You are on page 1of 24

ISU PENDIDIKAN

A ISI
A CADANGAN
A BUKTI
ISU BULI
: Saya berpendapat masalah ini amat serius kerana statistik Kementerian Pendidikan
menunjukkan terdapat lebih daripada 14,000 kes buli di sekolah-sekolah di seluruh negara
antara tahun 2012 dan 2015 dan sebahagian besar melibatkan penderaan fizikal.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan baru-baru ini turut berkata terdapat
peningkatan dalam kes buli yang dilaporkan di sekolah menengah iaitu daripada 0.06
peratus pada tahun 2015 kepada 0.11 peratus pada tahun lepas. 

 Menurut Nobullying.com sebuah forum dalam talian yang bertujuan untuk menghentikan
kes buli, kira-kira 84 peratus kanak-kanak di Malaysia mempunyai pengalaman dibuli.

 Berdasarkan kajian Stop Cyberbullying 2017 di bawah program Digi CyberSAFE, sekurang-
kurangnya satu dalam dua belia mengakui telah mengalami pembulian siber di Malaysia.

Berdasarkan statistik CyberSecurity Malaysia pula, buli siber dalam kalangan pelajar berlaku
hampir setiap hari dengan 250 kes dilaporkan pada tahun 2012 manakala pada tahun 2013
terdapat 389 kes; 2014 (291 kes); 2015 (256 kes) dan 2016 (338 kes).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/buli-isu-serius-perlu-campur-
tangan-kerajaan-1.494456#ixzz5NBvBhbm1 
© Utusan Melayu (M) Bhd 18 jun 2017

Sbb terjadi buli


Pembuli ini biasanya merupakan kanak-kanak atau remaja yang bersifat impulsif dan mudah
marah. Mereka akan berasa seronok apabila melihat mangsa dalam keadaan takut setiap
kali bertembung.

Sesetengah pelaku pula kekurangan empati dan gembira  melihat orang lain dalam
kesakitan.

 Pembuli juga terdorong untuk menunjukkan kuasa dan bangga apabila dapat menundukkan
orang lain. 

Kebanyakan kanak-kanak dan remaja terjebak ke dalam jenayah seperti buli akibat
pengaruh negatif rakan sebaya, kurangnya bimbingan ibu bapa, pengaruh buruk daripada
Internet dan penularan unsur-unsur samseng. 

Pembuli selalunya berasal daripada keluarga yang pincang, di mana kasih sayang dan
keterbukaan amat terbatas. 
Saya percaya ramai pelajar dan belia terlibat dalam buli selepas mereka menyaksikan sikap
agresif ibu bapa mereka terhadap rakan-rakan, adik-beradik atau ahli keluarga yang lain.

Masalah kesihatan mental juga berkemungkinan menjadi sebab utama kejadian buli dan
keganasan boleh berlaku. 

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015 menunjukkan kira-kira 4.2 juta
rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas, atau 29.2 peratus daripada jumlah
penduduk, mengalami pelbagai masalah mental. 

Jumlah tersebut membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 11.2


peratus berbanding tahun 2006. 

Lebih merisaukan, masalah itu turut melibatkan pelajar apabila nisbah mereka yang
menghadapi masalah mental telah meningkat daripada satu dalam 10 orang pada tahun
2011 kepada satu dalam lima individu pada 2016.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/buli-isu-serius-perlu-campur-
tangan-kerajaan-1.494456#ixzz5NBvhhgeZ 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kesan buli
Selain kecedaraan fizikal, mangsa buli juga berkemungkinan akan berubah secara drastik
menjadi pendiam, takut, tidak gembira, muram atau kurang selera makan.  Apa yang lebih
membimbangkan adalah kesan jangka panjang psikologi secara batin seperti kebimbangan,
kemurungan dan cepat putus asa, manakala kesan pada zahir yang boleh dilihat adalah
tingkah laku yang agresif.

Mereka juga menjadi pendendam atau bersikap agresif terhadap orang yang lebih muda. 

Menurut Pensyarah dan Pakar Psikologi, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya
(CUCMS), Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, mangsa yang tidak berkelakuan
agresif terhadap orang lain akan berubah menjadi cepat cemas dan tertekan. 

Ia juga boleh mendorong mangsa untuk membunuh diri seperti mana yang dilaporkan di
dalam negara dan negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Kanada, Norway, England,
Hong Kong dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Dr. Noran Fauziah, kajian yang beliau jalankan membabitkan 5,000 kanak-kanak di
seluruh Malaysia mendapati dua kes mangsa buli berniat untuk membunuh diri.

 Mangsa atau mereka yang melihat aktiviti buli tidak sepatutnya menyembunyikan kejadian
tersebut dan seharusnya melaporkan segera kepada guru, pensyarah warden atau ibu
bapa.

Tidak ada siapa suka dibuli. Tapi mangsa buli biasanya menyembunyikan apa yang
berlaku daripada pengetahuan ibu bapa dan pihak berwajib. Apa sebabnya?
LAM THYE: Terdapat pelbagai sebab, bergantung kepada di mana ia berlaku. Di sekolah-
sekolah berasrama sebagai contoh, ia telah menjadi satu budaya yang diwariskan oleh
pelajar senior kepada junior.  

Pelajar junior sering menjadi mangsa ragging apabila mereka dipaksa untuk melakukan
kerja-kerja seperti membasuh dan menggosok pakaian senior, melakukan perbuatan yang
memalukan selain dihina serta dipukul tanpa sebab.

Kurangnya pengawasan memudahkan tingkah laku buli berlaku di sekolah atau IPT.
Kebanyakan kes tidak dilaporkan kerana mangsa percaya ia merupakan sebahagian budaya
yang telah diamalkan sekian lama dengan restu guru, pensyarah atau warden.

 Mereka juga takut diejek, dipulau atau dipukul jika melaporkan kejadian buli tersebut.

Buli di sekolah dan IPT bukan isu baharu. Kenapa masalah itu sukar dibendung?
LAM THYE: Kajian yang dibuat beberapa pihak menunjukkan peningkatan kes buli berkait
rapat dengan kelemahan dan keruntuhan institusi keluarga. 

Menurut Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pelajaran (PAGE), pembuli datang dari
keluarga yang pincang dan memilih pelajar yang lemah untuk melepaskan geram akibat
kurangnya kawalan, kasih sayang atau perhatian di rumah. 

Sikap ibu bapa di rumah juga menjadi ikutan termasuk penggunaan bahasa kasar dan
penghinaan berterusan. 

