You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/309668766

Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi Z

Conference Paper · November 2016

CITATIONS READS

0 26,229

21 authors, including:

Jamiah H. Manap Mohammad Rezal Hamzah


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Malaysia Perlis
46 PUBLICATIONS   88 CITATIONS    68 PUBLICATIONS   40 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Aizan Sofia Amin Fazilah Idris


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
28 PUBLICATIONS   107 CITATIONS    46 PUBLICATIONS   193 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Projek Pemerkasaan UKM sebagai Prasarana Inklusif dan Mesra Orang Kurang Upaya (OKU). View project

Pembinaan Model Komunikasi Kesihatan Seksual dalam Kalangan Belia View project

All content following this page was uploaded by Jamiah H. Manap on 04 November 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi Z

Jamiah Manap1*, Mohd Rezal Hamzah2, Aizan Sofia Amin1, Nurul Nabila Mohd Izani1,
Fazilah Idris3, Salasiah Hanin Hamjah4, Noordeyana Tambi1, Arena Che Kasim1, Norul Huda
Sarnon1, Salina Nen1, Nor Jana Saim1
1
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
jamiah@ukm.edu.my
aizan@ukm.edu.my
nabiela1991@gmail.com
deyana@ukm.edu.my
arena@ukm.edu.my
norul@ukm.edu.my
salina.nen@ukm.edu.my
jana@ukm.edu.my

2
Pusat Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Kangar 01000,
Perlis.
rezal@unimap.edu.my
3
Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
fazilah@ukm.edu.my
4
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia
salhanin@ukm.edu.my

*
Corresponding Author

ABSTRAK
Media sosial menjadi medium utama untuk berkomunikasi pada masa kini. Kertas kerja ini
bertujuan untuk meneroka penggunaan media sosial dan implikasinya terhadap remaja generasi
Z di Malaysia. Kajian kuantitatif ini dilakukan melalui pengedaran borang selidik terhadap 750
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3
November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.
orang remaja generasi Z di Malaysia. Dalam pada itu, kajian kes turut dilaksanakan terhadap
20 orang remaja generasi Z yang sedang menuntut di Universiti Awam. Hasil kajian mendapati,
media sosial digunakan secara meluas oleh remaja generasi Z dengan pelbagai tujuan. Selain
itu, penggunaan media sosial didapati bukan hanya membawa implikasi yang positif (seperti
pengukuhan hubungan, bakat dan kemahiran) tetapi juga negatif kepada remaja (seperti . Oleh
itu, kertas kerja ini juga turut membincangkan strategi khusus untuk membangunkan remaja
secara holistik dalam konteks penggunaan media sosial dengan mengambil kira implikasinya
terhadap generasi Z di Malaysia.

Keywords: Psikologi Pendidikan, Keibubapaan, Media Sosial, Remaja, Generasi Z

PENDAHULUAN

Generasi Z di Malaysia merujuk kepada individu yang lahir di antara tahun 1995-2010 (Jamiah

et al, 2015). Generasi ini dikatakan seolah-olah mempunyai genetik Internet sejak dilahirkan.

Ini kerana, mereka lahir sewaktu Internet mula digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ia

mengubah cara manusia berinteraksi, bekerja dan berkongsi maklumat secara drastik.

Kehadiran Web 2.0 yang kemudiannya disusuli dengan penciptaan telefon pintar serta peralatan

teknologi komunikasi yang canggih menjadikan fungsi keibubapaan dan pendidikan lebih

kompleks dan mencabar. Media sosial merupakan aplikasi yang menggunakan teknologi Web

2.0 dan memberi peluang kepada pengguna untuk menghasilkan bahan-bahan dalam pelbagai

bentuk seperti teks, audio dan video yang dapat dikongsi dengan pengguna lain (Mohammad

Rezal, 2016). Menurut Mohammad Rezal lagi, media sosial juga boleh ditafsirkan sebagai

aplikasi yang menggabungkan pelbagai fungsi sosial seperti kerjasama, perkongsian,

kebebasan, keterbukaan, interaktif dan penglibatan. Sehubungan itu, kajian dilaksanakan untuk

meneroka penggunaan media sosial dan implikasinya terhadap remaja generasi Z di Malaysia.

