You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN
Perkataan ‘statistik’ berasal daripada perkataan Latin moden frasa ‘statisticum collegium’ yang membawa maksud
syarahan mengenai keadaan semasa. Perkataan ‘statisticum collegium’ dalam perkataan bahasa Itali pula ialah
‘statista’, yang membawa maksud "negarawan" atau "ahli politik". Ini adalah maksud statistik dalam bahasa Latin dan
bahasa Itali. Statistik juga boleh dikatakan suatu cabang matematik yang mengambil dan mengubah nombor kepada
maklumat yang berguna kepada pembuat keputusan.

Statistik asas (GSA 1072) merupakan suatu subjek elektif yang ada dalam semester 2 PPISMP ambilan Jun 2015
institut-institut Pendidikan Guru Malaysia. Subjek statistik asas ini mempunyai dua kredit dalam seminggu bermaksud
subjek statistik asas ini akan belajar selama dua jam dalam seminggu. Secara keseluruhannya, subjek statistik asas
ini perlu belajar selama 80 jam bagi 15 minggu. Daripada 80 jam, 30 jam adalah perinteraksian antara pensyarah
dengan pelajar di dalam kelas dan baki 50 jam adalah pembelajaran sendiri atau pembelajaran di luar sekolah.

Selepas empat minggu berinteraksi dengan pensyarah; minggu kelima telah mendapat satu kerja kursus statistik
asas yang mana perlu mengumpulkan data-data warga IPG Kampus Ipoh dan persembahkan data tersebut dalam bentuk
visual seperti graf serta menganalisis hasil kajian tersebut. Empat minggu tempoh telah diberi untuk membuat kerja kursus
ini. Subjek statistik asas ini belajar kerana memberikan pengalaman kepada pelajar untuk membuat tesis yang akan dibuat
pada semester 7 dalam PISMP.

Konklusinya, ini merupakan pengenalan kepada statistik.

2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Terdapat beberapa perkara yang paling penting dalam subjek statistik asas untuk membuat sebuah kajian.
Antaranya ialah pengumpulan data, persembahan data dan penganalisan data. Bagi membuat satu kajian yang
betul; pertama sekali kita perlu mengumpulkan data-data daripada responden. Terdapat beberapa kaedah
untuk mengumpulkan data. Contohnya, temu bual, borang soal selidik, kaedah pemerhatian dan sebagainya.

Kaedah yang saya memilih untuk mengumpulkan data adalah melalui borang soal selidik. Saya telah membuat
satu borang soal selidik yang mengandungi enam soalan mengenai tajuk kajian saya iaitu aktiviti sukan yang
dilakukan oleh warga IPG Kampus Ipoh pada waktu petang. Soalan pertamanya adalah mengenai jantina responden
dan soalan keduanya adalah mengenai program responden dan ketiga adalah berkaitan usia responden.
Soalan keempat adalah tentang aktiviti sukan yang dilakukan oleh responden. Soalan kelima adalah mengenai pada
pukul berapa responden akan melakukan aktiviti sukan. Soalan terakhirnya adalah soalan berikan pendapat responden
tentang aktiviti sukan.

Setelah saya menyiapkan borang soal selidik ini, saya berikan borang soal selidik ini kepada kawan saya untuk
menyemak sebarang kesalahan ejaan atau kesalahan penggunaan bahasa dalam borang tersebut. Setelah kesalahan
pada soalan dan bahasa dikenal pasti, maka pembetulan telah dibuat. Selepas itu, saya telah masuk ke dalam
kelas-kelas responden untuk mengumpulkan data. Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada responden dan
memberikan penjelasan yang ringkas tentang borang soal selidik. Selepas penjelasan ringkas, saya telah memberikan
10 minit kepada responden untuk menjawab soalan-soalan yang berada dalam borang soal selidik. Responden
adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berada di dalam IPG Kampus Ipoh sahaja.
Kemudian, saya mengumpul balik borang-borang yang diedarkan kepada responden- responden. Selepas itu, data-
data dikumpulkan menerusi borang soal selidik telah disusun untuk tujuan analisis. Data-data tersebut dibahagikan
mengikut kategori atau jenis yang sesuai.

Selepas itu, komputer telah digunakan untuk proses analisis data bagi tujuan mendapatkan kekerapan, purata dan
peratusan sepertimana yang diarahkan untuk tugasan yang diberikan. Penganalisisan data bertujuan untuk
memperolehi maklumat yang berguna bagi mencapai objektif penyelidikan.

Pada umumnya, terdapat pelbagai kaedah statistik dan matematik yang boleh diaplikasikan untuk tujuan penganalisisan
data, misalnya kaedah kolerasi, penetuan min atau purata, penentuan sisihan piawaian dan sebagainya. Akhir
sekali, perisian komputer digunakan dalam proses penganalisisan. Antara perisian komputer yang digunakan bagi
proses analisis data-data yang dikumpulkan. Hasilnya, lihat pada analisis data dan juga perbincangan yang
telah dibuat.

