You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PENUBUHAN KELAB BOLA TAMPAR


SEKOLAH KEBANGSAAN PENAGA

1.

PENDAHULUAN
Bagi menubuhkan Kelab Bola Tampar

ini, dikemukakan kepada pihak

pentadbiran dan pengurusan Sekolah Kebangsaan Penaga untuk mendapat kebenaran


dan kelulusan untuk menubuhkan Kelab Bola Tampar untuk warga Sekolah
Kebangsaan Penaga.
2.

RASIONAL

2.1

Pertandingan bola tampar merupakan salah satu pertandigan yang dianjurkan


oleh Pejabat Pendidikan Daerah serta Jabatan Pendidikan Negeri pada
peringkat daerah dan peringkat negeri malah peringkat kebangsaan juga turut
diadakan.

2.2

Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah di Malaysia. Oleh sebab itu,
murid-murid di Sekolah Kebangsaan Penaga dapat terlibat secara langsung
untuk menjayakannya.

2.3

Kebanyakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Penaga ini mempunyai kebolehan


serta minat untuk mengikuti pertandingan bola tampar ini.

3.

MATLAMAT
Pertandingan ini adalah untuk :

3.1

Memberi pendedahan dan latihan kepada guru-guru dalam urusan penganjuran


dan pengelolaan aktiviti kokurikulum.

3.2

Mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran yang koperatif, kontekstual,


konstruktual dan meninggalkan pengalaman berharga dalam mengendalikan
kelab permainan ini dalam kalangan guru.

3.3

Melatih sifat sifat kerjasama dalam suatu organisasi, pengurusan masa yang
fleksibel, dinamik dan kepimpinan melalui tauladan dalam kalangan guru.

3.4

Memudahkan pihak pengurusan sekolah untuk menghantar wakil bagi


pertandingan bola tampar peringkat daerah dan peringkat negeri.

3.5

Mengisi masa lapang murid-murid dengan pengisian yang lebih bermakna


dengan bermain bola tampar dan meningkatkan kemahiran bersukan dalam
kalangan pelajar

4.

SASARAN

Murid-murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Penaga.

5.

AHLI JAWATANKUASA INDUK KELAB


[ Rujuk lampiran I ]

6.

KEMUDAHAN
6.1

Senarai peralatan dan kelengkapan.


[ rujuk lampiran II ]

7.

PERLAKSANAAN
7.1

Kepakaran
[ rujuk lampiran III ]

7.2

Cadangan jadual latihan dan aktiviti kelab


[ rujuk lampiran III ]

8.

PERBELANJAAN
Sumber kewangan dari Sekolah Kebangsaan Penaga

9.0

PENUTUP

Diharapkan agar penubuhan kelab ini dapat memberikan faedah kepada guruguru terutama dalam aspek pengurusan. Semoga penubuhan kelab ini juga
memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada semua guru untuk terus
berusaha dalam bidang pendidikan bagi menerajui ilmu yang berkaitan dengan
profesyen perguruan.

You might also like