You are on page 1of 37

MPU3113 HUBUNGAN ETNIK

Topic 6
Pemuafakatan Politik dan
Hubungan Etnik
INTRODUCTION

● topik ini mengkaji hubungan etnisiti


dengan pembangunan politik di
Malaysia.
● 6.1 KONSEP MODENISASI DAN
PEMBANGUNAN POLITIK
● Modenisasi- pembangunan ekonomi dan
pembangunan politik.
● Pembangunan politik- tiga proses iaitu
perbezaan struktur politik, sekularisasi budaya
politik dan penyertaan politik rakyat
● Malaysia turut berusaha mencapai
pembinaan negara bangsa melalui
beberapa kaedah yang bersifat top-down:-
Program penghayatan Rukun Negara,
penerapan dasar awam seperti Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan
Kebangsaan dll.
● Menurut Pye (1966), pembangunan politik
adalah:
● (a) Prasyarat kepada pembangunan
ekonomi;
● (b) Tipikal masyarakat industri;
● (c) Operasi sesebuah negara;
● (d) Pemodenan politik dll
● PRU 2008 dan tahun 2012 dianggap
sebagai tsunami politik. Etnik Cina ialah
manifestasi perkembangan modenisasi
politik yang berlaku bukan sahaja
merentasi etnik, tetapi lebih kepada
kebajikan dan kehendak serta pilihan
pengundi terutama literasi politik di bandar
yang dilihat lebih tinggi berbanding
dengan di luar bandar.
6.2 SISTEM POLITIK MASYARAKAT
MELAYU
● sistem feudal
● British mengambil alih kuasa politik
daripada raja-raja Melayu melalui sistem
residen
● mencapai kemerdekaan - demokrasi
berparlimen dan raja perlembagaan.
● 6.3 PENGARUH DEMOGRAFI DALAM POLITIK
● Melayu bukan penduduk majoriti di setiap wilayah atau
negeri.
● 6.3.1 Demografi Penduduk Semenanjung Malaysia
● Pada masa lalu, sebahagian besar orang Melayu merupakan
penduduk luar bandar. Namun, keadaan tersebut mula
berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang bermula
sejak tahun 1970an sehingga masa kini. Bagi yang masih
tinggal di luar bandar, kebanyakannya terlibat dalam aktiviti
ekonomi pertanian dan perikanan. Sebahagian besar etnik
Melayu di bandar terlibat dalam sektor perkhidmatan awam,
sektor swasta, sektor perdagangan dan perniagaan.
● Orang Cina- etnik kedua terbesar di Semenanjung, menganuti
pelbagai agama. Mereka tertumpu pada sektor perdagangan
dan perkhidmatan. Tinggal di bandar utama, khasnya di
Lembah Klang dan Pulau Pinang.
● Orang India- etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Pada
masa lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan
menetap di estet.
● 6.3.2 Demografi Penduduk di Sabah dan
Sarawak
● Etnik Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan
peribumi lain yang merupakan penduduk luar
bandar dan persisiran pantai. Penempatan ini
memberikan gambaran bahawa wujudnya
dua sistem kepercayaan iaitu kumpulan etnik
bumiputera bukan Islam yang merangkumi
Kadazan Dusun, Murut dan Rungus, serta
subetnik lain yang mengamalkan
kepercayaan animisme (kemudiannya
memeluk agama Kristian). Manakala,
masyarakat bumiputera Islam pula terdiri
daripada Bajau, Idahan, Iranum, Bisaya,
Orang Sungai dan Sulu.
● 6.4 KERJASAMA POLITIK DAN
HUBUNGAN ETNIK
● Pembentukan parti politik di Malaysia-
menjurus pada etnik tertentu.
● 6.4.1 Politik di Tanah Melayu
● Usaha kerjasama politik telah
dimulakan sebelum kemerdekaan lagi.
AMCJA-PUTERA merupakan kerjasama
dua golongan kiri Melayu dengan
bukan Melayu. Seterusnya, Perikatan
UMNO-MCA dan kemudiannya MIC.
● Pada tahun 1946 pula, British
memperkenalkan Malayan Union yang
terdiri daripada sembilan buah negeri
Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.
● Kerjasama etnik dalam Perikatan membawa
kejayaan besar dalam proses politik awal di
Tanah Melayu. Misalnya, dalam pilihan raya
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (1952),
UMNO-MCA telah memenangi 9 daripada 12
buah kerusi. Pada pilihan raya pertama
peringkat persekutuan (1955), Parti Perikatan
UMNO-MIC-MCA telah memenangi 51 daripada
52 buah kerusi yang dipertandingkan. Satu
kerusi lagi dimiliki oleh parti PAS apabila
mengalahkan UMNO di daerah Beruas, Perak.
● Usaha memupuk kerjasama etnik turut
diusahakan oleh Dato’ Onn bin Jaafar
setelah keluar daripada UMNO. Beliau
menubuhkan sebuah parti multi-etnik iaitu
Independent Merdeka Party(IMP) dan
kemudian digantikan dengan Parti
Negara.
● 6.4.2 Politik di Sarawak
● SUPP tidak menyertai gagasan pembentukan Malaysia
kerana berpendapat Sarawak seharusnya mendapat
kemerdekaan terlebih dahulu. Buat pertama kalinya,
Parti Perikatan Sarawak dipengerusikan oleh
Temenggung Jugah. Sementara itu, setiausaha
agungnya ialah Stephen Kalong Ningkan. Konsep Parti
Perikatan ini masih kuat memperjuangkan ideologi etnik
