You are on page 1of 13

Ponteng Masalah Disiplin Paling Serius

30Share Ponteng sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah laku itu serta akibatnya. Daripada lapan jenis salah laku disiplin disenaraikan Kementerian Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua terbanyak selepas kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan. Berdasarkan pengalaman lalu, akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak.

2007 : 21,060 pelajar ponteng


Implikasi besar yang mungkin wujud akibat masalah ponteng itu menyebabkan ia dianggap Kementerian Pelajaran sebagai salah laku disiplin paling serius. Rekod Kementerian Pelajaran tahun lalu menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006. Kesalahan berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34 peratus) pada 2006. Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) pada tahun sebelumnya. Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu. Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu. Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes. Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03 peratus.

Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius. Artikel ini ditulis oleh Rosniza Mohd Taha. Sebelum ini saya sendiri ada menulis mengenai Ponteng Antara Masalah Disiplin Pelajar Sekolah.

penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah yang lebih positif.
o

3.0.2 Samseng Dan Gengsterisme Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin membimbangkan .Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya.. Berita Harian , 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan .
o

Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Seawal belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah ekstrem seperti membunuh , merogol dan menyamun. Mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencuri motosikal, pecah rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit dengan jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api , pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api. Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan di Parlimen, statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh mengikut negeri-negeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan.
o

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri . Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja .Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka.

Ponteng Sekolah Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar.
o

Di antara faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya. Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya.. 3.0.4 Black Metal Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal. Semua ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka.. Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti upacara yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam.
o

Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda Yahudi dengan menafikan tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi perkara yang sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara ini yang terpengaruh

dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat tempat sebagai pegangan hidup kita.
o

Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya, tanpa kita membebankan mana-mana pihak.
o

3.0.5 Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan dikalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam.
o

Masalah merokok di kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri. Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya. SEKOLAH adalah tempat pelajar-pelajar mendapat ilmu secara teori dan amali. Kurikulum pembelajaran telah disusun dan diadun mengikut acuan pendidikan Malaysia. Sebelum merdeka, pendidiknya dedikasi dan garang tapi hasilnya membanggakan walaupun prasarana sekolah menyedihkan. Masalah disiplin memang ada tetapi tidaklah menjadi budaya seperti sekarang. Hari ini, pelajar-pelajar nakal telah menjadi pelajar-pelajar samseng, siapa hendak dipersalahkan? Generasi hari ini tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak. Puncanya

mungkin:

* Ramai rakyat terpelajar

* Kemudahan guaman

* Pengaruh media elektronik

* Pengaruh rakan

* Pengaruh hiburan

* Resapan dakyah politik

* Masalah keluarga

* Masalah ekonomi

* Masalah kakitangan sekolah

* Masalah PIBG

* Masalah pegawai Masyarakat hari ini majoritinya bijak-bijak belaka. Walaupun golongan marhaen tidak berkelulusan tinggi tetapi mereka dapat mengeluarkan pendapat, yang bernas. Malangnya bila diajukan pendapat, pihak atasan akan menemplak seperti ''Awak ni siapa?''. ''Apa kelulusan hang?''. ''Apa pekerjaan kau?'' ''Mu apo tahu'', ''Hang tahu tak saya ni pegawai'' dan lain-lain dugaan yang diterima. Kemudahan guaman: Pada hari ini juga, sudah menjadi trend masyarakat menggunakan khidmat guaman. Bila anak menimbulkan masalah di sekolah, pihak sekolah dipersalahkan. Ini kerana apa? Mereka ini ada wang lebih. Hendak menjaga identiti konon. Pelajar akan mencawat ekor. Pengaruh media elektronik: Hari ini setiap rumah mempunyai alat media elektornik. Yang diminati oleh pelajar ialah perisian budaya kuning, budaya bahasa dan budaya merah dalam perisian program televisyen dan komputer. Budaya kuning seperti keterlaluan seks. Budaya merah iaitu keganasan seperti wrestling. Satu lagi budaya bahasa lepak. Budaya ini mudah mempengaruhi

PUTRAJAYA 30 Sept. Kadar salah laku disiplin murid sekolah rendah termasuk penyalahgunaan dadah mencatat peningkatan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ia berbeza dengan pelajar sekolah menengah yang menunjukkan penurunan dalam kes tersebut dalam tempoh yang sama. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, walaupun peningkatan masalah disiplin di sekolah rendah hanya daripada 0.78 peratus kepada 0.79 peratus, pihak kementerian tetap menganggapnya sebagai serius.

