You are on page 1of 1

SENARAI 4 AKTIVITI UNTUK PROGRAM INTERVENSI BAGI BAND TP 1 AND TP 2

on November 22, 2021

Pelajar-pelajar yang memerlukan program intervensi memerlukan lebih banyak bantuan dari pihak para
guru. Oleh itu dibawah saya senaraikan beberapa aktivti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Program
Intervensi. Harap perkongsian saya membantu😀 Cikgu-cikgu boleh masukkan aktiviti-aktiviti di bawah
dalam CATCH-UP PLAN CIKGU.

SENARAI AKTIVITI👇

KAEDAH PERANCAH "SCAFFOLDING"

1) Mengasingkan kumpulan TP1 DAN TP2 dan melakukan ulangkaji bersama mereka. Pilih topik atau
tema yang mereka kurang faham dan ajar semula. Kemudian baru memberi latihan . Aras pertama bantu
mereka dalam melengkapkan latihan yang diberi. Kemudian Aras kedua berikan latihan lain dan berikan
masa untuk mereka jawab. Dan kemudian semak secara perbincangan. Akhirnya Aras ketiga berikan
penilaian sumatif dan dapatkan MARKAH dan tukarkan kepada BAND.

KAEDAH ULANGAN "TARGET REPETITIVE"

2) Mengasingkan kumpulan TP1 DAN TP2. Berikan latih tubi secara tertumpu kepada bahagian yang
mereka lemah SAHAJA!.(Mengajar bahagian yang lemah- memberi latihan yang sama-mengajar semula
bahagian yang lemah-memberi latihan yang sama semula-mengajar semula bahagian yang lemah
-memberi latihan yang sama semula-dan akhirnya penilaian sumatif) dapatkan MARKAH dan tukarkan
kepada BAND.

KAEDAH REFLEKSI "REFLECTION"

3) Mengasingkan kumpulan TP1 DAN TP2. Setiap sesi pdp cikgu berbual bersama pelajar dan dapatkan
pendapat mereka berkaitan kefahaman mereka terhadap tema atau topik dan cara-cara untuk
memperbagaikan latihan untuk membantu mereka meningkatkan TP mereka. (Mengajar- sesi refleksi-
mengajar- membuat latihan bentuk aneka pilihan- sesi refleksi- mengajar-membuat latihan bentuk
struktur dan akhirnya penilaian) dapatkan MARKAH dan tukarkan kepada BAND.

4) KAEDAH MOTIVASI KENDIRI " MOTIVATIONAL PAIR WORK OR GROUP WORK WITH SELF LEARNING"

Jangan mengasingkan kumpulan TP1 DAN TP2. Setiap kali membuat latihan para pelajar digalakan
berbincang bersama rakan. Ini dapat meningkatkan motivasi pelajar serta dapat belajar sesama sendiri .
Berikan masa untuk pelajar membuat ulangkaji bersama kawan dan kemudian membuat penilaian
sumatif ( cikgu mengajar- pelajar menjawab latihan secara "pair work"-kemudian bincang jawapan-
cikgu memberi tugas untuk mengulangkaji bersama "pair or group work" dan cikgu membuat penilaian
sumatif ) dapatkan MARKAH dan tukarkan kepada BAND.

You might also like