Ini penting bagi merangka pelan strategik dalam agenda memperkasa remaja secara holistik

dalam konteks media baharu.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3


November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.
METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk menjawab objektif dan

persoalan kajian. Ia melibatkan dua fasa pengumpulan data. Fasa pengumpulan data pertama

melibatkan pengumpulan data terhadap 750 orang remaja yang berusia di antara 13 hingga 21

tahun menggunakan borang soal selidik Profil Generasi Z. Fasa pengumpulan data kedua pula

melibatkan temu ramah dalam talian terhadap 20 orang mahasiswa di Universiti Awam yang

berusia di antara 19-21 tahun.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil kajian terbahagi kepada dua iaitu tahap penggunaan media sosial dan implikasi media

sosial terhadap remaja generasi Z yang dikaji. Rentetan itu, kertas kerja turut membincangkan

strategi pemerkasaan remaja dalam konteks media sosial yang boleh dijadikan sebagai input

awal kepada pembangunan belia positif.

Penggunaan Media Sosial Remaja Generasi Z

Kajian mendapati, secara purata remaja generasi Z yang dikaji menggunakan media sosial

selama 11.6 jam sehari. Data ini belum ditambah dengan penggunaan internet bagi tujuan lain

seperti pencarian maklumat dan bermain game secara dalam talian. Penggunaan media sosial

mencapai tahap yang kritikal apabila sebilangan remaja akhir memperakui bahawa mereka

menggunakan internet selama 24 jam.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak lapan (8) jenis aplikasi media sosial digunakan

secara meluas oleh remaja yang dikaji iaitu Facebook, Youtube, Twitter, blog, Whatsapp,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3


November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.
WeChat, Telegram dan Instagram (Rujuk Jadual 1). Secara purata, tempoh masa penggunaan

media sosial yang paling lama dalam sehari oleh remaja ialah Whatsapp (4.2 jam). Ini diikuti

oleh WeChat (2.6 jam), Facebook (1.8 jam) dan Instagram (1.8 jam).

Jadual 1: Taburan Responden Berdasarkan Penggunaan Media Sosial (n = 673)

Bilangan
Jam Rakan/Pengikut
Facebook 1.7 666
You
1.6 11
Tube
Tweeter .9 122
Blog .3 33
Wassup 4.0 58
WeChat 2.6 150
Telegram .4 5
Instagram 1.8 1330

13.75 2375

Whatsapp merupakan media sosial yang paling popular dalam kalangan remaja akhir. Ini

kerana menurut informan, Whatsapp mempunyai ciri-ciri seperti lebih mudah dan privasi

berbanding media sosial yang lain untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.

Manakala Facebook pula berperanan sebagai medium untuk pencarian maklumat terkini dan

membina jaringan. Selain itu, Instagram dilihat sebagai saluran untuk mendokumentasikan

aktiviti harian dalam bentuk video dan gambar. Bagi remaja awal dan remaja pertengahan,

WeChat merupakan aplikasi media sosial yang paling popular digunakan untuk berinteraksi

dan menjalinkan perhubungan secara langsung.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3


November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.
Jadual 1 juga menunjukkan taburan responden dari segi jumlah pengikut dan rakan-rakan

dalam media sosial. Secara purata, responden mengakui bahawa bilangan pengikut/rakan dalam

Instagram (1279) adalah lebih tinggi berbanding media sosial yang lain. Ini diikuti oleh

Facebook (667), WeChat (144) dan Twitter (122). Ini mungkin disebabkan oleh ciri-ciri

Instagram yang lebih menarik daripada segi paparannya yang berbentuk gambar dan video

pendek. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa bilangan rakan dalam Whatsapp dan

Wechat adalah kecil. Namun responden lebih banyak menghabiskan masa dengan

menggunakan Whatsapp dan WeChat. Kemungkinan ini disebabkan oleh individu yang terlibat

dengan Whatsapp dan WeChat boleh dianggap sebagai individu yang rapat dan signifikan

dengan responden seperti ahli keluarga, rakan-rakan yang boleh dipercayai dan guru.

