You are on page 1of 12

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

Remaja Dan Kecelaruan Mental; Cabaran dan Penyelesaian

Adolescent And Mental Disorders; The Challenge And Solution


Khairul Hamimah Mohammad Jodi1, Faridah Che Hussain2, Zawiah Binti Hj. Mat3

ABSTRAK
Mutakhir ini akhbar sering melaporkan kes-kes juvana yang melibatkan remaja. Antara
jenayah yang dilaporkan ialah buli, penyalahgunaan dadah, gangsterisme, cubaan
membunuh, membunuh dan sebagainya. Tindakan mereka telah mengundang pelbagai
persoalan, apakah faktor yang menyebabkan remaja begitu berani melakukan perbuatan
tersebut. Adakah mereka menghadapi masalah mental kronik atau kegagalan mengawal emosi.
Artikel ini akan mengupas isu-isu yang melibatkan kes juvana dalam kalangan remaja dan
langkah penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut. Artikel ini menggunakan pendekatan
kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian dokumentasi. Teknik menganalisis
dokumentasi yang terdiri daripada laporan akhbar, berita, majalah, jurnal dan tinjauan artikel
yang berkaitan dengan kes juvana dalam kalangan remaja. Data di analisis secara tematik
untuk mengenal pasti kes tersebut secara sistematik bagi mengemukakan kaedah penyelesaian
yang bersesuaian. Kajian mendapati bahawa kecelaruan mental merupakan salah satu faktor
yang mendorong penglibatan remaja dalam kebanyakan kes juvana.

Kata kunci: remaja, kecelaruan mental, kes juvana

ABSTRACT
Newspaper often reports juvenile cases involving adolescents. Among the reported crimes are
bullying, drug abuse, gangsterism, attempted murder, murder and so on. Their actions have
raised many questions, what are the factors cause teenagers to be involved to do that. Do they
have a chronic mental problem or a failure to control their emotions. This article will identify
these issues involving juvenile cases among adolescents and solutions to address the problem.
This article uses a qualitative approach using documentation study design. Techniques
analyzing documentation consisting of newspaper reports, news, magazines, journals and
article reviews related to juvenile cases among adolescents. The data is in a thematic analysis
to identify the case systematically to present the appropriate method of settlement. Studies have
shown that mental disorders are one of the factors that encourage adolescent involvement in
most juvenile cases.

Keywords: adolescents, mental disorders, juvenile cases

Pendahuluan

Statistik Pesakit mental di Malaysia 2006-2016 telah meningkat sebanyak11.25% (Astro


Awani (a), 2016) dan penyakit ini merupakan penyakit mental kedua tertinggi di Malaysia

1
Khairul Hamimah Mohammad Jodi, PhD, Institute for Academic Excellence, Open University Malaya,
khairul_hamimah@oum.edu.my.
2
Faridah Che Hussain, MA, Centre for the Initiation of Talent and Industrial Training (CITra), Universiti Malaya.
irdina@um.edu.my
3
Zawiah Binti Hj. Mat, PhD, Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
zawiah@utem.edu.my

229
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

selepas penyakit jantung pada tahun 2020 (Harian Metro, 2016). Laporan kesihatan Malaysia
menunjukkan mereka yang berumur lingkungan 16-19 tahun merupakan penghidap tertinggi
yang menghadapi masalah ini (S.Subramaniam, 2016). Ini menunjukkan masalah mental
remaja kini membimbangkan. Remaja merupakan mereka yang berumur 12-25 (permulaan),
15-17 tahun (pertengahan) dan 18-25 tahun (penghujung) (Mohamed Hatta Shaharom, 2003).
Sebagaimana yang diketahui remaja merupakan pelapis masa depan negara. Jika rosak remaja,
maka memberi kesan kepada kesejahteraan sesebuah negara.

Kesihatan merangkumi tiga aspek iaitu; kesihatan fizikal/jasmani, kesihatan mental/


rohani dan kesihatan sosial. Ini bermakna, untuk mencapai tahap kesihatan optimum, seseorang
itu haruslah sihat dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Kesihatan minda dan tubuh badan tidak
dapat dipisahkan. Jika remaja sering risau dan resah yang mungkin disebabkan sesuatu tekanan
perasaan, maka remaja terbabit mungkin mendapat gangguan fizikal dan akhirnya memberi
kesan kepada mental.

Definisi

Kecelaruan mental memberi maksud tingkah laku abnormal-kecelaruan jiwa, penyakit mental,
kecelaruan psikologi (Azizi Yahaya, et. al, 2006), gangguan mental (Dewan Bahasa Pustaka,
2017; Syed Hassan Al-Mashoor & Raihanah Haji Abdullah, 1993), perangai yang berubah-
ubah, berselerak, kelam kabut, kekacauan.

Kecelaruan mental juga disebut sebagai penyakit mental, tidak teratur minda dan
emosinya, ketidakupayaan mengawal gangguan pemikiran, perasaan, tingkah laku, interaksi
peribadi sehingga menyebabkan tekanan (merriam-webster dictionary, 2017). Kecelaruan ini
merupakan sindrom atau psikologi yang biasanya dikaitkan dengan simptom kecemasan,
kerosakan atau gangguan fungsi otak dan pemikiran (Dewan Bahasa Pustaka, 2017).

