You are on page 1of 10

Topik 9 Pembelajaran Sosial

9.1 Bermain dan Pembelajaran Sosial


9.1.1 Kepentingan Bermain
9.1.2 Kategori dan Jenis Bermain

9.2 Nilai Bermain dan Kecekapan Sosial


9.2.1 Nilai Bermain
9.2.2 Berkongsi
9.2.3 Persahabatan
Topik 9 Pembelajaran Sosial

9.1 BERMAIN DAN PEMBELAJARAN SOSIAL


 Piaget (1962) mentakrifkan bermain sebagai asimilasi atau usaha kanak-
kanak untuk membuat padanan rangsangan persekitaran bersesuaian dengan
konsepnya sendiri.
 Bagi Piaget, struktur kognitif baharu tidak semestinya terbentuk melalui
bermain.
 Bermain membolehkan kanak-kanak mengamalkan aktiviti yang mereka
telah pelajari sebelum ini dan ia hanya untuk keseronokkan.
 Vygotsky (1978) percaya bahawa bermain sebenarnya memudahkan
perkembangan kognitif.
 Kanak-kanak bukan sahaja mempraktikkan perkara yang telah mereka
ketahui tetapi mereka juga mempelajari perkara baharu.
 Dalam teori Vygotsky, beliau menjelaskan bahawa bermain memang
menghasilkan pemikiran dan bukan hanya mengamalkan perkara yang
diketahui oleh kanak-kanak sebelum ini seperti yang dikemukakan oleh
Piaget.

9.1.1 Kepentingan Bermain


 Bermain ialah salah satu cara utama kanak-kanak belajar.
 Ia penting untuk kesejahteraan sosial, emosi, kognitif dan fizikal kanak-
kanak pada zaman awal mereka.
 Ia alat semula jadi untuk kanak-kanak belajar bekerjasama dan berunding
dengan orang lain.
 Kepentingan bermain untuk kanak-kanak:

a) Bermain berlaku secara semula jadi kepada kanak-kanak. Ia satu cara


bagi kanak-kanak untuk menambah dan melatih pengetahuan, kemahiran
dan konsep dalam situasi yang terbuka dan menyeronokkan;

b) Bermain tidak salah. Oleh itu, sediakan situasi yang selamat untuk
kanak-kanak mencuba perkara baharu tanpa rasa takut untuk gagal. Ini
penting dalam menyokong harga kendiri yang positif;
c) Bermain menyediakan peluang untuk pengulangan. Salah satu cara
penting untuk pembelajaran berlaku adalah melalui pengulangan;

d) Bermain menyediakan peluang untuk memanjangkan pembelajaran.


Persekitaran bermain yang berstruktur dan terancang membolehkan
pembelajaran pelbagai kebolehan secara luas berlaku. Contohnya,
meneroka pasir boleh memberikan pengalaman deria yang menenangkan
tetapi ia juga dapat memberi peluang untuk belajar tentang kapasiti dan
jumlah; dan

e) Bermain sentiasa berada pada tahap kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu,
segala keperluan semua kanak-kanak dalam kumpulan tersebut dapat
dipenuhi.

9.1.2 Kategori dan Jenis Bermain


 Terdapat 3 kategori bermain, iaitu:

a) Bermain Sensorimotor
 Satu bentuk permainan yang melibatkan penerokaan, manipulasi,
pergerakan dan deria.
 Kadangkala dikenali sebagai “latihan bermain” atau “bermain
mengikut fungsi.
 Dalam bermain sensorimotor, kanak-kanak berinteraksi dengan
persekitarannya menggunakan kedua-dua objek dan orang di
sekeliling mereka.

b) Bermain Simbolik
 Bentuk permainan yang menggunakan satu perkara untuk
menyokong perkara lain dan menunjukkan keupayaan seseorang
untuk mencipta imej mental.
 3 jenis permainan simbolik ialah:
i) Bermain Dramatik
 Kanak-kanak berpura-pura sebagai satu watak dan biasanya,
satu tema digunakan untuk mana-mana drama.

ii) Bermain Konstruktif


 Ini melibatkan struktur binaan dengan blok, cungkil gigi,
bermain doh dan sebagainya.

iii) Bermain Permainan dengan Peraturan


 Ia memerlukan pemahaman tentang struktur yang telah
ditetapkan dan kebolehan menggunakan strategi.

c) Bermain Sosial
 Permainan yang membantu kanak-kanak belajar dan
mengembangkan kemahiran sosial. Ia datang dalam beberapa jenis
peringkat yang berlainan iaitu:

i) Perlakuan Tidak Menentu (Unoccupied Play)


 Ia merujuk kepada aktiviti apabila kanak-kanak sebenarnya
langsung tidak bermain.
 Kanak--kanak mungkin terlibat dalam pergerakan rawak, tanpa
objektif.
 Melalui permainan ini, ia menetapkan peringkat untuk
penerokaan permainan pada masa hadapan walaupun mungkin
kelihatan tidak teratur.

