You are on page 1of 23

PERMINTAAN AGREGAT (AD)

DAN PENAWARAN AGREGAT


(AS)
Permintaan Agregat (AD)

 AD merujuk kepada
kuantiti barang dan
perkhidmatan yang
diminta, atau kuantiti
KDNK benar yang
diminta, pada pelbagai
tingkat harga, ceteris
paribus.
Keluk AD

 Keluk menunjukkan
hubungan negatif/songsang
antara tingkat P dan Q
diminta bagi KDNK benar.
 Tingkat P meningkat, Q
diminta bagi KDNK benar
akan jatuh, dan sebaliknya.
Mengapa Keluk AD Bercerun Negatif?

 Kesan Baki Benar (Real Balance effect)


 menyatakan hubungan songsang antara tingkat P dan Q
berlaku melalui perubahan dalam nilai kekayaan
wang yang secara langsung akan mengubah tingkat
kuasa beli pengguna.
 P jatuh - nilai kekayaan wang tinggi – kuasa beli
meningkat. Semakin tinggi kekayaan wang seseorang,
semakin banyak kuantiti KDNK diminta – AD meningkat.
 P meningkat - nilai kekayaan wang yang rendah – kuasa
beli rendah. Semakin rendah kekayaan wang seseorang,
semakin sedikit kuantiti KDNK diminta – AD berkurang.
Sambungan

 Kesan Kadar Bunga (Interest Rate Effect)


 menyatakan hubungan songsang antara tingkat P dan
Q diminta berlaku melalui perubahan dalam
perbelanjaan isirumah dan perbelanjaan firma
yang sensitif terhadap perubahan kadar bunga.
 P jatuh – kekayaan wang meningkat – pengguna akan
membelanjakan sebahagian daripada kekayaan wang
mereka – selebihnya disimpan – penciptaan kredit
meningkat – duit banyak di pasaran – penawaran
wang meningkat – kadar bunga rendah – peningkatan
pinjaman oleh isirumah & firma untuk tujuan C dan I –
AD meningkat.
Sambungan
 P meningkat – kekayaan wang jatuh – pengguna
tidak cukup duit untuk berbelanja – terpaksa
menampung daripada tabungan – keluarkan
simpanan – penciptaan kredit berkurang – duit
sedikit di pasaran – penawaran wang rendah –
kadar bunga tinggi – pengurangan pinjaman oleh
isirumah & firma untuk tujuan C dan I – AD
berkurang.
Sambungan
 Kesan Dagangan Antarabangsa
(International Trade Effect )
 menyatakan hubungan songsang antara tingkat
harga dan kuantiti diminta berlaku melalui
perbelanjaan sektor antarabangsa, iaitu eksport dan
import.
 P barang/perkhidmatan Malaysia rendah berbanding
harga barang negara-negara lain – kuantiti barang
Malaysia diminta meningkat – AD meningkat.
 P barang/perkhidmatan Malaysia tinggi berbanding
harga barang negara-negara lain – kuantiti barang
Malaysia diminta jatuh/berkurangan – AD berkurang.
Perubahan Kuantiti Permintaan Agregat &
Perubahan Permintaan Agregat
 Perubahan dalam kuantiti permintaan bagi
KDNK benar disebabkan oleh perubahan dalam
tingkat harga - tidak melibatkan peralihan
keluk, tetapi hanya melibatkan perubahan titik
di sepanjang keluk AD. Di sini diandaikan faktor
selain harga adalah tetap.
 Perubahan dalam permintaan agregat ialah
peralihan dalam keluk AD sama ada ke kanan
(peningkatan) atau ke kiri (kejatuhan) daripada
keluk AD yang asal. Ia berlaku disebabkan oleh
faktor selain harga dan faktor harga diandaikan
tetap.
Perubahan Dalam Kuantiti Permintaan
Agregat & Perubahan Permintaan
Agregat
Perubahan Permintaan Agregat
 Jika pada tingkat harga tertentu, tingkat
perbelanjaan isirumah (C), pelaburan (I),
Perbelanjaan kerajaan (G) dan/atau
eksport bersih (X-M) meningkat, maka
AD akan meningkat.
 Jika pada tingkat harga tertentu, tingkat
perbelanjaan (C), pelaburan (I),
Perbelanjaan kerajaan (G) dan/atau
eksport bersih (X-M) berkurang, maka
AD akan berkurang.
Perubahan Dalam Perbelanjaan
Isirumah (C)
 Disebabkan oleh:
1. Kekayaan