3.1 DATA TIDAK TERKUMPUL


Soalan 1: Jantina
P P L L P
P P P L P
P P L P P
L L L P L
P P P P L
P L P L P
P P L P P
L L L P P
L L L L L
L P L P L

PETUNJUK :
L = LELAKI P = PEREMPUAN

Soalan 2: Program
P P PP PP P
P P P PP P
P P PP P PP
PP PP PP P PP
P P P P PP
PP PP P PP P
P P PP P P
PP PP PP P P
PP PP PP PP PP
PP P PP P PP

PETUNJUK :
PP = PPISMP P = PISMP

Soalan 3: Umur
2 2 3 3 1
1 3 2 3 2
2 2 2 1 3
2 1 1 1 2
3 3 3 1 2
1 3 1 2 2
1 1 1 2 3
3 3 1 1 1
2 2 1 1 3
1 2 3 3 3

PETUNJUK :
1 = 18-19 2 = 20-21 3 = 22 dan keatas

Soalan 4: Jenis Aktiviti Sukan


2 4 1 1 4
4 4 2 1 3
3 2 5 2 4
1 3 1 3 5
4 4 4 2 2
4 1 3 3 3
2 3 1 2 3
5 1 2 3 2
5 5 5 2 2
1 2 5 4 1

PETUNJUK :
1 = Bola Sepak 2 = Berjoging 3 = Bola Jaring
4 = Hoki 5= Badminton

Soalan 5: Masa
3 3 2 2 1
1 1 1 2 2
2 2 3 2 1
4 3 1 3 2
2 3 2 2 2
2 3 2 2 1
1 3 3 1 2
2 3 2 2 2
2 2 3 4 2
2 2 3 1 3

PETUNJUK :
1 = 5.00pm - 6.00pm 2 = 5.30pm – 6.30pm 3 = 6.00pm -7.00pm
4 = 6.30pm - 7.30pm
3.2 DATA TERKUMPUL
Soalan 1: Jantina
JANTINA KEKERAPAN
Lelaki 23
Perempuan 27

Soalan 2: Program
PROGRAM KEKERAPAN
PPISMP 25
PISMP 25

Soalan 3: Umur
UMUR KEKERAPAN
18 – 19 18
20 – 21 16
22 dan keatas 16

Soalan 3: Jenis Aktiviti Sukan


JENIS AKTIVITI SUKAN KEKERAPAN
Bola Sepak 10
Berjoging 13
Bola Jaring 10
Hoki 10
Badminton 7

Soalan 4: Masa
MASA KEKERAPAN
5.00pm – 6.00pm 10
5.30pm – 6.30pm 24
6.00pm – 7.00pm 14
6.30pm – 7.30pm 2
4.0 GRAF

Soalan 1: Jantina

Rajah 1 : Graf Garis


Rajah 1 ini menunjukkan bilangan orang yang mengisi borang soal selidik mengikut jantina dalam kalangan warga Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Seramai 50 orang warga IPG Kampus Ipoh telah menjawab borang soal selidik ini.
Seramai 23 orang lelaki bersamaan dengan 46% daripada 100% melakukan aktiviti sukan pada waktu petang.
Manakala, seramai 27 orang perempuan bersamaan dengan 54% daripada 100% melakukan aktiviti sukan pada
waktu petang. Dengan ini, mendapat tahu bahawa warga IPG Kampus Ipoh gemar melakukan aktiviti sukan.

Soalan 2: Program

Rajah 2 : Graf Bar


Rajah 2 ini menunjukkan bilangan orang yang mengisi borang soal selidik mengikut jantina dalam kalangan warga Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Seramai 50 orang warga IPG Kampus Ipoh telah menjawab borang soal selidik ini. Seramai
25 orang daripada program PPISMP bersamaan dengan 50% daripada 100% melakukan aktiviti sukan pada waktu
petang. seramai 25 orang daripada program PISMP bersamaan dengan 50% daripada 100% juga melakukan aktiviti
sukan pada waktu petang. Dengan ini, mendapat tahu bahawa warga IPG Kampus Ipoh gemar melakukan aktiviti sukan.