Kanak-kanak yang datang dari keluarga pincang sebegini, di mana pertengkaran, masalah
kewangan, penyalahgunaan dadah dan alkohol merupakan perkara biasa.

 Selalunya mereka akan membentuk kumpulan di sekolah dan mudah terjebak dalam
kegiatan tidak bermoral seperti buli.

Satu lagi sebab mengapa kes buli sukar dibendung adalah kerana kecenderungan pelajar
untuk mendapatkan rasa hormat daripada rakan-rakan mereka. Pembulian dilakukan kerana
mereka percaya ia dapat meraih populariti daripada rakan-rakan mereka. 

Apa yang berlaku di sekolah dan IPT sebenarnya adalah cerminan kepada keadaan
masyarakat pada masa ini yang semakin kurang sikap toleransi serta mudah bertukar
menjadi ganas.
 
Sesuatu perlu dilakukan segera bagi menghentikan gejala tidak sihat ini daripada
terus berlaku dalam kalangan pelajar. Apakah cadangan Tan Sri? 
LAM THYE: Saya percaya bahawa kerajaan, bersama-sama dengan pihak berkepentingan
yang lain, perlu mencari punca mengapa remaja kita berkelakuan ganas dan tidak
menghormati undang-undang? 

Kita memerlukan campur tangan pihak kerajaan dan sokongan daripada semua pihak
berkepentingan termasuk ibu bapa, ahli psikologi dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk
membantu menangani masalah ini. 

Kes buli boleh dikurangkan jika kita mengambil pendekatan holistik  termasuk menangani
masalah kesihatan mental yang melanda masyarakat kita pada masa ini.

Kementerian Pelajaran, dengan bantuan guru dan kaunselor, perlu mengenal pasti pelajar
terdedah kepada keganasan dan memulakan program kaunseling intensif.

 Program yang bertujuan untuk membantu individu-individu tersebut sebelum mereka


memusnahkan kehidupan seseorang pada masa depan atau mengambil kehidupan mereka
sendiri.

 Ibu bapa dan guru perlu menggalakkan anak-anak dan pelajar mereka melakukan
pemeriksaan di hospital bagi memastikan mereka bebas daripada masalah kesihatan
mental, yang dijangka menjadi masalah kesihatan yang kedua terbesar di Malaysia selepas
penyakit jantung pada tahun 2020.

Pihak sekolah dan universiti juga tidak boleh bertolak ansur dengan masalah disiplin seperti
ponteng kelas, salah laku, kecurian dan pergaduhan kerana ia merupakan bibit-bibit kepada
masalah buli dan keganasan.
 Semua pihak perlu melihat kelemahan masing-masing dan mengambil langkah untuk
menanganinya dengan baik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/buli-isu-serius-perlu-campur-
tangan-kerajaan-1.494456#ixzz5NBwHQ6wt 
© Utusan Melayu (M) Bhd
Beberapa kes kebelakangan ini mendorong Kementerian Pendidikan bercadang
mengenakan hukuman gantung persekolahan setahun untuk pelajar terbabit dengan kes
buli serius. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya memandang serius kes
buli pelajar yang kian meningkat dan ini menyebabkan pihaknya mahu mengambil tindakan
sesuai terhadap pelajar terbabit.

Pembuli yang digantung persekolahan itu akan melakukan kerja kebajikan atau dimasukkan
ke pusat pemulihan akhlak dalam tempoh yang akan dibincangkan oleh kementerian itu.
Hukuman itu dicadangkan bagi mengelak pembuli dibuang sekolah hingga pelajar itu akan
tercicir persekolahan dan mudah terdedah aktiviti tidak sihat. Cadangan itu adalah syarat
kepada pembuli untuk diterima masuk semula ke sekolah. Pembuli juga terpaksa
mengulangi persekolahan semula dan jika pelajar itu mengambil peperiksaan, dia mesti
menangguhkannya semula hingga tahun depan.

Apabila saya mengutarakan soalan berkaitan kajian kes buli dalam kalangan pelajar,
beberapa ibu bapa mengatakan ia disebabkan pelajar meniru apa yang ditonton dalam
filem, televisyen atau media elektronik lain. Filem berkaitan buli juvana menarik minat pelajar
untuk menunjukkan mereka lebih 'hebat' berbanding rakan lain, khususnya yang tinggal di
asrama. Benarkah kenyataan bahawa filem mempengaruhi pelajar menjalankan aktiviti buli
di sekolah?

Faktor rakan sebaya

Berdasarkan dapatan kajian saya menunjukkan, antara faktor membuli adalah faktor rakan
sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar. Aktiviti
membuli juga terdiri daripada individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik.
Golongan ini biasanya ada pada kanak-kanak hiperaktif atau cergas yang melampau serta
sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.

Kebanyakan kes pembuli terdiri daripada mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal
dan mempunyai masalah disiplin. Ada juga kes ingin menunjukkan kekuatan sendiri dan
berasa seronok melihat orang lain diseksa. Faktor terakhir dalam kajian saya menunjukkan
kes buli disebabkan media massa yang memaparkan aksi, pertuturan dan tingkah laku yang
ditayangkan di media elektronik serta media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah
pelakon itu menjadi role model bagi golongan remaja.

Buli membabitkan perbuatan mengasari orang yang lemah, bertujuan menunjukkan


kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah
mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Buli juga membabitkan tingkah laku agresif
sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas
mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan
harmoni.

Secara keseluruhannya, perbuatan membuli adalah perbuatan tidak baik dan membuatkan
orang lain boleh menjadi mangsa serta mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.
Tindakan kasar dan di luar perikemanusiaan membabitkan pukul-memukul, memeras ugut,
menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit atau sepak terajang hingga
menyebabkan kecederaan. Malah, paling ganas boleh menyebabkan kematian.

Tindakan sebegini menjadi punca kepada kecenderungan besar akan menjadi penjenayah
apabila dewasa kelak, malah tindakan agresif ini juga menjadi punca kepada kes rogol,
rompak atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

Buli dalam bentuk psikologi

Pembuli juga boleh dilihat dalam bentuk psikologi seperti ejek mengejek. Mangsa pembuli
sebenarnya didera dari segi mental sehingga hilang keyakinan diri, membiarkan diri
diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain,
tidak mahu ke sekolah dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri
sendiri kerana berasakan diri mereka tidak berguna.

