You are on page 1of 2

KUIZ BAHASA MELAYU SEMPENA BULAN BAHASA

1. Simpulan bahasa yang membawa maksud ”tidak bersungguh-sungguh


dalam mempelawa seseorang” ialah......
a) Cakar ayam
b) Ajak-ajak ayam
c) Berkaki ayam

2. Sinonim bagi perkataan ”implikasi” ialah......


a) Kesan
b) Faedah
c) Harmoni

3. Antonim bagi perkataan ”tengkujuh” ialah .....


a) Panas
b) Kemarau
c) Hujan

4. ”Saya, hamba, patik” merupakan contoh kata ganti diri ........


a) Ketiga
b) Kedua
c) Pertama

5. Bahasa istana ”gering” membawa maksud.....


a) Makan
b) Tidur
c) Sakit
6. Dengarkan dengan teliti huruf-huruf yang disebutkan satu persatu.
Kemudian, buat satu perkataan yang membawa maksud ”kejujuran dan
amanah dalam menjalankan tanggungjawab”.
I R T E G N I T I
Jawapan : INTEGRITI
7. Perkataan sinonim bagi ” kesan” ialah...
A. Faktor
B. Implikasi
C. Cara

8. Ali sedang membaca buku sambil mendengar muzik.


Ayat ini merupakan sejenis ayat ............
A. Tanya
B. Tunggal
C. Majmuk

9. Organisasi yang bertanggungjawab dalam menerbitkan buku-buku bahasa


melayu dan memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
ialah .............
A. Dewan Pustaka Malaysia
B. Dewan Bahasa Malaysia
C. Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia

10.Jawab teka teki di bawah dengan berpantun juga.. (dua atau empat kerat)

Kalau tuan pergi ke kedai,


Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Jawapan : ayam

You might also like