Soalan 3: Umur

Rajah 3 : Carta Pai


Rajah 3 menunjukkan bilangan orang menjawab borang soal selidik yang bertajuk aktiviti sukan yang dilakukan oleh
warga IPG Kampus Ipoh mengikut umur. Kajian ini telah dibahagikan kepada tiga kategori umur iaitu 18 hingga 19, 20
hingga 21, serta 22 dan keatas. Jumlah warga yang telah dikaji ialah 50 orang. Dalam kategori 18 hingga 19 tahun seramai
18 orang yang bersamaan dengan 36% melakukan aktiviti sukan. Manakala, dalam kategori 20 hingga 21 tahun seramai 16
orang yang bersamaan dengan 32% melakukan aktiviti sukan pada waktu petang. Selain itu, terdapat juga 16 orang
bersamaan dengan 32% warga IPGK Ipoh yang melakukan aktiviti sukan dalam kategori 22 tahun dan keatas.

Soalan 4: Jenis Aktiviti Sukan


Rajah 4 : Graf Bar
Rajah 4 menunjukkan sebuah graf bar dan yang mewakili bilangan warga IPG Kampus Ipoh yang melakukan aktiviti
sukan pada waktu petang. Melalui kajian yang telah dilakukannya mendapat tahu bahawa terdapat lima jenis aktiviti sukan
iaitu bola sepak, badminton, berjoging, bola jaring, dan hoki kerap dilakukan oleh warga IPG Kampus Ipoh. Hasil data yang
terdapat daripada borang soal selidik, menunjukkan seramai 10 orang pelajar IPG Kampus Ipoh bermain bola sepak
pada waktu petang. Manakala, seramai 7 orang pelajarnya bermain badminton. Seramai 13 orang pelajar pula
berjoging di sekitar kawasan IPG Kampus Ipoh pada waktu petang. Tambahan pula, seramai 10 orang pelajarnya
bermain bola jaring dan seramai 10 orang pelajarnya bermain hoki di padang hoki IPG Kampus Ipoh.
Soalan 5: Masa

Data Terkumpul
MASA KEKERAPAN
5.00pm – 6.00pm 10
5.30pm – 6.30pm 24
6.00pm – 7.00pm 14
6.30pm – 7.30pm 2

Masa Sempadan Sempadan Titik tengah, Kekerapan, f Kekerapan f(x) f(x)2


(Jam) atas bawah x Longgokan

4.30-
5.35 4.25 4.80 0 0 0 0
5.30

5.00- 6.05 5.55 5.50 10 10 55.0 302.50


6.00

5.30-
6.35 5.25 5.80 24 34 139.2 807.36
6.30

6.00-
7.05 6.55 6.50 14 48 91.0 591.5
7.00

6.30-
7.35 7.25 6.80 2 50 13.6 92.48
7.30

Jadual 1
Rajah 5 menunjukkan sebuah graf ogif yang menunjukkan bilangan orang yang menjawab borang soal selidik mengikut
masa melakukan aktiviti sukan di IPG Kampus Ipoh pada waktu petang. Melalui kajian yang telah dilakukannya, mendapat tahu
bahawa seramai 10 orang bersamaan dengan 20% pelajar IPG Kampus Ipoh melakukan aktiviti sukan pada pukul 5.00pm
hingga 6.00pm. Manakala, seramai 24 orang bersamaan dengan 48% pelajar melakukan aktiviti sukan pada pukul 5.30pm
hingga 6.30pm. Selain itu, terdapat juga 14 orang bersamaan dengan 28% pelajar melakukan aktiviti sukan pada pukul
6.00pm hingga 7.00pm. Pada pukul 6.30pm hingga 7.30pm, 2 orang pelajar daripada 50 orang pelajar
bersamaan dengan 4% daripada 100% melakukan aktiviti sukan.

Melalui data yang terdapat ini, min, mod, varians, sisihan piawai dan julat dapat dicari. Min bagi data ini ialah 5.98. Min
ini dapat melalui hasil tambah 55, 139.2, 91, 13.6 dan dibahagikan dengan nilai 50. Selain itu, mod bagi data ini ialah
5.30pm – 6.30pm yang mempunyai kekerapan paling tinggi iaitu 24. Di samping itu, varians bagi data ini ialah 0.17.

Manakala, 0.41 merupakan nilai sisihan piawai mengikut data ini. Seterusnya, julat antara sempadan atas dan sempadan
bawah ialah 3.10.

Tambahan pula, kuartil-kuartil juga dapat dicari melalui Rajah 7 iaitu graf ogif. Kuartil pertama, Q1 bagi graf ogif ini
ialah 6.11. Manakala, 6.27 merupakan kuartil kedua, Q2 dalam graf ogif tersebut. Selain itu, kuartil ketiga, Q3
untuk graf ogif ini ialah 6.39. Julat antara kuartil ketiga, Q3 dan kuartil pertama, Q1 ialah 0.28. Julat ini dapat
dicari melalui proses tolak
antara kuartil ketiga, Q3 dan kuartil pertama, Q1.
5.0 REFLEKSI
Selamat sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi kerja kursus Statistik Asas (GSA1072). Saya Khiruban
Raj a/l Muruga berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan
berlaku jika pensyarah saya iaitu En. Johnson Savarimuthu, kawan-kawan dan ibu bapa saya tidak memberi galakan
dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan kerja kursus ini sangat
menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya telah berjaya menyiapkan
tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya.