Semua pihak memainkan peranan dalam mengekang kes buli, terutama di sekolah
berasrama. Kajian reaksi, sama ada melalui soal selidik atau bersurat perlu dilakukan dari
semasa ke semasa bagi mengesan kes buli di sekolah.

Taklimat pencegahan buli dan 'amaran' perlu dilakukan oleh pihak sekolah setiap penggal
persekolahan. Sekolah perlu mempunyai peraturan jelas dan tegas berkaitan buli tanpa
melindungi kes yang diadukan. Bukan sekadar menampal poster antibuli di sekolah, tetapi
juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama ibu bapa.

Setiap pelajar hendaklah diberi senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan
hendaklah menandatangani dokumen itu dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar.
Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini adalah
tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.

Maklumat yang terkandung dalam risalah merangkumi konsep buli, petua mudah untuk
menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya
talian hotline buli. Malah, tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman
sewajarnya kepada pembuli. Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah secara
tidak langsung dapat mengekang kejadian gengsterisme.

Perlu juga diwujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah


membabitkan pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil
pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.

Hukuman pergantungan persekolahan ini masih pada peringkat kajian dan kementerian
mengalu-alukan NGO bersama-sama memberi pendapat bagi mengatasi masalah itu.
Namun, yang penting isu buli di sekolah adalah kes yang perlu ditangani bersama, demi
masa depan anak-anak kita bersama.

Penulis adalah Penyelidik Majlis Profesor Negara merangkap Pensyarah Kanan


Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM
https://www.bharian.com.my/node/208508 2 november 2016
MINGGU orientasi di sekolah berasrama sejak berdekad sering dikaitkan dengan 'ragging'.
Jika setakat cuci kasut, ambil makanan untuk senior, tiup kipas, jilat stokin dan calit muka
dengan warna air, ia umpama mahu menjalinkan hubungan lebih rapat dengan senior.

Jika perbuatan buli itu sudah ke tahap ugutan, pukul, menjatuhkan maruah serta
memalukan, apakah itu juga dikira sebagai ragging yang dianggap mahu mengeratkan
hubungan antara pelajar baharu dan lama.

Tidak dinafikan, ada juga kes 'ragging' atau buli ini yang menyebabkan kematian seperti
yang terjadi pada 1988, meragut nyawa seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah
Teknik Cheras yang dibelasah beberapa pelajar senior dalam tandas sekolah.

Lebih membimbangkan kini, buli bukan saja terjadi dalam kalangan penuntut institusi
pengajian tinggi dan sekolah menengah tetapi sudah dikesan dilakukan murid sekolah
rendah.

Kes buli babit pelajar perempuan bertudung

Bukan itu saja, kes buli juga membabitkan pelajar perempuan yang berbaju kurung dan
bertudung tanpa segan silu menyepak dan memukul rakan sebaya atau junior mereka.

Presiden Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Prof Madya Datuk Ali Hasan,
berkata masyarakat umum termasuk ibu bapa, guru dan komuniti tidak seharusnya merasa
selesa terutama apabila ada yang mencanangkan bahawa perkara ini terkawal sedangkan
realitinya ia wujud.

"Senario yang membimbangkan, jika dulu buli hanya dalam kalangan pelajar sekolah
menengah, sekarang murid sekolah rendah pun terbabit, dulu hanya pelajar lelaki, tetapi kini
membabitkan pelajar perempuan.

"Dulu kita biasa dengar kes buli berlaku di sekolah berasrama, tetapi kini ia turut berlaku di
sekolah aliran agama. Rasa tidak masuk akal apabila kes buli juga berlaku di sekolah aliran
agama," katanya dalam Bicara Persada Canselori bertajuk Buli di Sekolah: Igauan atau
Realiti anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).

Ali berkata tradisi yang dijalankan di sekolah berasrama yang bersifat negatif ketika minggu
orientasi termasuk ragging wajar dihapuskan.
"Tradisi baik yang ada dikekalkan, tetapi yang buruk tidak perlu dikekalkan. Ada tradisi yang
tidak senonoh kononnya ragging atau buli dilakukan untuk menjadikan pelajar lebih 'keras'.
Tetapi banyak lagi cara untuk menerapkan ketahanan diri pelajar bukannya secara yang
bukan-bukan," katanya.

Dalam isu buli ini, semua pihak perlu memikul tanggungjawab bukan hanya menuding jari
kepada pihak tertentu saja untuk menyalahkan isu ini.

Ibu bapa perlu sedar ini tanggungjawab bersama. Dalam isu buli ini, pendekatan dalaman
perlu ditekankan berbanding luaran.

"Isu dalaman ini ialah melengkapkan pelajar dengan jati diri yang terdiri daripada akhlak
yang baik, pendidikan agama mencukupi, budi bahasa, mengamalkan nilai murni dan
mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga serta rakan taulan," katanya.

Ibu bapa patut kesan perubahan diri anak

Ibu bapa dan pihak sekolah boleh menyelami jiwa anak menerusi sistem amaran awal
dengan melihat perubahan kelakuan dan sikap, pergaulan dan prestasi akademik mereka.

Hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa juga penting. Realitinya, sekolah yang berjaya
dari segi akademik dan pelajar yang kurang masalah disiplin termasuk tiada ciri jenayah
dapat dilihat pada sekolah yang mewujudkan hubungan dan kerjasama baik dengan ibu
bapa.

Dalam usaha menangani masalah buli di sekolah, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan


Kebangsaan Semenanjung (NUTP) mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan
mewujudkan jawatan ketua guru disiplin di sekolah. Guru ini diberi latihan dari segi undang-
undang dan psikologi menangani masalah disiplin sekolah termasuk buli.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata ketika ini, tugas menangani masalah disiplin
sekolah dibebani guru. Dengan saiz kelas bertambah setiap tahun, beban tugas guru
semakin berat. Bukan hanya mengajar, guru juga dibebani tugas pentadbiran lain seperti
mengisi data.

"Peratusan kes buli yang dilaporkan sebenarnya masih kecil kerana kebanyakan kes
berlaku di luar waktu kelas atau di luar kawasan sekolah. Masyarakat tidak boleh
menyalahkan guru semata-mata kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai dengan nisbah
guru.
"Bukan hanya menyampaikan ilmu, guru juga terbabit dalam hal pentadbiran termasuk
mengisi data, menghadiri mesyuarat. Justeru, dengan bilangan pelajar yang ramai sukar
bagi guru menumpukan perhatian mendalam kepada setiap pelajar.

