You are on page 1of 1

Dlm.

( )

10 Julai 2015

Ketua Unit,
Pusat Kokurikulum Kelantan,
Jabatan Pendidikan Kelantan,
Tangok, 16310 Bachok,
Kelantan.
Tuan,
PERMOHONAN PERUBAHAN TARIKH PROGRAM PENDIDIKAN MARIN.
Dengan segala hormatnya perkara di atas mohon dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran)
Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah ingin memohon dan meminda tarikh yang ditawarkan oleh Pusat
Kokurikulum Kelantan bagi menjalankan Program Pendidikan Marin untuk pelajar Pendidikan Khas.
Tarikh asal
Tarikh perubahan (baru)
Tempat
Jumlah Pelajar
Guru Pengiring

: 08 10 September 2015
: 29 September 01 Oktober 2015
: Taman Laut, Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
: 54 orang
: 26 orang

3. Kami juga berharap pihak tuan dapat membantu Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah
Pembelajaran) Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan sepanjang berada di sana.
4. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Tuan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Untuk
sebarang urusan dan keterangan lanjut, sila hubungi Pn. Akilah Razinah Bt. Abdullah (011-26390233) dan Pn.
Rohayati Binti Saidin (012-4661520) atau faks ke 04-3979391.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang Menjalankan tugas,
..................................................
(
)

You might also like