You are on page 1of 7

4.

9 PEMBANGUNAN PETEMPATAN DESA

4.9.1 PENGENALAN
Sektor ini mengkaji keadaan dan hierarki semasa pusat petempatan berdasarkan fungsi
dan peranan serta tahap pertumbuhan dan pembangunan semasa Pusat Pertumbuhan
Desa (PPD) serta kampung-kampung di dalam lingkungannya. Kajian terhadap PPD
dibuat berdasarkan aspek lokasi, guna tanah sedia ada dan bentuk fizikal kawasan.
Sektor ini juga membuat penilaian mengenai tahap penyediaan kemudahan masyarakat
di kawasan petempatan desa dan menilai tahap sosio ekonomi penduduk setempat.

Secara amnya, PPD merupakan satu program jangka panjang yang mula dilaksanakan
dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (RMKe5). Program ini bertujuan untuk
membangunkan dan memodenkan kawasan luar bandar melalui proses perbandaran, di
mana kampung-kampung tradisional akan dimajukan secara bersepadu dengan
menyediakan kemudahan infrastruktur dan aktiviti-aktiviti yang produktif untuk
menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Terdapat tiga perkara asas yang ditekankan oleh Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (KPLB) untuk merancang dan melaksanakan program luar bandar melalui:

i. Memajukan sektor pertanian dengan mengadakan cara pengurusan perladangan bagi


pekebun kecil,
ii. Mewujudkan industri kampung dan perusahaan kecil serta kegiatan ekonomi bukan
pertanian, dan
iii. Menyusun semula kampung-kampung secara teratur untuk mewujudkan PPD

Dalam konteks Rancangan Tempatan Daerah Kuantan, pembangunan desa merupakan


satu aspek penting yang merangkumi pertumbuhan serta pembangunan kawasan
kampung-kampung di dalam daerah. Perkampungan di Kawasan RTD Kuantan lebih di
kiri kanan jajaran jalan-jalan utama dan penempatanpenempatan FELDA di sebelah
barat daerah.

Sehubungan dengan itu, hasil kajian dan analisa dalam sektor ini akan menumpukan
kepada penganalisaan ke atas keadaan semasa, kependudukan, corak dan pola
petempatan serta kegiatan ekonomi masyarakat desa. Sektoral Pembangunan
Petempatan Desa merupakan salah satu sektor penting di dalam kajian RTD Kuantan
dalam mengenalpasti pembangunan-pembangunan luar bandar sedia ada dan masa
hadapan.

Objektif kajian yang ditetapkan bagi kajian pembangunan desa adalah seperti berikut:-

i. Menterjemahkan Dasar Rancangan Struktur Negeri (RSN) berkaitan pembangunan


desa;
ii. Mengenalpasti potensi dan halangan di dalam Kawasan RTD Kuantan dari aspek
pembangunan desa;
iii. Mengenalpasti potensi, fungsi, corak dan hierarki petempatan desa untuk
mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan utama;
iv. Mencadangkan garis panduan pembangunan dan petempatan desa bagi
mempertingkatkan sosio ekonomi daerah;
v. Menganalisis dan menilai tahapkeberkesanan program, projek dan skim petempatan
desa seperti petempatan FELDA, FELCRA, petempatan Orang Asli dan sebagainya;
vi. Menganalisis taburan Guna tanah dan keadaan fizikal dan tahap sosio ekonomi
penduduk di kawasan desa.

4.9.2 MATLAMAT
Matlamat utama kajian sektor ini adalah untuk mengkaji pertumbuhan hierarki
petempatan desa ke arah membawa peningkatan tahap kesejahteraan ekonomi dan
sosial penduduk di dalam daerah Lipis.

