You are on page 1of 3

RANCANGAN PELAKSAAN AKTIVITI ( RPA )

Nama Pendidik Siti Nursyafiqah Aina Binti Mohd Tajuddin

Tarikh / Hari 19 Januari 2023 / Khamis

Masa 10.00 Pagi – 10.30 Pagi

Bilangan Kanak- 5 orang kanak-kanak


Kanak
Umur 4 Tahun

Pendekatan Pendekatan bersepadu

Tema Cuaca

Tajuk Mari warnai Pelangi!

Bidang Perkembangan Deria dan pemahaman dunia persekitaran


Pembelajaran
Pengetahuan Sedia 1. Kanak - kanak pernah melihat pelangi
Ada 2. Kanak – kanak boleh menyatakan beberapa warna asas pelangi
seperti merah , biru dan kuning.
Objektif 1. Kanak – kanak dapat menyatakan secara lisan 2 ciri – ciri
terjadinya pelangi .
2. Kanak – kanak boleh menyerlahkan emosi keterujaan dan
keinginan untuk mengetahui tentang pelangi.
Senarai Bahan /
Alat  Payung Pelangi
 Tamborin
 Pinggan
 Gula-gula skittles
 Speaker
 Telefon
 Audio lagu “ hujan pergilah “
Ruang Aktiviti Ruang discovery class

Langkah – Langkah Permulaaan pengajaran :


Perlaksanaan 1. Guru meminta kanak – kanak untuk mengemas mainan dan letak
pada tempat yang disediakan.
2. Guru mengajak kanak – kanak ke ruang discovery class dan
meminta kanak – kanak untuk duduk ke tempat yang
disediakan.
3. Guru mengucapkan selamat pagi kepada kanak – kanak dan
membuat beberapa senaman badan.
4. Guru meminta kanak – kanak untuk membaca doa belajar
bersama-sama dan menanyakan hari mereka sebelum
memulakan sesi pembelajaran .

Kandungan Pengajaran :
5. Guru menerangkan topik pembelajaran hari ini kepada kanak –
kanak dan menanyakan beberapa soalan kepada murid- murid
berkait dengan cuaca hujan :
‘’boleh tak beritahu cikgu , siapa pernah nampak pelangi ?
“cuba tengok di luar , cuaca hari ini cerah atau nak hujan? “
6. Guru memberi peluang kepada kanak – kanak untuk mencuba
dan memberi pujian kepada mereka .
7. Guru mengeluarkan payung pelangi dan mengajak kanak –
kanak untuk menyanyi lagu “ hujan pergilah “ .
8. Guru menceritakan bagaimana terjadinya pelangi sambil
menunjuk gambar process kejadian pelangi kepada kanak –
kanak.
9. Guru mengeluarkan bahan aktiviti seterusnya dan mengagihkan
kepada setiap kanak – kanak.
10. Guru menunjukkan cara membuat gula-gula pelangi kepada
kanak – kanak.
11. Guru memberi peluang kepada kanak – kanak untuk mencuba
dan memberi pujian kepada mereka .
12. Guru meminta kanak – kanak untuk mengucapkan selamat
tinggal kepada bahan – bahan yang digunakan.
13. Guru meminta kanak – kanak untuk mengimbas semula topik
yang mereka telah pelajari dan mengucapkan terima kasih
kepada kanak -kanak.

Langkah Kontigensi :
- Sekiranya kanak-kanak memerlukan bantuan ketika
membuatkan sesi aktiviti, guru perlulah membantu kanak-kanak
tersebut.

Pemerhatian :
1.Keselamatan :
- Memastikan tempat melaksanakan aktiviti dalam keadaan yang
selamat dan selesa.
2.Kebersihan :
- Membersihkan semula ruang aktiviti selepas melaksanakan
aktiviti.
3.Kesihatan :
- Keadaan kesihatan kanak – kanak dalam keadaan yang baik.

Refleksi

Cadangan

You might also like