"Kita ada budaya membiarkan pembuli kecil lepas dengan kesalahan mereka dengan
menukar ke sekolah lain. Selepas beberapa bulan, ibu bapa datang merayu dan anak
mereka kembali ke sekolah asal. Di sekolah asal, mereka kembali melakukan aktiviti buli.
Jadi, tradisi ini tiada kesudahan. Kumpulan pembuli ini perlu diberikan program kesedaran,"
katanya.

KES buli bukan saja berlaku dalam kalangan pelajar lelaki, tetapi juga pelajar perempuan. -
Foto hiasan
Pembuli alami masalah emosi

Mengikut kajian, kata pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
UKM, Prof Madya Dr Rozmi Ismail, pembuli biasanya mengalami masalah emosi dengan
kurang rasa empati, kebanyakan mereka kurang keyakinan, menggunakan kekerasan untuk
membalas dendam dan jika berdepan masalah gagal untuk berinteraksi.

"Secara normal, jika kita lihat orang yang dicederakan kita akan rasa kasihan, tetapi bagi
mereka yang tidak mempunyai perasaan empati tidak merasa apa-apa. Ada juga sikap
pembuli ini berkait rapat dengan pengambilan dadah sehingga menghilangkan rasa empati,"
katanya.

Remaja yang terbabit dengan buli selalunya datang daripada keluarga yang mengambil
pendekatan hukuman dalam mendidik tanpa kasih sayang. Tidak bertolak ansur dengan
anak. Dengan ini, anak menyimpan dendam dan melepaskan kepada orang lain termasuk
adik beradik dan rakan sekolah yang lebih lemah.

"Apabila kita tanya mengapa sanggup membuli rakan mereka, jawapan diberikan kehidupan
harian mereka penuh dengan sepak terajang ibu bapa dan perkataan kasar.

"Saya percaya kaunseling boleh membantu dalam proses pemulihan. Setiap masalah boleh
diselesaikan jika bawa berbincang. Sesi kaunseling adalah sesi luahan jika tidak, kita tidak
tahu secara mendalam apa sebenarnya berlaku," katanya.

Banyak faktor yang menyumbang perbuatan buli ini. Justeru, semua masalah perlu
ditangani. Faktor utama yang menyebabkan ada sifat pembuli adalah keluarga sendiri,
seterusnya keadaan sekeliling termasuk pengaruh media, filem, video serta internet.
Menyentuh hal yang sama, Urusetia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala
Lumpur, Deputi Superintendan Foo Check Seng, berkata dari segi aspek pencegahan, polis
melantik pegawai perhubungan sekolah dari sekolah rendah hingga menengah.

"Kita mahu menambah konsep anda diperhati dengan menambah ejen yang boleh
membantu terdiri daripada pelajar sendiri, polis sukarelawan, warden dan guru bagi
mengurangkan statistik kes buli," katanya.

Mengulas mengenai komen daripada orang ramai bahawa ada sekolah yang sanggup
melakukan apa saja bagi menutup kes buli, beliau berkata, ada beberapa langkah yang
boleh diambil termasuk ibu bapa perlu mendapatkan kesanggupan sekolah untuk menjaga
dan memastikan keselamatan anak terjamin jika berlaku kes buli.

"Jaga nama baik sekolah memang bagus. Adakah pihak sekolah mampu untuk menjaga
anak saya. Jika sekolah tidak mampu, saya akan melaporkan kepada pihak polis. Jika anak
terlalu trauma, tindakan lain adalah menukar sekolah dengan segera.

"Jika anak kita rasa masih mampu berdepan dengan situasi itu, biarkan saja dia
meneruskan persekolahan di sekolah itu dan ia akan menjadikannya lebih kuat dan sekolah
perlu bantu melindunginya," katanya.

https://www.bharian.com.my/node/26805 3 januari 2015

Oleh Muhammad Lutfi Zahid

Tragedi seorang remaja membunuh diri kerana tidak tahan menjadi mangsa pembulian siber
di Australia baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa gejala buli tidak seharusnya dianggap
sebagai perkara remeh dan tidak memberikan sebarang kesan kepada mangsanya. Amy
Everett, 14 tahun, membunuh diri pada 3 Januari 2018 yang lalu selepas sering menjadi
sasaran pembuli di alam maya. Remaja yang pernah menjadi model bagi topi jenama
terkenal di negara itu mengelar pergelangan tangannya sebelum menemui ajal.
Kematian remaja tersebut seharusnya membuka mata pelbagai pihak untuk membendung
masalah yang semakin kritikal ini. Walaupun tragedi ini berlaku di luar Malaysia, jika tidak
dibendung, pastinya tragedi yang sama turut berlaku dalam kalangan remaja di negara ini.
Sepanjang tahun 2017, statistik yang dikeluarkan oleh CyberSecurity Malaysia menunjukkan
bahawa lebih daripada 200 kes gangguan siber dilaporkan kepada Cyber999. Namun
begitu, penulis ini percaya bahawa kejadian buli siber yang tidak dilaporkan sudah tentunya
melebihi angka tersebut.

Dalam hal ini, jelaslah bahawa buli siber ini sebenarnya acap kali berlaku dalam kalangan
masyarakat negara ini. Yang lebih membimbangkan, gejala buli siber ini selalunya berlaku
dalam kalangan remaja, sama ada mereka sebagai pembuli ataupun mereka dibuli. Kajian
mendapati bahawa hampir 300 kes buli siber membabitkan remaja di Malaysia pada tahun
2017. Kes buli siber ini juga meningkat dalam kalangan pelajar sekolah setiap tahun,
terutamanya pelajar berumur 13 hingga 15 tahun.

Tindakan Kementerian Pendidikan yang memberikan penekanan terhadap perbuatan buli


siber dalam kajian garis  panduan baharu tentang hukuman yang dibenarkan terhadap
pelajar seharusnya dipuji dan disokong oleh setiap pihak. Penambahbaikan garis panduan
tersebut sudha tentunya dapat mengekang “wabak” buli siber daripada terus menular dalam
kalangan pelajar di sekolah dengan melaksanakan hukuman yang sewajarnya.

Bagi penulis ini, hukuman yang berat wajar dikenakan terhadap pembuli siber kerana
perbuatan tersebut dapat diibaratkan seperti jenayah membunuh. Hal ini dikatakan demikian
kerana mangsa buli siber akan mengalami tekanan emosi dan kemurungan, dan akhirnya
bertindak untuk membunuh diri, sama seperti tragedi Amy Everett. Sedarilah bahawa tragedi
yang sama pasti akan berulang dan terjadi kepada anak bangsa jika kita bersikap sambil
lewa terhadap isu ini. Sesungguhnya kesan penderaan emosi dan mental lebih sukar untuk
diubati berbanding dengan penderaan fizikal.