Melalui kerja kursus ini, banyak perkara telah mengajar saya untuk mendalami ilmu matematik mengenai statistik atas kajian
yang telah dijalankan. Selain itu, saya juga mendapat banyak ilmu pengetahuan semasa kajian dijalankan. Melalui
kerja kursus ini, sedikit sebanyak dapat saya menilai dan merefleksikan setiap individu yang telah menerima borang soal
selidik yang telah saya edarkan.

Setiap individu yang menerima borang soal selidik saya mempunyai perspektif berbeza berkaitan dengan tajuk kerja
kursus saya dan juga soalan-soalan yang ditanyakkan dalam borang tersebut. Dalam borang tersebut saya mengemukakan
enam soalan, soalan keenam dalam borang tersebut adalah berkaitan dengan ulasan responden berkaitan dengan tajuk
kerja kursus iaitu kelebihan melakukan aktiviti sukan.

Setiap pelatih dari program PPISMP hingga PISMP mempunyai pandangan yang
berbeza. Antaranya;

• Dapat memupuk semangat sukan dan membentuk jati diri murid


• Dapat mengamalkan gaya hidup sihat
• Dapat meningkatkan disiplin seseorang pelatih dan membantu mengawal diri
untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan
• Dapat memberi sepenuh tumpuan dalam pembelajaran
• Dapat meluangkan masa dengan baik
• Dapat mengagih masa dengan sewajarnya
• Dapat melahirkan insan yang berfikiran positif
• Dapat mengimbangkan emosi manusia
• Dapat meningkatkan bakat seseorang individu selain daripada akademik
• Dapat meredakan tekanan belajar

ini adalah beberapa ulasan tentang kelebihan melakukan akitiviti sukan dalam kalangan pelatih IPG Kampus Ipoh.
Kebanyakan ulasan pelatih terkandung dalam ulasan-ulasan yang dinyakan diatas. Secara keseluruhan kita dapat
konklusikan bahawa pelatih-pelatih IPG Kampus Ipoh mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melibatkan diri
dalam aktiviti sukan pada waktu petang dan mereka juga mengagihkan masa dengan baik. Ini kerana, aktiviti sukan ini
dilakukan selepas mereka selesai dengan waktu kuliah mereka.
Selain itu, saya mempelajari banyak pengalaman semasa melakukan kerja kursus ini seperti semangat kerjasama antara
rakan-rakan untuk mencari maklumat tentang kerja kursus yang dikehendaki dan berkongsi maklumat yang dicari.
Saya amat terharu kerana tugasan ini memberi saya peluang menimba ilmu pengetahuan dalam bidang matematik dan ilmu
pengetahuan luar daripada bidang pembelajaran serta mengeratkan hubungan antara rakan-rakan kerana saya selalu
membincangkan maklumat-maklumat statistik dengan mereka.

Meskipun, saya telah belajar ilmu statistik ini di sekolah, tetapi melalui kerja kursus ini memberi saya peluang untuk
mempelajari lebih mendalam dan pengetahuan baru dalam bidang matematik buat sekian kalinya. Pensyarah saya juga
banyak membantu saya dan
rakan-rakan saya untuk memahami, mengira dan membuat kerja kursus ini dengan betul.

Kerja kursus ini juga mengajar saya untuk mengaplikasikan kemahiran pengurusan graf dengan betul. Tugasan ini juga
mendorong saya untuk menggunakan daya fikir yang inovatif. Akhirnya saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana telah
selesai melaksanakan
tugasan ini.

RUJUKAN
nun, h. b., bahurudin setambah, m. b., md din, a. b., & abdullah, t. b. (2015). Statistik Asas.
Selangor: Pelangi Professional Publising Sdn.Bhd.
Pumadevi Sivasubramaniam, N. S. (n.d.). Statistik Asas. Oxford Fajar.

Said, D. b. (n.d.). Pentaksiran dalam Pembelajaran Sejarah. Penerbitan Multimedia.


-. (2014, Januari 21). Wikipedia,the free encyclopedia. Retrieved from Histogram:
http://en.wikipedia.org/wiki/Histogram

Trochim, W. M. (20 Oktober, 2006). Research Methods Knowledge Base. Muat turun dari
http://www.socialresearchmethods.net/kb/statdesc.php

Farah Adibah Binti Azme, N. I. (2012, September). Slideshare. Retrieved Mac 2016, from
http://www.slideshare.net/yuntfuschia/statistik-asas

LAMPIRAN

You might also like