2. Jangkaan tentang harga dan

pendapatan di masa hadapan


3. Kadar faedah

4. Cukai pendapatan
Perubahan Dalam Pelaburan (I)
Disebabkan oleh :
1. Kadar faedah

2. Jangkaan jualan pada masa

hadapan
3. Cukai perniagaan
Perubahan Dalam Eksport Bersih
(X-M)
Disebabkan oleh:
1. Pendapatan negara benar bagi sektor

luar negara - eksport negara lebih tinggi


daripada import, eksport bersih akan
meningkat, maka KDNK benar akan
meningkat – AD meningkat.
2. Kadar Pertukaran – sejauh mana

perbezaan dalam unit kewangan


mempengaruhi eksport dan import.
Penawaran Agregat Jangka
Pendek (AS)
 Kuantiti barang dan perkhidmatan
(KDNK benar) yang ditawarkan pada
pelbagai tingkat harga, ceteris paribus.
 Keluk penawaran agregat jangka pendek
berhubungan positif antara P dan KDNK
benar (Q).
Keluk Penawaran
Agregat (AS) Jangka
Pendek
Mengapa Keluk AS Jangka Pendek
bercerun Positif?
 Upah “tegar”
 Sesetengah ahli ekonomi percaya bahawa upah
adalah tegar atau tidak fleksibel disebabkan oleh
keadaan tertentu seperti kontrak antara majikan
dan pekerja.
 Firma akan bayar pekerja upah nominal, tetapi
mereka mengupah pekerja berdasarkan upah
benar (upah benar = upah nominal/harga).
 Buruh sanggup menawarkan perkhidmatan
sekiranya kadar upah benar lebih tinggi.
Sambungan
 Firma pula meminta buruh bergantung kepada
kadar upah benar (hubungan songsang).
 Sekiranya tingkat harga jatuh – kadar upah
benar meningkat – disebabkan kontrak antara
majikan dan pekerja, kadar upah tidak boleh
diubah – firma akan kurangkan output dengan
mengurangkan buruh – AS berkurang.
Sambungan
 Harga “tegar”
 Kadangkala harga juga sukar untuk diubah
dalam ekonomi disebabkan oleh adanya kos
yang terlibat dalam mengubah harga, iaitu kos
menu.
 Jika harga tegar untuk berubah, kejatuhan
dalam tingkat harga dikaitkan dengan kejatuhan
dalam tingkat output.
Sambungan
 Salah tanggapan Pengeluar
 Pengeluar akan meningkatkan output sekiranya
harga barangan meningkat, dan sebaliknya.
 Jika pengeluar tersalah membuat anggapan
tentang perubahan harga, maka tingkat harga
yang tinggi akan membawa kepada peningkatan
output
Sambungan

 Salah tanggapan
Pekerja
 jika pekerja tersalah
membuat tanggapan
tentang upah benar,
maka kejatuhan
dalam tingkat harga
akan membawa
kejatuhan dalam
tingkat output
Peralihan Keluk AS
 Disebabkan
oleh:
1. Kadar upah
2. Harga bagi
unit bukan
buruh/input
3. Produktiviti
4. Kejutan
penawaran
Keseimbangan Ekonomi Jangka
Pendek
 Berlaku apabila AD dan AS jangka pendek
bersilang.
 Keseimbangan ekonomi jangka pendek
menentukan tingkat P, KDNK benar dan kadar
pengangguran.
 Ketidakseimbangan yang berlaku (lebihan atau
kurangan) akhirnya akan membawa kepada
keseimbangan semula disebabkan oleh kuasa
ekonomi.
 Sebarang perubahan dalam AD atau AS akan
mempengaruhi perubahan dalam keseimbangan
KDNK benar dan P
Kadar Pengangguran Jangka Pendek

 Sekiranya faktor lain diandaikan tetap, ahli


ekonomi menjangkakan lebih tinggi tingkat
KDNK benar, lebih rendah kadar
pengangguran dan sebaliknya.
 Ini kerana lebih ramai pekerja diperlukan
untuk menghasilkan output (KDNK benar),
kadar pengangguran akan berurangan dan
sebaliknya.

You might also like