Implikasi Penggunaan Media Sosial terhadap Remaja Generasi Z

Media sosial memberi implikasi yang besar terhadap remaja sama ada positif ataupun negatif.

Kajian kes yang dijalankan terhadap 20 informan dari sebuah Universiti Awam mendapati

penggunaan media sosial membolehkan mereka:

1. Berhubung secara langsung dan kerap dengan keluarga yang tinggal berjauhan

2. Berhubung dengan rakan

3. Mengetahui dan memantau perkembangan ahli keluarga

4. Mengetahui perkembangan terkini

5. Mempelajari pelbagai perkara baru

6. Membina dan mengukuhkan jaringan

7. Mendokumentasikan pemikiran, bakat dan minat

8. Menjimatkan kos untuk berhubung

9. Menambah pendapatan melalui perniagaan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3


November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.
Bagaimanapun, kajian mendapati, media sosial turut memberi implikasi yang negatif

kepada remaja. Antaranya:

1. Kurang kemahiran komunikasi secara bersemuka

2. Pembaziran masa di media sosial dan pengabaian tanggungjawab

3. Terdedah kepada maklumat/fakta yang salah

4. Kebocoran maklumat peribadi yang penting

5. Terdedah kepada fitnah, penipuan dan buli siber

Strategi Pembangunan Belia Melalui Media Sosial

Berasaskan dapatan kajian tersebut, 7 strategi dicadangkan untuk memperkasa generasi dalam

konteks media sosial, iaitu:

1. Pendidikan

a. Pembinaan Kecerdasan Digital atau Digital Qoutient (DQ) remaja

b. Latihan dan bimbingan berterusan daripada ibu bapa, sekolah, institusi sosial

dan universiti kepada remaja untuk membina rapport atau portfolio yang

positif di media sosial

c. Mendidik remaja untuk mengurus masa dengan bijak

d. Mendidik remaja untuk memilih kandungan yang baik dan memelihara

pandangan

e. Memberi panduan (adab, etika dan profesionalisma) kepada remaja untuk

bersosialisasi dengan baik di media sosial

f. Mendidik remaja untuk memilih rakan yang positif dan membina di media

sosial

2. Pembangunan kandungan
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3
November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.
a. Menggiatkan pembangunan kandungan berorientasikan pendidikan dan

pembangunan diri yang boleh diakses dengan mudah

b. Menggalakkan para ilmuan dan individu yang berpengalaman luas

membangun kandungan di media sosial

c. Menyediakan platform/aplikasi untuk remaja saling berdiskusi secara

berhemah dan mempelajari sesuatu secara sistematik seperti Open Learning

d. Menggalakkan para karyawan untuk menerapkan nilai-nilai yang positif dalam

karya-karya mereka

e. Mengangkat/memviralkan isu-isu yang positif dan membina bagi membentuk

budaya hidup yang positif untuk remaja

f. Menggalakkan remaja membina kandungan yang positif dan bermanfaat di

media sosial

3. Penapisan

a. Penapisan maklumat dan bahan-bahan yang bertentangan dengan nilai mulia

dalam masyarakat di internet melalui penyedia internet dan badan khas seperti

Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi secara agresif

b. Penubuhan skuad pencegahan maksiat high-tech secara sukarela untuk

membanteras paparan pornografi dan lencongan tingkah-laku negatif di ruang

maya

c. Menyediakan badan khas yang memantau dan memberi penarafan kepada

kandungan bahan di media sosial

4. Pemantauan

a. Membataskan masa penggunaan media sosial mengikut kesesuaian

b. Menetapkan peraturan yang jelas

c. Garis panduan penggunaan media sosial dari sekolah rendah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3


