You are on page 1of 1

siri 100 Teknik Penulisan Karangan Rangsangan

1. Tentukan T, K, F. T ialah Tema, K ialah kata kunci dan F ialah format.


2. Tulis karangan sebanyak 5 perenggan yang terdiri daripada 3 isi.
3. Bahagian pengenalan cukuplah setakat dua ayat sahaja, iaitu ayat rangsangan (AR) dan
ayat arahan (AA).
4. Perenggan isi pula hendaklah sekurang-kurangnya terdiri daripada dua ayat, iaitu ayat
Judul (AJ) dan ayat yang lain sama ada ayat huraian (AH), ayat contoh (AC) atau ayat
penegas (AP).
5. Perenggan kesimpulan pula perlulah ditulis dua ayat sahaja seperti ayat cadangan, (A
Cdgn), Ayat pendapat (A Pndpt), dan sebagainya.
6. Jangan lupa masukkan ungkapan yang menarik.
Soalan Contoh:
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor
kemalangan jalan raya berlaku berdasarkan rajah tersebut. Panjang Huraian anda
hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
Jawaban Contoh:
(AR) Hampir setiap hari, kemalangan pasti berlaku di jalan raya. (AA) Terdapat tiga
faktor utama yang menyebabkan kemalangan tersebut terjadi.
(AJ) Faktor yang pertama ialah faktor manusia. (AH) Dalam hal ini, kemalangan berlaku
kerana sikap manusia yang cuai di jalan raya. (AC) Sebagai contohnya, mereka memandu
sambil berbual melalui telefon bimbit, tidak mematuhi had laju, dan sebagainya.
Selain itu, (AJ) kemalangan berlaku disebabkan faktor mekanikal. (AH) Hal ini berpunca
daripada keadaan kenderaan, keadaan jalan raya yang tidak rata dan lampu isyarat yang
tidak berfungsi. (AC) Sebagai contohnya, brek kenderaan yang tidak berfungsi boleh
menyebabkan kemalangan berlaku.
Bukan itu sahaja, (AJ) faktor cuaca juga merupakan salah satu faktor kemalangan
berlaku. (AH) Apabila hujan turun, jalan raya akan berkeadaan licin. (AC) Hal ini
menyebabkan pemandu sukar untuk mengawal kenderaan.
Kesimpulannya, (A Ksmpln) kemalangan jalan raya merupakan sesuatu kejadian yang
sukar dielakkan. Oleh itu, (A Cdgn) semua pengguna hendaklah berhati-hati dan
mematuhi peraturan kerana malang tidak berbau.
(Jika jawaban melebihi 120 patah perkataan, sila potong mana-mana ayat contoh (AC)
atau ayat huraian (AH)
Posted by agy7500 at 7:06 PM 0 comments

You might also like