Secara tegasnya, gejala buli, termasuklah buli siber, merupakan isu yang sangat serius dan
perlu dikawal dengan kadar segera tanpa sebarang kompromi. Langkah pencegahan awal
sangat penting bagi menangani isu ini dan sudha tentunya bermula daripada sikap ambil
peduli. Setiap pihak – ibu bapa, guru dan masyarakat – perlu memainkan peranan dan
berganding bahu dalam usaha untuk memelihara golongan remaja daripada menjadi
mangsa atau pemangsa buli.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil. 3 2018)

Posted in: Nota Editor


0 Comments

USAH KOMPROMI GEJALA BULI

admin on March 1st, 2018


Oleh Mohamad Farkhan Kamarolzaman

Penggal persekolahan tahun 2018 bermula pada bulan Januari yang lalu. Sudah semestinya
para pelajar bersemangat untuk memulakan jendela pembelajaran dengan azam dan niat
yang baharu. Hal ini turut dirasai oleh para guru yang sentiasa bersedia dan berdedikasi
untuk mendidik anak bangsa tercinta. Sudah tentunya pada tahun ini, diharapkan terdapat
banyak penambahbaikan dalam sektor pendidikan dan gejala buruk yang berlaku pada
tahun-tahun terdahulu tidak berulang.

Namun begitu, masalah buli yang sering kali dikaitkan dengan alam persekolahan, tidak kira
sekolah rendah atau menengah, pastinya merisaukan pelbagai pihak dan sering menghantui
setiap pelajar dan guru. Masalah ini seolah-olah telah menjadi budaya di sekolah – pelajar
senior membuli pelajar junior dan pelajar bertubuh besar memukul pelajar berbadan kecil –
sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan kemurungan. Dalam hal ini,
mangsa buli pastinya memendam rasa tidak puas hati, sekali gus melakukan perbuatan
yang sama kepada orang lain pada masa hadapan. Yang menakutkannya apabila
sesetengah kes buli menyebabkan mangsa membunuh diri atau dibuli sehingga terbunuh.

Apabila memperkatakan gejala buli, ada baiknya kita mengetahui definisi buli itu terlebih
dahulu. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, buli didefinisikan sebagai perbuatan
mendera dan mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana
baharu. Buli juga membawa maksud mempermainkan orang lemah dengan tujuan untuk
menggertaknya atau menakutkannya, selain dilakukan secara berulang kali.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil.3 2018)

Posted in: Fokus
0 Comments
GEJALA BULI: DI MANAKAH KESUDAHANNYA?

admin on March 1st, 2018

Oleh Amirah Abd Rahman

Sejak belakangan ini, kes buli di negara kita kian menjadi-jadi, seperti wabak denggi yang
tidak dapat dibendung. Pelbagai formula digunakan untuk menanganinya. Boleh dikatakan
bahawa setiap minggu ada sahaja paparan baharu yang akan ditular melalui telefon pintar
atau web, seperti YouTube. Gejala ini ibarat kata pepatah, mencurah air di daun keladi,
kerana sehingga kini perilaku ini kian sukar diatasi permasalahannya.

Menurut laporan yang diterima oleh Kementerian Pendidikan, dari tahun 2012 hingga 2015,
dicatatkan lebih daripada 14 ribu kes buli berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.
Pecahannya mengikut tahun ialah 4159 kes (2012), 4120 kes (2013), 2825 kes (2014), dan
2968 kes (2015). Berdasarkan statistik CyberSecurity Malaysia pula, buli siber dalam
kalangan pelajar berlaku hampir setiap hari, iaitu 250 kes dilaporkan pada tahun 2012, 389
kes (2013), 291 kes (2014), 256 kes (2015) dan 338 kes (2016).

Hal ini menunjukkan bahawa akibat daripada perubahan masa dan kepesatan kemajuan
teknologi, skop pembulian tidak hanya berlaku dalam bentuk fizikal di tempat seperti
sekolah, asrama, universiti, atau tandas, malah telah meluas sehingga alam maya. Situasi
ini menampakkan bahawa masalah ini kian membesar keseriusannya untuk diatasi.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil. 3 2018)

 
APA PUNCA UTAMA KES BULI?

Buli berlaku di asrama bukan kerana budak-budak sekolah semata-mata tetapi kerana
kecuaian dan kelamahan Pengetua dan Warden.

Samada sekolah ada asrama atau tidak ada asrama, budak nakal tetap ada. Tetapi jika
Pengetua dan Warden memainkan peranan mereka dengan jujur dan cekap, pastinya kes
buli dapat dibendung.

Apabla berlaku kes buli di asrama sekolah, orang paling utama disalahkan ialah Pengetua
atau Guru Besar. Orang kedua yang mesti disalahkan ialah Warden asrama. Tetapi
Kementerian Pelajaran atau Lembaga Sekolah swasta turut juga memikul akauntabiliti yang
lebih utama kerana mereka adalah payung kepada institusi sekolah.

Pengetua adalah orang no 1 dalam sekolah, dan dia memikul akauntabiliti yang pertama
dalam petadbirannya. Pengetua tidak boleh salahkan pelajar yang jadi mangsa atau pelajar
yang buli mangsa, tetapi Pengetua mesti salahkan dirinya dahulu.

Begitu juga dengan Warden, beliau bertanggungjawab mengawas di asrama dan memikul
akauntabiliti beliau di asrama.

Kedua-dua orang ini, Pengetua dan Warden adalah ejen perubahan. Mereka


seharusnya mencorakkan kehidupan sosial yang sihat di sekolah biarpun budak sekolah ini
datang dari pelbagai latarbelakang dan memiliki perangai nakal. Kedua-dua orang
ini mampu mengadakan peraturan yang rapi dan pengawasan yang cermat bagi
membendung kes buli di sekolah. Mereka mampu mentarbiyyah pelajar dengan pengisian
rohani dan kesedaran akhlak yang mulia tetapi mereka TIDAK MEMILIH UNTUK BERBUAT
SEMUA ITU.
 