Secara klinikal kecelaruan mental merupakan gangguan mental yang mempunyai


hubungan signifikan dengan tingkah laku atau psikologi individu yang mana individu tersebut
tidak berupaya mengawal mentalnya yang boleh menyebabkan pelbagai risiko seperti sakit,
cacat dan maut (Maisel, 2013). Gangguan mental terdiri daripada pelbagai masalah dengan
gejala yang berbeza. Umumnya dicirikan oleh gabungan beberapa pemikiran, emosi, tingkah
laku dan hubungan yang tidak normal dengan orang lain (World Health Organization, 2016).
Individu itu dalam keadaan yang gila, mental yang sakit, gangguan psikiatri yang digambarkan
melalui tingkah laku dan psikologi yang dikaitkan dengan menyakitkan atau kesedihan
(Britannica, 2017).

Kecelaruan mental ini merupakan satu jenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit
mental yang mana mentalnya tersekat / terbantut / terhenti perkembangan fikiran, gila
(psychopathic disorder), atau sebarang gangguan / ketidakupayaan untuk berfikir disebabkan
kekurangan mental (mental deficiency ) mental yang cacat (mental defective) yang memerlukan
kepada penyembuhan mental (mental healing) (Collins English Dictionary, 2017).

Justeru, mental yang sihat merupakan lawan kepada kecelaruan mental. Kesihatan
mental dalam keadaan sejahtera, sempurna pemikiran , emosi dan tingkah laku di mana
individu itu dapat berfungsi dalam melakukan pekerjaan sehingga mencapai matlamat antara
fizikal ,mental dan rohani (Mohammad Jamil Yaacob, 2007).

230
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

Kesimpulanya boleh dirumuskan mental disorder dalam artikel ini merupakan satu
penyakit mental yang mana mental tidak berupaya berfungsi/berfikir secara normal, mental
yang bercelaru, pemikiran kacau dan berubah-ubah serta memberi kesan kepada psikologi dan
tingkah laku tidak normal.

Objektif

i) Mengenal pasti kecelaruan mental dalam kalangan remaja.

Metodologi

Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian
dokumentasi. Teknik menganalisis dokumentasi yang terdiri daripada laporan akhbar, berita,
majalah, buku, jurnal dan tinjauan artikel yang berkaitan dengan kes juvana dalam kalangan
remaja. Maklumat yang di dapati di analisis secara tematik untuk mengenal pasti isu dan
permasalahan secara sistematik bagi mengemukakan kaedah penyelesaian yang bersesuaian.
Tema itu dibahagikan kepada definisi, jenis kecelaruan mental, punca, simptom, kes yang
dilakukan oleh remaja dan penyelesaian.

Kajian-kajian lepas

Kajian lepas artikel ini dibahagikan kepada empat, iaitu membincangkan jenis-jenis
kecelaruan mental, faktor, simptom yang dihadapi oleh penghidap kecelaruan mental dan
laporan kes dari mana-mana artikel berkaitan dengan kecelaruan mental.

Jenis kecelaruan mental

Kecelaruan mental ini merupakan penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang
boleh merubah proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan
gangguan pada aktiviti harian. Psikitiari mendefiniskkan kecelaruan ini ialah kelainan mental,
iaitu merujuk pada keadaan di mana terdapat kelainan sehingga menimbulkan gangguan dalam
kehidupan seharian serta kemerosotan fungsi dan kebolehan diri. Ada mengatakan mereka
yang terlibat dengan masalah seksual, penyalahgunaan dadah dan alkohol termasuk dalam
mereka yang celaru mental (Mohammad Jamil Yaacob, 2007)

Jenis-jenis kecelaruan mental ini dibahagikan seperti berikut:

a.Kecelaruan Mental Organik (KMO)

Kecelaruan ini berkaitan dengan penyakit saraf dan masalah yang terdapat pada otak manusia
yang juga dikenali sebagai sindrom otak organik dan sindrom kronik. KMO ini membawa
kesan kepada masalah kecelaruan fizikal disebabkan penurunan fungsi otak dan mental. Punca
berlaku KMO disebabkan persekitaraan tidak kondusif, pemakanan tidak seimbang, tekanan
kerja yang melampau, dan gaya hidup yang tidak sihat yang mungkin disebabkan dadah. Antara
sindrom KMO ialah perubahan personaliti yang ketara yang menonjolkan sifat-sifat sebalik
daripada sifat asalnya dan mengalami halusinasi berbentuk visual atau audio (Azizi Yahaya,
et. al, 2006).

231
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

b.Kecelaruan Mental Bahasa (KMB)

KMB ini merupakan kecelaruan dalam mengekpresikan bahasa (expressive language disorder)
iaitu ketidak upayaan seseorang mengekpresikan bahasa dalam komunikasi sama ada dalam
bentuk verbal ataupun bahasa isyarat atau kedua-duanya sekali. Kecelaruan ini mengganggu
kebolehan seseorang dalam akademik mahupun kerjaya. Secara umumnya KMB merujuk
kepada tidak fasih dalam percakapan contohnya sering megulang-ulang apa yang mahu
dikatakan, pengucapan yang tidak jelas dan penggunaan ayat yang melompat-lompat. Dalam
situasi remaja dan kanak-kanak mereka terdedah kepada kecelaruan bercakap, sukar menerima
dan memahami percakapan dan sukar membaca dan menulis (Azizi Yahaya, et. al, 2006)

c. Kecelaruan Intelektual

Merupakan individu yang menghadapi masalah menyesuaiakan diri dalam masyarakat kerana
kebolehan mental mereka yang kurang daripada individu yang normal, yang terkeluar daripada
golongan normal dan dikenali “terencat akal”. Secara amnya terdapat dua faktor kecelaruan
intelek iaitu faktor organik (kromosom tidak normal, kecelaruan metabolik, penggunaan bahan
organik ketika dalam kandungan, faktor organic selepas dilahirkan), faktor sosiobudaya
(kurang zat makanan ketika proses tumbesaran) dan terhidu/termakan/terminum bahan beracun
(Azizi Yahaya, et. al, 2006).

