You are on page 1of 1

DIDIK

PUSAT TUISYEN BAHASA MELAYU


TEL NO : 016 88 22 114 / 084- 215 415 [ CIKGU CHAI ] TAHUN 2011

KARANGAN SPM T4 / T5
KELUARGA BAHAGIA
Keluarga penting bagi semua insan di dunia ini . Jelaskan usaha yang boleh dijalankan untuk
meningkatkan hubungan mesra antara ahli keluarga.
Pendahuluan
Keluarga bahagia memainkan peranan penting dalam mendukung hasrat negara bagi melahirkan
masyarakat yang dinamik, berterampilan, dan berdaya saing - terdapat pelbagai cara untuk
merealisasikan perkara ini
Isi-isi
(a) melancong bersama-sama keluarga dengan situasi yang santai tanpa ketegangan dapat menjalin
hubungan yang mesra antara ahli keluarga - melawat kawasan tarikan pelancong seperti di tepi pantai
(b) berkongsi masalah - anak-anak digalakkan untuk menceritakan segala masalah yang dihadapi rnenanamkan kepercayaan dalam diri anak-anak bahawa keluarga mampu menyelesaikan masalah
mereka berbanding dengan rakan-rakan - masalah dalam pelajaran, hubungan dengan guru, rakan, dan
sebagainya
(c)tolong-menolong - ahli keluarga digalakkan untuk saling membantu antara satu sama lain dalam apaapa jua aktiviti - segala pekerjaan yang berat akan menjadi ringan anak-anak berasa bangga akan diri
mereka kerana turut memberikan sumbangan kepada keluarga - membuat kerja rumah seperti membasuh
pinggan mangkuk, mengemas rumah, dan lain-lain
(d) ibu bapa meluangkan masa bersama-sama anak-anak - ibu bapa haruslah memantau pergerakan
anak-anak - kurangkan aktiviti anak-anak di luar rurnah - anak-anak akan banyak meluangkan masa di
rurnah - mewujudkan kemesraan antara anak dengan keluarga - berkebun, berekreasi, dan menonton
televisyen
(e) berkongsi hobi yang sama - mewujudkan hubungan yang mesra - sentiasa berkomunikasi dan
rnelakukan aktiviti yang sihat serta menggembirakan - memancing, bermain boling, dan bersukan
(f) memberi peluang bersuara keapda anak . - ibu bapa harus berinteraksi secara positif dengan anakanak - elakkan daripada membuat tanggapan awal sebelum mendengar pendapat anak - anak mungkin
tidak akan peraturan tertentu di rumah - berilah ruang kepada anak-anak menyatakan bantahan dan
meluahkan isi hati mereka
Penutup
Ibu bapa adalah pewarna masa hadapan anak dan seterusnya keluarga - kebahagian dalam keluarga dan
rumah tangga bergantung pada ibu bapa yang mampu mencorakkannya

You might also like