Secara keseluruhan, katanya, dalam tempoh enam bulan pertama ini, jumlah murid yang terlibat dengan salah laku disiplin ialah 1.26 peratus iaitu menurun 0.01 peratus jika dibandingkan dengan tempoh sama pada 2008. Isu yang melibatkan disiplin murid secara keseluruhannya berada dalam situasi terkawal walaupun ia membabitkan kes berat seperti pukul, gaduh, ponteng sekolah serta masalah disiplin ringan. Peningkatan yang berlaku di peringkat sekolah rendah membabitkan ponteng sekolah, kekemasan diri dan kurang sopan, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Disiplin kali ke2 bersama polis, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kesatuan-kesatuan guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kadar salah laku disiplin pelajar sekolah menengah secara keseluruhannya menurun daripada 1.96 peratus tahun lalu kepada 1.93 peratus tahun ini. Statistik kementerian menunjukkan terdapat 3.2 juta murid sekolah rendah dan 2.2 juta pelajar sekolah menengah di seluruh negara. Ka Siong berkata, jumlah aduan disiplin murid yang diterima bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini ialah 65 kes, menurun 31 kes berbanding 96 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Tugas mendisiplinkan pelajar antara tugas utama guru, mana-mana pengurusan sekolah yang didapati cuai dan lalai dalam usaha ini akan dikenakan tindakan, katanya. Sementara itu, dalam mesyuarat tersebut, antara cadangan bagi menangani isu disiplin ialah pembayaran elaun tanggungjawab dan pengurangan waktu mengajar bagi guru kanan disiplin di sekolah rendah dan menengah. Selain itu, mewujudkan jawatan warden di semua asrama sekolah di seluruh negara dan mengecilkan nisbah guru kaunselor daripada 1:500 kepada 1:300. Ia juga mencadangkan diperkenalkan program rintis Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) di 116 sekolah menengah, pelaksanaan piawaian keselamatan sekolah dan kerjasama erat dengan NGO dan Majlis Pemangkin Aspirasi Nasional (Mapan), Persatuan Psikologi Malaysia dan Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF). Sumber : Utusan Malaysia MELAKA: Sebanyak 1.27 peratus daripada kira-kira 5.4 juta pelajar sekolah di negara ini terbabit dalam kes disiplin dalam tempoh Januari hingga Jun lalu.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata antara kes disiplin mengikut takrifan Kementerian Pelajaran itu ialah jenayah, kelucahan, kurang sopan, kekemasan diri, ponteng sekolah, kenakalan dan tidak pentingkan masa.

"Statistik ini daripada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, saya bimbang tengok statistik ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kelab Pencegahan Jenayah Negeri Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Ayer Keroh di sini, hari ini. Lee berkata, antara kategori kes disiplin yang mencatat peratusan paling tinggi ialah tidak pentingkan masa 0.23 peratus, jenayah (0.22 peratus) dan ponteng sekolah (0.22 peratus).

Walaupun tingkah laku kurang sopan hanya mencatat 0.19 peratus dan tingkah laku kelucahan (0.03 peratus), ia agak membimbangkan kerana boleh menjurus kepada masalah sosial yang kini berleluasa di kalangan remaja.

Beliau berkata, antara faktor yang menyebabkan masalah itu ialah kemerosotan moral kesan daripada kurang pengawasan, keruntuhan institusi keluarga dan pengaruh negatif rakan sebaya. Kelab Pencegahan Jenayah ditubuhkan sejak 1999 bagi membantu remaja bebas daripada jenayah dan ia kini dianggotai 478,168 pelajar iaitu 313,208 pelajar sekolah menengah dan selebih murid sekolah rendah.-- Bernam
Menurut statistik, hukuman buang sekolah di seluruh negara mencatatkan 5,025 kes pada 2003; 5,427 (2004); 7,493 (2005) dan 2,526 (2006). Manakala jumlah yang digantung persekolahan atas pelbagai kes dua kali ganda jumlahnya daripada jumlah tindakan buang sekolah. Pelbagai pihak bimbang jika tindakan buang dan gantung persekolahan dikenakan ke atas pelaja Mar 31, 2011 No Comments

