You are on page 1of 2

WARNA BIRU

Makna Warna Biru

MELAMBANGKAN KEJUJURAN DAN KEMULIAAN


DIKAITKAN DENGAN PERASAAN KASIH DAN SAYANG
MENGANDUNG MAKNA OPTIMIS & SEMANGAT

Fungsi Warna Biru dalam Aspek Bilik Darjah

Warna biru boleh memberi sesuatu perasaan yang tenang dan gembira

kepada pengajar dan murid-murid.


Warna biru yang muda dan lembut boleh menyebabkan badan menghasilkan

sesuatu tindak balas kimia yang melahirkan perasaan ketenangan secara


semula jadi.
Pada September 1981, Dr. Wolfarth of Edmonton dari Canada telah
menjalankan satu kajian tentang impak/kesan warna di bilik darjah kepada
murid-murid. Beliau mendapati bahawa, warna biru boleh membantu

menenangkan hati kanak-kanak yang hiperaktif, maksudnya kanak-kanak


yang lebih cenderung untuk mengganggu ketenteraman di dalam bilik darjah
akan menjadi lebih tenang apabila berada di dalam bilik darjah yang
mempunyai warna biru sebagai warna asas.
Warna biru juga dibuktikan boleh mengurangkan stres atau tekanan belajar di
kalangan murid-murid.

Sebagai guru, adalah penting untuk kami tahu jenis warna yang sesuai digunakan
sebagai warna asas di dalam bilik darjah untuk memastikan persekitaran
pembelajaran yang kondusif boleh dilahirkan.
Warna merah yang terang dilihat sebagai warna yang tidak sesuai untuk digunakan
dalam bilik darjah kerana menimbulkan ketidaksenangan kepada penglihatan, di
samping melahirkan murid-murid yang bersifat hiperaktif dan agresif.

You might also like