Kedua-dua orang ini dianggap sebagai lepas tangan. Kedua-dua orang ini bagaikan makan
gaji buta. Kedua-dua orang ini buat kerja bagaikan lepaskan batok ditangga. Sudah
bertahun mereka menjadi dan Warden, tapi kes buli masih berlaku. Sudah bertahun asrama
itu wujud, tetapi mereka bagaikan batu tunggul di sekolah.

APA YANG BIASANYA PENGETUA DAN WARDEN AKAN LAKUKAN?

Apabila berlaku kes buli dan pelajar membuat laporan atau kes buli diketahui umum,
pertama, lazimnya Pengetua dan Warden akan cuba mengelakkan kes ini dikutip oleh media
atau diketahui oleh Kementerian Pelajaran.

Mereka akan memangggil pelajar dan mangsa buli,

 memberi amaran kepada pembuli atau


 mengenakan denda kepada pembuli atau
 menggantung pelajar dari asrama untuk sementera atau
 membuang pelajar dari asrama

manakala mangsa

 diberi ingatan supaya jangan beritahu keluarga


 diberi ingatan supaya tidak buat laporan polis
 diberi amaran tidak lakukan sebarang kesilapan yang boleh membuatkan pelajar
senior marah pada masa akan datang
 diberi ingatan ikut dan patuh pada arahan pelajar senior

Kedua, apabila ada ibubapa yang datang ke sekolah membuat laporan atau ingin
mendapatkan penjelasan mengenai kes buli yang berlaku ke atas anak mereka, maka
Pengetua dan Warden akan

 mengatakan, alahai perkara kecil aja, budak-budak bergurau dan terpukul secara tak
sengaja
 menyatakan mereka yang terlibat semua sudah bermaaf-maafan
 mengatakan anak yang kena buli telah melakukan kesilapan di asrama lalu dimarah
dan dipukul oleh pelajar senior (ini bermakna Pengetua dan Warden beri lesen
besar kepada pelajar senior tangani masalah pelajar baru atau junior yang
dikatakan membuat “salah”, tanpa Pengetuan dan Warden yang sepatutnya
mengambil tindakan ke atas pelajar baru atau junior yang melakukan kesilapan atau
kesalahan)
 mengajak ibu bapa berunding secara aman
 menyatakan pihak sekolah akan ambil tindakan ke atas pelajar pembuli
 mengarahkan supaya mangsa berpindah ke bilik lain, jauh dari pembuli

Pengetua dan Warden tidak memberi kaunseling kepada mangsa yang dibuli. Trauma yang
dilalui oleh mangsa dianggap tidak perlu ditangani oleh Pengetua dan
Warden. Trauma ini akan terus menghantui mangsa dalam hidupnya. Perasaan marah,
geram, dan dendam akan terus tersemat di hati selagi mana pembuli tidak diberi hukuman
setimpal.
Pembuli pula merasa bangga dengan perbuatan mereka jika mereka tidak menerima
hukuman yang keras dari pihak sekolah. Bagi hukuman sekadar kena gantung asrama,
dimarah, diberi amaran, atau dibuang sekolah tidak langsung membawa kesakitan pada
tubuh badan pembuli tidak mengubah perasaan bongkak mereka dengan perbuatan buli itu.
Hukuman itu semua tidak sekali-kali menyakitkan tubuh badan mereka tidak sepertimana
yang dialami oleh mangsa yang mereka buli. Perasaan “terselamat” akan medorong mereka
untuk mengulanginya semula pada masa akan datang. Di sinilah bibit gengsterism dan
penjenayah mulai tersemai. Semuanya kerana sikap lalai, cuai, tidak bertanggungjawab,
lepas tangan dan pemalas dalam kalangan Pengetua dan Warden yang menjadi pentadbir
dan pengurus sebuah premis bernama sekolah yang mempunyai asrama.

Apabila ibubapa membuat laporan kepada polis akan kes buli, polis akan melawat sekolah
dan berbincang dengan Pengetua dan Warden. Sekali lagi, Pengetua dan Warden akan
mengatakan

 pihak sekolah akan selesaikan secara dalaman dengan ibubapa pelajar pembuli dan
ibubapa mangsa
 pihak sekolah akan bawa perkara ini kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan
seterusnya

Lalu polis akan memaklumkan kepada ibubapa dan memujuk ibubapa untuk selesaikan
masalah anak mereka dibuli dengan pihak sekolah. Malah pihak sekolah
akan menggunakan PIBG untuk menyokong tindakan Pengetua dan Warden sekolah.
Dengan demikian, ibubapa mangsa akan merasa sedikit kepuasan kerana pihak sekolah
sudah ambil tindakan yang sewajarnya. Kononnya begitu. Maka Pengetua dan Warden
terlepas dari dikenakan tindakan disiplin kerana cuai dan lalai dalam mengurus sekolah
dengan baik.

APA YANG PATUT MANGSA DAN IBUBAPA MANGSA LAKUKAN?

Berikut adalah langkah yang patut dibuat oleh mangsa dan ibubapa kepada mangsa buli
mengikut urutan sepertimana yang digariskan di bawah ini:

1. Mangsa perlu faham bahawa buli adalah satu kesalahan jenayah juvenil dan


pembuli mesti dihukum
2. Mangsa dengan bantuan ibubapa/penjaga hendaklah berjumpa dengan
doktor di hospital kerajaan atau klinik kerajaan untuk mendapatkan
pemeriksaan kesihatan dan dapatkan dokumen rasmi dari doktor
3. Seterusnya mangsa bantuan ibubapa/penjaga hendaklah membuat laporan
polis dengan memberikan satu salinan laporan pemeriksaan kesihatan dari hospital
kerajaan; di dalam laporan polis berkenaan hendaklah memohon polis membuat
penyiasatan kes buli itu.
4. Ibubapa boleh menulis surat kepada sekolah, bukan telefon atau perbualan lisan
sahaja, mendapatkan penjelasan mengenai kes buli ini, dan kepilkan salinan
laporan pemeriksaan kesihatan dan laporan polis. Surat ini hendaklah
disalinkan kepada Pengarah, Kementerian Pelajaran dan Pengarah Pejabat
Pendidikan Daerah. Dokumen ini penting dan dokumen akan dimasukkan dalam
fail atau rekod perkhidmatan Pengetua dan Warden. Lazimnya apabila ada rekod
bertulis, maka Pengetua dan Warden akan merasa gerun untuk lalai dan cuai dalam
menjalankan tugas mereka. Tanpa dokumentasi, mangsa dan ibubapa kepada
mangsa akan hadapi jalan sukar untuk membawa kes ini ke mahkamah juvenil jika
ibu bapa mahu memastikan pembuli dihukum, Pengetua dan Warden juga dihukum!
5. Jika perlu dapatkan khidmat guaman untuk menyaman Pengetua dan Warden,
pembuli, sekolah, dan Kemterian Pelajaran Malaysia kerana kecuaian mereka semua
dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan kecederaan atau menjejaskan
keselamatan pelajar.

