You are on page 1of 9

laporan PROJEK internship

SJKC HWA NAN


LAPORAN PROGRAM :
PROJEK PELUKISAN MURAL
(Projek Berkumpulan)

TARIKH :

DISEDIAKAN OLEH :
ALYSSA GOH HARN YIING
931016-13-5416
PISMP AMBILAN JANUARI 2013
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SJKC
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA GURU PELATIH

: Alyssa Goh Harn Yiing

PROGRAM

: PISMP Semester 8 Ambilan Januari 2013

NAMA SEKOLAH

: Sekolah Kebangsaan Cina Hwa Nan, Batu Pahat

NAMA PROJEK/AKTIVITI

: Projek Mural Kantin Sekolah

TEMPOH PELAKSANAAN : 3 Minggu


TARIKH

: 26 Julai 2016 (Masa dipendekkan kepada satu hari

sahaja)
MASA

: 8.00 Pagi 1.20 Tengah hari

TEMPAT

: Kantin SJKC Hwa Nan

MATLAMAT :
Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama
serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu
diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru,
kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah
mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna
pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Mural yang
dibina dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.

OBJEKTIF :
1. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau projek internship (kumpulan) seperti yang
dipersetujui oleh pihak sekolah.
2. Menjadikan kawasan sekolah khasnya kawasan kantin cantik dan indah.
3. Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap SJKC
Hwa Nan.
4. Hasil kerja projek internship (kumpulan) guru-guru pelaith sebagai tanda kenangan
apabila selesai menjalani internship di sekolah.
5. Dapat memberikan pengalaman baru kepada para guru pelatih Internship dalam
pengurusan keceriaan SJKC Hwa Nan.
6. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
berterusan.

STRATEGI PELAKSANAAN :
1) Guru-guru pelatih yang melaksanakan internship berbincang dengan guru
penolong kanan 1, Puan Yap mengenai cadangan pelaksanaan dua projek
pada minggu pertama.
2) Guru-guru pelatih berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan
persetujuan bagi melaksanakan projek yang dipilih.
3) Guru-guru pelatih menyediakan kertas cadangan projek mural.
4) Guru-guru pelatih berbincang dengan pihak sekolah sekali lagi untuk
memuktamadkan perjalanan perlaksanaan projek, sumber kewangan,
perbelanjaan serta mendapatkan kelulusan.
5) Kertas cadangan projek mural disahkan oleh guru besar SJKC Hwa Nan.
6) Mesyuarat diadakan sebelum pelaksanaan
jawatankuasa dan membahagikan kerja.

projek bagi menetapkan

7) Membuat perancangan dan persediaan:


Membeli berus cat, menyediakan cat, dan merangka prosedur melukis mural.
8) Selepas semuanya persediaan selesai dilakukan, kami telah melakukan
proses lakaran dan mewarnakan.
9) Dari masa ke semasa, kami telah menyemak setiap perkembangan tugastugas bagi mural tersebut dan menambah corak corak tertentu bagi
mencantikkan lagi mural tersebut
10) Projek dijalankan oleh guru-guru pelatih selama 3 minggu.

LAPORAN:
Pada semester akhir iaitu pada semester lapan, kami sebagai pelajar
PISMP ambilan Januari 2013 dikehendaki untuk mengendalikan dua projek
berkumpulan sebagai gandingan bersama satu projek individu. Saya dan
rakan seperjuangan telah berbincang untuk menjalankan projek melukis
mural di kantin sekolah sebagai salah satu projek berkumpulan. Kami 9
orang telah berganding bahu untuk sama-sama laksanakan projek mural
sekolah ini. Lantaran, melalui kerjasama yang erat antara guru pelatih serta
kolaborasi antara guru pelatih dan pihak sekolah akan menjadikan projek
berjalan dengan lancar dan sempurna.
Projek ini merupakan sebahagian daripada tugasan yang diwajibkan
kepada guru pelatih semasa menjalani internship di sekolah.

Projek yang

dirancang khususnya memberi fokus kepada keceriaan laman prasekolah.


Sehubungan itu, projek ini adalah satu aktiviti yang dikendalikan sepenuhnya
oleh kami sebagai guru-guru pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn dengan
kerjasama daripada pihak sekolah dan pihak pentadbiran SJKC Hwa Nan,
Batu Pahat.

Sebelum :
Untuk menetapkan projek berkumpulan yang akan dilaksanakan oleh guru-guru
pelatih, kami telah membuat perbincangan mengenai projek yang bakal dilaksanakan
dalam tempoh sebulan kami di sini. Selepas mendapat kata sepakat, kami bercadang
untuk membuat mural di dinding kantin sekolah yang pada kebetulannya, guru besar
juga meminta tolong kami untuk membuat mural di situ bagi memenuhi ruang dinding
yang masih kosong. Tanpa melengahkan masa, kami mula menyediakan kertas kerja
projek untuk diberikan kepada Guru Besar SJKC Hwa Nan bagi mendapatkan
persetujuannya. Selain itu, memaklumkan bahawa kami memerlukan sedikit bantuan
dari segi kewangan untuk membeli bahan-bahan membuat mural seperti cat warna dan

