You are on page 1of 6

pesifikasi Padang HOki

Spesifikasi Padang dan Peralatan

Padang Permainan

1. Padang permainan berbentuk segi empat tepat :


a. Panjang : 91.40 meter
b. Lebar : 55.00 meter
c. Ditanda dengan garisan-garisan jelas, disyorkan berwarna putih,
berpandukan pelan tersebut.

2. Semua garisan selebar 75mm, dianggap sebahagian daripada padang dan digaris sepenuhnya iaitu
tanpa terputus-putus.
a. Garisan-garisan sempadan yang lebih panjang (91.40 meter) disebut garisan tepi
b. Garisan-garisan sempadan yang lebih pendek (55.00 meter) disebut garisna belakang.
c. Bahagian garisan belakang di antara tiang-tiang gol disebut garisan gol. Disyorkan kawasan minimum
larian/bahu (run-off areas) disediakan di luar garisan belakang (5 meter) dan di luar garisan-garisan tepi
(4 meter).

3. Tanda-tanda lain;
a. Garisan tengah melintas di tengah-tengah padang.
b. Garisan-garisan 22.90 meter melintasi padang, di mana bahagian tepi berhampiran garisan tengah
jaraknya ialah 22.90 meter apabila diukur dari bahagian tepi sebelah luar garisan belakang yang
terdekat. Kawasan yang dilingkungi garisan-garisan 22.90 meter, bahagian garisan-garisan tepi yang
berkaitan dan garisan belakang tersebut kawasan 23 meter.
c. Garisan-garisan 1.83 meter panjang ditandakan memotong garisan tengah dan garisan-garisan 22.90
meter dengan bahagian tepi sebelah dalam garisan-garisan ini sejauh 4.55 meter dari dan selari dengan
bahagian tepi di sebelah luar garisan-garisan tepi.
d. Garisan-garisan 300 mm panjang ditandakan di dalam padang di atas setiap garisan tepi, dengan jarak
bahagian tepi di sebelah dalam garisan-garisan ini ialah 14.63 meter dari dan selari dengan bahagian
tepi sebelah dalam garisan-garisan belakang.
e. Garisan-garisan 300 mm panjang ditandakan di dalam adang di atas setiap garisan tepi, iaitu bahagian
tepi sebelah luar garisan-garisan ini ialah 5 meter dari dan selari dengan bahagian tepi sebelah dalam
garisan-garisan belakang.
f. Garisan-garisan 300mm panjang ditandakan di dalam padang di atas setiap garisan belakang di kedua-
dua belah pintu gol pada jarak 4.55 meter dan 9.14 meter bila diukur dari penjuru luar tiang gol yang
berhampiran ke bahagian tepi di sebelah luar garisan-garisan (300mm) tersebut.
g. Garisan-garisan 150 mm panjang ditandakan di luar padang di atas kedua-dua garisan belakang, iaitu
jarak dalaman garisan-garisan ini ialah masing-masing 1.83 meter dari tengah-tengah garisan belakang.
h. Tanda-tanda penalti strok bergaris pusat 150mmditandakan di hadapan bahagian tengah setiap pintu
gol di mana pusat tanda ini ialah 6.40 meter bila diukur daripada bahagian tepi sebelah dalam garisan
gol.

4. Bulatan Menjaring
a. gaisan-garisan panjang 3.66meter ditandakan di dalam padang, selari dengan dan sejauh 14.63 meter
ari garisan belakang. Jarak 14.63 meter dari garisan belakang. Jarak 14.63 meter ini diukur dari tepi
bahagian luar garisan belakang hingga ke tepi bahagian luar garisan.
b. Garisan-garisan ini disambung tanpa terputus-putus ke dua-dua arah untuk bertembung dengan
garisan belakang dalam bentuk suku bulatan dengan bulatan tersebut.
c. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini, termasuk garisan itu sendiri, disebut bulatan
menjaring (kemudian ini dirujuk kepada bulatan dalam Peraturan-peraturan ini).

5. Tiada tanda-tanda lain selain daripada yang diterangkan dalam peraturan ini dibenarkan di atas
permukaan permainan

6. Tiang-tiang Bendera
a. ketinggian antara 1.20 dan 1.5 meter.
b. Diletakkan pada setiap penjuru padang.
c. Tdak membahayakan dalam apa jua keadaan.
d. Jika tidak boleh dipatahkan, hendaklah dipasang kepada asas yang berspring.
e. Dipasang dengan bendera tidak melebihi 300mm lebar dan panjang.
Tiang Gol
1. Di tengah-tengah setiap garisan belakang;
a. Tiang-tiang gol dan palang gol berwarna putih, segi empat sama, berukuran 51 mm lebardan 75 mm
dalam.
b. Tiang-tiang gol tegak berjarak 3.66 meter (ukuran lebar bahagian dalam).
c. Tiang-tiang gol hendaklah diletak di atas tanda luar iaitu bahagian hadapan tiang gol menyentuh tepi
sebelah luar garisan belakang.
d. Ketinggian palang mendatar 2.14 meterdari paras tanah (ukuran dalaman) dan dipasang kepada tiang-
tiang gol.
e. Tiang-tiang gol tidak boleh terjulur melebihi ketinggian palang mendatar.
f. Palang mendatar tidak boleh terjulur melebihi tepitiang-tiang gol. Bentuk kedua-dua tiang gol dan
palang mendatar wajib mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan standard negara yang
berkenaan.

