You are on page 1of 7

GARISPANDUAN PERMOHONAN

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN
RMK10
www.ukm.my/jpp

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

JABATAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN
TELEFON: 03-8921 5045 FAKSIMILI: 03-8921 5051

mfs

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NationalUniversityofMalaysia

Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006


Winner of Prime Ministers Quality Award 2006

A. PENGENALAN
Garispanduan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan bagi Jabatan, Fakulti, Institut,
Pusat dan Organisasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk memohon peruntukan
pembangunan dalam Rancang Malaysia Ke-Sepuluh (RMK10).

B. JENIS PERMOHONAN
Permohonan peruntukan merangkumi berberapa jenis projek iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pembinaan Bangunan
Pembinaan Infrastruktur
Pembelian Peralatan
Ubahsuai Bangunan, Infrastruktur dan Kemudahan
Naiktaraf Bangunan, Infrastruktur dan Kemudahan
Pembelian Tanah

C. RUJUKAN
Permohonan peruntukan adalah tertakluk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Perdana Menteri. Pemohon boleh merujuk kepada beberapa sumber dalam
penyediaan permohonan mereka. Sumber rujukan yang digunakan termasuk:
1. Pekeliling Am Bil. 5 Tahun 2004 bth 21/10/2004 Penyediaan Rancangan
Malaysia Kesembilan 2006-2010, Jabatan Perdana Menteri.
http://www.epu.jpm.my/New%20Folder/development%20plan/pdf/Pekeliling%20A
m%20Bil%205%202004%20-%20Penyediaan%20RMKe-9%202006-2010.pdf
2. Garispanduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan Oleh Jawatankuasa
Kecil Piawaian dan Kos Bagi JPPN Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri.
http://www.epu.jpm.my/New%20Folder/garispanduanjkpk/buku%20garis%20panduan.pdf

D. KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN


Pemohon perlu menyediakan Kertas Kerja Permohonan Peruntukan untuk diproses oleh
Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kertas Kerja yang
lengkap terbahagi kepada dua bahagian iaitu
1. Ringkasan Projek, dan
2. Borang Permohonan.
Kertas Kerja yang tidak lengkap tidak akan diproses. Kertas Kerja yang telah lengkap
perlulah diserahkan kepada Pengarah, Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

E. RINGKASAN PROJEK
Pemohon perlu menyediakan Ringkasan Projek secara bertulis diantara tiga hingga lima
muka surat. Ringkasan Projek ini mengandungi perkara seperti:
1. Tajuk.
Memaparkan tajuk projek secara lengkap iaitu kerja yang terlibat,
maklumat projek, lokasi projek dan pengguna projek tersebut.
2. Latarbelakang.
Menerangkan latar belakang ringkas mengenai cadangan
projek termasuklah keperluan dan keadaan semasa. Ia juga menerangkan
beberapa halangan dan potensi-potensi pembangunan dan bagaimana projek
yang dicadangkan mempunyai hubungan dengan organisasi pemohon.
JPP UKM | GARISPANDUAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMK10
mfs