masing-masing. Hasilnya berlaku perpecahan, misalnya
perpecahan antara suku Dayak dan Iban hingga
melahirkan SNAP dan PESAKA. Selain itu, kelompok
orang Melayu dan Melanau juga berpecah dengan
kewujudan parti PANAS dan BERJASA. Perpecahan
orang Cina juga terjadi apabila SCA tidak mendapat
sokongan yang padu daripada orang Cina dan
kebanyakan orang Cina menyokong SUPP. Senario ini
adalah gambaran parti politik berasaskan etnik di
Sarawak yang berterusan hingga tahun 1963.
● 6.4.3 Politik di Sabah
● Di Sabah, perkembangan politik turut
menunjukkan pola yang hampir sama
● dengan negeri lain.
● Etnik Bajau, Suluk, Melayu Brunei dan
Bumiputera lain yang beragama Islam
berjaya disatukan di bawah UMNO yang
mula bertapak di Sabah pada awal
tahun 1990an.
● Perpaduan Kadazan Dusun di belakang
PBS mendapat cabaran dari parti lain
seperti UPKO dan PBRS.
● Dengan kemasukan PBS ke dalam
Barisan Nasional pada tahun 2003, semua
parti yang bersaing untuk mendapatkan
sokongan Kadazan Dusun.
● 6.5 POLITIK ETNISITI DI MALAYSIA
● Semenjak merdeka hingga sekarang, Malaysia
ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang kini
melibatkan gabungan 13 buah parti politik yang
berasaskan etnik. Parti UMNO menjadi parti
tulang belakang dalam BN. Kini, BN mempunyai
133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen di
Dewan Rakyat selepas PRU ke-12 (2008?).
Sebelum PRU ke-12, 13 buah negeri di Malaysia
diperintah oleh BN, kecuali negeri Kelantan
diperintah oleh PAS.
● Selepas PRU ke-12, pihak pembangkang
menguasai Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Namun begitu, selepas PRU ke-13, negeri
Kedah telah kembali ke tangan BN.
● Jika diperhatikan, setiap parti yang wujud
ini adalah berdasarkan etnik tertentu
● Pendekatan ini bukan sahaja diterima
pakai oleh BN, tetapi juga diterima oleh
parti pembangkang.
● 6.5.1 Politik Inter-etnik
● Politik inter-etnik merupakan asas
penubuhan dan kewujudan parti politik di
Malaysia.
● Kewujudan parti politik yang berasaskan
etnik ini disebabkan keperluan untuk
menjaga kebajikan ahlinya
● 6.5.2 Politik Intra-etnik
● Menurut statistik kependudukan Jabatan
Perangkaan Negara, jumlah penduduk
Malaysia pada tahun 2012 seramai 29.3
juta. 50.4% (14.8 juta) daripada jumlah
penduduk Malaysia merupakan etnik
Melayu.
● UMNO dan PAS mewakili orang Melayu. UMNO
dianggap parti yang menjaga kepentingan kaum
Melayu, agama Islam dan budaya Melayu.
● UMNO mendapat persetujuan dan kerjasama
daripada etnik lain. Tanpa persetujuan dan
kerjasama berkenaan, agenda politik UMNO
sukar dilaksanakan.
● idea PAS untuk mewujudkan negara Islam tidak
mendapat sambutan oleh UMNO. Bagi UMNO,
dalam konteks masyarakat plural, negara Islam
sukar diwujudkan
● Malahan, langkah yang diambil oleh PAS ini
dikhuatiri akan menyebabkan kemajuan orang
Melayu dan agama Islam akan terjejas.
● Bagi etnik Cina- parti MCA, Gerakan dan
DAP
● MCA dan Gerakan- kepentingan kaum
Cina hanya akan dapat dijaga melalui
kerjasama dengan kaum lain/ UMNO.
● 6.6 PEMBANGUNAN POLITIK
PERPADUAN DI MALAYSIA
● Orang Melayu cuba mempertahankan
kedudukan mereka sebagai kuasa
politik utama di negara ini, sementara
orang bukan Melayu mendesak hak yang
sama sebagai warga negara. Dalam
bidang ekonomi, didapati orang Melayu
memerlukan penyertaan yang lebih aktif,
sementara orang Cina ingin mengekalkan
dominasi mereka.
● 6.6.1 Parti Perikatan
● Konsep Parti Perikatan terbina apabila
gabungan tiga parti terbesar yang
mewakili kaum terbesar iaitu UMNO, MCA
dan MIC.
● 6.6.2 Barisan Nasional
● Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Parti
Perikatan digantikan pula dengan Barisan
● Nasional (BN) dan idea ini disyorkan oleh
Tun Abdul Razak. Penubuhan BN adalah
bermatlamat untuk mewujudkan kestabilan
dan persefahaman politik, serta
perpaduan antara kaum.
THANK YOU
*
changtackshin@oum.edu.my
Quick Review
Bagaimanakah Malaysia berusaha
mencapai pembinaan negara bangsa?
● melalui beberapa kaedah yang bersifat
top-down:- Program penghayatan Rukun
Negara, penerapan dasar awam seperti
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan
Kebangsaan dll.
Bagaimanakah British mengambil alih
kuasa politik daripada raja-raja Melayu?
● melalui sistem residen
Apakah perubahan yang jelas pada PRU
2008 kepada parti politik menjurus pada
etnik tertentu?

● Bermula tahun 2008, politik berasaskan


etnik tidak memainkan peranan yang
penting apabila apa yang dikehendaki oleh
masyarakat ialah keadilan dan
kesamarataan.

You might also like