You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

________________________________________________________________________________________________________

RUMUSAN SESI LIBAT URUS BERKAITAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN


SEKOLAH / INSTITUSI PENDIDIKAN TKPPM SOS YBHG. DATO’ HJ ADZMAN BIN
TALIP BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN, PENGARAH NEGERI DAN PEGAWAI
PENDIDIKAN DAERAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DALAM BULAN RAMADHAN 2021

TARIKH : 12 APRIL 2021

_____________________________________________________________________________________
GARIS PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH / INSTITUSI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DALAM BULAN RAMADHAN 2021

PENGURUSAN AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN

I. IFTAR, MOREH DAN SAHUR

 Terpakai kepada sekolah asrama sahaja.

 Kapasiti tempat – perlu mengambil kira penjarakan sosial.

 Sekolah boleh mengguna mana-mana bilik yang sesuai untuk dijadikan ruang
makan tambahan kepada dewan makan.

 Kaedah penggiliran bagi moreh dan sahur boleh dilaksanakan sekiranya pihak
sekolah menghadapi kesukaran untuk menyediakan ruang makan yang mencukupi.
Pihak sekolah boleh menyediakan khemah sebagai ruang tambahan untuk tujuan
tersebut.

 Penyediaan makanan boleh disajikan secara buffet, hidangan individu atau


berbungkus oleh pekerja dewan makan.

 Pihak luar yang ingin menyumbang makanan dan minuman untuk majlis iftar /
moreh / sahur / perlu mendapat kebenaran pihak pengurusan sekolah dengan
mematuhi SOP.

 Pelaksanaan Iftar perdana perlu disesuaikan dengan amalan norma baharu


mengikut SOP sedia ada. Pelibatan pihak luar selain warga KPM, termasuk orang
kenamaan adalah tidak dibenarkan.

2. SOLAT TARAWIH

 Terpakai kepada sekolah asrama sahaja.

 Solat terawih berjemaah boleh dilaksanakan dengan mematuhi SOP sedia ada.

 Solat terawih berjemaah hendaklah dilaksanakan sebanyak 8 rakaat sahaja


dengan bacaan surah-surah atau ayat-ayat pendek.
 Sekiranya ruang surau tidak dapat menampung kapasiti jemaah pada satu-satu
masa secara serentak, pihak sekolah dicadangkan menggunakan kaedah yang
berikut;
i. Kaedah pengiliran
 Mengikut kesesuaian sekolah
 Jadual pengiliran disediakan
 Solat secara ringkas
ii. Kaedah serentak
 Solat serentak di lokasi berbeza
 Menggunakan surau dan bilik (dorm) / bilik khas

 Boleh solat bersendirian di bilik / bilik khas mengikut SOP sedia ada.

 Jadual solat hendaklah disediakan sebagai instrument kawalan.

3. QIAMULLAIL

 Terpakai kepada sekolah asrama sahaja

 Patuh SOP solat berjemaah sedia ada


o Pelaksanaan qiamullail dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaah.
o Pelaksanaan di surau hendaklah merujuk kepada para 6.4 Solat Berjemaah
bagi Murid / Pelajar - Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah
dalam Norma Baharu 2.0

 Bermalam di surau tidak dibenarkan.


o Murid / Pelajar tidak dibenar bermalam di surau

 Tempoh pelaksanaan Qiamullail


o Dilaksanakan selewat-lewatnya 30 minit sebelum imsak

4. TAZKIRAH / CERAMAH

 Pelaksanaan tazkirah / ceramah adalah tertakluk kepada SOP Jabatan Agama


Islam Negeri berkaitan Ihya’ Ramadhan.

 Tazkirah / ceramah sepanjang pelaksanaan solat tarawih tidak dibenarkan.

 Pihak sekolah boleh melaksanakan tazkirah 10 minit sebelum PdP dalam kelas
masing-masing. Hanya warga sekolah sahaja dibenar memberi tazkirah / ceramah.
5. TADARUS AL QURAN

 Rujuk Garis Panduan Pengoperasian Surau


o Pelaksanaan tadarus Al-Quran di surau adalah merujuk kepada Garis
Panduan Pengoperasian Surau yang sedia ada.

 Pelaksanaan dalam kelas


o Pihak sekolah boleh melaksanakan tadarus di dalam kelas masing-masing
atau melalui siaraya.

 Sesuaikan dengan SOP


o Pelaksanaan Majlis Khatam Al-Quran perlu disesuaikan dengan amalan
norma baharu serta tertakluk kepada SOP Sedia ada.

 Waktu pelaksanaan
o Ditentukan oleh pihak sekolah

PENGURUSAN WAKTU REHAT SEKOLAH

MODEL PENGURUSAN MAKAN WAKTU REHAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN


BAGI SEKOLAH / INSTITUSI KPM

Model 1 : Makan di Bilik PdP Masing-Masing

 Murid bukan beragama Islam yang majoriti akan makan dalam bilik PdP masing-
masing.

 Murid beragama Islam ditempatkan di bilik / tempat lain yang bersesuaian.

 Kerusi dan meja tempat aktiviti hendaklah ditetapkan bagi setiap murid.

 Murid beragama Islam kembali ke kelas masing-masing selepas tamat waktu rehat.

Model 2 : Makan di Bilik / Tempat Lain

 Bagi kelas yang mempunyai bilangan murid beragama Islam lebih ramai, murid
bukan beragama Islam akan makan di bilik / tempat lain yang bersesuaian.

 Kerusi dan meja tempat makan murid bukan beragama Islam hendaklah ditetapkan
bagi setiap murid. Murid beragama Islam kekal semasa rehat di bilik PdP masing-
masing.
 Murid bukan beragama Islam kembali ke kelas masing-masing selepas waktu
rehat.

Model 3 : Makan di Bilik PdP Secara Berkelompok

 Murid bukan beragama Islam makan dalam bilik PdP secara berkelompok
berdasarkan kapasiti yang bersesuaian.

 Murid bukan beragama Islam daripada sekurang-kurangnya dua (2) kelas akan
dikelompokkan di satu bilik PdP yang ditetapkan.

 Murid beragama Islam dari kelas yang dipilih sebagai tempat makan akan bertukar
masuk ke kelas asal murid bukan beragama Islam tersebut.

 Murid akan kembali ke kelas masing-masing selepas waktu rehat.

 Kerusi dan meja ditetapkan bagi setiap murid dan perlu disanitasi setiap kali
digunakan secara bergilir / selepas makan.

HAL- HAL LAIN

1. Penghantaran Makanan oleh Ibu Bapa atau Penjaga

 Hanya makanan kering sahaja dibenarkan.

 Pihak sekolah diminta menyediakan SOP untuk penghantaran makanan oleh ibu
bapa / penjaga.

 Tiada perjumpaan secara fizikal.


2. Penggunaan Kantin

 Warga sekolah tidak dibenar makan minum di kantin.

Disediakan oleh : Unit HEM, SPbM


JPNS

You might also like