You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN
Bahasa Melayu telah berkembang daripada Bahasa Melayu Kuno ke Bahasa
Malayu Klasik. Berkembang lagi menjadi Bahasa Melayu Moden. Sebagai bahasa kebangsaaan
terdapat proses perancangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka agar bahasa Melayu
mampu standing dengan bahasa lain. Salah satu ciri sesebuah bahasa ialah mempunyai
sistemnya sendiri antara satu sistem yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah fonologi.
Banyak kajian telah dilakukan untuk mengetahui tentang fonologi bahasa Melayu.

2.0 DEFINISI FONOLOGI


1
1.Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi- bunyi bahasa sesuatu bahasa.
Bunyi bahasa ini disusun mengikut sistem dan kajian fonologi bertujuan untuk
menganalisis sistem tersebut.

2. Kajian tentang fonologi terbahagi kepada dua cabang iaitu:

F
N
O
B
d
i
a
g
y
m
n
i
y
n
u
a
e
b
k
l
r
h
g
p
s
T
C
o
f
g
a
h
i
d
n
s
k
l
y
b
c
e
m
o
fO
E
ti
a
b
r
u
t
h
s
e
p
l
y
(
n
e
i
j
a
k
g
n
s
h
3
d
a
n
y
i
g
o
l
o
n
h
:
k
m
e
t
i
s
r
a
c
e
s
m
n
,
)
i
l
u
k
ti

G
O
L
T
K
I
M
e
d
g
r
a
n
o
k
i
p
s
,
m
b
t
m
u
t
s
a
e
b
l
d
g
f
i
y
n
k
p
b
i
y
n
e
u
t
r
s
I )
r
o
t
i
d
u
a
(
n
k
p
r
.
u
n
e
t
-
y
b
d
)
ti
s
k
a
(
i
.
t

2
3.0 KONSEP BUNYI, FONEM, HURUF DAN
SUKU KATA

Dalam bidang fonologi aspek yang mendapat perhatian ialah konsep bunyi, fonem, huruf dan
suku kata.

BUNYI
1. Bunyi bahasa ialah bunyi – bunyi yang bermakna yang terdapat dalam pertuturan
manusia. Bunyi dikeluarkan adalah dalam bentuk ujaran yakni berentetan. Namun
begitu,untuk kajian bunyi- bunyi tersebut dipenggalkan menjadi unit- unit kecil yang
disebut sebagai bunyi penggalan atau fon.
2. Dalam penulisan fon itu ditulis dalam kurungan iaitu [ ] yang menandakan bahawa
fon itu merupakan satu bentuk bunyi bahasa. Contohnya perkataan siang terdiri
daripada fon [s], [i], [a], [n], [g].
3. Terdapat juga unsur- unsur bunyi lain yang tidak bersifat penggalan dinamakan sebagai
bunyi suprapenggalan. Contohnya, unsur kepanjangan yang membezakan perkataan
Inggeris [ sit] ( vokal i yang pendek ) daripada [ si:t] ( vokal i yang panjang – ditandai
dengan lambang dua titik : selepas vocal i )

FONEM
1. Fonem ialah suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi
sesuatu bahasa. Namun bagi tujuan analisis, bunyi yang didengar itu dipenggalkan,
diberi lambang dan digolongkan kepada fonem-fonem atas dasar ciri-ciri fonetiknya.
2. Dalam sesuatu bahasa, fonem berfungsi membezakan makna kata. Contohnya pasangan
kata padi dan pagi mempunyai makna yang berbeza disebabkan wujudnya perbezaan
bunyi [ d] dan [g] pada pasangan perkataan tersebut. Dua bunyi tersebut dianggap
sebagai dua fonem yang berasingan. Pasangan perkataan padi dan pagi dikenali sebagai
pasangan terkecil berkontras.
3. Setelah terbukti bahawa bunyi [ d] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, tanda
kurunga [ ] yang merupakan tanda bunyi bahasa berubah menjadi tanda / / untuk
menunjukan status fonem. Dengan ini, penulisan bunyi bahasa [d] dan [g] berubah
menjadi / d/ dan /g/
4. Terdapat juga fonem yang mempunyai anggota- anggota lain yang ciri fonetiknya sama
tetapi berbeza dari segi kehadiran dalam perkataan.