ii) Bermain Sendirian (Solitary Play)


 Ia peringkat awal bermain.
 Ia bentuk permainan yang seorang kanak-kanak bermain
sendirian walaupun kanak-kanak lain ada.
iii) Bermain Pemerhatian (Onlooker Play)
 Ia berlaku apabila seorang kanak-kanak hanya memerhatikan
kanak-kanak lain bermain tetapi mereka tidak mengambil
bahagian dalam permainan tersebut.
 Ia perkara biasa bagi kanak-kanak kecil yang perkembangan
perbendaharaan kata mereka sedang berkembang.

iv) Bermain Selari (Parallel Play)


 Ini bentuk permainan yang 2 atau lebih kanak-kanak bermain
sendiri tetapi rapat antara satu sama lain.
 Mereka boleh berkongsi ruang, mungkin peralatan tetapi
permainan mereka tetap secara individu.
 Permainan setiap kanak-kanak mungkin dipengaruhi oleh
tindakan atau perkataan kanak-kanak lain tetapi tiada
komunikasi atau pengakuan daripada kanak-kanak lain.

v) Bermain Asosiatif (Associative Play)


 Ia bentuk permainan yang kanak-kanak menggunakan peralatan
bermain yang sama, bergaul antara satu sama lain dan berbual.
 Kanak-kanak membuat interaksi rawak dan/ atau terlibat dalam
aktiviti yang sama walaupun permainan mereka tetap peribadi.

vi) Bermain Koperatif (Cooperative Play)


 Ia bentuk permainan yang memerlukan kanak-kanak untuk
mengurus.
 Kanak-kanak boleh memegang peranan dalam kumpulan dan
bertindak balas terhadap keperluan dan tindakan orang lain.
 Pada peringkat ini, mereka akan mula memahami dan mematuhi
peraturan yang mudah.

 Satu manfaat utama bermain ialah ia meningkatkan keupayaan kanak-kanak


berurusan dengan dunia pada tahap simbolik.
 Melalui penggunaan simbol, kanak-kanak menjadi pengguna yang mahir dari
segi logik dan pemikiran.
9.1 NILAI BERMAIN DAN KECEKAPAN SOSIAL
 Kanak-kanak belajar memahami dunia dengan menggunakan semua deria
mereka seperti menyentuh, merasa, menghidu, mendengar dan melihat ketika
mereka sedang bermain.

9.2.1 Nilai Bermain


a) Membangunkan Deria Kecekapan
 Kanak-kanak membangunkan deria kecekapan.
 Kanak-kanak mempunyai kawalan untuk memilih bahan apabila
mereka bermain yang secara tidak langsung membuat mereka
merasakan bahawa mereka mempunyai kawalan ke atas dunia
mereka.
 Ini menjadikan mereka merasakan kecekapan memilih perkara yang
mereka suka dan minat.
 Apabila pengalaman bermain mereka berjaya, keyakinan mereka
turut meningkat.

b) Mengamalkan Kemahiran
 Kanak-kanak mampu mengamalkan kemahiran.
 Apabila kanak-kanak terus mengulangi permainan yang sama,
kemahiran mereka akan bertambah baik.
 Hampir setiap kemahiran ialah pengalaman baharu kepada seorang
kanak-kanak, jadi pengulangan ialah pengalaman yang
menyeronokkan.
 Kemahiran yang lebih terperinci dapat dilihat dalam setiap amalan.

c) Berkembang secara Sosial


 Kanak-kanak mampu berkembang secara sosial.
 Walaupun dalam beberapa tahun pertama, kanak-kanak kecil tidak
bermain dengan rakan, permainan awal mereka selalunya dengan
orang dewasa dan bahan, dan biasanya berhampiran dengan kanak-
kanak lain.
 Kanak-kanak memerlukan peluang untuk bermain dengan orang lain
kerana ini akan membina pengalaman yang mereka perlukan untuk
membina konsep dan kemahiran sosial.

d) Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah


 Kanak-kanak mampu untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dalam situasi yang selamat.
 Dalam permainan, kanak-kanak mempunyai kebebasan untuk
berpura-pura menjadi atau melakukan sebarang aktiviti yang
memberikan mereka konteks untuk berpura-pura menjadi dewasa
dan mengambil peranan mereka, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah, tanpa sebarang akibat yang sebenar.
 Kanak-kanak mempunyai peluang untuk meneroka peranan dan
pengalaman yang berbeza dalam situasi yang selesa dan selamat,
dan mereka dapat mengembangkan kemahiran yang diperlukan
apabila mereka merasa selamat.

e) Menunjukkan Emosi
 Kanak-kanak dapat menunjukkan emosi, melepaskan tekanan
dan meneroka situasi yang menghasilkan keresahan ketika
mereka bermain.
 Kanak-kanak dapat membiarkan orang dewasa mengetahui perasaan
mereka melalui permainan kecergasan fizikal dan kadangkala
melalui permainan berpura-pura.
 Kanak-kanak kecil mempunyai kesukaran untuk melabel perasaan
mereka atau memberitahu kita ketakutan atau kesedihan mereka.
 Mereka berpura-pura bermain untuk membolehkan kita memahami
perasaan mereka.

