You are on page 1of 8

DBF 2133

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL, KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KM3, JALAN BEAUFORT - SIPITANG
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E, PETI SURAT 1011, 89808
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, BEAUFORT
62604 PUTRAJAYA

PEMBENTANGAN
SEMESTER SEMESTER 2 SESI 2 / 2022 - 2023

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD / KURSUS DBF 2133 GELAGAT ORGANISASI

MEMBUAT KEPUTUSAN, KONFLIK DAN RUNDINGAN (C3)*


7.1 Konsep membuat keputusan, konflik dan rundingan
7.1 Faktor-faktor membuat keputusan
7.2 Proses membuat keputusan
TAJUK KANDUNGAN 7.1 Konflik organisasi
7.3 Proses konflik
7.4 Cara untuk menguruskan konflik dalam organisasi
7.5 DefinisI rundingan dan strategi rundingan
7.6 Proses rundingan
CLO3 Membincangkan kaedah pengurusan konflik yang beretika dalam organisasi. (A2,
HASIL PEMBELAJARAN
PLO8, (C5)

PENTAKSIRAN PEMBENTANGAN PERATUS KESELURUHAN 20%

TARIKH MASA -

MARKAH PENUH PERATUS DIPEROLEH

MAKLUMAT CALON

NAMA

MUKA : 01
ANGKA GILIRAN
DARIPADA 07
DISAHKAN OLEH:
DISEDIAKAN OLEH:

…………………………………
NAMA: KEEGAN ALFRED ALIM …………………………………
(PENYELARAS KURSUS DBF2143) NAMA: NURUL AZLINA BTE OTHMAN
TARIKH: 03.01.2023 (KETUA PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN)
1
DBF 2133

TARIKH:
ARAHAN KEPADA CALON: -

1. Tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 2

atau 3 orang ahli. Setiap ahli kumpulan wajib bekerjasama dalam menyiapkan

tugasan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan tulisan Arial saiz fon 12,

langkau baris 1.5”.

3. Anda dilarang meniru tugasan kumpulan orang lain. Anda juga dilarang sama

sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. Pelajar digalakkan

membuat rujukan jurnal, tesis, kertas projek, majalah, akhbar, soal selidik,

internet dan sebagainya bagi menyokong hujah dan cadangan. Bahan rujukan

tersebut mesti dinyatakan di bahagian rujukan.

4. Tugasan ini menyumbang sebanyak 20% daripada jumlah markah kursus

berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada RUBRIK TUGASAN.

A PEMBENTANGAN (20%)

TAJUK: MEMBUAT KEPUTUSAN, KONFLIK DAN RUNDINGAN

B TUGASAN

1. Anda dikehendaki menjawab 2 set soalan kajian kes yang disertakan di sini dan
mencari satu kajian kes yang berkaitan dengan konflik dan menghuraikan kajian
kes tersebut.

2. Setiap isi perlu dihuraikan secara jelas dan terperinci. Tugasan perlu dihantar
dalam bentuk folio beserta slide pembentangan dalam anggaran 2000 patah
perkataan.

2
DBF 2133

3. Format tugasan mengandungi perkara berikut:

a) Muka depan
b) Isi kandungan
c) Isi dan keterangan
- Konsep membuat keputusan, konflik dan rundingan
- Konflik organisasi
- Proses konflik
- Cara menguruskan konflik dalam organisasi
- Etika membuat keputusan dalam organisasi
- Kajian kes
- Perbincangan kajian kes yang disediakan.
d) Rumusan
e) Rujukan

C. KRITERIA PENILAIAN

Prestasi anda akan dinilai berasaskan kriteria berikut:

1.1 Kefahaman Tugasan

1.2 Kejelasan Fakta

1.3 Kematangan Berfikir

1.4 Kebolehan Menyelesaikan Masalah

1.5 Sikap

3
DBF 2133

KAJIAN KES 1

PENYELESAIAN KONFLIK TIDAK FORMAL: - KAJIAN KES DI TEMPAT KERJA

Grace adalah seorang penyunting baharu (editor) yang diambil bekerja oleh
salah sebuah syarikat penerbitan yang terkenal di New York. Dia bercita-cita
untuk menjadi penyunting terkenal dan cuba untuk membuktikan bakat dan
kebolehannya kepada syarikat.

Grace diletakkan dalam satu kumpulan yang mengandungi beberapa orang


pekerja. Salah seorang daripada mereka adalah Jim. Jim merupakan seorang
Penyunting Kanan yang sangat bagus dan bertanggungjawab terhadap
kerjanya. Grace merasakan yang dia telah membuat keputusan yang sangat
bijak apabila memasuki syarikat penerbitan itu. Dia berasa sangat gembira
dan selesa bekerja bersama dengan pekerja yang lebih berpengalaman dalam
kumpulan itu. Grace dan rakan sekerja barunya juga rapat dan selalu keluar
bersama selepas kerja.

Walaubagaimanapun, keseronokan itu hanyalah sementara. Selepas


beberapa bulan bekerja di situ, kumpulan yang disertainya itu telah
menganjurkan satu pesta selepas waktu kerja di sebuah restoran. Semua
mereka dalam kumpulan itu sangat gembira di pesta tersebut. Apabila tiba
masa untuk pulang ke rumah, Jim menahan sebuah teksi dan mempelawa
Grace untuk menumpang sekali. Tanpa sebarang curiga dan syak wasangka,
dia menerima pelawaan Jim kerana dia telah mengenali Jim selama beberapa
bulan, dan memikirkan tidak akan ada sebarang ancaman. Sebaliknya, Jim
telah lama tertarik dengan Grace sejak hari pertama dia bekerja. Oleh itu dia
berpendapat bahawa ini adalah peluang terbaiknya untuk mendedahkan
tarikannya kepada Grace. Ketika di dalam teksi Jim cuba mendekati Grace
dan memeluknya. Terkejut dengan perbuatan Jim, Grace menolaknya dan
berusaha untuk keluar dari teksi tersebut. Dia cepat-cepat menahan teksi lain
dan terus pulang ke rumah meninggalkan Jim. Terkejut dengan hal itu, Jim
tersedar atas perbuatannya terhadap Grace.

