You are on page 1of 5

DEPRESSION, ANXIETY AND STRESS SCALE (DASS)

Depression, anxiety and stress scale (DASS) dicipta oleh Peter Lovinbond pada tahun

1995. Versi asal DASS mengandungi 42 item. Manakala DASS yang telah diubahsuai dan

dipendekkan mengandungi 21 item. DASS yang mengandungi 21 item telah diaptasikan kepada

Bahasa Melayu untuk kegunaan rakyat Malaysia. Penggunaan DASS adalah meluas digunakan

di premis-premis kesihatan di Malaysia. Alat ujian DASS digunakan sebagai pengesanan awal

kesihatan mental selain dapat dikenal pasti melalui pemerhatian dan komunikasi. Bagi kaunselor,

alat ini dapat digunakan sebagai petanda awal yang perlu dirujuk jika diperlukan. DASS

digunakan untuk mengesan tahap depression (kemurungan), anxiety (kebimbangan) dan stress

(tekanan).

DASS menggunakan skala pemarkahan four-point Likert-scale antara 0-3. Skala

pemarkahan 0 menggambarkan penyataan yang tidak lansung menggambarkan keadaan klien. 1

mewakili penyataan yang sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan klien. Markah 2

menggambarkan penyataan yang banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan klien. Dan 3,

mewakili penyataan yang sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya.

Pentadbiran Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS)

Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-

kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam

borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon juga diingatkan

untuk tidak mengambil masa yang terlalu lama dalam menjawab sesutau penyataan tersebut.

Calon dikehendaki menandai setiap penyataan antara 0-3. Setelah selesai menjawab, calon
dikendaki memindahkan markah kedalam borang jawapan mengikut nombor-nombor

penyataan / item yang telah diberikan. Depression mewakili item 3, 5, 10, 13, 16, 17 dan 21.

Manakala Anxiety mewakili item 2, 4, 7, 9, 15, 19 dan 20. Stress pula mewakili item 1, 6, 8, 11,

12, 14 dan 18. Kemudian, calon dikehendaki untuk menjumlahkan item-item tersebut.

Kebolehpercayaan Ujian DASS

Untuk melihat tahap kebimbangan, kemurungan, tekanan dan jumlah skor daripada ujian DASS,

pekali kebolehpercayaan bagi ujian ini dianggarkan menggunakan Aplha Cronbach; iaitu .897

(95% CI = .890–.904) untuk skala kebimbangan, .947 (95% CI = .943–.951untuk skala

kemurungan, .933 (95% CI = .928–.937) untuk skala tekanan, dan .966 (95% CI = .964–.968)

untuk jumlah skor.

sumber :

The Depression Anxiety Stress Scales (DASS):

Normative data and latent structure in a large

non-clinical sample

John R. Crawford* and Julie D. Henry

Department of Psychology, King’s College, University of Aberdeen, UK


Interpretasi Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS)

`Terdapat dua cara interpretasi DASS boleh dilakukan. Yang pertama penetapan wajaran

dibahagikan kepada 5 tahap wajaran iaitu normal, ringan, sederhana, teruk/akut dan sangat akut.

Yang kedua penetapan wajaran dibahagikan kepada tiga tahap wajaran iaitu simptopm ringan,

simptom sederhana dan imptom akut

1. Penetapan wajaran DASS (lima tahap wajaran)

Tahap Wajaran Depression Anxiety Stress


NORMAL 0-5 0-4 0-7
RINGAN 6-7 5-6 8-9
SEDERHANA 8-10 7-8 10-13
TERUK/AKUT 11-14 9-10 14-17
SANGAT AKUT 15+ 11+ 18+

Interpretasi Ringkas

NORMAL Kehidupan yang selesa


RINGAN Sihat
SEDERHANA Harus mencari pengetahuan mengenai pengurusan mental
TERUK/AKUT Berjumpa dan berbincang dengan kaunselor untuk mengurus

kesihatan mental dengan lebih positif


SANGAT AKUT Berjumpa dan berbincang dengan kaunselor serta merujuk kepada

psikiatris jika perlu.

2. Penetapan wajaran DASS (tiga tahap wajaran)

Simptom ringan (0-7) Mengalami simptom ringan dalam membangkitkan

situasi tidak ‘relaks’ rasa gementar yang normal serta


permakanan yang biasa, rasa meradang yang tidak

berlarutan dan menunjukkan sedikit kurang kesabaran


Simptom Sederhana (8-14) Mengalami situasi kurang bertenang, gementar dan

berdebar-debar yang sederhana, kadang-kadang


Stress
meradang tidak tentu arah dan kurang bersabar serta

cepat bertindak yang agresif


Simptom Akut (15-21) Tidak tenteram dn mengalami gangguan emosi dan

pemikiran, debaran jantung yang kencang, berperasaan

marah dan kemungkinan agresif.


Simptom ringan (0-4) Perasaan bimbang yang tiba-tiba tetapi masih terkawal,

rasa ketegangan otot-otot dan mengalami pemikiran

bimbang terhadap sesuatu pengalaman lampau.


Simptom Sederhana (5-12) Perasaan risau dan takut datang secara tiba-tiba.
Anxiety
Regangan otot-otot yang sederhana serta keletihan.

Peristiwa dan pengalaman lalu yang

menakutkan/bimbangkan semakin terasa dan

memerlukan masa agak panjang untuk meredakannya.


Simptom Akut (13-21) Mempunyai simptom kemimbangan yang akut. Ada

kalanya wujud masalah kekejangan otot. Serta illusi

dan delusi mulai menganggu pemikiran dan emosi.


Simptom ringan (0-7) Simpton ringan terhadap emosi dan pemikiran yang

tiada tempat memohon belas, dysphoria (rasa sedih)

yang tiba-tiba , kurang berinteraksi, kurang melibatkan

diri , hilang rasa seronok (abhendonia) dan sendi-sendi

terasa lengai/kaku(inertia)
Simptom Sederhana (8-14) Pemikiran dan emosi mulai tidak seimbang tapi masih

terkawal. Dysphoria yang sederhana dan mungkin


Depression menangis, kurang berinteraksi dan menyendiri

keseronokan yang terenggut dan badan terasa

lengai/kaku jika dilayani perasaan dan emosi sedih.


Simptom Akut (15-21) Simptom akut terhadap emosi sedih yang terlalu berat

untuk diluahkan. Memerlukan rawatan dan tindakan

susulan. Menyendiri dan psikosomatif yang hebat jika

tidak dirawat.

You might also like