9.2.2 Berkongsi
 Penting untuk kanak-kanak belajar berkongsi kerana ia berguna untuk
mendapat dan mengekalkan rakan dan bermain bersama, terutamanya pada
usia persekolahan.
 Berkongsi ialah satu kemahiran hidup yang penting kerana ia mengajar
kanak-kanak untuk berkrompomi, bergilir-gilir dan berunding serta belajar
mengatasi kekecewaa.
 Kanak-kanak belajar bahawa apabila mereka memberi sedikit kepada orang
lain, mereka juga boleh mendapat sesuatu daripada rakan sebaya mereka.
 Kemahiran berkongsi harus diamalkan dengan menggalakkan kanak-kanak
untuk berkongsi melalui beberapa cara:

a) Ingatkan kanak-kanak apabila orang lain berkongsi. Umpamanya, anda


mungkin berkata “rakan kamu telah berkongsi mainannya dengan kamu. Dia
sangat baik”.

b) Berikan kanak-kanak banyak pujian dan pengiktirafan apabila anda melihat


mereka berkongsi atau bergilir. Contohnya, “saya suka cara kamu membiarkan John
bermain dengan susun suai gambar kamu. Itulah perkongsian yang hebat, Lucas”.

c) Masukkan berkongsi dan mengambil giliran ketika bermain permainan dengan


kanak-kanak di bilik darjah anda. Beritahu mereka langkah berkongsi dengan
mengatakan seperti “sekarang giliran saya untuk bermain kereta itu, selepas ini
giliran kamu”.

d) Beritahu kanak-kanak tentang berkongsi sebelum mereka bermain dengan


kanak-kanak lain. Misalnya, anda boleh berkata “apabila Cindy datang, kamu perlu
berkongsi beberapa mainan kamu”.

e) Sesetengah mainan mungkin istimewa kepada sesetengah kanak-kanak, dengan


itu mereka tidak mahu berkongsi. Oleh itu, ia lebih baik jika anda menyimpan
mainan tersebut untuk mengelakkan masalah untuk berkongsi.

9.2.3 Persahabatan
 Kanak-kanak berkawan semasa mereka bermain bersama.
 Persahabatan menyumbang secara meluas kepada kemajuan kemahiran sosial
mereka.
 Kanak-kanak belajar menjadi sensitif terhadap pandangan orang lain,
peraturan perbualan dan tingkah laku yang sesuai dengan usia melalui
interaksi dengan rakan.
 Kanak-kanak yang tidak mempunyai kawan biasanya dikatakan mempunyai
masalah emosi dan tingkah laku atau merasa sukar untuk berinteraksi dengan
rakan sebaya.
 Rakan juga mempengaruhi harga kendiri dan keyakinan kendiri kanak-kanak.
 Kanak-kanak yang mempunyai ramai kawan didapati mempunyai harga diri
yang lebih tinggi, bertindak lebih sosial daripada mereka yang tidak
mempunyai kawan atau sangat sedikit kawan.
 Rakan juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi sekolah kanak-
kanak yang positif dan negatif serta boleh mempengaruhi sama ada seorang
kanak-kanak akan mempunyai masalah tingkah laku atau tidak.
 Terdapat 4 tahap persahabatan:

a) Tahap 1: Umur 3 hingga 6 Tahun


 Persahabatan adalah sangat asas yang sering digambarkan dengan
keakraban.
 Pada usia ini, kanak-kanak percaya bahawa kawan ialah seseorang
yang ingin bermain dengan mereka atau yang ingin memberikan
mereka sesuatu.

b) Tahap 2: Umur 6 hingga 9 Tahun


 Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk saling
memahami, saling bergantung dan mereka lebih cenderung untuk
memahami fikiran, motif, emosi dan perasaan mereka sendiri.

c) Tahap 3: Umur 9 hingga 13 Tahun


 Pada peringkat ini, persahabatan digambarkan sebagai mempunyai
minat dan pengalaman yang sama.
 Kanak-kanak lebih menyedari perasaan dan pendapat orang lain, dan
ia terjadi lebih kepada untuk membantu daripada bermain.
 Kanak-kanak lebih terlibat dalam permainan dengan peraturan pada
umur ini.

d) Tahap 4: Usia Remaja hingga Dewasa


 Pada peringkat ini, penerimaan dan mempunyai rakan sebaya adalah
lebih penting daripada penerimaan keluarga.
 Individu pada tahap ini menyedari bahawa bukan setiap orang akan
menjadi sahabat baik atau orang yang baik.

You might also like