You are on page 1of 6

Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2019-2035

12.1 PENGENALAN
Kemudahan masyarakat secara umumnya merupakan ruang yang menawarkan aktiviti
kepada masyarakat untuk berinteraksi antara satu sama lain. Menurut Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa (2013), kemudahan masyarakat merupakan keadaaan sesuatu tempat
atau kawasan yang menyebabkan kawasan tersebut menjadi menarik, harmoni dan dapat
dinikmati dengan baik oleh semua lapisan masyarakat secara adil dan saksama.
Penyediaan kemudahan masyarakat perlu mengambil kira kecukupan kemudahan dari segi
bilangan dan taburan, kemudahan masyarakat yang baik dapat meningkatkan kualiti hidup
masyarakat sekitar dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi konsep
pembangunan mampan. Penyediaan kemudahan masyarakat seperti kemudahan
pendidikan, kesihatan keselamatan dan kemudahan awam dapat memudahkan aktiviti
harian masyarakat termasuk golongan kurang upaya, selain penyediaan yang mencukupi,
lokasinya juga perlu berada di kawasan yang strategik bagi memudahkan masyarakat.
Dalam mengukur kesejahteraan dan kualiti kehidupan masyarakat, proses penyediaannya
haruslah bertepatan dengan piawaian-piawaian yang digariskan berdasarkan indeks
pembangunan mampan.

Penyediaan kemudahan masyarakat adalah selaras dengan Dasar Sosial Negara yang
menekankan kepada kepuasan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat melalui
penyampaian perkhidmatan sosial. Berikut merupakan jenis-jenis kemudahan masyarakat
yang menjadi fokus dalam kajian Rancangan Struktur Negeri Sembilan. Kemudahan
pendidikan merupakan kemudahan yang sangat dititikberatkan di Negeri Sembilan ini.
Kemudahan pendidikan di Negeri Sembilan terbahagi kepada empat peringkat iaitu
peringkat prasekolah, peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat pengajian tinggi.
Majoriti institusi pengajian tinggi di Negeri Sembilan terletak di Daerah Seremban. Daerah
Seremban mempunyai 30 buah institusi pengajian tinggi. Antara institusi yang terdapat di
Negeri Sembilan adalah Universiti Sains Islam Malaysia yang terletak di Bandar Baru, Nilai.
Kemudahan yang seterusnya yang terdapat di Negeri Sembilan adalah kemudahan
kesihatan. Penyediaan kemudahan kesihatan dapat menjaga kebajikan masyarakat. Negeri
Sembilan mempunyai sebanyak enam buah hospital awam, Hospital Tuanku Ja’afar adalah
hospital yang terbesar di Negeri Sembilan yang terletak di Seremban, 50 buah klinik
kesihatan, 96 buah klinik desa, dan 17 buah klinik 1 Malaysia.

12-1
Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2019-2035

Kemudahan Keselamatan merupakan salah satu kemudahan yang penting dalam mencapai
tahap kualiti hidup yang mampan. Secara umumnya, kemudahan keselamatan disediakan
bertujuan untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Antara
kemudahan keselamatan yang menjadi fokus dalam kajian ini adalah balai polis dan balai
bomba. Kemudahan perkhidmatan polis di Negeri Sembilan meliputi Ibu Pejabat Polis
Kontijen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Balai Polis, Balai Polis Komuniti, Pondok
Polis Komuniti dan Pondok Polis. Manakala, Kemudahan Perkhidmatan Bomba dan
Penyelamat. Terdapat sebanyak 15 buah balai bomba disediakan di Negeri Sembilan pada
tahun 2017. Kemudahan keagamaan merupakan ruang untuk masyarakat melakukan aktiviti
kerohanian mengikut kepercayaan masing-masing memandangkan Malaysia merupakan
negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Antara tempat beribadat yang disediakan
termasuklah masjid, gereja, kuil dan tokong.

