You are on page 1of 10

Topik 6 Bimbingan Positif dan Strategi Disiplin Bimbingan secara Langsung

6.1 Konsep Bimbingan dan Disiplin

6.2 Bimbingan dan Strategi Positif: Gambaran dan Penerangan

6.3 Kepercayaan tentang Disiplin yang Mempengaruhi Pilihan dalam


Strategi Disiplin

6.4 Penalti
Topik 6 Bimbingan Positif dan Strategi Disiplin Bimbingan secara Langsung

6.1 KONSEP BIMBINGAN DAN DISIPLIN


 Selain bimbingan dan disiplin, hukuman juga sangat berkaitan dengan
pengurusan tingkah laku.
 Disiplin bermaksud mengajar kanak-kanak cara untuk berkelakuan baik.
 Untuk menanamkan disiplin dalam diri kanak-kanak, orang dewasa perlu
memahami definisi disiplin dan kaedah untuk melaksanakannya.
 Disiplin positif membantu kanak-kanak belajar daripada orang dewasa yang
tegas tetapi baik hati yang mengajar kanak-kanak tentang kawalan kendiri
dan membantu mereka membangunkan harga diri yang positif dan realistik.
 Disiplin negatif (contohnya, membebel dan memarahi) boleh menjadi sangat
menjengkelkan kepada kanak-kanak walaupun ia tidak menyakiti mereka
secara fizikal.
 Smith, 2006 menyatakan disiplin yang negatif akan memberi kesan negatif
terhadap kanak-kanak secara emosi.
 Apabila disiplin negatif tidak berfungsi, kita perlu mengambil tindakan
disiplin negatif yang lebih ekstrem dengan harapan ia akan mempunyai kesan
yang diingini kepada kanak-kanak tersebut.
 Disiplin negatif boleh dianggap sebagai hukuman untuk kanak-kanak.
 Bimbingan merujuk kepada menunjukkan cara atau memimpin jalan.
 Bimbingan membawa konotasi yang positif, bertentangan dengan hukuman.
 Bimbingan boleh membantu kanak-kanak memahami “mengapa” di sebalik
tingkah laku mereka, namun ia juga memerlukan anda banyak berfikir dan
tenaga (serta kesabaran).

6.2 BIMBINGAN DAN STRATEGI POSITIF: GAMBARAN DAN


PENERANGAN
 Strategi bimbingan ialah tindakan positif tertentu yang digunakan oleh orang
dewasa dalam mengurus pertembungan dengan kanak-kanak kecil dan
merupakan satu cara untuk mengurus tingkah laku.
 Marion (2015) mencadangkan 17 strategi bimbingan positif yang boleh
digunakan.

a) Membantu Kanak-kanak Menyelamatkan Air Muka Mereka serta


Memelihara Maruah Mereka
 Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak harus dihormati.
 Kita harus sentiasa cuba melihat dari sudut pandangan mereka dan jika
tidak betul, kita harus jelaskan padanya dengan teliti.
 Tidak perlu memperbesarkan masalah tersebut tetapi biarkannya sahaja.
 Selepas itu, kembali melakukan sesuatu yang akan membantunya
meneruskan kehidupan.

b) Tetapkan Batasan dengan Baik


 Kanak-kanak kadang-kala tidak tahu perkara yang boleh diterima dan
tidak boleh diterima.
 Orang dewasa perlu membimbing mereka tentang perkara yang betul dan
salah.
 Perlu menetapkan had dan sempadan serta memastikan kita dapat
menyampaikan mesej kepada kanak-kanak.
 Batasan yang ditetapkan hendaklah jelas dan sesuai dengan usia kanak-
kanak.
 Beberapa petua untuk membantu menetapkan batasan yang
berkesan adalah seperti berikut:
i) Libatkan kanak-kanak dalam menetapkan batasan, biarkan mereka
bersuara;

ii) Gunakan perkataan konkrit, pastikan arahan yang ringkas dan


mudah;

iii) Beritahu kanak-kanak dengan tepat perkara yang diharapkan


daripada mereka;

iv) Jadi positif dengan sebaik mungkin;


v) Terangkan semula penyebab anda menetapkan batasan bila perlu;

vi) Nyatakan kembali batasan apabila perlu;

vii) Berikan kanak-kanak pilihan jika ia boleh dilakukan; dan

viii)Nyatakan batasan dalam bentuk yang positif.