Minda: Matlamat ke sekolah masih kurang difahami


[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook3

DALAM masa singkat kita dikejutkan dengan tiga masalah membabitkan disiplin pelajar. Pertama, di Perlis, seorang ketua kelas yang dibelasah sekumpulan sepuluh orang pelajar di luar kelas. Menariknya, ketua kelas yang sedang belajar itu tiba-tiba ditarik keluar dari kelas dan dibelasah sehingga patah tangan kirinya. Di Kuala Lumpur pula, dua pelajar mengubah suai mercun bola dan lingkaran nyamuk kemudian cuba meletupkan bangunan sekolah selepas mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan seorang guru. Walaupun tidak berlaku sebarang kecederaan dan kerosakan akibat tiga letupan yang

dilakukan, tindakan itu dianggap berani dan mencabar kuasa sekolah dan badan disiplin. Di Negeri Sembilan, seorang pelajar sekolah tahfiz cedera dibelasah selepas disyaki mencuri wang di asrama pusat tahfiz berkenaan. Kita nampak dalam kes ini bahawa badan bertindak menangani disiplin bukan hanya daripada badan yang dibentuk oleh sekolah, tetapi wujud pula badan bebas yang bertindak sesuka hati dan di luar kawalan. Kita tidak dapat membayangkan apa lagi yang akan berlaku di sekolah suatu masa nanti. Kisah pelajar menumbuk dan mencederakan guru sudah berlaku, pelajar merosakkan harta benda dan kereta guru pun sudah ada, peras ugut dan gengster juga banyak berlaku dan tidak pernah selesai meskipun pelbagai ikhtiar dilakukan. Semua ini memperlihatkan betapa sekolah kini menghadapi krisis disiplin semakin serius dan membimbangkan sedangkan sekolah adalah institusi untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengamalkan pelbagai nilai murni, bukan sebaliknya. Menangani masalah disiplin pelajar perlu dipikul pelbagai pihak. Selain daripada ibu bapa dan sekolah sebagai dua pihak penting yang mesti mengawal tingkah laku pelajar, masyarakat sekeliling tidak boleh lepas tangan dalam menangani masalah ini. Masalah disiplin di sekolah sebenarnya berpunca daripada pelajar bermasalah. Kebanyakan daripada mereka tidak berminat untuk belajar atas sebab-sebab tertentu. Malah, atas faktor tertentu ada juga pelajar yang pada awalnya memperlihatkan prestasi yang baik dalam pelajaran tiba-tiba bertukar menjadi pelajar bermasalah dan menimbulkan masalah pula di sekolah. Dalam satu kenyataan oleh Datuk Noh Omar ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran, ramai antara pelajar yang dikenakan tindakan buang sekolah atas kesalahan disiplin gembira dengan tindakan yang dikenakan ke atas mereka. Oleh itu, masalah disiplin yang berlaku sama ada di kawasan sekolah mahupun di luar berpunca daripada kurangnya kefahaman pelajar mengenai tujuan mereka ke sekolah iaitu untuk membentuk masa depan menjadi seorang warga negara yang dapat menyumbang jasa kepada negara. Tidak ada ibu bapa yang berpesan kepada anak-anak mereka supaya pergi bergaduh di sekolah, mencuri barang atau wang rakan, melawan cakap guru dan merosakkan harta benda sekolah apatah lagi membakar sekolah. Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah mesti memainkan peranan lebih aktif menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. Kepada pelajar yang kurang minat belajar, fokus mesti diberikan kepada golongan bermasalah ini supaya masalah disiplin tidak terus menjadi barah yang mampu menjejaskan masa depan mereka dan menjejaskan nama baik sekolah. Pemahaman pelajar mengenai peraturan di sekolah sangat penting walaupun tujuan asal mereka ke sekolah sudah menyimpang. Apa pun pelajar mesti diasak supaya menghormati peraturan sekolah agar segala apa yang ada di kawasan sekolah juga dihormati. Sama juga di rumah, ibu bapa mesti menekankan kepada anak-anak yang bersekolah supaya menghormati mereka, guru, orang tua dan lain-lain yang perlu dihormati supaya mendapat keberkatan dalam hidup. Pelbagai bentuk denda yang dikenakan ke atas pelajar yang terbabit dengan gejala disiplin di sekolah seolah-olah tidak mampu mengekang masalah ini. Menurut statistik, hukuman buang sekolah di seluruh negara mencatatkan 5,025 kes pada 2003; 5,427 (2004); 7,493 (2005) dan 2,526 (2006). Manakala jumlah yang digantung persekolahan