3
Contohnya fonem /p/ lazimnya dihasilkan sebagai bunyi letupan yang sempurna
letupanya seperti dalam perkataan [pagi] dan [apa] iaitu p pada awal dan tengah
perkataan. Tetapi apabila [p] hadir di akhir perkataan misalnya [ atap]. Bunyi letupan itu
tidak sempurna dan ciri itu ditandai dengan [ ] yang membawa maksud letupan tidak
sempurna.
Maka terdapatlah dua anggota fonem /p/ iaitu [p] yang letupanya terlaksana dan
letupanya tidak terlaksana. Dari segi ciri fonetik, [p] dan [p] adalah sama. Dari segi
peristilahan keadaan ini dikatakan satu fonem /p/ mempunyai dua alofon( kelainan
bunyi).
5. Setiap alofon yang menjadi anggota fonem digunakan dalam lingkungannya sendiri dan
lingkungan-lingkungan pemakaian alofon dari satu fonem dikatakan penyebarannya.
6.

HURUF
1. Huruf merupakan lambang yang diberikan kepada fonem-fonem yang terdapat dalam
sesuatu bahasa sehingga menghasilkan bahasa dalam bentuk tulisan.
2. Sistem fonologi telah digunakan untuk melambangkan fonem Bahasa Melayu dan
bahasa Melayu kita telah menggunakan dua jenis alfabet iaitu alfabet Romawi dan
Arab. Sistem tulisan yang berasaskan alfabet Arab telah diubah suai dan dikenali
sebagai tulisan jawi.
3. Alfabet Romawi terdiri daripada 21 lambang konsonan sedangkan konsonan Bahasa
Melayu terdiri daripada 27 fonem. Oleh itu konsonan ini dilambangkan oleh 20 huruf
tunggal dan lima huruf gabungan dengan dua huruf mewakili dua fonem tiap-tiap
satu.

H.Kecil H.Besar Fonem Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan


s S / s/ sila kasut lepas
h H / h/ hiba tahan sudah
r R / r/ rupa marah kitar
l L /l/ lima telan pukal
w W / w/ wau bawang
y Y /y/ yang bayang
Konsonan Asli

4
H. Kecil H. Besar Fonem Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan
p P /p/ pita depan gelap
b B /b/ baru lebat sebab
t T /t/ tamu petai bulat
d D /d/ duri kedai had
k K /k/ kita mekar rosak
g G /g/ guni pagar
c C /c/ cari kecil koc
j J /j/ jamu bujur kolej
m M /m/ madu rumah kolam
n N /n/ nada benar ikan
ny Ny / / nyata sunyi
ng Ng /ŋ/ ngeri tangan datang
q Q /q/ qari musabaqah buraq
f F /f/ fana sifat wakaf
v V /v/ van novel
s S / Ө/ Selasa misal bahas
d D /ð/ darab hadir
z Z /z/ zon azimat juz
sy SY /Š/ syarat masyhur skuasy
kh KH / x/ khas akhir tarikh
gh GH /ğ/ ghaib baghal baligh
Konsonan pinjaman fonem dan huruf rumi dalam Bahasa Melayu

Fonem Huruf Awal Tengah perkataan Tengah perkataan Akhir


Kecil Besar Perkataan ( terbuka) ( tertutup) perkataan
/i/ i I itik bilang bintang cari
/ é/ (e taling) e E ekor belon bengkang sate
/ a/ a A anak batu bantu bila
/ ə /( e pepet) e E emak belang pentas
/o/ o O orang borang conteng soto
/u/ u U ulat suka tunda malu
Vokal dan huruf rumi dalam Bahasa Melayu