4.9.3 OBJEKTIF
Antara objektif-objektif kajian sektor petempatan desa adalah :-

i. Mengenal pasti isu, masalah, halangan dan potensi dari segi pembangunan fizikal dan
pembangunan sumber manusia di kawasan petempatan di daerah Lipis,
ii.Mempertingkatkan tahap pembangunan dari segi penyediaan kemudahan masyarakat
dan penyediaan ruang lantai perniagaan di setiap petempatan,
iii.Membuat analisis hierarki petempatan mengikut penduduk dan fungsi-fungsi setiap
petempatan, dan
iv.Mengemukakan cadangan serta membuat analisis bagi fungsi dan pembangunan
petempatan desa pada masa hadapan daerah Lipis.

4.9.4 DASAR

Dalam kajian ini terdapat beberapa dasar dan strategi pembangunan diambilkira sama
ada di peringkat negara, negeri dan dasar Rancangan-rancangan Struktur terdahulu.
Antara dasar-dasar petempatan telah di gariskan dalam beberapa rancangan
pembangunan adalah seperti berikut:

4.9.4.1Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 – 2010 (RMK9)

Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9) yang meliputi tempoh 2006 -2010


menggabungkan beberapa strategi, program dan projek yang dirangka bagi
mencapai tema RMK 9 iaitu Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang. Setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan nusa bangsa.

Teras utama bagi pembangunan wilayah yang seimbang adalah mempercepatkan


pembangunan di negeri yang kurang membangun dengan menyediakan peluang
ekonomi dan menambah baik infrastruktur, kemudahan sosial dan kemudahan
asas untuk mengurangkan jurang antara luar bandar dan bandar. Selain itu juga,
teras RMK9 adalah untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui
peningkatan sistem penyampaian di luar bandar dan bandar.

Dari segi pembangunan modal insan, penekanan akan diberikan kepada


pembangunan kemahiran keusahawanan bagi semua peringkat pendidikan dan
latihan untuk mewujudkan masyarakat usahawan terutamanya penduduk luar
bandar. Program pembelajaran sepanjang hayat akan diperluaskan bagi
menyediakan lebih banyak peluang kepada individu khasnya penduduk luar
bandar untuk meningkatkan dan menambah baik kualiti melalui pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran secara berterusan.
4.9.4.2Dasar Pembangunan Desa
Dasar Pembangunan desa ini melibatkan beberapa aspek penting iaitu penduduk
dan sosioekonomi, pembangunan petempatan desa dan pemeliharaan alam
sekitar yang berkesan. Kajian ini akan memberi tumpuan kepada strategi yang
melibatkan perancangan fizikal dan spatial petempatan desa KRT Lipis iaitu :

 Mengadakan perancangan yang komprehensif bagi petempatan untuk


mewujudkan pembangunan yang lebih sempurna dan berkesan
 Membangunkan sosioekonomi petempatan desa yang mampan bagi mewujudkan
persekitaran dan kualiti hidup masyarakat desa yang lebih baik dan selesa
 Mengekal dan memperkukuhkan ciri-ciri keunikan semulajadi petempatan desa
bagi peningkatan imej dan identiti desa Malaysia
 Merangka petempatan desa KRT Lipis berprinsipkan konsep mesra alam, mesra
pengguna dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan.

4.9.4.3Dasar Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002 – 2020

Di dalam Rancangan Struktur Negeri Pahang, telah digariskan tiga dasar yang
dapat meningkatkan sosio-ekonomi dan kemudahan masyarakat bagi
pembangunan desa. Dasar-dasar ini menjurus kepada meningkatkan status
ekonomi penduduk desa melalui peningkatan ekonomi berasaskan pertanian,
mewujudkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta mengenalpasti potensi-
potensi sedia ada yang dapat dijanakan. Selain itu taraf kemudahan masyarakat
juga perlu seiring dengan peningkatan sosio ekonomi. Oleh itu, dasar bagi
memperbaiki dan meningkatkan taraf kemudahan masyarakat perlu diambil
kira. Selain itu, penyertaan gunatenaga luar bandar di dalam ternakan dan
industri kecil perlu diberi galakan dan insentif bagi melaksanakan aktiviti-
aktiviti ekonomi yang telah dirancang.
4.9.5 ANALISA KEADAAN SEMASA
4.9.5.1 Latar Belakang Pembangunan Petempatan Desa
4.9.5.1.1 Definisi Dan Konsep Pembangunan Desa
i. Definisi
Desa didefinasikan sebagai kawasan selain daripada kawasan bandar
(Dasar Perancangan Desa, September 2001). Ia merupakan petempatan
yang meliputi semua jenis kampung dan petempatan kecil yang kurang
daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta
kawasan sumber alam semulajadi. Ciri-ciri kawasan desa juga adalah
meliputi semua jenis kampung atau petempatan yang tinggal secara
berkelompok, sejajar dan bertaburan. Terdapat beberapa ciri kawasan
desa yang dikenalpasti iaitu :-
a. Asas ekonomi penduduk berasakan pertanian dan sumber asli;
b. Peratusan bilangan penduduk berumur dalam kategori gunatenaga
aktif yang rendah;
c. Kepadatan penduduk yang rendah;
d. Kawasan yang bukan tepubina samada di dalam atau di luar kawasan
pentadbiran PBT.