atas pelbagai kes dua kali ganda jumlahnya daripada jumlah tindakan buang sekolah. Pelbagai pihak bimbang jika tindakan buang dan gantung persekolahan dikenakan ke atas pelajar menyebabkan pelajar lain mengambil kesempatan melakukan kesalahan dengan harapan mereka juga akan dikenakan tindakan sama. Ini adalah penyakit malas belajar kerana setelah diasak dengan pelbagai nasihat betapa pentingnya ilmu, pelajar tidak terbuka hati untuk belajar. Pada 2008, kes pelajar perempuan menendang gurunya di Perlis yang mendapat liputan meluas telah dikenakan hukuman buang sekolah dan diikuti tiga rakannya yang turut dikenakan hukuman sama kerana terlibat dengan pergaduhan di sekolah itu. Ramai berpendapat hukuman buang sekolah tidak begitu sesuai kerana apa akan jadi dengan pelajar ini selepas tidak berada lagi di alam persekolahan. Namun, jika dibiarkan pelajar bermasalah ini, tidak hairan jika rakan lain pula akan menuruti mereka dan dibimbangi akan terbentuk pula gengster di sekolah. Ada yang mempersoalkan kenapa hukuman rotan tidak diperkenalkan semula setelah kaedah kaunseling dan sebagainya dikatakan tidak memberi kesan positif kepada pembentukan semula sahsiah pelajar di sekolah. Ada yang berharap kementerian menambah jumlah guru lelaki supaya seimbang dengan jumlah guru perempuan yang dikatakan menguasai bidang perguruan. Menurut catatan, terdapat 126,171 guru lelaki manakala guru perempuan 279,545. Apa pun, seperti dinyatakan tadi, masalah disiplin amat bergantung kepada pelajar itu sendiri. Jika niat asal mereka menjadikan sekolah sebagai tempat mencari ilmu, tidak kira siapa pun yang mengajar mereka, mereka akan menghormati dan tidak akan melakukan pelbagai kesalahan yang boleh menjejaskan cita-cita mereka. Oleh itu, mereka perlu menghormati undang-undang di sekolah, hormat nasihat ibu bapa dan guru serta menghormati segala ilmu positif yang mereka pelajari kemudian mengamalkannya. Di China, tadika Linkangyuan, Kunming, menghendaki setiap muridnya membawa sebiji telur ayam mentah ke sekolah dan telur itu mesti dibawa bersama ke mana-mana. Setiap murid mesti membuktikan telur ayam itu tidak pecah sepanjang mereka berada di tadika tersebut dan sebelum pulang ke rumah. Cara ini dikatakan berkesan kerana murid-murid tidak akan terlompat-lompat, tidak bergaduh dengan rakan dan sebagainya kerana menjaga telur ayam berkenaan. Mungkin sudah tiba masanya kita memikirkan apa yang perlu dibawa oleh pelajar ke sekolah supaya mereka juga tidak terkinja-kinja ke sana ke mari. >Penulis seorang guru Sumber : Harian Metro

Carian BHO

statistik masalah disiplin pelajar 2011 statistik buang sekolah statistik masalah disiplin pelajar statistik masalah disiplin berita harian online statistik masalah disiplin di sekolah pada tahun 2011

tujuan ke sekolah statistik masalah disiplin pelajar tahun 2011 MASALAH DISIPLIN BERPUNCA DARI SEKOLAH bagaimana disiplin berpunca daripada pihak sekolah statistik masalah disiplin kini statistik masalah disiplin pelajar 2011 di pahang statistik masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah di malaysia untuk tahun 2011 masalah kurang disiplin statistik kes masalah disiplin di SJK statistik hukuman rotan di sekolah statistik buang sekolah seluruh negara statistik buang sekolah malaysia statistik masalah disiplin pelajar di malaysia tahun 2008 statistik masalah disiplin pelajar masa kini tujuan pelajar kesekolah tujuan pelajar ke sekolah tips pelajar menghormati guru dan ibu bapa statistik terkini masalah disiplin dikalangan pelajar statistik terbaru masalah guru di malaysia 2011 statistik tahun 2005 kes pelajar merosakkan harta benda sekolah statistik pelajar yang dikenakan tindakan kerana tidak menghormati guru statistik pelajar tak mampu ke sekolah di malaysia statistik pelajar gantung sekolah buang sekolah# statistik masalah tingkah laku pelajar remaja statistik masalah disiplin sekolah 2008