Kemudahan rekreasi. Kemudahan rekreasi dan kawasan lapang adalah saling berkait antara
satu sama lain, kawasan lapang merupakan ruang yang digunakan dalam melaksanakan
aktiviti riadah dan rekreasi. Terdapat beberapa hierarki kawasan lapang yang telah
digariskan dalm piawaian perancangan mengikut tadahan penduduk. kemudahan komuniti
dan kemudahan kebajikan. Komuniti merujuk kepada kumpulan masyarakat yang
melakukan aktiviti tertentu contohnya seperti dewan yang berfungsi sebagai pusat
pengumpulan masyarakat untuk berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, kemudahan
komuniti juga menawarkan perkhidmatan seperti pejabat pos dan sebagainya. Kesemua
aspek ini sangat penting kepada manusia yang hidup dalam sesebuah kejiranan atau
bandar. Aspek ini disediakan dan diselia oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang
bertanggungjawab bagi sesebuah kawasan. Kemudahan masyarakat sangat dititikberatkan
dalam apa jua jenis pembangunan. Ini kerana, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
menekankan bahawa kemudahan masyarakat merupakan komponen yang penting dalam
proses pembangunan sesuatu pusat pertumbuhan manakala kuantiti dan kualiti menjadi
indikator utama dalam mencapai tahap kemampanan sesuatu bandar dari aspek
kemudahan masyarakat.

12-2
Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2019-2035

12.2 ISU DAN MASALAH

Antara isu dan masalah yang dapat dikenal pasti di kawasan Negeri Sembilan adalah
seperti berikut:-

a) Bilangan kemudahan masyarakat yang tidak seimbang mengikut jumlah


penduduk.
b) Kekurangan unit kemudahan masyarakat di kawasan luar bandar. Kemudahan
keagamaan seperti kuil yang tidak mencukupi di kawasan Negeri Sembilan.
c) Kemudahan masyarakat yang tertumpu di kawasan pusat bandar.

12.3 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

12.3.1 Matlamat

Mengkaji jenis kemudahan masyarakat yang terdapat di Negeri


Sembilan mengikut daerah sehingga tahun semasa.

12.3.2 Objektif

Bagi mencapai matlamat kajian ini, beberapa objektif kajian telah dikenalpasti iaitu:-

a) Mengenalpasti jenis kemudahan masyarakat di Negeri Sembilan mengikut daerah.


b) Menentukan taburan lokasi kemudahan masyarakat di sekitar Negeri Sembilan
mengikut daerah.
c) Mengenalpasti isu dan masalah berkaitan kemudahan awam di Negeri Sembilan
d) Mengenalpasti potensi dan cadangan kemudahan masyakat.

12.4 DASAR - DASAR

Rancangan Fizikal Negara ketiga (RFN 3) Rancangan Fizikal Negara ada menyentuh
tentang kemudahan masyarakat. Antara dasar - dasar kemudahan masyarakat yang dapat
dijadikan sebagai rujukan dalam menjalan kajian sektor kemudahan masyarakat ialah :

Teras 3: Pembentukan Komuniti Inklusif dan Berdaya Huni


a) Meningkatkan Akses kepada Kemudahan Masyarakat Berkualiti. kemudahan
masyarakat perlu dipertingkatkan selaras dengan peningkatan penduduk dan
sasaran mencapai kualiti dan kesejahteraan hidup masyarakat dinegara ini.
Penyediaan pelbagai jenis kemudahan perlu menepati keperluan penduduk mengikut
kumpulan umur dan etnik. Ini termasuklah reka bentuk kemudahan masyarakat yang
memenuhi keperluan golongan belia, warga emas dan orang kurang upaya dimana
ruang awam dan bangunan awam direka bentuk agar memudahkan akses bagi

12-3
Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2019-2035

golongan sasar ini. Secara tidak penyediaan kemudahan masyarakat yang lengkap
dan adil dapat memupuk semangat kemasyarakatan dikalangan masyarakat
setempat dan dapat mencapai kesejahteraan masyarakat sejagat.

b) Menyediakan kemudahan masyarakat bersepadu mengikut keperluan komuniti


setempat di lokasi yang mudah akses oleh anggota masyarakat. Kemudahan
masyarakat harus disediakan agar mudah diakses dengan perletakan yang sesuai
dan mempunyai kemudahsampaian yang baik ini termasuklah menggalakkan
pembangunan kompleks kejiranan bersepadu atau kemudahan kejiranan di lokasi
yang menyediakan kemudahan lengkap, pelbagai dan berkualiti serta mempunyai
kapasiti sesuai untuk menampung penggunaanya. Pendekatan utama adalah
penyediaan pelbagai kemudahan berkualiti di dalam satu bangunan komuniti dan
boleh dikongsi bersama oleh semua lapisan masyarakat.

c) Mereka bentuk kemudahan masyarakat yang berkualiti tinggi, tanpa halangan dan
mudah diselenggarakan. Bangunan kemudahan masyarakat perlu dirancang dan
direka bentuk dengan mengambil kira faktor-faktor perbezaan kumpulan umur dan
latar belakang kebudayaan komuniti. Akses yang mudah, keterbukaan dan reka
bentuk yang mampan adalah antara ciri-ciri utama dalam penyediaan kemudahan
masyarakat.