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


NationalUniversityofMalaysia

Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006


Winner of Prime Ministers Quality Award 2006

3. Objektif.
Menyatakan objektif yang hendak dicapai melalui pelaksanaan
projek. Adalah lebih baik jika objektif, di mana mungkin, dinyatakan dalam
sebutan kuantiti yang tepat. Bahagian ini adalah berkait dengan Borang
Permohonan Borang F.
4. Output/ Skop dan Komponen.
Mentakrifkan berbagai-bagai komponen
yang diperlukan untuk mencapai objektif yang ditentukan. Iaitu hasil yang
diperolehi daripada projek yang akan digunakan untuk mencapai objektif. Ia juga
menyatakan alternatif-alternatif teknik asas yang boleh diperolehi, anggaran
pengeluaran dan pengenalpastian teknologi-teknologi yang dapat diperolehi serta
potensi-potensinya untuk diperbaiki. Bahagian ini adalah berkait dengan Borang
Permohonan Borang F.
5. Outcome/ Faedah yang dijangka.
Menjelaskan saiz dan bentuk permintaan
atau pasaran bagi keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh projek itu.
Sasaran aktiviti, kuatili, dan keupayaan yang dijangkakan akan dicapai dengan
perlaksanaan projek. Bahagian ini adalah berkait dengan Borang Permohonan
Borang F.
6. Unjuran Kakitangan dan Pelajar. Menyatakan anggaran bilangan pengguna
yang terdapat dalam rekod dan bagi beberapa tahun kehadapan. Pemohon perlu
merancang unjuran berdasarkan keperluan. Bahagian ini juga akan dijelaskan
secara jadual dalam Borang Permohonan Borang E.
7. Justifikasi.
Menyediakan justifikasi pemilihan projek yang dipohon termasuk
anggaran kasar mengenai pulangan kewangan atau ekomoni atau pengiktirafan
dan pencapaian objektif-objektif polisi tertentu.
8. Keluasan ruang / Kemudaha Sedia ada.
Menyatakan keluasan ruang
atau kemudahan sedia ada yang dimiliki oleh pemohon. Ia perlu disertakan untuk
menyokong permohonan yang dibuat.
9. Keluasan ruang / Kemudahan baru yang diperlukan.
Menyatakan
keperluan keluasan ruang atau kemudahan baru yang nyatakan sebagai
permohonan projek. Permohonan keluasan ruang atau kemudahan hendaklah
berpandukan piawaian yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Dan
Peraturan Bagi Perancangan Bangunan (Perkara C. RUJUKAN, No. 2).
Pemohon juga boleh merujuk JADUAL KELUASAN RUANG yang dilampirkan
bersama garispanduan ini. Bahagian ini adalah berkait dengan Borang
Permohonan Borang A.
10. Anggaran Kos.
Menyediakan anggaran kasar jumlah kos projek termasuk
kos modal serta kos operasi dan kos penyelenggaraan, termasuk kos pembelian
tanah jika ada. Ini bukanlah penyediaan kos secara terperinci tetapi merupakan
satu penunjuk mengenai berapa banyak kos yang terlibat. Bahagian ini adalah
huraian dari Borang Permohonan Borang A, B, C dan D. Berikut adalah
panduan kaedah untuk mendapatkan anggaran kos;

JPP UKM | GARISPANDUAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMK10


mfs

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NationalUniversityofMalaysia

Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006


Winner of Prime Ministers Quality Award 2006

Borang
A

Anggaran Kos

Anggaran kos bangunan per meter persegi


Jenis Bangunan
Pejabat
Makmal
Dewan

B, C

Pemohon digalakan membuat semakan dengan Bahagian


UkurBahan, Jabatan Pengurusan Pembangunan UKM

Pemohon diminta membuat anggaran daripada pengamatan


dan tinjauan sendiri.
Bagi peralatan yang telah dikenal pasti oleh pemohon,
pemohon boleh menyertakan lampiran peralatan dari pembekal.

Anggaran Kos (RM/m2)


2,600
3,500
2,500

Kos tanah boleh diperolehi daripada pengamatan dan tinjauan


pemohon di kawasan tersebut. Berikut adalah kos pembelian
tanah bagi projek RMK9 sebagai rujukan.
Kawasan
Langkawi
Mersing
Teluk Intan
Tasik Cini
Kuala Pilah
Bukit Fraser

Anggaran harga tanah per hektar (RM/Ha)


745,000
290,000
335,000
Pengambilan Tanah Kerajaan

Meskipun begitu, kos sebenar hanya akan diperolehi


berdasarkan
penilaian
oleh
Jabatan
Penilaian
dan
Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia yang
dibuat semasa proses pembelian.

11. Cadangan lokasi tapak.


Menyatakan cadangan lokasi untuk tapak projek
secara terperinci. Maklumat-maklumat berkaitan kemudahan asas sedia ada
seperti laluan ke lokasi, bekalan air, bekalan elektrik dan sebagainya perlu juga
dinyatakan. Adalah lebih baik sekiranya gambar-gambar keadaan lokasi
cadangan serta keadaan sekelilingnya disertakan.
12. Isu dan Risiko.
Menyatakan isu-isu, risiko-risiko atau masalah yang
dijangka sebelum,semasa atau selepas pelaksanaan projek dan juga sekiranya
permohonan projek tidak diluluskan. Kekangan-kekangan sekeliling yang akan
dihadapi atau masalah lain yang berkaitan dengan projek juga perlu dinilai dan
dinyatakan.
13. Langkah-langkah mengatasi.
Menjelaskan usaha-usaha yang boleh
diambil bagi mengurangkan masalah yang akan dihadapi sebelum, semasa atau

