You are on page 1of 7

KAJIAN FABRIK

PEMBINAAN FABRIK
Yarn disusun dan dibina mengikut susunan yang

tertentu untuk menghasilkan fabrik. Pembinaan


fabrik diklasifikasikan seperti beikut :
1. Fabrik tenun
2. Fabrik kait
3. Fabrik tanpa tenun

FABRIK TENUN
Tenunan dilakukan dengan menjalinkan dua set
yarn iaitu yarn memanjang dan yarn melintang.
Yarn memanjang dinamakan yarn lungsin ,
manakala yarn melintang dinamakan yarn
pakan.
Jenis fabrik tenun adalah seperti berikut :
1. Tenun biasa
2. Tenun kelarai
3. Tenun satin

FABRIK KAIT
Mengait dilakukan dengan mencangkuk gelung

benang antara satu sama lain secara


berangkai. Proses mengait fabrik ini boleh
dilakukan secara manual menggunakan dua
batang jarum. Dalam indusri tekstil , proses ini
dilakukan oleh mesin. Fabrik kait juga
mempunyai benang memanjang yang
dinamakan gelung tegak dan benang
melintang dinamakan gelung lintang.
Dua kaedah untuk pembinaan fabrik kait ialah

kait lungsin dan kait pakan.

Fabrik tanpa tenun


Fabrik ini dibina terus daripada gentian.

Gentian disusun rapat dan silekatkan antara


satu dengan yang lain menggunakan haba ,
kelembapan , tekanan atau bahan perekat.
Antara jenis fabrik yang dihasilkan malalui
kaedah ini ialah :
1. fabrik terikat
2. fabrik felt

KEMASAN FABRIK
Kemasan fabrik ialah rawatan khas yang

dilakukan ke atas gentian , yarn , dan fabrik


sebelum , semasa atau selepas fabik dibina
untuk meningkatkan kualiti fabrik.
Tujuan kemsan adalah untuk
1.
2.
3.
4.
5.

memperbaiki rupa
memperbaiki pengendalian
memberi kemasan tak kecut
memberi kemasan tak renyuk
memberi kesan untuk perlindungan.

You might also like