November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.
d. Memantau kandungan bahan yang diakses oleh remaja

e. Memantau aktiviti remaja di media sosial

f. Memantau komuniti maya remaja di media sosial

g. Menggalakkan remaja berkongsi aktiviti mereka di media sosial dengan ibu

bapa

h. Menjadi rakan remaja di media sosial

5. Pembangunan belia positif

a. Menggalakkan remaja membina jenama dan membangunkan perniagaan

mereka melalui media sosial

b. Mempromosikan gaya hidup sihat kepada remaja

c. Memberi bimbingan dan mentransformasikan remaja daripada pengguna tegar

kepada penyedia aplikasi media sosial

d. Menganjurkan pertandingan-pertandingan yang membina di laman sosial

e. Menggalakan remaja menyerlahkan bakat dan membangunkan potensi diri

melalui media sosial

f. Melindungi karya dan hak cipta remaja di media sosial

g. Membentuk kumpulan sokongan yang membina dan pasukan mentor di ruang

maya yang berwibawa untuk memperkasa remaja

6. Perawatan

a. Menyediakan alat ukuran psikologi untuk mengenalpati tahap ketagihan yang

berkaitan dengan media sosial dalam kalangan remaja dan jenis-jenis ketagihan

mereka

b. Menyediakan terapi dan kemudahan rawatan untuk mengatasi ketagihan media

sosial

c. Menyediakan kumpulan sokongan bagi tujuan tersebut

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3


November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.
d. Menyediakan kemudahan rawatan perubatan moden dan alternatif untuk

sebarang penyakit yang berpunca daripada media sosial

e. Menyediakan kumpulan sokongan untuk mangsa buli/penipuan siber

7. Hukuman

a. Mengenakan hukuman/dendaan kepada sebarang perlanggaran di media sosial

b. Melakukan aktiviti amal yang melibatkan pergerakan fizikal

c. Menarik balik kebebasan menggunakan media sosial untuk jangka masa

tertentu

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3


November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.
RUMUSAN

Media sosial penting untuk remaja masakini terutamanya apabila mereka memasuki institusi

pengajian tinggi dan tinggal berjauhan daripada keluarga. Ia menjadi medium utama

pembelajaran dan perhubungan inter personal masakini. Bagaimanapun, penggunaan media

sosial yang tinggi turut memberikan implikasi yang buruk kepada remaja sekiranya berlaku

penyalahgunaan serta pengurusan media sosial yang lemah. Sehubungan itu, ibu bapa perlu

memastikan mereka mempunyai kecerdasan digital yang tinggi dan bersikap telus dengan ibu

bapa sebelum memberikan mereka kebebasan untuk menggunakan media sosial. Pendidikan

dan pemantauan yang ketat perlu diberikan sebaik sahaja ibu bapa mendedahkan anak-anak

kepada media sosial. Gejala ketagihan media sosial pula perlu dikenalpasti dan dirawat dengan

segera untuk menghindari situasi yang lebih buruk berlaku. Kesimpulannya, media sosial ibarat

stok makanan disebuah pasaraya. Setiap satunya perlu diteliti sebelum dibeli dan dibawa pulang

oleh pengguna. Setelah itu, ia perlu diproses dengan baik agar dapat dimanfaatkan untuk

kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti. Dalam pada itu, pengambilannya mestilah pada

kadar yang seimbang dan tidak melebihi daripada keperluan agar tidak menjejaskan kesihatan.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3


November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.
RUJUKAN

Jamiah Manap, Mohammad Rezal Hamzah, Nurul Nabila Mohd Izani, & Nor Jana Saim.

(2015). The definition of Z Generation: A systematic review. (Dalam Simposium Kebudayaan

dan Kerjasama Indonesia-Malaysia). Hotel Everly, Putrajaya.

Mohammad Rezal Hamzah (2016). Faktor peramal tingkah laku kesihatan di media sosial

dalam kalangan pelajar di Universiti Awam Malaysia. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan

Malaysia. Tidak diterbitkan.

PENGHARGAAN

Kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada gerak-kerja bagi projek FRGS Pembangunan

Modul Kemahiran Keibubapaan untuk Mendidik dan Membangunkan Potensi Modal Insan

Generasi Z (MKK-Z) yang dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3


November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

View publication stats

You might also like