JPP UKM | GARISPANDUAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMK10


mfs

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


NationalUniversityofMalaysia

Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006


Winner of Prime Ministers Quality Award 2006

selepas pelaksanaan projek dan juga sekiranya permohonan projek tidak


diluluskan.
14. Maklumat Tambahan.
Menunjukan sebarang halangan yang besar atau
faktor-faktor umum lain yang berkemungkinan mendatangkan kesan yang besar
ke atas projek yang dipohon.
15. Butiran Pemohon.
Memaklumkan
pengenalan
individu
yang
menyediakan Ringkasan Projek iaitu pegawai bertanggungjawab serta
pengenalan pegawai yang mengesahkannya iaitu Ketua Jabatan, Fakulti atau
Organisasi yang memohon. Pengenalan yang dimaksudkan adalah nama penuh,
nombor kad pengenalan, nombor UKM PER, jawatan, alamat Jabatan, Fakulti,
Institut, Pusat atau Organisasi, nombor telefon untuk dihubungi dan tarikh
penyediaan dan pengesahan Ringkasan Projek tersebut. Pemohon juga perlu
menyertakan butiran mengenai Jabatan/Fakulti/Institut/Organisasi yang
memohon serta jawatankuasa yang meluluskan penyediaan Kertas Kerja ini.

Limabelas perkara yang dinyatakan perlu dimasukkan dalam Ringkasan Projek. Sekiranya
perkara-perkara yang dinyatakan tidak berkaitan dengan permohonan, perkara tersebut
hendaklah dikekalkan dan pengecualiannya perlu dinyatakan. Format Ringkasan Projek
dilampirkan bersama Garispanduan ini dan boleh didapati dalam laman web Jabatan
Pengurusan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia di www.ukm.my/jpp .

BORANG PERMOHONAN
Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang berkaitan dengan permohonan
peruntukan. Borang-borang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Pemohon adalah diingatkan supaya sentiasa melakukan semakan
dengan Bahagian UkurBahan, Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti Kebangsaan
Malaysia semasa mengisi borang terutamanya pada bahagian yang melibatkan nilai
anggaran perbelanjaan. Borang-borang yang disediakan adalah seperti berikut:
1. BORANG A Anggaran Keluasan Ruang Bangunan
2. BORANG B Anggaran Kos Peralatan
3. BORANG C Anggaran Kos Ubahsuai/Naiktaraf
Bangunan/Infrastruktur/Kemudahan
4. BORANG D Permohonan Pembelian Tanah/Bangunan
5. BORANG E Anggaran Bilangan Pengguna Projek/Bangunan
6. BORANG F Penilaian Outcome
7. BORANG G Ringkasan Anggaran Kos
Borang-borang dilampirkan bersama Garispanduan ini dan ia juga boleh dimuat turun dari
laman web Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia di
www.ukm.my/jpp .

JPP UKM | GARISPANDUAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMK10


mfs

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NationalUniversityofMalaysia

Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006


Winner of Prime Ministers Quality Award 2006

JADUAL KELUASAN RUANG

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

KELUASAN BILIK PEJABAT


TINGKATAN TERTINGGI
Jawatan Utama (JUSA) A
Jawatan Utama (JUSA) B dan C
Gred 53-54
Gred 47-52
Ketua-ketua atau Timbalan-timbalan Ketua Jabatan
dalam Gres 41-46
Lain-lain pegawai yang layak mendapat bilik

i.
ii.
iii.
iv.
v.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

LUAS BILIK (m.p.)


42.0
36.0
36.0
28.0
18.0
15.0

KELUASAN RUANG KERJA (WORKING SPACE) BAGI


PEGAWAI YANG TIDAK DISEDIAKAN BILIK
TINGKATAN TERTINGGI
LUAS BILIK (m.p.)
Gred 41-46
14.0
Gred 36-40
9.0
Gred 17-35
5.0
Gred 11-16
4.0
Gred 1-10
3.0

KELUASAN RUANG SOKONGAN DI DALAM PEJABAT


JENIS RUANG
KELUASAN RUANG
Bilik Mesyuarat
1.6 m.p. / kakitangan
Bilik Perbincangan
1.9 m.p. / kakitangan
Bilik Rehat / Pantry
15.0 m.p. (untuk muatan 6 orang)
Bilik Fail
20.0 m.p.
Bilik Komputer
1.9 m.p. /komputer (dengan sirkulasi)
Bilik Kebal
10.0 m.p.
Stor-stor
30.0 m.p.
Ruang Tetamu / Menunggu
20.0 m.p.