d. Kecelaruan Tingkah Laku

Kecelaruan ini terbahagi kepada dua kategori ( Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli, 2007); iaitu:
i. Kecelaruan Kekurangan Perhatian (Attention Deficit Disorder Conduct Disorder).
Contoh kecelaruan pertama ini ialah ADHD (Attention Deficit Hyperactivity
Disorder), ODD (Oppositional Defiant Disorder) dan anti sosial dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja. Kecelauan ini merupakan satu gangguan pada perkembangan
otak yang menyebabkan mereka tiada umpuan, hiperaktif, impulsif, serta sukar
memberi perhatian. Dahulu dikenali dengan ADD (Attention Deficit Disorder).
Remaja yang mengalami ODD (Oppositional Defiant Disorder), mereka
mempamerkan tingkah laku degil dengan melawan orang yang lebih tua, kerap
bertengkar, mudah naik angin, marah, sengaja menyakitkan orang lain, hilang sabar,
bertengkar, mencari kesalahan orang lain. Tingkah laku ini memberi kesulitan kepada
keluarga dan rakan-rakan.

ii. Kecelaruan Kelakuan (Conduct Disorder) secara umumnya ialah tidak menghormati
hak orang lain dan tidak sensitif pada kehendak masyarakat. Tingkah laku mereka
agresif (bergaduh, buli, merokok, mencuri, ponteng, lari dari rumah, terlibat dengan
kes disiplin dan sebagainya)

e. Kecelaruan Emosi

Dikenali sebagai kecelaruan mood yang merujuk situasi mengalami kesedihan atau
kegembiraan pada tahap ekstrim dan berlaku pada jangka panjang sehingga mengganggu
remaja dan orang disekelilingnya. Remaja yang menghadapi masalah ini akan mempuyai sifat
terlalu sensitif, takut tidak menentu, fobia, segan, malu. Kecelaruan ini boleh dibahgikan
kepada 3 kategori iaitu 1.Kecelaruan kebimbangan perpisahan/fobia ke sekolah, 2.Kecelaruan
penghindaran (tidak mahu rapat langusng dengan orang selain daripada orang yang rapat

232
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

dengan dirinya kerana bimbang dikritik dan takut diketawakan jika membuat kesilapan) dan
3.Kecelaruan takut melampau-over anxius disorder (kerana mempunyai pengalaman melebihi
kebimbanan berkaitan sesuatu peristiwa atau aktiviti akan datang seperti gempa bumi, banjir).
Antara masalah yang boleh timbul daripada kecelaruan ini ialah anxiety disorder, kemurungan,
dan schizophrenia (Azizi Yahaya, et. al, 2006).

f. Kecelaruan Identiti

Berlaku apabila remaja tidak dapat menerima konsep kendiri yang wujud dalam dirinya dan
kekeliruan ini menyebabkan dia menghadapi pelbagai tekanan hidup. Remaja ini mencari
identiti dan persoalan adakah dia seorang kanak-kanak atau orang dewasa? Kebiasaanya
mereka ingin bebas daripada kongkongan ibu bapa, berdikari dan membuat apa yang
disukainya amun pada masa sama masih memerlukan pertolongan dan bimbingan khususnya
kewangan dan tempat tinggal. Terdapat juga kecelaruan yang melibatkan jantina sama memilih
menjadi lelaki atau perempuan sehingga membawa kepada kecelaruan personaliti ( Azizi
Yahaya & Jamaludin Ramli, 2007).

g. Kecelaruan Fizikal

Gangguan yang berkaitan dengan fungsi fizikal tubuh badan remaja (Azizi Yahaya, et. al,
2006). Kecelaruan fizikal ini terbahagi kepada tiga iaitu 1.Kecelaruan pemakanan (anorexia
nervosa- mempunyai masalah dengan imej tubuh, obsess kurus, tidak mahu dipandang gemuk,
bulimia-pengambilan makanan yang terlalu banyak sama ada makanan itu terus disimpan atau
dibuang semula, pica-pegambilan bahan-bahan bukan makanan dan tidak berzat secara
berulang kali). 2. Kecelaruan pergerakan stetreotaip (Steretoaipe Movement Disorder)-
pergerakan motor yang abnormal seperti pergerakan kepala yang luar biasa dan menarik-narik
rambut. 3. Kecelaruan manifestasi fizikal (gagap, berjalan dalam tidur, enueresis, menggigit
kuku).