KESIMPULAN

Pengetua dan Warden adalah orang yang pertama harus memikul beban tanggungjawab
dan akauntabiliti apabila ada kes buli di premis bawah jagaan mereka. Kementerian
Pelajaran boleh membuat ISO dan SOP bagi tangani kes buli, tetapi Kementerian Pelajaran
dan pihak sekolah tidak ada hak untuk menghalang mangsa dan ibubapa dari membuat
laporan polis dan seterusnya membawa kes buli ke mahkamah.

KUALA LUMPUR - Pihak pentadbiran sekolah dan asrama hari ini disaran memasang kamera
litar tertutup (CCTV) sebagai langkah pencegahan kes buli pelajar.

Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi University Help, Datuk Akhbar Satar berkata,
selain itu pentadbir asrama termasuk warden perlu bertindak proaktif dalam mengenalpasti
pelajar-pelajar senior yang bermasalah - kumpulan yang suka membuli dan memukul pelajar
junior.

"Kes buli dan memukul pelajar junior kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.  

"Sehubungan itu, pemantauan harus dilakukan dari masa ke masa agar tindakan yang
sewajarnya dapat dilakukan terhadap pelajar yang bermasalah," katanya ketika dihubungi
Bernama.

Beliau diminta mengulas kes kematian pelajar kolej vokasional Bachok, Kelantan Mohamad
Nur Akram Zime, 16, pada 12 Mei, dikatakan akibat disepak oleh seorang pelajar senior
berusia 17 tahun di bilik asrama.  

Akhbar berkata, kes itu menunjukkan bahawa pentadbir asrama termasuk warden lambat
bertindak untuk mengenalpasti pelajar-pelajar senior yang bermasalah.
Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee
Lam Thye berkata, kes buli dan pukul bukan sahaja melibatkan sekolah berasrama tetapi juga
sekolah bukan asrama.

"Ibu bapa pelajar harus memantau pergerakan dan kelakuan anak-anak mereka sama ada
mereka kaki buli dan pukul atau menjadi mangsa.

"Kes ugut dan pukul membabitkan seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun di Pandamaran,
Klang baru-baru ini menunjukkan bahawa kes seumpama itu kini berada dalam keadaan
yang membimbangkan," katanya.

Lam Thye berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak pentadbiran sekolah perlu
bekerjasama dalam memastikan sekolah mereka bebas dari budaya samseng dalam
kalangan pelajar.

Pemantauan terhadap pelajar bermasalah perlu dilakukan oleh guru-guru. Guru disiplin
memainkan peranan penting dalam memberi penerangan kepada pelajar mengenai
keburukan mengamalkan budaya samseng, kata beliau.

Katanya, pelajar yang menjadi mangsa atau menjadi saksi kepada kes buli dan pukul juga
harus tampil membuat laporan kepada pihak sekolah dengan segera.  

Mereka tidak harus mendiamkan diri kerana keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya
tiada tindakan pencegahan awal dilakukan. – Bernama
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pemasangan-cctv-di-asrama-sekolah-atasi-kes-buli-
1.391192 17 mei 2015
Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.. Terdapat banyak
langkah yang efektif boleh dijalankan bagi membendung gejala ini. Antaranya
ialah ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk
membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik
kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan  atau tindak tanduk ibu
bapa sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berkelakuan baik di
hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina
orang dan sebagainya. Bak kata pepatah bapa borek, anak rintik, seperti ketam
mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya berjalan senget. Tambahan
lagi, di samping mengejar kesenangan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu
bapa juga seharus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka
semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya
kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga
harus memupuk peribadi anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah
dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes
buli yang berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk
membuat laporan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat
diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan semua. Manakala, pihak
sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus
berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan
sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini
masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan
berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki
terlibat dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah
yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mencari jalan keluarnya. Pihak sekolah
harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia
tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada
pelajar yang lain. Disiplin dan peraturan sekolah juga perlu diketatkan dan
ditekankan kepada para pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan
sekolah dan tidak membuat kesalahan seperti penglibatan dalam gejala buli.

Seterusnya, pihak kerajaan juga harus memainkan peranan aktif dalam


membendung gejala ini. Kementerian Pendidikan dan juga pihak sekolah harus
mengambil berat isu kes buli ini. Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan
sebagainya perlu diperkasakan. Melalui pendidikan ini,para pelajar mulai sedar
akan baik buruk buli serta menjauhi gejala yang negatif itu. Kerajaan juga perlu
bergabung dengan agensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen
kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala buli. Melalui cara ini, remaja
dapat mempelajari kesan sampingan yang diperoleh daripada melakukan gejala
membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang
lain. Contohya, kempen ANTI BULI yang dijalankan di pekan Marang telah
mendapat sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes buli dapat
dikurangkan di sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin
melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal
sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan
2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini
kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui
negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Oleh hal itu, semua pihak haruslah sehilir semudik
dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita
terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga
berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat
menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.
Share: 
Tindakan drastik untuk tutup sekolah atau menghentikan pengoperasian sekolah
sebagai usaha menyelesaikan isu buli di peringkat sekolah tidak ada dalam cadangan
Kementerian Pendidikan. Demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin
Woon kepada Dewan Rakyat, di Parlimen bagi menjawab soalan tambahan Nurul Izzah
Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada 24 Julai lalu.

“Buli tidak boleh diselesaikan dengan melihat secara kes demi kes, oleh sebab itu
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menjalankan mesyuarat dan permuafakatan
melibatkan ibubapa, pihak polis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menurutnya, peratusan murid terlibat dalam salah laku buli yang direkodkan sistem
sahsiah diri murid bagi tempoh 2012 hingga 2016 adalah terkawal dengan trend menurun
dari 0.08 peratus kepada 0.06 peratus.

Beliau berkata, dalam tempoh Januari hingga Jun 2017, sebanyak 0.02 peratus murid
terlibat dalam gejala tersebut.

“Berdasarkan rekod sistem pengurusan isu disiplin dan pendidikan, tiada kes yang
melibatkan kematian akibat perbuatan buli dalam kawasan sekolah sepanjang tempoh 2012
hingga sekarang,”katanya.