berus. Kami bersyukur kerana projek ini diluluskan dan pihak sekolah bersetuju dengan
kos perbelanjaan yang telah kami nyatakan dalam kertas kerja ini.
Semasa :
Pada 26 Julai 2016, kami mula melaksanakan projek ini dengan melayari internet
untuk mencari gambar-gambar yang sesuai untuk dilukis di dinding kantin. Guru besar
telah memberikan cadangan supaya kami melukis corak-corak geometri. Beliau
menghantar gambar-gambar contoh melalui Whatsapp kepada kami sebagai satu
rujukan. Selepas merujuk kepada gambar-gambar yang dihantar, kami ,membuat
keputusan untuk melukis bentuk geometri berbentuk segi tiga secara rawak.
Pada hari tersebut, kami telah memulakan kerja seawal pukul 6 pagi. Kami mula
membuat garisan-garisan segi tiga menggunakan masking tape. Sesetengah rakan
membuat garisan, sebilangan lagi menggunting masking tape. Selepas itu, kami mula
mengecat dinding yang pertama. Warna-waran yang dipilih adalah warna yang terang
seperti biru, hijau, merah dan pastel.
Selepas mewarnakan dinding yang pertama, kami menuju ke dinding kedua dan
mulakan kerja. Warna yang dipilih untuk dinding kedua adalah biru, hijau, kuning muda,
da pastel. Kami sebenarnya ingin menggunakan warna merah tetapi warna merah telah
habis digunakan.
Selesainya mewarnakan kedua-dua belah dinding luar dan dalam, kami mula
melukis garisan hitam untuk menonjolkan setiap bentuk segi tiga. Proses ini paling
sukar untuk mengawal kerana garisan tersebut mesti lurus.
Selepas :
Mural tersebut akhirnya berjaya kami siapkan pada minggu ketiga internship. Mural
yang dihasilkan itu begitu menarik minat guru-guru dan murid kerana mural tersebut
melambangkan keceriaan kawasan sekolah. Kami amat berpuas hati dengan hasil yang
telah kami siapkan. Akhir sekali, kami menyembur spray pengilat di atas mural yang
telah kami siapkan. Ini adalah bertujuan supaya warna pada lukisan mural tersebut
tidak luntur dan pudar sekiranya terkena panas dan hujan. Setelah siap keseluruhan

mural tersebut, kami bersama-sama telah bersepakat untuk mengemas dan


membersihkan peralatan yang telah digunakan. Bagi kami ,adalah penting untuk
membersihkan peralatan supaya ia akan dapat digunakan lagi pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, setelah selesai keseluruhannya, kami perlu mendapatkan
pengesahan daripada guru besar . setelah mendapatkan pengesahan daripada tuan
guru besar, kami berbincang untuk menyiapkan laporan keseluruhan projek yang telah
kami jalankan. Secara keseluruhannya, aktiviti melukis mural ini memberikan banyak
faedah kepada kami kerana kami dapat mengeluarkan idea dalam menghasilkan
sesuatu lukisan yang menarik. Ini sekali gus memberikan keceriaan kepada
persekitaran sekolah. Guru sekolah ini juga banyak memuji kami semua kerana telah
menghasilkan sesuatu yang menarik dan sesuai dengan persekitaran sekolah. Akhir
sekali, kami

berharap agar murid-murid sekolah dapat melihat dan menjaga

persekitaran sekolah agar kelihatan lebih ceria dan menarik.

REFLEKSI :

1) Kekuatan Projek / Aktiviti :


Sokongan guruguru yang

menjadi

rujukan

utama

kami

dalam

penyediaan,perancangan dan perlaksanaan mural sebelum dipilih sebagai corak

dan konsep mural sebenar.


Komitmen rakan setugas yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam

melaksanakan mural ini.


Sepanjang projek dijalankan, guru-guru yang lain datang untuk melihat

perkembangan projek kami dan memberikan cadangan kepada kami.


Warna yang kami pilih bersesuaian dengan kanak-kanak malah murid-murid ini

sangat menyukai dan memuji lukisan yang kami lukiskan.


Kos perbelanjaan mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan telah

memudahkan kerja kami untuk menyiapkannya.


Kami telah menerima peruntukan daripada pihak sekolah dan dapat membeli
semua kelengkapan yang diperlukan untuk projek mural ini. Hal ini telah
menjadikan perjalanan projek mural kami pada bahagian permulaan berjalan
dengan lancar
2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Kurangnya ilmu dalam seni menjadikan mural kami tidak sempurna. Namun
kelemahan tersebut telah diatasi dengan bantuan guru yang telah membantu
kami dengan cadangan idea dan corak yang perlu dilakukan bagi melengkapkan

mural kami.
Kawasan mural yang terdedah dengan pancaran sinar matahari. Kerja membuat
mural ini adalah terhad kepada waktu pagi sahaja kerana kawasan kerja tersebut
terdedah dengan pancaran matahari. Untuk mengelakkan kami dari pada pitam

kami terpaksa menggunakan payung sambil melukis.


Oleh kerana komitmen kepada kelas dan perancangan projek lain. Kami telah
banyak membiarkan waktu lapang kami begitu sahaja. Jika masa tersebut dapat
digunakan dengan baik mungkin hasil yang bakal diperoleh juga jauh lebih baik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Membuat perancangan dengan lebih teliti pada masa hadapan, memerlukan

lebih masa.
Melakukan mural di tempat yang terlindung dari cahaya matahari agar kerja

dapat dijalankan dengan lebih efisien.


Diberikan seorang guru yang arif mengenai mural agar dapat membantu dalam

melaksanakan mural tersebut.


Membuat persediaan tempat dengan lebih awal dan lebih baik agar kerja dapat
dijalankan dengan lebih lancar.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, projek lukisan mural ini dapat dijalankan dengan


lancar. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru pelatih, projek ini
dapat dijalankan dengan jayanya. Kerjasama yang ditunjukkan oleh guruguru pelatih juga turut membantu melancarkan lagi lukisan mural tersebut.
Ucapan ribuan terima kasih atas segala kerjasama dan jasa baik semua yang
terlibat dalam melancarkan program ini.

Disediakan oleh:
___________________________
(ALYSSA GOH HARN YIING)
Guru Pelatih,
SJKC Hwa Nan, Batu Pahat.

You might also like