d)Menggalakkan kerjasama agensi dan pemaju dalam membangunkan rizab tanah


kemudahan masyarakat yang belum dibangunkan dikawasan perumahan sedia.
Tapak-tapak kemudahan masyarakat yang telah dizonkan di kawasan perumahan
tetapi belum dibina perlu digalakkan untuk dibangunkan melalui model kerjasama
awam dan swasta. Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan Negeri perlu
mengemukakan senarai tapak-tapak yang telah dizonkan kepada Jabatan Ketua
Pengarah Tanah dan Galian supaya proses pindah milik kepada Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan dan Kementerian-Kementerian berkenaan boleh dilaksanakan dengan
lancar. Kementerian yang berkenaan perlu merancang dan menyelaras keperluan
pembangunan kemudahan-kemudahan tersebut sebelum proses yang selanjutnya
dapat dilaksanakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

12-4
Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2019-2035

13.5 PENDEKATAN KAJIAN

Isu dan Masalah Sektor


i. Bilangan kemudahan masyarakat yang tidak seimbang mengikut
jumlah penduduk.

ii. Kekurangan unit kemudahan masyarakat di kawasan luar bandar.


Peringkat 1 Kemudahan keagamaan seperti kuil yang tidak mencukupi.

iii. Kemudahan masyarakat yang tertumpu di kawasan pusat.

Matlamat

⚫ Mengkaji jenis kemudahan masyarakat yang terdapat di


Negeri Sembilan mengikut daerah.

Objektif

Pengumpulan Maklumat

Data Primer: Data Sekunder:


• Tapak Kajian i. Rancangan Struktur Negeri Sembilan
• Pemerhatian
ii. Pelan Guna Tanah Negeri Sembilan

iii- Rancangan Fizikal Negara

iv- Rancangan Tempatan Derah

Analisis Maklumat

Peringkat 2 Isu dan Masalah Kaedah Analisis:

Peringkat 3 Laporan Teknikal

Peringkat 4 Cadangan
(Rajah 12.5.1 : Proses Kajian)

12-5
Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2019-2035

12.6 KEPERLUAN DAN PENGUMPULAN MAKLUMAT


(Jadual 12.6.1: Pengumpulan maklumat bagi sektor kemudahan masyarakat)

Aspek kajian Data Sumber Data Analisis Hasil


i. Bilangan
Keseluruhan
kemudahan i. Perancangan
Jenis
masyarakat mengikut Bandar dan Desa
Kemudahan
jenis. ii. Rancangan
Masyarakat
i. Taburan guna Struktur Negeri i- Jadual senarai
(kemudahan
tanah kemudahan Sembilan
keselamatan, kemudahan
iii. Dasar dan polisi iii.Pelan guna tanah
pendidikan,
kemudahan Negeri Sembilan masyarakat
kesihatan)
masyarakat.
i.Bilangan balai polis ii. Pelan kawasan
a) Analisis Jurang
dan pondok potensi
polis di Negeri i-Ibu Pejabat Polis Keperluan.
Kemudahan kemudahan
Sembilan Kontijen Negeri
keselamatan
ii-Pelan lokasi dan Sembilan iii. Pelan taburan
bilangan balai bomba b) Analisis
mengikut daerah jenis, bilangan
keperluan tanah
i-Kementerian kemudahan
Kemudahan i. Bilangan sekolah
Pendidikan Negeri
Pendidikan mengikut daerah. masyarakat sedia
Sembilan c) Analisis
i.Bilangan dan lokasi ada
Kemudahan kegunaan tanah
Kemudahan Kesihatan sekitar i-Jabatan Kesihatan iv-Penemuan isu-
kesihatan daerah Negeri Negeri Sembilan isu dan
Sembilan mengikut d) Analisis SWOT
tahun semasa masalah serta
i.Jabatan cadangan berkaitan
i.Bilangan masjid, Perancangan
kemudahan
surau, gereja, Bandar dan Desa
Kemudahan
tokong, kuil dan Negeri Sembilan masyarakat.
keagamaan
kawasan perkuburan ii.Jabatan Agama
di Negeri Sembilan Islam
Negeri Sembilan
i- Pelan taburan
tanah lapang dan
rekreasi sedia ada
mengikut jenis dan
Kemudahan
keluasan. i-Jabatan
tanah
ii-bilangan dan lokasi Perancangan
lapang dan
kemudagan rekreasi Bandar dan Desa
rekreasi
setiap daerah
iii-jenis kemudahan
rekreasi yang sedia
ada.

12-6

You might also like