Baca Post Lain yang Berkaitan:


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. Minda: Matlamat ke sekolah masih kurang difahami Tahap kesedaran masih kurang Amalan membaca masih kurang Minda Seperti Mat Jenin Lebih Baik Daripada Tiada Matlamat Langsung Murid sambung cuti, sekolah masih banjir Kurang ilmu psikologi Peraturan kurang mantap Kurang sifat malu Restoran kurang ajar Syor Khairy kurang bijak Kurang ilmu mudah terpedaya Penyandang jawatan kurang menonjol Alternatif yang kurang cemerlang akademik Kurang didikan agama ketika kecil Tindakan kurang ajar, berdosa besar Kurang tiga jam, 78 kenderaan habis dilelong Kedah pula kurang bekalan gula

18. DALAM masa singkat kita dikejutkan dengan tiga masalah membabitkan disiplin pelajar. Pertama, di Perlis, seorang ketua kelas yang dibelasah sekumpulan sepuluh orang pelajar di luar kelas. Menariknya, ketua kelas yang sedang belajar itu tiba-tiba ditarik keluar dari kelas dan dibelasah sehingga patah tangan kirinya. 19. Di Kuala Lumpur pula, dua pelajar mengubah suai mercun bola dan lingkaran nyamuk kemudian cuba meletupkan bangunan sekolah selepas mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan seorang guru. Walaupun tidak berlaku sebarang kecederaan dan kerosakan akibat tiga letupan yang dilakukan, tindakan itu dianggap berani dan mencabar kuasa sekolah dan badan disiplin. Di Negeri Sembilan, seorang pelajar sekolah tahfiz cedera dibelasah selepas disyaki mencuri wang di asrama pusat tahfiz berkenaan. 20. Kita nampak dalam kes ini bahawa badan bertindak menangani disiplin bukan hanya daripada badan yang dibentuk oleh sekolah, tetapi wujud pula badan bebas yang bertindak sesuka hati dan di luar kawalan. Kita tidak dapat membayangkan apa lagi yang akan berlaku di sekolah suatu masa nanti. Kisah pelajar menumbuk dan mencederakan guru sudah berlaku, pelajar merosakkan harta benda dan kereta guru pun sudah ada, peras ugut dan gengster juga banyak berlaku dan tidak pernah selesai meskipun pelbagai ikhtiar dilakukan. Semua ini memperlihatkan betapa sekolah kini menghadapi krisis disiplin semakin serius dan membimbangkan sedangkan sekolah adalah institusi untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengamalkan pelbagai nilai murni, bukan sebaliknya. 21. Menangani masalah disiplin pelajar perlu dipikul pelbagai pihak. Selain daripada ibu bapa dan sekolah sebagai dua pihak penting yang mesti mengawal tingkah laku pelajar, masyarakat sekeliling tidak boleh lepas tangan dalam menangani masalah ini. Masalah disiplin di sekolah sebenarnya berpunca daripada pelajar bermasalah. Kebanyakan daripada mereka tidak berminat untuk belajar atas sebab-sebab tertentu. Malah, atas faktor tertentu ada juga pelajar yang pada awalnya memperlihatkan prestasi yang baik dalam pelajaran tiba-tiba bertukar menjadi pelajar bermasalah dan menimbulkan masalah pula di sekolah. 22. Dalam satu kenyataan oleh Datuk Noh Omar ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran, ramai antara pelajar yang dikenakan tindakan buang sekolah atas kesalahan disiplin gembira dengan tindakan yang dikenakan ke atas mereka. Oleh itu, masalah disiplin yang berlaku sama ada di kawasan sekolah mahupun di luar berpunca daripada kurangnya kefahaman pelajar mengenai tujuan mereka ke sekolah iaitu untuk membentuk masa depan menjadi seorang warga negara yang dapat menyumbang jasa kepada negara. Tidak ada ibu bapa yang berpesan kepada anak-anak mereka supaya pergi bergaduh di sekolah, mencuri barang atau wang rakan, melawan cakap guru dan merosakkan harta benda sekolah apatah lagi membakar sekolah. Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah mesti memainkan peranan lebih aktif menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. Kepada pelajar yang kurang minat belajar, fokus mesti diberikan kepada golongan bermasalah ini supaya masalah disiplin tidak terus menjadi barah yang mampu menjejaskan masa depan mereka dan menjejaskan nama baik sekolah. Pemahaman pelajar mengenai peraturan di sekolah sangat penting walaupun tujuan asal mereka ke sekolah sudah menyimpang. Apa pun pelajar mesti diasak supaya menghormati peraturan sekolah agar segala apa yang ada di kawasan sekolah juga dihormati.

