You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK AIR TAWAR

13050 BUTTERWORTH
TEL: 04-351 2534 FAX: 04-351 2897

MINIT CURAI
Tajuk: Bengkel Pengurusan LDP
Tarikh: 29 April 2009 (buRa)
Masa:2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pulau Pinang
Bekalan yang disediakan : 1) Contoh LO
2) Senarai semak pengurusan LO
3) Software KMLDP_SEK ver2.13
Takilimat oleh En Nazri Bahari

SU perlu mentadbir RF (Requisition Form) terdiri daripada RF Makan dan RF Bahan.


Hanya makan dan bahan sahaja boleh dituntut melalui Latihan dalam Perkhidmatan.
Tuntutan perjalanan tidak boleh dituntut kecuali surat yang mempunyai kepala surat dari
PPD dan JPN sahaja.
RF boleh ditandatangi oleh PK 1 jika Guru Besar tiada di sekolah.
Nama Pemohon mesti mengikut cop nama .
Boleh hantar RF untuk 2 kursus serentak
Kursus mesti 7.30 hingga 4.30 untuk layak tuntut makan sebanyak RM12 seorang
Cop sebolehnya warna biru.
RF mestilah di dalam 1 A4. Penjodoh bilangan untuk RF mestilah betul.
RF mesti disediakan dalam bentuk 3 salinan iaitu
- Set 1 = RF, SSM, Penyata Bank, Surat Panggilan
- Set 2 = RF, Surat Panggilan
- Set 3 = RF, Surat Panggilan, Kertas Kerja
Mentadbir LO (Local Order Form)
LO diterima sekurang-kurangnya 3 minggu selepas kursus. Warna kuning untuk dihantar
semula kepada PPD dan merah untuk pembekal.
Isi muka surat 2 pada LO dan minta tandatangan dan cop pembekal. Guru besar / PK 1
sebagai penerima dan tarikh mesti selepas tarikh pembekal.
LO perlu di fotostat dan disimpan di dalam fail LDP sekolah.
Senarai kedatangan perlu dimasukkan nama dan no kad pengenalan termasuk GSTT.

Sotware Laporan LDP KMLDP_SEK ver 2.13

Masih terdapat sekolah yang tidak menghantar laporan.


Pelaporan 3 kali setahun iaitu pada 27 Mac, 26 Jun dan 28 Oktober.
Hantar borang kosong jika kursus masih tidak dijalankan.
Lampirkan fail ke ldp4ppdu@gmail.com jika terdapat masalah ketika upload fail, boleh
dimasukkan ke cd dan dihantar ke PPD. Ganti nama fail ikut sekolah cth : SK Telok Ayer
Tawar _KMLDP
Cetak dan simpan satu salinan laporan di dalam fail LDP sekolah untuk tujuan rekod dan
pemantauan PPD.
Laporan / dokumentasi bergambar juga perlu disediakan dalam fail LDP sekolah.

Disediakan oleh:
Pn Mushita binti Ahmed

Setiausaha LDP
SK Telok Ayer Tawar.

You might also like