ii. Konsep Pembangunan Desa


Secara umumnya, Dasar Perancangan Desa telah mengenalpasti dan
merumuskan visi dan misi pembangunan desa pada masa hadapan.
Antaranya ialah :-
Menjelang tahun 2020, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mencapai
‘kawasan desa yang maju, menarik, sempurna, makmur, kualiti hidup
yang tinggi dan sejahtera, penduduk yang berkualiti dan produktif
selaras dengan strategi pembangunan mapan’. Sehubungan dengan itu,
arah tuju Dasar Perancangan Desa adalah :-
a. Menjelang tahun 2020, 29% daripada penduduk Semenanjung Malaysia
adalah penduduk desa dan 71% adalah penduduk bandar.
b. 70% daripada keluasan negara ini adalah kawasan desa dan 30%
kawasan bandar atau tepubina.
c. Mengekal dan memupuk ‘True Malay Rural Community Identity’
melalui :-
• Susunatur perkampungan yang berlandskapkan dusun
• Petempatan kluster dan petempatan organik yang tidak
formal
• Susunatur petempatan yang sesuai untuk menggalakkan
interaksi sosial
d. Ke arah pembentukan imej desa yang ;
• Maju
• Moden
• Sejahtera
• Produktif
• Desa bukan sebagai kawasan ‘backyard’ kawasan bandar
• Bukan kawasan untuk dieksploitasi
• Bukan lagi kawasan yang dianggap sebagai ‘lagging
region’

4.9.5.2 Struktur Pentadbiran Petempatan Desa


Di dalam Kawasan RTD Kuantan terdapat 6 buah mukim dengan keluasan 296,000
hektar. Terdapat 3 buah Rancangan Tempatan iaitu Rancangan Tempatan Pusat Bandar
Kuantan, Rancangan Tempatan Seberang Kuantan dan Rancangan Tempatan Pinggir
Pantai Kuantan. Dalam kajian petempatan desa hanya 2 Rancangan Tempatan yang
digunapakai iaitu Rancangan Tempatan Seberang Kuantan di mukim Kuala Kuantan serta
Rancangan Tempatan Pinggir Pantai di mukim Beserah dan Sungai Ular
Jadual 10.2 : Taburan Penduduk Desa Mengikut Blok Perancangan

MUKIM PENDUDUK DESA

BILANGAN PERATUSAN
Batu Yon
Cheka
Telang
Penjom
Budu
Tg. Besar
Gua
Kechau
Ulu Jelai
Lipis
JUMLAH
4.9.5.3 Pusat Pertumbuhan Desa (PPD)
4.9.5.4 Profil Petempatan Desa
4.9.5.5 Analisis Petempatan Desa Semasa
4.9.5.6 Taburan Dan Jenis Petempatan
4.9.5.7 Sosio-Ekonomi Penduduk Desa
4.9.5.8 Petempatan Perumahan Desa
4.9.5.9 Kemudahan Infrastruktur Dan Utiliti
4.9.5.10 Kemudahan Masyarakat
4.9.6 ISU DAN POTENSI
4.9.7 CADANGAN AWAL

You might also like