c) Mengajar Lebih Banyak Tingkah Laku yang Berguna


 Kita harus sentiasa mengajar kanak-kanak tingkah laku yang berguna.
 Salah satu cara yang berkesan untuk mengajar tingkah laku yang
berguna adalah dengan melakukannya terlebih dahulu.
 Pepatah children see children do (kanak-kanak lihat kanak-kanak buat)
sangat sesuai untuk menggambarkannya.
 Kanak-kanak dianggap seperti span dan mudah menyerap apa sahaja
yang berlaku di sekitar mereka.
 Kaedah ini boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak tingkah laku
yang berguna.

d) Sediakan Sesi Latihan dan Berikan Bimbingan dengan Segera


 Selepas mengajar kanak-kanak tingkah laku yang baharu, kita mahu dia
mengekalkan tingkah laku tersebut.
 Salah satu cara untuk mengekalkannya adalah dengan memberinya
peluang untuk mengamalkan tingkah laku yang baru dipelajari di bawah
pengawasan dan bimbingan orang dewasa.
 Selepas mereka diberi peluang mengamalkannya, kita perlu memberi
maklum balas kepadanya supaya mereka tahu sama ada mereka
melakukannya dengan betul atau sebaliknya.
 Ia boleh dilakukan beberapa kali dan selepas itu anda memerhatikan
tingkah laku baharu itu berlaku apabila kanak-kanak tersebut
berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
 Jika kanak-kanak kembali kepada tingkah laku yang lama, mereka perlu
diberi peringatan.
e) Berikan Isyarat atau Tanda untuk Tingkah Laku Baharu yang Dibina
 Ini ialah salah satu lagi strategi untuk membantu kanak-kanak
mengingati agar menggunakan tingkah laku yang sesuai.
 Pertama, perlu membuat keputusan tentang cara anda memberikan tanda
kepada kanak-kanak (misalnya, isyarat tangan atau berdehem).
 Anda harus memberi isyarat kepada mereka sejurus sebelum tingkah
laku itu berlaku dan bukannya selepas mereka terlupa melakukannya.

f) Tukar Sesuatu tentang Konteks atau Ketetapan


 Strategi ini bertujuan membantu kanak-kanak menjadi selamat atau
membolehkan mereka mengamalkan tingkah laku yang lebih diingini.
 Anda boleh cuba mengubah persekitaran fizikal atau jadual, atau cuba
meningkatkan atau mengurangkan pilihan yang tersedia untuk kanak-
kanak.

g) Kenal Pasti Empunya Masalah


 Perlu mengenal pasti penyebab masalah. Pendekatan yang diambil
bergantung kepada perkara tersebut.
 Jika masalahnya adalah orang dewasa, anda boleh cuba membantunya
dengan bercakap dengan orang dewasa menggunakan I-mesej (I-
messages) dan bersikap diplomatik.
 Sebaliknya, jika masalah utama adalah berkaitan kanak-kanak tersebut,
maka perlu menggunakan pendengaran aktif untuk memahami tingkah
laku yang kemungkinan berlaku kerana keperluan mereka tidak
dipenuhi.

h) Memberi Maklum Balas Bermakna kepada Kanak-kanak


 Maklum balas adalah penting dalam usaha kita untuk membimbing
kanak-kanak secara positif.
 Apabila kita memberi maklum balas, kita sebenarnya mengukuhkan
perkara yang telah diajar serta memberi ruang kepada kanak-kanak untuk
bertambah baik.
 Tanpa maklum balas, kanak-kanak tidak akan tahu kedudukan semasa
mereka dan tidak akan tahu perkara yang perlu dilakukan.
 Perkara berikut perlu diberi perhatian dalam memberi maklum balas:
i) Jangan menggunakan pujian kosong sebagai tindak balas,
contohnya, “Bagus!”

ii) Berikan maklum balas positif dan cadangkan cara sesuatu perkara
itu boleh dilakukan dengan lebih baik; dan

iii) Menjadi sangat spesifik tentang tingkah laku yang dilakukan dengan
baik dan sebaliknya.