Katanya, kes buli di sekolah secara relatif sangat kecil namun kementerian tidak pernah
memandang ringan.

“Hukuman keras seperti rotan dan buang sekolah adalah langkah akhir bagi menjaga
ketenteraman sekolah,” katanya.

Pelbagai kes kejadian buli yang dilaporkan dan tular di dalam media massa dan media
sosial cepat mendapat perhatian umum. Situasi ini adakala amat membimbangkan bukan
sahaja pihak individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pendidikan. Oleh yang demikian, masalah
ini perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan
keharmonian sesebuah sekolah.

Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan
negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik murid yang dibuli. Buli
dikatakan sering berlaku di dalam bilik darjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di
kantin dan juga di dalam tandas. Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada
perlakuan yang tidak sihat ini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan.

Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik
buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut akan perangai dan
tindakan rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka kemungkinan
besar akan terjebak dengan gejala buli ini.

Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka yang tidak
mahu kalah setelah dicabar rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi individu
tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan otaknya.

Sebelum masalah ini menjadi semakin serius, langkah-langkah mengatasi perlu diambil
dengan efektif. Ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan anak
mereka tidak terlibat.

Masyarakat perlu memikir nasib mangsa buli kerana mereka bukan saja mendapat
kecederaan fizikal malah turut menjejaskan emosi. Usaha membanteras gejala buli perlu
ditangani dengan berkesan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan sekali gus
menjamin kesejahteraan negara.

Dari semasa ke semasa, terdapat kes buli fizikal ekstrem yang berlaku dalam kalangan
murid sekolah yang mendapat perhatian media. Kes buli yang ekstrem ini menyebabkan
percubaan membunuh diri, kecederaan parah dan juga kematian.

Contoh-contoh perbuatan buli fizikal ialah menolak, menampar, memukul atau


memeras ugut. Dalam beberapa kes yang pernah dilaporkan, ia bukan sahaja melibatkan
murid lelaki tetapi juga murid perempuan.

Banyak faktor yang menyumbang perbuatan buli ini. Justeru, semua masalah perlu
ditangani. Faktor utama yang menyebabkan ada sifat pembuli adalah keluarga sendiri,
seterusnya keadaan sekeliling termasuk pengaruh media, filem, video serta internet.

Menurut Profesor Olweus dari Universiti Bergen, Norway iaitu pelopor dalam kajian
buli di dunia, terdapat pelbagai sebab kenapa murid membuli. Sebahagian besar daripada
pembuli mengatakan mereka membuli murid lain kerana seronok-seronok.

Ada pembuli menyatakan mangsa memang patut dibuli dan yang lain pula menyatakan
mereka bosan dengan sekolah dan membuli murid lain merupakan satu cara untuk
menghilangkan perasaan bosan. Sebab mereka membuli ialah kerana marah atau benci
kepada mangsa.

Mengikut kajian bekas Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah
Yaakub, murid baru di sekolah adalah individu yang selalu menjadi mangsa buli. Murid yang
disayangi guru tidak akan digemari rakan.

Bagi kes buli fizikal, mereka yang berbadan kecil menjadi mangsa. Tidak mahu
berkongsi alat tulis atau memberi idea untuk membuat kerja rumah turut menjadi sebab
membuli.

Bagi murid sekolah berasrama pula, bentuk buli juga berlaku dengan meminta mangsa
membasuh baju, mencuci tandas atau mengambil makanan dari kantin. Mereka yang lebih
gemar bercakap dalam bahasa Inggeris turut tidak disenangi.
Kajian Dr. Noran Fauziah juga mendapati apabila ditanya kepada pihak sekolah seperti
guru kaunseling, guru disiplin atau pengetua, murid yang menjadi pembuli tidak berminat
dengan pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.

Dari segi latar belakang keluarga, pembuli dikatakan datang daripada keluarga yang
bermasalah, tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa atau terlalu dimanja.
Pihak sekolah juga menyedari murid baru turut menjadi sasaran.

Menurut Dr. Noran Fauziah, untuk menangani masalah buli, sekolah perlu mengakui
bahawa masalah ini wujud. Mangsa tidak akan mengadu kepada pihak pengurusan sekolah
sekiranya mereka tahu cerita mereka tidak akan dipercayai dan mereka tidak dijamin
perlindungan.

Empat peringkat menangani masalah buli

Pertama ialah peringkat sekolah. Dr. Noran Fauziah menyarankan sekolah perlu
mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada
bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta murid mengisi borang
soal selidik berkaitan dengan buli.

Murid boleh juga menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapat
respons yang lebih tinggi tentang perkara ini, identiti murid hendaklah dirahsiakan

Kedua, sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli.

Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga
mengedarkan risalah antibuli kepada setiap murid untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.

Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, beberapa petua
mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli
dan talian telefon atau alamat e-mel untuk melaporkan insiden buli. Mereka yang boleh
membuat laporan bukan sahaja mangsa tetapi juga saksi.

Ketiga, satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah perlu dibentuk.

Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada pengetua, guru kaunseling, guru
disiplin, wakil ibu bapa dan wakil murid. Mereka berperanan mengurus program antibuli
dan menilai keberkesanannya

Keempat, perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat


PIBG. Bagi peringkat kelas pula, satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar
tentang buli perlu dibentuk. Peraturan tersebut hendaklah menyenaraikan semua tingkah
laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan apa hukuman yang
akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya. Setiap murid diberikan senarai
peraturan tersebut dan mereka hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu
salinan disimpan di dalam fail murid. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut
menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan satu perjanjian tingkah laku antara
murid dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah. Dari semasa ke semasa, guru hendaklah
membincang tentang isu buli dengan murid.

Bagi peringkat individu, ia melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras


antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan
sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.
Seterusnya, guru kaunseling boleh mengadakan sesi main peranan tingkah laku
empatik dengan pembuli. Latihan asertif pula perlu diadakan dengan mangsa.

Sudah sampai masanya pihak yang bertanggungjawab perlu memikirkan dengan serius
tentang masalah buli dan cuba melaksanakan bagaimana hendak mengatasinya atau
menghalangnya daripada berlaku.

Kita tidak perlu menunggu kes ekstrem yang lain untuk berlaku sebelum kita berbuat
sesuatu untuk memastikan kawasan sekolah selamat (psikologi dan fizikal) untuk anak-anak
kita.

You might also like