Punca penyakit mental

a. Krisis perkembangan

Remaja/individu yang sedang mengalami sesuatu detik peralihan yang sungguh bererti dalam
kehidupannya (Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar, 2006). Contohnya, apabila berlaku
pertukaran tempat sekolah/pengajian, peralihan pencapaian umur (alam remaja kepada alam
dewasa dan kepada alam separuh umur), ataupun setelah mendirikan rumah tangga dan
menimang cahaya mata pertama (pada remaja yang berkahwin awal). Pada setiap detik
peralihan itu didapati pelbagai konflik dan tanggungjawab yang mencabar. Jika mereka gagal
mengawal keadaan yang sedang berubah, remaja akan mengalami pelbagai rintangan dan
kerumitan.

b. Faktor persekitaran

Persekitaran sebagai unsur penting dalam kecelaruan mental. Remaja yang tinggal
Persekitaran Sosial (Kekurangan dari segi sosio-ekonomi (tempat tinggal sempit, tiada tempat
permainan, tiada sistem pembetungan, air dan elektrik), Persekitaran dan kejiranan yang
kurang selamat (ketagihan alkohol, penyalahgunaan dadah, pelacuran) keadaan rumah yang
sempit, tiada prasarana, masyarakat dan budaya yang berbeza (Rack, 1993) mampu

233
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

menyumbang kepada masalah sosial seterusnya menyebabkan remaja tidak berupaya untuk
berfikir secara normal untuk mengatasi cabaran yang dihadapinya. Mengikut statistik Jabatan
Kebajikan Masyarakat, suasana persekitaran rumah turut menyumbang kepada masalah sosial
remaja dan kanak-kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2015).

c. Krisis Kekeluargaan

Berlaku konflik daripada kekecohan antara ahli keluarga. Jika ahli keluarga mempunyai
masalah berat yang membabitkan jenayah, penagihan najis dadah, berpenyakit fizikal atau
mental yang serius, pergaduhan antara ibu bapa, krisis adik beradik, keganasan rumah tangga,
mangsa rogol ahli keluarga dan sebagainya akan menjejaskan keharmonian dan kestabilan
keluarga. Apabila krisis ini berpanjangan dan pengendaliannya tidak berkesan, tugas dan fungsi
keluarga turut terjejas yang akhirnya memberi kesan kepada kesihatan mental anak-anak.
Kanak-kanak/remaja yang mengalami keadaan seperti ini mempunyai risiko terlibat dengan
aktiviti jenayah (Robins, 1993). Ini lebih kerap berlaku dalam kalangan remaja lelaki
berbanding perempuan (Syed Hassan Al-Mashoor & Raihanah Haji Abdullah, 1993).

d. Kebudayaan dan Kepercayaan

Kepercayaan kepada kuasa ghaib masih kukuh di rantau Asia. Apabila berlaku sesuatu kejadian
yang luar biasa kepada seseorang, selalunya individu yang dicari ialah dukun atau bomoh.
Keadaan seumpama ini kerap berlaku terutama dalam penyakit jiwa kerana dimomok bala yang
menimpa berpunca daripada buatan orang yang mempunyai perasaan dendam dan berniat jahat
untuk menghancurkan seseorang. Tidak dinafikan perkara seperti ini wujud seperti jin dan
syaitan, sihir dan sebagainya. Kategori penyakit yang disebabkan oleh gangguan “makhluk”
ini mempunyai hubungan dengan mental kerana melibatkan gangguan emosi dan adakalanya
melibatkan fizikal perlu diubat, dirawat melalui aspek keagamaan. Jika rawatan moden
digabungkan berkemungkinan penyakit yang dialami dapat dirawat dengan segera serta
berkesan.

e. Konflik antara Kerjaya dan Kesejahteraan Jiwa

Remaja yang tidak berminat ke sekolah atau menamatkan zaman persekolah awal kerana faktor
terdesak untuk mencari pekerjaan juga berupaya menyumbang kepada kecelaruan mental.
Pendedahan kepada sesuatu konflik di tempat kerja rumah sekalipun akan meninggalkan kesan
di dalam hati setiap individu. Apabila seseorang perkerja sentiasa mengalami tekanan perasaan
berikutan pelbagai masalah yang timbul, dia akan terdedah kepada pelbagai penyakit.
Antaranya darah tinggi, penyakit jantung, dan migrain. Individu terbabit juga akan terdedah
kepada beberapa gangguan mental, seperti keresahan, kemurungan dan kekecewaan.

f. Didikan ibu bapa

Didikan ibu bapa yang yang terlalu mengawal pergerakan anak, ibu bapa yang mengamalkan
sikap “kuku besi” dalam tumbesaran atau terlalu memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-
anak turut menyumbang kepada kepada masalah ini. Perkara ini penting kerana kajian
membuktikan didikan yang tidak sempurna akan menimbulkan kesulitan dan masalah apabila
seseorang itu menjangkau dewasa. Individu itu akan berasa janggal, kurang senang dan kurang
berkeyakinan bergaul dengan rakan – rakan. Mereka juga mudah cemas apabila interpretasi
yang mungkin negatif terhadap orang lain yang cuba membantunya. Manakala remaja yang
terlalu bebas juga terlibat dengan masalah sosial (Khairul Hamimah Mohammad Jodi, 2012).