i) Mengenal Pasti Matlamat yang Salah dan Memberi Galakan


 Cara kanak-kanak berkelakuan adalah berkait dengan rasa kekurangan
dalam diri mereka.
 Misalnya, kadang-kala kanak-kanak menjadi sangat nakal di sekolah
kerana guru mereka tidak pernah memerhatikannya.
 Jika kanak-kanak melakukan sesuatu yang salah, guru akan menegurnya;
sekurang-kurangnya guru tersebut telah memberi perhatian kepadanya
 Kita perlu mengenal pasti jika kanak-kanak mempunyai persepsi yang
salah dan kemudian kita dapat menerangkan kepadanya dan berkongsi
dengan mereka cara orang dewasa menangani perkara tersebut.
 Jika kita melihat seorang kanak-kanak tidak dapat melakukan sesuatu
untuk dirinya, kenal pasti jika dia hanya ingin perhatian atau dia
mengalami kesukaran melakukannya.
 Sekiranya dia berbuat demikian dengan tujuan, elakkan daripada
melakukan tugasan untuknya tetapi galakkannya untuk mencuba.
 Beri banyak galakan dan tunjuk cara melakukannya.

j) Mengabaikan Tingkah Laku (Hanya Apabila Wajar Dilakukan)


 Ini adalah lebih kepada mengubah tingkah laku orang dewasa dan
bukannya kanak-kanak.
 Kita mahu menghentikan orang dewasa daripada memberi perhatian
kepada kelakuan negatif kanak-kanak.
 Namun ini tidak bermakna anda harus mengabaikan kanak-kanak
tersebut tetapi anda perlu menilai jika ia selamat untuk dilakukan atau
tidak.
 Dalam usaha untuk mengabaikan tingkah laku kanak-kanak, kita boleh
memberitahu bahawa kita tidak menyukai tingkah laku tersebut, dan kita
mengabaikan mereka jika mereka terus melakukannya.
 Bersedia untuk menghadapi episod yang lebih teruk kerana kanak-kanak
mungkin akan menguatkan lagi tingkah laku negatifnya untuk mendapat
perhatian.
 Anda perlu bersikap teguh dan kuat serta sentiasa menggalakkannya
untuk melakukan tingkah laku yang betul.

k) Mengarahkan Semula Kanak-kanak: Memindahkan dan Mengalihkan


Perhatian (Kanak-kanak yang Sangat Kecil) dan Menggunakan
Pengganti (Kanak-kanak yang Lebih Besar)
 Kanak-kanak yang lebih kecil dan lebih besar agak berbeza tentang
perkara yang mereka boleh fahami.
 Maksudnya, pendekatan yang digunakan juga haruslah berbeza.
 Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, kita boleh cuba alihkan perhatian
mereka daripada aktiviti yang dilarang atau berbahaya kepada aktiviti
yang lebih selamat.
 Untuk kanak-kanak yang lebih besar, boleh menggunakan penggantian -
menunjukkan kanak-kanak kaedah melakukan aktiviti yang sama dengan
cara yang boleh diterima dan lebih selamat.

l) Mendengar secara Aktif


 Kita selalu berfikir bahawa orang dewasa sahaja sentiasa betul.
 Namun, kanak-kanak kecil juga mempunyai perasaan dan ianya sama
seperti orang dewasa.
 Kita harus sentiasa mendengar perkara yang ingin diperkatakan oleh
kanak-kanak dan tidak boleh mengabaikan perasaan mereka.
 Kita perlu mendengar secara aktif dan mendengar tanpa menghakimi.
m) Menyampaikan I-mesej
 I-mesej ialah mesej yang memberi tumpuan kepada orang yang
menyampaikan mesej.
 Ia digunakan apabila orang dewasa mempunyai masalah.
 I-mesej membenarkan maklumat mengalir dengan hormat dan ini
memberi kanak-kanak peluang mengubah tingkah laku mereka kerana
anda tidak menyalahkan kanak-kanak tersebut.
 Dalam I-mesej, anda memberitahu kanak-kanak tingkah laku yang
menyebabkan masalah tersebut dan cara tingkah laku itu mempengaruhi
anda.
 Anda tidak menyalahkan kanak-kanak tersebut tetapi berkongsi pendapat
anda mengenai tingkah laku mereka.
 I-mesej memberikan maklum balas dengan selamat kerana ia
mengelakkan kita merendahkan, menghakimi atau menyalahkan; iaitu
perkara yang kita mahukan ketika berurusan dengan kanak-kanak kecil.

n) Mengajar Penyelesaian Konflik (Penyelesaian Masalah)