SUKU KATA

5
1. Suku kata ialah pecahan pada sesuatu kata yang terdiri daripada vokal dan gabungan
dengan konsonan.
2. Suku kata terbahagi kepada dua jenis iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
3. Suku kata terbuka ialah suku kata yang berakhir dengan vokal. Contohnya tuba terdiri
daripada dua suku kata terbuka iaitu tu dan ba yang berpola KV + KV.
4. Suku kata tertutup ialah suku kata yang berakhir dengan konsonan. Contohnya kuntum
terdiri daripada dua suku kata tertutup iaitu kun dan tum yang berpola KVK+ KVK.
5. Terdapat 11 pola suku kata dalam Bahasa Melayu.

POLA CONTOH JENIS POLA POLA SUKU KATA


V anak Pola umum Terbuka
VK unta Tertutup
KV kapal Terbuka
KVK lampu Tertutup
KKV program Pola Terbuka
KKVK blok pinjaman Tertutup
VKK eksperimen Tertutup
KVKK bank Tertutup
KKVKK kompleks Tertutup
KKKV skru Terbuka
KKKVK spring Tertutup

4.0 PENGGOLONGAN BUNYI BAHASA


6
Bunyi – bunyi bahasa Melayu dapat digolongkan kepada bunyi- bunyi vokal, konsonan dan
diftong.

Bunyi Vokal Bahasa Melayu

1. Bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut
pita suara digetarkan.
2. Semasa mengeluarkan bunyi vokal udara dari paru-paru keluar berterusan melalui
rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan udara atau sebarang gangguan.
3. Terdapat enam vokal asli iaitu terdiri daripada 3 vokal depan , 1 vokal tengah dan 2
vokal belakang seperti berikut:

4. Rumusan kedudukan vokal- vokal adalah seperti berikut:

Vokal Lambang Nama Vokal


Vokal depan [i] Vokal depan sempit
[e] Vokal depan separuh sempit
[a] Vokal depan luas
Vokal tengah [ə] Vokal tengah
Vokal Belakang [u] Vokal belakang sempit
[o] Vokal belakang separuh sempit

5. Dalam sistem ejaan Baharu Bahasa Melayu bunyi vokal depan separuh sempit [ e ] dan
vokal tengah [ ə ] dilambangkan oleh huruf yang sama iaitu e. Huruf e yang

7
melambangkan bunyi vokal depan separuh sempit [ e ] dikenali sebagai e taling
manakala huruf [ e ] yang mewakili bunyi vokal tengah disebut e pepet.
6. Taburan vokal asli bahasa Melayu diperlihatkan oleh jadual berikut:

Vokal Kedudukan
Awal kata Tengah kata (terbuka) Tengah kata (tertutup) Akhir kata
i itu pisau pintar pili
e elok tengok kelengkeng tauge
a asyik balik bantal bara
u uri suria syurga sumbu
o olak rosak rompak konco
e[ə] enau lemak lembap idealism

BUNYI DIFTONG BAHASA MELAYU


1. Bunyi diftong ialah bunyi percantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkan dengan satu
hembusan nafas.
2. Diftong bersifat satu suku kata dan mempunyai satu puncak kelantangan kerana
berlaku geluncuran dari satu vokal yang mendahului ke vokal yang mengikutinya.
3. Terdapat tiga bunyi diftong iaitu [ ai ], [ au ], dan [ oi ]. Contohnya :
 [ ai ] – aising, hairan, pandai
 [ au] – aurat. Saudara,kerbau
 [ oi ] – boikot, amboi

8
1.1 RUJUKAN
 Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad, Teks Pra- U STPM
Bahasa Malaysia Kertas 1, Terbitan Pearson Longman 2010.
 http://www.scribd.com/doc

You might also like