Sama juga di rumah, ibu bapa mesti menekankan kepada anak-anak yang bersekolah supaya menghormati mereka, guru, orang tua dan lain-lain yang perlu dihormati supaya mendapat keberkatan dalam hidup. Pelbagai bentuk denda yang dikenakan ke atas pelajar yang terbabit dengan gejala disiplin di sekolah seolah-olah tidak mampu mengekang masalah ini. Menurut statistik, hukuman buang sekolah di seluruh negara mencatatkan 5,025 kes pada 2003; 5,427 (2004); 7,493 (2005) dan 2,526 (2006). Manakala jumlah yang digantung persekolahan atas pelbagai kes dua kali ganda jumlahnya daripada jumlah tindakan buang sekolah. Pelbagai pihak bimbang jika tindakan buang dan gantung persekolahan dikenakan ke atas pelajar menyebabkan pelajar lain mengambil kesempatan melakukan kesalahan dengan harapan mereka juga akan dikenakan tindakan sama. Ini adalah penyakit malas belajar kerana setelah diasak dengan pelbagai nasihat betapa pentingnya ilmu, pelajar tidak terbuka hati untuk belajar. Pada 2008, kes pelajar perempuan menendang gurunya di Perlis yang mendapat liputan meluas telah dikenakan hukuman buang sekolah dan diikuti tiga rakannya yang turut dikenakan hukuman sama kerana terlibat dengan pergaduhan di sekolah itu. Ramai berpendapat hukuman buang sekolah tidak begitu sesuai kerana apa akan jadi dengan pelajar ini selepas tidak berada lagi di alam persekolahan. Namun, jika dibiarkan pelajar bermasalah ini, tidak hairan jika rakan lain pula akan menuruti mereka dan dibimbangi akan terbentuk pula gengster di sekolah. Ada yang mempersoalkan kenapa hukuman rotan tidak diperkenalkan semula setelah kaedah kaunseling dan sebagainya dikatakan tidak memberi kesan positif kepada pembentukan semula sahsiah pelajar di sekolah. Ada yang berharap kementerian menambah jumlah guru lelaki supaya seimbang dengan jumlah guru perempuan yang dikatakan menguasai bidang perguruan. Menurut catatan, terdapat 126,171 guru lelaki manakala guru perempuan 279,545. Apa pun, seperti dinyatakan tadi, masalah disiplin amat bergantung kepada pelajar itu sendiri. Jika niat asal mereka menjadikan sekolah sebagai tempat mencari ilmu, tidak kira siapa pun yang mengajar mereka, mereka akan menghormati dan tidak akan melakukan pelbagai kesalahan yang boleh menjejaskan cita-cita mereka. Oleh itu, mereka perlu menghormati undang-undang di sekolah, hormat nasihat ibu bapa dan guru serta menghormati segala ilmu positif yang mereka pelajari kemudian mengamalkannya. Di China, tadika Linkangyuan, Kunming, menghendaki setiap muridnya membawa sebiji telur ayam mentah ke sekolah dan telur itu mesti dibawa bersama ke mana-mana. Setiap murid mesti membuktikan telur ayam itu tidak pecah sepanjang mereka berada di tadika tersebut dan sebelum pulang ke rumah. Cara ini dikatakan berkesan kerana murid-murid tidak akan terlompat-lompat, tidak bergaduh dengan rakan dan sebagainya kerana menjaga telur ayam berkenaan. Mungkin sudah tiba masanya kita memikirkan apa yang perlu dibawa oleh pelajar ke sekolah supaya mereka juga tidak terkinja-kinja ke sana ke mari.

23. PUMPP, NGO perangi iklan kurang ajar 24. Lelaki kurang siuman bakar rumah sendiri

25. Guru, 3 murid tadika diserang lelaki kurang siuman

You might also like