 Strategi ini bertujuan mencapai persetujuan dalam menyelesaikan
masalah.
 Walaupun anda, sebagai orang dewasa mempunyai kuasa untuk
menyelesaikan masalah, anda akan cuba mengelak menggunakannya
untuk memenangi konflik.
 Contohnya, Arya dan Hanna bergaduh tentang siapa yang dapat bermain
buaian. Arya telah bermain selama 10 minit tetapi enggan membiarkan
Hanna bermain.
 Daripada memberitahu Arya untuk melepaskan buaian Hanna, anda
boleh memudahkan perbincangan tersebut dengan cara yang lebih baik
untuk menyelesaikannya.
 Biarkan kanak-kanak memikirkan penyelesaiannya dan bersama-sama
dengannya memutuskan penyelesaian terbaik.
 Berikan maklum balas mengenai cara penyelesaiannya.
o) Mengenali Tanda Tekanan, Kegelisahan atau Emosi yang Kuat;
Mencegah Kesangsian dan Mengajar Teknik untuk Menenangkan
 Sebagai orang dewasa, kita seharusnya dapat mengenali atau mengesan
penyebab tingkah laku.
 Kadangkala, perangai mengamuk yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
hanya kerana mereka terlebih rangsangan dan penat.
 Sekiranya ini berlaku, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk
menenangkan kanak-kanak tersebut.

p) Menguruskan Emosi yang Kuat secara Bertanggungjawab


 Strategi ini membantu dalam menjadikan kanak-kanak mengenali dan
mempelajari cara yang bertanggungjawab untuk menguruskan emosi
yang kuat.
 Apabila kanak-kanak marah, dia tidak tahu cara untuk mengatasinya dan
boleh bertindak dengan cara yang kurang baik.
 Kita boleh membimbing kanak-kanak tentang cara menangani emosi
mereka, terutamanya emosi yang menyebabkan mereka lebih sedih.

6.3 KEPERCAYAAN TENTANG DISIPLIN YANG MEMPENGARUHI


PILIHAN DALAM STRATEGI DISIPLIN
 Terdapat 17 strategi dalam membantu menguruskan tingkah laku kanak-
kanak.
 Tetapi anda tidak mungkin dapat menggunakan kesemua strategi tersebut.
 Ia sekadar panduan pengetahuan tentang pelbagai langkah yang boleh
diambil oleh orang dewasa dan guru semasa berurusan dengan kanak-kanak
kecil.
 Strategi mana yang digunakan akan sangat bergantung pada kepercayaan
orang dewasa terhadap disiplin.
 Berkemungkinan guru besar mempunyai beberapa strategi dalam fikirannya
yang telah berfungsi terhadap muridnya pada masa lalu.
 Oleh itu, walaupun telah diajar tentang strategi bimbingan positif yang
sesuai, mereka enggan menggunakan strategi baharu kena percaya strategi
yang digunakan mereka adalah lebih baik.
 Jika guru percaya perkara tersebut, maka sukarlah untuk mengubah strategi
yang digunakan oleh guru.
 Untuk membuat perubahan, mereka harus terlebih dahulu “percaya” tentang
kelebihan strategi baharu itu.

6.4 PENALTI
 Penalti ialah sejenis hukuman yang biasanya dikenakan ke atas seseorang
kerana melanggar undang-undang, peraturan atau kontrak.
 Dalam mana-mana konteks, pada saat akhir penalti ialah sejenis hukuman
yang diberi kepada seseorang yang melakukan sesuatu yang salah.
 Dalam psikologi dan perkembangan awal kanak-kanak, istilah yang biasa
digunakan ialah hukuman.
 Perkataan hukuman berasal daripada perkataan Latin punire yang bererti
perlakuan kasar atau untuk menemui sesuatu yang tidak menyenangkan bagi
kanak-kanak tersebut.
 Jika kita menghukum kanak-kanak, ini bermakna kita melakukan sesuatu
yang tidak menyenangkan dirinya.
 Salah satu contoh jenis hukuman ialah membuat kanak-kanak berdiri di satu
sudut di dalam bilik darjah selepas mereka melakukan sesuatu yang salah.
 Hukuman mempunyai kesan yang negatif terhadap kanak-kanak dan
selalunya ia tidak mencapai hasil yang diinginkan.
 Hukuman hanya memberitahu kanak-kanak bahawa jika mereka melanggar
peraturan, maka mereka akan menerima akibat yang negatif.
 Hukuman tidak mengajar kanak-kanak mengapa melanggar peraturan adalah
salah, sebab peraturan itu penting, atau cara untuk berkelakuan baik atau
bertindak supaya peraturan itu tidak dilanggar.
 Paling penting, kanak-kanak perlu memahami “kenapa” di sebalik tingkah
laku yang tidak dibenarkan.

You might also like