2. Papan Tepi (Side Board)


a. Panjang : 120 meter (minimum) ; ketinggian 460mm
b. Diletak di atas padang tegak lurus (90 ) kepada garisan belakang, dipasang kepada bahagian tiang gol
tetapi tanpa menambahkan kelebarannya, dan kepada bahagian hujung papan belakang.
c. Dicat dengan warna gelap di seebelah dalamnya.

3. Papan Belakang (Back board)


a. Panjang : 3.66 meter, ketinggian : 460mm
b. Diletak di atas padang pada hujung papan tepi.
c. Dicat dengan wana gelapdi sebelah dalamnya.

Jaring Gol
1. Dipasang kepada bahagian belakang tiang-tiang gol dan palang
2. Gol pada jarak tidak melebihi 150 mm, dan hendaklah melitupi bahagian luar papan belakang dan
tepi.
3. Hendakalah dipasang dengan cara yang dapat memastikan bola
4. tidak menembuhi celah-celah di antara jaring dan tiang-tiang gol, palang mendatar, papan tepi dan
papan belakang.
5. Dipasang secara kendur supaya bola tidak memantul semula
6. ke dalam padang permainan.
7. saiz mata jaring (mesh) tidak melebihi 45 mm.

Peralatan Hoki

Kayu Hoki

1.Permukaan rata di belah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruh permukaan rata kayu dan
sepanjng bahagian pemegang di atas dan sepanjang bahagian pemegang di atas permukaan rata
tersebut.

2.Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu

3.Hulu kayu, iaitu bahagian lebih bawah daripada tempat penyambung (splice), mesti berbentuk
melengkung, dibuat daripada kayu, tumpul (rounded edges) dan tidak berlubang, berlekuk atau
sebarang tambahan. Bahagian hulu yang melengkung boleh mempunyai panjang maksimum 100mm bila
diukur secara tegak dari bahagian bawah permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang.

4.Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam.
5.Kecuali ulu kayu yang melengkung, lain-lain bahagian hendaklah lurus. Bila diletak mendatar di atas
permukaan yang rata, lengkungan kayu itudengan permukaan yang berkenaan tidak boleh berjarak
melebihi 20mm.
6.Berat maksimum 737 gram
7.Pita (tape) dan damar boeh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan syarat permukannya
tetap licin.
8.Saiz kayu, termasuk sebarang bulatan, mesti bleh menembusialat gelang yang mempunyai garis pusat
dalaman 51mm. Kayu hoki telah mempunyai bentuk tradisional dan bentuk ini dikekalkan. Kayu hoki
yang melengkung sehingga 2 sentimeter sama ada dari hujung permukaan kayu ataupun hulunya
diluluskan. Walau bagaimana pun, pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrim tidak dibenarkan.
Lemabaga Peraturan-Peeraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasi kayu-kayu yang dibuat daripada
bahan-bahan tradisonal dan bukan tradisional dan akan menghadkan dan/atau mengharamkan
penggunaan kayu-kayu jenis tersebut sekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan
kpada ciri-ciri permainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain.

Bola Hoki
1.Berbentuk sfera, keras dan di buat daripada sebarang bahan yang sesuai.
2.Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram.
3.Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm
4.Permukaan licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk-lekuk kecil (indentations) dibenarkan.
5.Warna putih atau seperti dipersetujui.

Pakaian dan Peralatan Pemain

1.Pemain-pemain
a.Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh persatuan atau
kelab mereka.
b.Tdak dibenarkan memakai sebarangan yang boleh membahayakan pemain-pemain lain. Pemain-
pemain padang digalak sepenuhnya memakai pelindung betis/pergelangan kaki dan mulut.

2.Penjaga Gol
a.Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi sebarang pelindung bahagian di atas tubuhnya. Baju
atau pakaian ini hendaklah berlainan warnanya daripada yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya
mahupun daripada pasukan lawan.
b.Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective headgear) kecuali semasa mengambil (bukan
mempertahankan penalti strok. Peralatan pelindung keepala yang sesuai : helmet berpelindung muka
dan menutup seluruh kepala termasuk bahagian belakang dan kerongkong disyorkan. Pelindung kepala
yang direka bentuk dan diluluskan untuk permainan hoki ais biasanyamemenuhi keperluan kebanyakkan
penjaga gol. Penjaga gol juga dinasihatkan meemakai lain-lain peralatan pelindung (misalnya untuk
melindungi badan, tangan, siku, paha, lutut dan sebagainya) pada setiap masa. Berikut ialah peralatan
pelindung yang dbenarkan untuk kegunaan penjaga gol: pelindung tubuh, ped kaki, penendang (kicker),
sarung tangan dan pelindung untuk bahagian paha, lengan (upper arm), lengan (forearm) dan siku.
c.Pad, penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar mempunyai bahagian tepi yang kasar atau
tonjolan.
d.Pad: lebar maximum semasa dipasang kepada kaki penjaga gol ialah 300mm.
e.Pelindung tangan: lebar maksimum 228 mm semasa diletakkan di atas permukaan yang rata dan
menghala ke atas; panjang maksimum 355mm diukur dari bawah ke penghujung. Tiada
pengubahsuaian/ tambahan bagi membolehkan kayu melekat kepada pelindung tangan semasa kayu
tidak dipegang

You might also like