You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK LIPAT

JKR 525 , KG TELOK LIPAT


86900 ENDAU,
JOHOR

No. Ruj. Kami : JBA 4016/600/3/5 ( )


Tarikh : 15 MAC 2018
Kepada,

Ibu bapa/Penjaga Murid Tahun 6


SK Telok Lipat

Tuan/Puan,

PROGRAM “KAMI BERSAMAMU” BIL 01/2018

Dengan segala hormatnya dimaklumkan iaitu program yang disebut di atas diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 15 Mac 2018 ( Khamis )


Masa : Jam 8.15 pagi ( Pendaftaran )
Tempat : Dewan Harmoni SK Telok Lipat

2. Semua ibu bapa & penjaga murid tahun 6 dijemput hadir.

3. Antara tujuan program tersebut adalah :-

3.1 Memberi penerangan kepada ibu bapa / penjaga data headcount UPSR 2018
( TOV, OTI dan ETR setiap murid )
3.2 Memberi penerangan kepada ibu bapa / penjaga tentang program / aktiviti kecemerlangan UPSR
3.3 Mendapatkan maklumbalas dan peranan ibu bapa /penjaga dalam persediaan anak-anak menghadapi UPSR.
3.4 Memberi motivasi dan rangsangan kepada anak-anak bahawa ibu bapa/penjaga sentiasa mengambil berat terhadap
pelajaran mereka dan mengharapkan kejayaan cemerlang.

4. Kerjasama , kehadiran dan penglibatan tuan/puan amatlah dialu-alukan, diharapkan dan didahului ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( MURTHAZAR BIN MOHD )


Guru Besar
SK Telok Lipat
Mersing, Johor.
s.k : 1. Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling
2. Fail Kecemerlangan UPSR

You might also like