234
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

Terdapat ibu bapa yang terlalu mengharap anak mereka menjadi yang “terbaik” dari segi
akadmeik dan kerjaya dan remaja ini mengalami stres yang melampaui kebolehannya kerana
takut untuk gagal, tidak berupaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya. Krisis ini
akhirnya menjadi masalah peribadi (mempunyai harga diri yang rendah, kurang yakin pada diri
sendiri) dan membawa kepada perubahan pada tubuh badan akibat hormon yang tidak stabil,
dan membawa kepada penyakit fizikal (Mohammad Jamil Yaacob, 2007).

g. Faktor genetik/keturunan

Punca lain disebabkan kecacatan baka, iaitu apabila proses perkembangan kromosom tidak
berlaku dengan sempurna, Gangguan bahan kimia (neurotransmitter) dalam otak seperti
penghasilan dopamine yang berlebihan, berlaku keabnormalan yang menyebabkan beberapa
jenis penyakit, sindrom, kecelaruan mental dan sebagainya (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008).
Perkara ini menjadi semakin buruk apabila terdapat keluarga yang tidak menerima hakikat,
membiarkan anak tersebut tanpa rawatan yang sesuai untuk memulihkan penyakit tersebut.

h. Sejarah hidup yang getir

Remaja menghadapi terlalu banyak cabaran hidup-kemalangan jalan raya, kemalangan di


tempat kerja, kemalangan semasa bersukan, pergaduhan, penganiyaan fizikal/mental/seksual
yang beri kecederaan kepada kepala secara langsung atau tidak meyebabkan selaput otak koyak
atau tempurung otak pecah dan mencederakan tisu otak. hentakan ini memutuskan serat-serat
jirim putih menyebabkan kecederaan sel-sel saraf yang menyeluruh (Mohammad Jamil
Yaacob, 2007).

Simptom

Bagi remaja yang menghadapi masalah kecelaruan mental ini, mereka boleh mengalami rasa
marah dan kecewa, sering risau tentang masa hadapan, kurang keyakinan diri dan rasa tidak
percaya terhadap orang dewasa, tidak mampu untuk membuat keputusan, lemah daya tumpuan,
daya ingatan dan perhatian kurang, mengalami mimpi buruk, berfikiran negatif serta mudah
putus asa, merasa dirinya tidak berharga serta cenderung untuk mencederakan diri sendiri,
sukar tidur, keras kepala atau degil (Dr. Nurashikin binti Ibrahim, 2011).

Kadangkala remaja yang mengalami stres akan menunjukkan tingkah laku aggresif atau
depressif. Tingkah laku agresif adalah tingkah laku yang ‘menentang’ orang lain atau pun
tingkah laku yang berisiko tinggi seperti membuli, berbohong, memusnahkan harta benda,
mengambil dadah, mencuri dan ponteng sekolah. Tingkah laku depresif pula adalah seperti
mencederakan diri sendiri dan membunuh diri. Selain itu mereka sentiasa dalam kebimbangan
dan gangguan tidur akan berlakunya dalam kalangan mereka. Keadaan ini menyebabkan
perubahan dari segi corak tidur, rasa resah, cemas, gementar dan tegang serta cenderung
menunjukkan tindak balas emosi apabila berdepan dengan situasi tertekan (Mahadir Ahmad,
Normah Che Din & Fauziah Shaari , 2004).

Kes Kecelaruan Mental Melibatkan Remaja

Remaja paling banyak mengahdapi masalah kebimbangan, kemurungan dan tingkah laku, dan
mereka yang berumur 16 tahun ke atas berisiko tinggi mengalami masalah mental (Jane
Costello, Sarah Mustillo Alaattin Erkanli, et. al, 2003). Ini disokong melalui laporan statistik

235
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan bilangan kes baru pesalah muda (lingkungan
umur 18-21 tahun) pada tahun 2014 dan 2015 amat membimbangkan seramai 1627 dan 1446
orang (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2015; Jabatan Kebajikan Masyarakat, Laporan Statistik,
2014). Kebanyakan mereka terlibat dengan kesalahan dadah, harta benda dan berjudi. Pesalah-
pesalah muda ini telah diberi hukuman berbentuk penjara, denda, bon berkelakuan baik,
dihantar ke pusat pemulihan akhlak dan perintah khidmat masyarakat. Bagi kes kanak-kanak
tidak terkawal (18 tahun ke bawah) pula menunjukkan seramai 4669 yang terlibat dengan
jenayah harta benda, dadah, bersabit dengan orang dan lain-lain.

Laporan tahunan Institut Belia Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan beberapa
bentuk kegiatan salah laku seks seperti seks bebas, pornografi, jenayah rogol serta pembuangan
bayi merupakan sebahagian dari gejala sosial yang menjadi kebimbangan golongan belia di
negara ini (Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia,2010). Bagi masalah salah laku
seksual pula, 803 orang anak tidak sah taraf dilahirkan di institusi kendalian Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia (JKMM) dari tahun 2010-2013, 532,158 kelahiran berdasarkan Jabatan
Pendataran Negara (2005-2015) (Mstar Online, 2013) dan 18,000 kes remaja hamil. Daripada
jumlah kes remaja hamil ini, 25 peratus (4,500 kes) membabitkan remaja hamil luar nikah yang
dianggarkan 1,500 kes pada setiap bulan iaitu 50 kes sehari dan kajian mendapati 50.4 peratus
remaja melakukan hubungan seks kali pertama sebelum mencecah usia 14 tahun (Berita
Harian, 2015).

