You are on page 1of 1

Sempena atau bersempena

Soalan:
1. bersempena dengan hari jadinya... atau sempena dengan hari jadinya. Manakah
yang betul?
2) Anak Pak Ali cantik-cantik belaka. Betulkah? TQ
Jawaban:
1. Perkataan sempena bermaksud apa-apa yang mendatangkan kebahagiaan atau
keselamatan dll; tuah; berkat: Oleh itu, frasa kerja mengambil sempena bermaksud
mengambil berkat atau tuah.
Ayat contoh:
a. Nama sekolah itu dipilih kerana mengambil sempena nama pemimpin negara kita yang
telah banyak berjasa semasa menuntut kemerdekaan daripada pihak British.
Perkataan bersempena pula bermaksud mengambil sempena (dgn):
Ayat contoh:
a. Tarikh pelancaran Persekutuan Malaysia ditetapkan pd 31 Ogos 1963 bersempena
dengan hari ulang tahun keenam kemerdekaan Tanah Melayu.
b.Pertunjukan MAHA pada tahun ini diadakan bersempena dengan hari ulang tahun
kemerdekaan yang ke-51.
Oleh itu, frasa yang betul ialah bersempena dengan hari jadinya.
2. Ayat tersebut betul.
Posted by agy7500 at 11:23 PM 0 comments

You might also like