KELUASAN RUANG SOKONGAN / GUNA SAMA


JENIS RUANG
KELUASAN RUANG
i. Bilik Seminar / Persidangan atau yang
1.9 m.p. / orang
bersamaan
ii. Bilik Sumber / Bilik Bacaan atau yang
1.9 m.p. daripada 10% ruang sirkulasi dan
bersamaan
M&E
iii. Bilik Rekreasi atau yang bersamaan
36.0 m.p. (muatan 20 orang)
iv. Kafeteria (termasuk ruang persediaan / dapur) 100.0 m.p. (muatan 50 orang)
v. Bilik Sembahyang (termasuk ruang wuduk)
vi. Tandas (bilangan unit ialah 10% daripada
18.0 m.p. / bilik
jumlah pekerja / pengguna). Garis Panduan
Reka Bentuk Bilik Air Awam yang dikeluarkan 3.5-4.5 m.p. / unit (termasuk BBT/urinal)
oleh JKR perlu dipatuhi.

JPP UKM | GARISPANDUAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMK10


mfs

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NationalUniversityofMalaysia

Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006


Winner of Prime Ministers Quality Award 2006

BAGI RUANG-RUANG FUNGSI LAIN

JENIS RUANG
Auditorium / Dewan Besar
Dewan Kuliah
Bilik Kuliah
Bilik Tutorial
Bilik Seminar
Makmal Am
Kajian
vii. Studio senibina
viii. Bilik Lukisan Kejuruteraan
ix. Perpustakaam
a. Ruang Membaca
Terbuka
Jenis cubicle
Jenis Karrel
Muatan (kapasiti) untuk ruang membaca
b. Ruang Rak Buku Terbuka

KELUASAN RUANG
1.80 2.35 m.p. / tempat duduk
0.90 - 1.00 m.p. / orang
0.95 m.p. / orang
1.90 m.p. / orang
1.90 m.p. / orang
7.90 m.p. / orang
11.0 m.p. / orang
7.50 m.p. / orang
5.90 m.p. / orang

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

1.90 m.p. / orang


2.30 m.p. / orang
2.80 m.p. / orang
30% jumlah pelajar dan 20% jumlah kakitangan
120-150 naskah / m.p. setinggi 2.13 meter atau
5.60 meter persegi bagi setiap 1,000 buku; yang
mana lebih rendah.
Jarak antara rak adalah 0.90 meter
Jarak antara aisle adalah 0.90m 1.00m

ix. Kediaman
a. Pelajar
Sistem Dua Orang Sebilik
Sistem Seorang Sebilik
b. Pelatih
Sistem Dua Orang Sebilik
Sistem Seorang Sebilik
c. Unit Fellows
d. Kakitangan Sokongan
x. Kemudahan Dewan Makan
a. Pelajar & Kakitangan
xi. Kemudahan Dapur / Persediaan
a. Bagi jumlah 100 orang ke bawah
b. Bagi jumlah 101 400 orang
c. Bagi jumlah 401 orang keatas
xii. Kemudahan Rekreasi (merangkumi ruang
tetamu, bilik TV, bilik bacaan, pejabat kecil
dan lain-lain)

8.40 m.p.
11.20 m.p.
9.50 m.p.
14.00 m.p.
75.00 m.p. / unit
15.0 m.p.
1.00-1.20 m.p. / orang
0.75 m.p. / orang
0.50 m.p. / orang
0.40 m.p. / orang
0.95 m.p. / orang

PIAWAI UNTUK ASRAMA


Sistem 2 orang sebilik
Sistem 1 orang sebilik
Pelajar
K/tangan Gred <
Pelajar
Pegawai Gred
40
41 53
Bilik Tidur (m.p. / orang)
8.40
15.00
11.20
20.00*
Dewan Makan (m.p. / orang)
Campuran Pelajar dan Kakitangan: 1.00 1.20
Dapur (m.p. / orang)
(i) < 100 org : 0.75 (ii) 101-400 org : 0.50 (iii) > 401 org : 0.40
Bilik Rekreasi (m.p. / orang)
0.95
Pejabat (m.p. / orang)
0.40
Bilik Air dan lain-lain (m.p. / orang)
0.40
1.35
0.40
0.4
Ruang Legar (m.p. / orang)
2.95
5.95
3.90
7.00
Jumlah (m.p. / orang)
14.45 15.05
25.00 25.80
18.20 18.80
30.15 30.90
Keluasan Purata (m.p. / orang)
14.75
25.45
18.50
30.55
Nota : * = Termasuk keluasan bilik air.
Jenis Ruang

K
E
L
U
A
S
A
N

JPP UKM | GARISPANDUAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMK10


mfs

You might also like