You are on page 1of 30

PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY

Peringkat Manipulatif ( 2-5 tahun )

Peringkat Membuat Simbol ( 6-9 tahun )

Peringkat Pra Remaja ( 10-13 tahun )

Hurwitz dan Day (2001) membahagikan perkembangan artistik kepada 3 peringkat; Peringkat 1: Peringkat Manipulatif/zaman awal kanakkanak (2-5 tahun) Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan tidak realistik-banyak guna garisan

garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Boleh melukis rupa Pada peringkat ini aktiviti melukis lebih kepada kepuasan dan keseronokan melukis/memegang peralatan melukis adalah mengikut gaya dan cara yang mereka sukai 4 peringkat contengan pada peringkat manipulatif
contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal contengan rupa.

Peringkat 2: Membuat Simbol (6-9 Tahun) Boleh menghasilkan simbol kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Kawalan tangan mula seimbang Persekitaran mempengaruhi lukisan mereka. Biasanya ia suka melukis objek-objek yang hampir dengan diri/pengalaman mereka (cth; rumah, kakak, abang, emak, ayah, bilik tidur dll)

Imej yang penting biasanya dilukis lebih besar (cth; bapa, orang lebih besar daripada latar belakang) Warna disesuaikan (cth; langit biru, pokok hijau)

Peringkat 3: Pra-Remaja (10-13 Tahun)


Cuba melukis figura dengan saiz yang betul (mengikut kadar banding) Lukisan lebih rasional-pilih warna yang tepat-ada bayang-bayangperspektif-lebih realistik. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek.

Biografi Viktor Lowenfeld


Lahir di Linz, Austria pada tahun 1903 Dr. Lowenfeld merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Arts di bandar yang sama Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah.

Ketika di Vienna, beliau juga telah dilantik menjadi pengarah kesenian kepada Blind Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United States. Beliau telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai wartime visual aids consultant dalam tentera laut.

Lowenfeld telah menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni di institut ini. Tidak lama kemudian beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Art Department di institut yang sama. Lowenfeld kemudiannya berhijrah ke The Pennsylvania State University sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946.

Selepas 10 tahun beliau telah menjadi head of the newly founded Department of Art Education Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1960 Dr. Lowenfeld juga terkenal dengan VisualHaptic theory in Art Education yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna. Beliau juga merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee

PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH VIKTOR LOWENFELD


Peringkat Scribbling (2-4 tahun)

Peringkat Preschematic (4-7 tahun)

Peringkat Schematic (7-9 tahun)

Peringkat Dawning Realism/ The Gang Age (9-12 tahun)

Peringkat Pseudonaturalistic/Reasoning (12-14 tahun)

Peringkat Period If Decision/Adolescent Art (14-17 tahun)

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. Peringkat perkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.

Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot moto tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan Contoh : Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya.

Contoh :
Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah.

Bagi permandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi

Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri

Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan

Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

Contengan Tidak Terkawal (20 bulan) oleh Mohd Shazlee Amir

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Azam

Lukisan Kanak-kanak Usia 7-9 tahun oleh Nur Aliffah Shazeleen

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Ariff

Lukisan Kanak-kanak Usia 12-14 tahun oleh Mohd Shazlee Amin

PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

You might also like