Berdasarkan laporan akhbar pula sering terpampang di dada akhbar mengenai remaja
membunuh nenek dipercayai mengalami gangguan mental serius iaitu ‘schizophrenia
paranoid’ (Awani (b), 2016), memukul nenek (Awani (a), 2016), penyalahgunaan dadah ketika
kecil (Awani (c), 2017), pelajar sekolah terlibat penyalahgunaan dadah (Awani, 2017),
pemanduan yang merbahaya (Astro Awani (a), 2017), mangsa jenayah seksual (Astro Awani
(b), 2017; Astro Awani (c), 2017), dakwaan rogol (Astro Awani (d), 2017) dam membunuh
(Astro Awani (e), 2017).

Semakin ramai remaja mempunyai keinginan membunuh diri. Kajian (Paul C.Y Chen,
et.al, 2007) mendapati 7 peratus (312 daripada 4454) remaja secara serius telah berfikir untuk
membunuh diri. 4.6 peratus daripadanya telah melakukan cubaan bunuh diri sekurang-
kurangnya sekali dalam masa 12 bulan. Masalah ini dibuktikan apabila remaja 18 tahun cuba
membunuh diri di Perak (sinar harian, 2017) dan terdapat pihak tertentu tertentu cuba
mempengaruhi remaja di media sosial agar membunuh diri (Utusan Online, 2017). Hasil
pungutan data Pusat Registri Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM-National Suicide
Registry Malaysia) mendapati sekurang-kurangnya dua orang membunuh diri setiap hari
dengan kadar purata 60 orang dalam sebulan (Harian Metro, 2016). Jenayah bunuh diri
merupakan antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab kedua kematian bagi
mereka yang berumur di antara 15-29 tahun (Khairul Hamimah Mohd Jodi & Faridah Che
Hussain, 2017). Selain itu tujuh remaja di dakwa membakar sebuah pusat tahfiz di Kuala
Lumpur yang menyebabkan 23 nyawa terkorban dan dua daripada suspek tersebut di dakwa
atas kesalahan membunuh dan khianat dengan api (Harian Metro, 2017).

Kes-kes di atas semakin membimbangkan dan ia seiring dengan jangkaan Pertubuhan


Kesihatan Sedunia (WHO) yang melihat penyakit mental akan menjadi bebanan nombor dua
dunia menjelang 2020 dan bebanan pertama pada 2030 (Astro Awani, 2016). Mereka yang
terlibat dengan masalah sosial di atas termasuk dalam mereka yang celaru mental (Mohammad
Jamil Yaacob, 2007), khususnya remaja yang terlibat dengan penyalahgunan dadah kerana
dadah masa kini memberi kesan kepada mental berbanding dengan zaman dahulu yang hanya

236
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

beri kesan kepada fizikal sahaja (Hafizi Harun, 2017). Remaja ini memerlukan rawatan bagi
mengelakkan masalah yang lebih rumit timbul pada masa hadapan.

Cadangan penyelesaian

Tidak dapat dinafikan cabaran berhadapan dengan masalah ini bukan sahaja terletak pada
keluarga, malah pihak berkuasa, masyarakat, institusi pendidikan turut bertanggung jawab
berdepan dengan isu ini. Cabaran keluarga umpamanya, mereka yang berpendapatan sederhana
dan rendah menyukarkan proses penyembuhan pesakit kerana kekangan masa dan kewangan.
Mereka akan meletakkan remaja yang bermasalah ini kepada instutisi perlindungan atau
hospital kerajaan untuk membantu mereka. Selain itu stigma masyarakat juga masih
beranggapan mereka yang menghadapi kecelaruan mental ini sebagai “orang gila” dan
memandang rendah kepada ahli keluarga yang mempunyai anak tersebut.

Cabaran persekitaran yang semakin menekan khususnya kepada remaja menyebabkan


mereka meninggalkan gaya hidup sosial tradisional dan berubah kepada gaya hidup sedentari
yang mana hampir keseluruhan masa dihabiskan di hadapan skrin dan menjadikan mereka
bersikap individualistik.

Terdapat beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah kecelarauan mental yang


dihadapi oleh remaja antaranya melalui kaedah kaunseling, iaitu satu kaedah psikoterapi yang
boleh diamalkan untuk membantu remaja yang menghadapi kecelaruan mental. Melalui
kaunseling, remaja akan diberikan bimbingan dan sokongan moral yang sepatutnya untuk
memulihkan jiwa dan pemikiran mereka.

Akta Kesihatan Mental 2001 menggalakkan keluarga menjaga pesakit mental yang
dirawat sebagai pesakit luar mahupun yang baharu didaftar keluar dari Hospital Psikiatri. Tidak
dinafikan bahawa penjaga berhadapan dengan stigma sosial kerana menjaga pesakit mental,
sehubungan itu, sokongan keluarga berperanan sebagai terapi proses penyembuhan pesakit
mental (Fatimah Abdullah, et.al, 2013). Masyarakat juga harus memperbaiki stigma,
menyokong dan berpandangan positif terhadap penyakit yang dihadapi oleh mereka agar
mereka tidak merasa disisihkan. Ini juga sebagai tanda sokongan moral untuk membantu
pesakit mental ini pulih (Rose Fazilah Ismail & Haris Abd Wahab, 2015).