4
DBF 2133

Grace berasa terganggu dengan kejadian di dalam teksi itu. Adakah dia telah
berkata sesuatu yang tidak sepatutnya atau melakukan kesalahan?. Adakah
kejadian itu berlaku disebabkan salah dia? Keesokan harinya di tempat kerja,
dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Jim. Adakah dia harus
berkelakuan seperti tidak ada apa yang berlaku? Perasaan itu agak mustahil.
Walaubagaimanapun Grace cuba bertindak normal. Ketika Jim masuk ke
pejabat, dia terus ke tempat kerja Grace dan memohon maaf atas
perlakuannya pada malam tersebut. Grace berasa lega. Dia cuba melupakan
kejadian di dalam teksi itu dan menyambung fokus terhadap kerjanya.

Selepas dari hari itu, walaubagaimanapun Jim berterusan meminta maaf dari
Grace setiap kali bertembung. Dia tidak dapat memafkan kesalahannya. Hal
ini membuatkan Grace berasa tidak selesa dan meminta Jim berhenti dari
berterusan meminta maaf kerana dia telah melupakan kejadian pada malam
tersebut. Jim tidak menghiraukan permohonan Grace, dan ini menyebabkan
Grace benar-benar tertekan. Grace telah bertindak berkongsi kejadian yang
berlaku antara Jim dan dirinya kepada salah seorang rakan dalam kumpulan
mereka. Kesannya beberapa orang rakan dalam kumpulan tersebut telah
hilang hormat kepada Jim dan dia perasan akan perubahan yang berlaku.
Sejak itu, Jim cuba menjauhi rakan sekerja perempuan.

Pada masa yang sama Grace telah mengambil keputusan untuk mencuba
sesuatu yang baru di tempat lain, dia telah menerima tawaran kerja dari
syarikat penerbitan yang lain, lalu berhenti kerja di tempat dia bekerja
sekarang. Walaubagaimanapun, Grace berasa tidak gembira di tempat kerja
barunya kerana tidak mencabar. Grace menyesal dengan keputusannya yang
tidak berusaha untuk menyelesaikan konfliknya dengan Jim. Dalam usaha
untuk menyelesaikan dilemanya, Grace tekad untuk berjumpa dengan
kaunselor.

SOALAN PERBINCANGAN:-

1. Apakah yang harus dilakukan oleh Grace sebelum berhenti kerja?

2. Berdasarkan kajian kes di atas, bincangkan kesan konflik kepada pihak


yang terlibat.
5
DBF 2133

KAJIAN KES 2

KONFLIK AKIBAT KETIDAKADILAN DALAM KENAIKAN PANGKAT

Baru-baru ini seorang guru yang bertugas di salah sebuah Sekolah Menengah
di Daerah Besut, Terengganu telah menerima laporan prestasi dalam Sistem
PBPPP (Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) atau yang lebih
dikenali oleh guru sebagai sistem yang banyak menyebabkan konflik serta
sering menjejaskan perhubungan di kalangan guru-guru.

Keadaan ini jelas terbukti apabila sesuatu yang menakjubkan telah berlaku di
sini apabila isteri ketiga kepada seorang pegawai kanan kerajaan yang
mengajar di sekolah menengah berkenaan telah dianugerahkan khidmat
cemerlang yang melayakkan guru berkenaan menerima ‘Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang’

Isteri pegawai kanan berkenaan hanya mengajar muzik dan beliau tidak
menunjukkan prestasi yang baik dalam sebarang pertandingan koir ataupun
nasyid di peringkat negeri atau daerah.

Perkara tersebut telah menjadi tajuk perbualan utama dan menimbulkan


banyak tanda tanya di kalangan guru-guru lain di sekolah itu yang berasa
mereka lebih kuat berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajar sekolah itu
terutama dalam mata pelajaran penting seperti Matematik, Bahasa Inggeris,
Sains dan Bahasa Melayu.

Malah menurut seorang guru yang enggan namanya disiarkan, guru berkenaan
sering mengambil cuti tanpa rekod untuk menyertai acara rasmi suaminya,
malah untuk pergi melancong pun guru berkenaan diberikan cuti ‘khas’
sementara guru-guru lain terpaksa menggantikan tempatnya mengajar supaya
pelajaran murid-murid tidak ketinggalan.

6
DBF 2133

Guru-guru sekolah itu telah mempersoalkan anugerah yang telah diberikan


kepada guru berkenaan. Mereka berpendapat anugerah berkenaan telah
menimbulkan konflik antara guru berkenaan dengan guru-guru yang lain dan
antara guru-guru sekolah berkenaan dengan jawatankuasa penilai peringkat
sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua sekolah itu sendiri.

SOALAN PERBINCANGAN:-

1. Pada pandangan anda kenapa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)


kepada guru berkenaan telah menimbulkan konflik?

2. Bincangkan kesan daripada konflik yang berlaku kepada guru-guru dan


sekolah.

3. Apakah tindakan segera yang patut diambil oleh pengetua bagi menangani
konflik yang sedang berlaku?

KERTAS SOALAN TAMAT

7
DBF 2133

You might also like