You are on page 1of 1

Siri 153 Memperhatikan atau memerhatikan

Soalan:
Salam, Cikgu Ghalib.
Yang betul ialah perkataan `memperhatikan dan bukan `memerhatikan, iaitu perkataan
ini terbit daripada kata perhatian. Betulkah?
Drp:
Pn.Hasnah
Jawaban:
Sebelum terbitnya Kamus Dewan Edisi Keempat (Warna Merah), perkataan yang betul
ialah `memperhatikan`. Perkataan ini terbit daripada kata akar `hati. Daripada perkataan
`hati`, timbulnya perkataan `memperhatikan` hasil daripada apitan `memperkan`.
Namun, selepas wujudnya Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan `perhati telah
dimasukkan sebagai satu entri yang tersendiri. Oleh hal yang demikian, perkataan
`perhati ini telah menjadi kata dasar perkataan `memerhatikan melalui apitan
`mem.kan. Mengikut rumus PTKS, huruf `p akan lebur apabila bertemu dengan
awalan `mem` , untuk menghasilkan perkataan `memerhatikan`.
Kesimpulannya, keduadua perkataan tersebut betul dengan berdasarkan kata akarnya
yang berbeza, iaitu `hati` dan `perhati`.
Posted by agy7500 at 6:18 AM 0 comments

You might also like