Cadangan lain mengatasi masalah ini ialah remaja yang menghadapi kecelaruan mental
ini perlu di letakkan dalam lingkungan persekitaran yang soleh, kerana faktor persekitaran
berupaya membentuk akhlak dan tindakan individu. Jika dilihat pada situasi ini Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan mempunyai institusi perlindungan remaja
tidak terkawal seperti Sekolah Tunas Bakti, Asrama Akhlak, Taman Seri Puteri, Rumah Teduh
Perlis, Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, dan sebagainya. Namun pemerkasaan perlu
dilakukan pada modul yang disediakan oleh instusi terbabit dengan membezakan modul
mengikut masalah yang dihadapi oleh penghuninya seperti modul ketagihan dadah, modul
ketagihan pronogafi, modul kecelaruan mental sebagaimana yang dilakukan oleh negara maju.

Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada pelajar
yang dikategori sebagai “tidak cemerlang akademik” kerana mereka ini merupakan kumpulan
majoriti baik di sekolah rendah dan menengah. Kealpaan pihak berwajib ke atas mereka
menyebabkan mereka merasa terpinggir dan melakukan tindakan-tindakan menyalahi undang-
undang. Kumpulan ini memerlukan program pendidikan khas yang digubal di peringkat atasan

237
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

dan dilaksanakan di setiap sekolah kerana tidak semua mereka yang “tidak cemerlang
akademik” akan melanjutkan pelajaran di sekolah vokasional. Jika sekolah mempunyai
pendidikan khas untuk pelajar Kelainan Upaya dan kelas pemulihan untuk pelajar yang belum
menguasai 3M maka perhatian kepada kelompok pelajar ini sangat perlu dengan memberi
penekanan kepada akhlak, moral dan pembangunan insan.

Kesimpulan

Mental disorder atau kecelaruan mental ini merupakan penyakit mental yang membawa
mudarat jika tidak dirawat dengan segera. Terdapat pelbagai jenis kecelaruan mental yang
dihadapi oleh remaja yang dikenali Kecelaruan Mental Oganik, Kecelaruan Mental Bahasa,
Kecelaruan Intelektual, Kecelaruan Tingkah Laku, Kecelaruan Emosi, Kecelaruan Identiti dan
Kecelaruan Fizikal. Terdapat pelbagai faktor penyebab yang menjadikan masalah ini semakin
rumit antaranya masalah peribadi, keluarga dan persekitaran. Justeru pelbagai rawatan wajar
diberi dan diambil perhatian oleh ibu bapa untuk memulihkan kecelaruan yang dihadapi oleh
remaja. Tanpa rawatan yang sewajarnya, remaja yang bermalah mental ini mampu bertindak
agresif dan berupaya melakukan tindakan menyalahi undang-undang.

Bibliografi

Astro Awani (a). (2016, December Tuesday). www.astroawani.com. Retrieved from


www.astroawani.com: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jumlah-pesakit-
mental-di-malaysia-meningkat-kkm-76547
Astro Awani (a). (2017, Jun Sunday). www.astroawani.com. Retrieved from
www.astroawani.com: http://www.astroawani.com/video-malaysia/pandu-lawan-arus-
sebutan-semula-3-ogos-161242
Astro Awani (b). (2017, July Thrusday). www.astroawani.com. Retrieved from
www.astroawani.com: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sekolah-perlu-
pantau-kakitangan-elak-insiden-luar-jangka-151019
Astro Awani (c). (2017, July Monday). www.astroawani.com. Retrieved from
www.astroawani.com: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/azalina-62-kes-
jenayah-seksual-terhadap-kanak-kanak-didaftarkan-sejak-sebulan-penubuhan-150960
Astro Awani (d). (2017, July Monday). www.astroawani.com. Retrieved from
www.astroawani.com: http://www.astroawani.com/video-malaysia/remaja-didakwa-
rogol-tiga-adik-kandung-reman-7-hari-163701
Astro Awani (e). (2017, July Monday). www.astroawani.com. Retrieved from
www.astroawani.com: http://www.astroawani.com/video-malaysia/enam-sahabat-
didakwa-membunuh-161416
awani (b), a. (2016, July Wednesday). astro awani. Retrieved from
http://www.astroawani.com: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/nenek-maut-
dipercayai-dipenggal-dikerat-cucu-19-tahun-di-kota-tinggi-113516
Awani (a), A. (2016, Ogos Friday). http://www.astroawani. Retrieved from
http://www.astroawani: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cucu-dituduh-
pukul-nenek-hingga-mati-112702
Awani (c), A. (2017, July Monday). www.astroawani.com. Retrieved from
www.astroawani.com: (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/baru-7-tahun-
tetapi-sudah-ketagih-air-ketum-151003
Awani, A. (2017, Ogos Tuesday). www.astroawani.com. Retrieved from
www.astroawani.com: http://www.astroawani.com/video-malaysia/enam-remaja-
bawah-umur-dan-masih-bersekolah-positif-dadah-165515

