (m3) Kelompok(m3)
0 0
100 4800 4800
200 800 4000
300 2000 2000
400 2000 0
500 2000 -2000
600 1100 -3100
700 1600 -1500
750 1500 0
800 1000 1000
900 2200 3200

d. Graf gambarajah urungan padu yang telah diplot.

Gambarajah Urungan Padu


Isipadu Kelompok

6000
4000
2000
(m3)

0
-2000 0 100 200 300 400 500 600 700 750 800 900
-4000
Rantaian (m)

8
Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD

3.4 Menentukan Kos Kerja Tanah

Untuk membolehkan kita menentukan anggaran kos sesuatu kerja tanah mari kita lihat semula satu lengkung gambarajah
urungan padu pada Rajah 3.2 di bawah.

Isipadu Kumulatif (m3)

C1 C

E G F
E1

H I

J K

A1
A D B

Rantaian (m)

Rajah 3.2 : Lengkung Gambarajah Urungan Padu

Daripada gambarajah di atas,


EF - jarak angkut percuma, katalah 100 m
CG – isipadu angkut percuma
CD - isipadu korekan (A1 – C1)
HI - jarak purata angkut yang dilukis mendatar melalui titik tengah CD
GD – Isipadu angkut lebih
JK – jarak purata angkut lebih dilukis mendatar melalui titik tengah GD

Berpandukan kepada maklumat ini, maka:


CDxHI
Angkut = stn.m
100

GD(JK  EF)
Angkut lebih = stn.m
100

9
Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD
CDxEF
Angkut percuma = stn.m
100

Contoh 3.3

Isipadu korekan dan timbusan bagi satu cadangan pembinaan jalanraya adalah seperti berikut :

Rantaian(m) Isipadu Korekan(m3) Isipadu Timbusan (m3)


(+ 10 % susutan)
0
100 290
200 760
300 1680
400 620
480 120
500 20
600 110
700 350
800 600
900 780
1000 690
1100 400
1200 120

Lukis gambarajah urungan padu untuk kerja tanah ini mengikut skala berikut :

i. skala mendatar untuk rantaian, 1 cm : 50 m


ii. skala pugak untuk isipadu kumulatif , 1cm : 250 m3

Jika jarak angkut percuma ialah 300 m dan garis seimbang ialah pada nilai isipadu kumulatif 400 m 3, kira angkut, angkut
percuma dan angkut lebih.

Penyelesaian

Dalam contoh ini pelajar dikehendaki untuk mengira nilai angkut, angkut percuma dan angkut lebih (Sila rujuk Rajah 3.3 ).

Langkah-langkah penyelesaian :

1. Kira isipadu kumulatif dengan menyediakan jadual yang mengandungi maklumat rantaian dan isi padu kumulatif.
Kesan daripada faktor
2. iaitu sebanyak 10 % tidak perlu dihitung kerana ianya tekah diambil kira dalam hitungan isipadu timbusan.
3. Plotkan paksi x untuk rantaian menggunakan skala 1 cm : 50 m, paksi y untuk isipadu kumulatif menggunakan
skala 1 cm : 250 m3.
4. Seterusnya plotkan lengkung gambarajah urungan padu iaitu rantaian lawan isipadu kumulatif berdasarkan
kepada data-data yang telah dikira pada (1). Sambungkan titik-titik ini mengikut urutan dengan garis lurus.
5. Untuk membolehkan kita menentukan nilai-nilai angkut, angkut lebih dan angkut percuma, maka kita perlulah
menentukan kedudukan-kedudukan bagi garis seimbang, jarak angkut purata, jarak angkut percuma dan jarak
angkut lebih supaya nilai-nilai yang diperlukan di dalam formula dapat dicari.
6. Untuk menentukan kedudukan garis seimbang pada kedudukan isipadu kumulatif 400 m 3 , maka kita hanya perlu
membuat satu garis yang selari dengan paksi x yang akan memotong lengkung melalui nilai pada paksi y = 400
m3 (garisan AB).

10
Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD
7. Bagi jarak angkut percuma 300 m, terlebih dahulu sekilkan jarak 300 m ini pada pembaris atau juga bersamaan
dengan 6 cm. ((300 m 50 m ) x 1 cm = 6 cm).
8. Gerakkan pembaris dalam kedudukan selari dengan paksi x sehingga jarak tadi memotong kedua-dua lengkung
dengan tepat.

9. Sambungkan kedua-dua titik yang memotong garis lengkung ini dengan garis lurus iaitu EF. Pastikan garis ini
selari dengan paksi x.
10. Seterusnya untuk mendapatkan jarak purata, lukis garis pugak dari puncak garis lengkung sehingga bertemu
dengan garis seimbang iaitu CD. Dapatkan titik tengah bagi garis ini.
11. Lukis satu garis yang selari dengan paksi x dan melalui titik tengah ini dan memotong lengkung iaitu HI . Ukur
jarak ini dan dapatkan jarak sebenarnya. Jarak HI diukur 12.1 cm dan jarak sebenarnya ialah (12.1 cm  1 cm) x
50 m = 605 m.
12. Untuk menentukan jarak purata angkut lebih, ukur jarak GD dan dapatkan titik tengahnya. Lukis satu garis yang
selari dengan paksi x dan melalui titik tengah ini dan memotong lengkung di J dan K.
13. Dapatkan jarak sebenar JK iaitu :

Jarak JK = 12.8 cm
Jarak sebenar = (12.8 cm  1 cm) x 50 m
= 640 m
14. Pengiraan :
CDxHI
a. Angkut = stn.m
100
(3470  400) x 605
= stn.m
100
= 18 573.5 stn.m

GD(JK  EF)
b. Angkut lebih = stn.m
100
(3120  400)(640  300)
= stn.m
100
= 9 248 stn.m

CDXEF
c. Angkut percuma = stn.m
100
(3470  400) x300
= stn.m
100
= 9 210 stn.m

11
Siri Nota Kuliah DCC3093/Engineering Survey 2/ MHD

Rajah 3.3 : Gambarajah Urungan Padu

12

You might also like