You are on page 1of 4

Latar Belakang Majlis Daerah

Subis

| Peta
yang

menujukkan kawasan Majlis Daerah Subis |

| Bangunan Pejabat Majlis Daerah Subis |

Kawasan Majlis Daerah Subis meliputi lebih kurang 3,729.68 km. Pada hakikatnya kawasan
Majlis Daerah Subis adalah sebahagian daripada kawasan Bahagian Miri dan dikelilingi oleh Laut
China Selatan, Daerah Miri, Daerah Baram dan Bahagian Bintulu. Dengan lokasi ini juga maka
persempadanan kuasa tempatan yang terlibat dengan Majlis Daerah Subis adalah dengan Majlis

Bandaraya Miri, Majlis Daerah Marudi dan Lembaga Kemajuan Bintulu.

Meliputi kawasan Majlis Daerah Subis terdapat dua buah daerah kecil masing-masing dengan
pusat pentadbiran sendiri iaitu pusat pentadbiran Daerah Kecil Sibuti dengan keluasan 842.47
km dan pusat pentadbiran Daerah Kecil Niah-Suai yang meliputi keluasan 2, 887.21 km yang
berpusat di Pekan Sepupok, Niah. Terdapat tiga buah pekan perniagaan utama di Majlis Daerah
Subis iaitu Pekan Bekenu-Sibuti, Sepupok-Niah dan Batu Niah.

Berdasarkan data Bancian Penduduk 1991, Majlis Daerah Subis mempunyai anggaran penduduk
lebih kurang 39, 601 orang penduduk. Berasaskan kepada Banci Penduduk 2000 yang
disesuaikan mengikut PBT Sarawak, 2008 Majlis Daerah Subis mempunyai anggaran penduduk
lebih kurang 54,600 orang penduduk. Angka ini meningkat dengan kelahiran baru serta
penghijrahan pekerja-pekerja kepelbagaian pusat pekerjaan seiringan dengan pertumbuhan
pesat ladang-ladang pertanian di Daerah Subis.

Perutusan Pengerusi
Perutusan Pengerusi

Selamat Sejahtera dan Selamat


Melayari Laman Web Majlis Daerah
Subis

Dalam

mentadbir

dan

menguruskan

kawasan di bawah bidangkuasa Majlis yang luas (3,729.68 km) dengan system kependudukan yang bertaburan dan
sumber (resources) Majlis yang terhad, sudah tentu timbul masalah dan kesukaran bagi pihak Majlis semasa
melaksanakan tugas dan program pembangunan yang menyeluruh. Justeru itu, perubahan dan pembaharuan harus
dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan yakni penambahbaikan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik

kepada penduduk khasnya pembayar cukai yang di bawah bidangkuasa Majlis.

Salah satu daripadanya ialah mewujudkan Laman Web Majlis. Melalui kemudahan ini, diharapkan supaya penyaluran
maklumat dan jalinan komunikasi di antara orang awam dan Majlis dapat dipertingkatkan, Selain itu, orang ramai juga
dapat mengenali dan mengetahui dengan lebih mendalam fungsi, jenis perkhidmatan, kemudahan infrastruktur, rekreasi
dan sukan yang disediakan serta aktiviti atau program yang diadakan oleh Majlis sepanjang tahun. Bukan setakat itu
sahaja, orang awam juga digalak memberi saranan, pandangan, ulasan dan juga teguran yang membina supaya pihak
Majlis dapat memperbaiki kelemahan dan kepincangan yang dikenalpasti sekaligus dapat mengurangkan kemungkinan
timbul pandangan negetif atau salah faham orang awam terhadap polisi atau tindakan Majlis.

Oleh itu, saya mengingatkan pegawai dan kakitangan Majlis supaya sentiasa peka terhadap keperluan penduduk dan
juga maklumat yang disebarkan melalui internet selain menyemai semangat kerja berpasukan dan menghayati etika
dalam perkhidmatan awam. Bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan orang awam terhadap Majlis sentiasa
terpelihara, maka sikap mengutamakan tugas, displin dan intergriti diri perlu dijadikan pegangan oleh semua kakitangan.
Saya juga menyeru kepada orang awam supaya menanam rasa tanggungjawab terhadap infrastruktur dan kemudahan
awam atau rekreasi yang disediakan disamping memastikan tahap kebersihan persekitaran berada di tahap yang terbaik.

Akhir sekali, kita sama-sama mengimbas kembali untuk melihat kemajuan, kelemahan dan sumbangan kita di masa lalu
dengan tujuan mencari iltizam dan menanam keazaman untuk merealisasikan visi dan misi Majlis.

Sekian, terima kasih.

HJH. SHARIFAH RAFIDAH BINTI WAN RAZALI

Pengerusi,

Majlis Daerah Subis.

You might also like