238
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

Azizi Yahaya, et. al,. (2006). Punca Dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku. Pahang: PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.
Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli,. ( 2007). Psikologi Abnormal. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar. (2006). Membentuk Jati Diri Remaja. Bentong:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Berita Harian (2015), “Purata 18, 000 remaja hamil setiap tahun”, laman sesawang dicapai
29 Oktober 2015, http://www.bharian.com.my/node/92792.
Britannica, E. (2017, August Wednesday). Encyclopedia Britannica. Retrieved from
Encyclopedia Britannica: https://www.britannica.com/science/mental-disorder
Collins English Dictionary. (2017, August Tuesday). www.collinsdictionary.com. Retrieved
from www.collinsdictionary.com:
https://www.collinsdictionary.com/dictionary/english/mental-disorder
Dewan Bahasa Pustaka. (2017, August Wednesday). prpm.dbp.gov.my. Retrieved from
prpm.dbp.gov.my:
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mental+disorder&d=346196
Dr. Nurashikin binti Ibrahim. (2011, August Tuesday). Stres & Tingkah Laku Berisiko.
Retrieved from Portal Rasmi MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia :
http://www.myhealth.gov.my/stres-a-tingkah-laku-berisiko/
Fatimah Abdullah, et.al. (2013). Fungsi Keluarga Dalam Penjagaan Pesakit Mental: Kajian
Kes Di Klinik Kesihatan Kg. Simee Ipoh, Perak. Journal of Psychology & Human
Development, bil1, isu 1, 57 - 72.
Hafizi Harun. (2017, May Monday). Kaunselor Rumah Pengasih Malaysia. (K. Hamimah,
Interviewer)
Harian Metro. (2016, September Sunday). www.hmetro.com.my. Retrieved from
www.hmetro.com.my: http://www.hmetro.com.my/node/167198).
Harian Metro. (2017, September Sunday). www.hmetro.com.my. Retrieved from
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/267418/bakar-pusat-tahfiz-2-akan-didakwa-
membunuh
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2014). Laporan Statistik. Kuala Lumpur: Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. (2010). Laporan Kajian Gejala Sosial di
Kalangan Belia Malaysia.
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2015). Laporan Statistik 2015. Kuala Lumpur: Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
Jane Costello, Sarah Mustillo Alaattin Erkanli, et. al,. (2003). 2003, Prevalence and
Development of Psychiatric Disorders in Childhood and Adolescence, , vol 60, . Jurnal
Arch Gen Psychiatry, 837-844.
Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja.
Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Khairul Hamimah Mohammad Jodi. (2012). Penerapan nilai-nilai Islam dalam pelaksanaan
modul pembangunan wanita yang bermasalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Thesis (Ph.D). Akademi Pengajian Islam: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,
Universiti Malaya.
Khairul Hamimah Mohd Jodi & Faridah Che Hussain,. (2017, Mac/April). Bunuh diri, tekanan,
desakan atau kecelaruan. Majalah Dakwah. Putrajaya: Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM).
Maisel, E. R. (2013, August Monday). The New Definition of a Mental Disorder. Retrieved
from www.psychologytoday.com: https://www.psychologytoday.com/blog/rethinking-
mental-health/201307/the-new-definition-mental-disorder

239
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2019)

Mahadir Ahmad, Normah Che Din & Fauziah Shaari . (2004). Reaksi Tekanan terhadap
Kesihatan Mental Juvana . Jurnal Sains Kesihatan Malaysia. 2(2), 53-62.
merriam-webster dictionary. (2017, August Monday). merriam-webster.com. Retrieved from
merriam-webster.com: https://www.merriam-
webster.com/dictionary/mental%20illness
Metro, H. (2016, December Sunday). www.hmetro.com.my. Retrieved from
www.hmetro.com.my: https://www.hmetro.com.my/node/149377
Mohamed Hatta Shaharom. (2003). Psikologi & Kaunsleing Remaja: Panduan Remaja
Membimbing Diri Sendiri. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributor.
Mstar Online (2013) Kes Remaja Hamil Luar Nikah: Satu Kelahiran Setiap Hari,” Retrieved
from Laman sesawang Mstar online, dicapai 13 Jun 2013
Mohammad Jamil Yaacob. (2007). Mental Sihat . Batu Caves : PTS Millenia.
Paul C.Y Chen, Lai Kah Lee, Kam Cheong Wong & Jagmohni Kaur, . (2007). Violence-
Related Behaviours Among Malaysian Adolescents : A Cross Sectional Survey Among
Secondary School Students in Negeri Sembilan. Annals of the Academy of Medicine,
36 (3), 169-174.
Rose Fazilah Ismail & Haris Abd Wahab. (2015). Persepsi pesakit mental terhadap stigma
masyarakat. Akademika 85(1), 13 - 24.
Rack, P. (1993). Race, culture, and mental disorder. London: Routledge.
Robins, L. N. (1993). Childhood conduct problems, adult psychopathology, and crime. In S.
Hodgins, Mental disorder and crime (pp. 173-193). Newbury Park: Sage Publications.
S.Subramaniam. (2016, Septermber Wednesday). Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan
Malaysia. Retrieved from Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia:
file:///C:/Users/User/Downloads/KENYATAAN%20AKHBAR%20YBMK%20Kesih
atan%20Mental%2028%20September%202016.pdf
sinar harian. (2017, Mac Friday). www.sinarharian. Retrieved from www.sinarharian:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/remaja-cuba-bunuh-diri-berjaya-
diselamatkan-1.638655
Syed Hassan Al-Mashoor, Raihanah Haji Abdullah,. (1993). Gangguan Mental. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Utusan Online. (2017, April Wednesday). www.utusan.com.my. Retrieved from
www.utusan.com.my: http://www.utusan.com.my/mobile/berita/luar-negara/8216-
kumpulan-maut-8217-hasut-remaja-bunuh-diri-1.465340
World Health Organization. (2016, August Tuesday). www.who.in. Retrieved from
www.who.in: http://www.who.int/mental_health/management/en/
Zainal Abidin Ahmad, et.al . (2011). HPGD2103 Guidance and Counselling. Kuala Lumpur:
Open University Malaysia.

240

You might also like