You are on page 1of 3

SENARAI 4 AKTIVITI UNTUK PROGRAM INTERVENSI BAGI BAND TP 1 AND TP 2

Pelajar-pelajar yang memerlukan program intervensi memerlukan lebih banyak bantuan dari pihak para
guru. Oleh itu dibawah saya senaraikan beberapa aktivti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Program
Intervensi. Harap perkongsian saya membantu😀 Cikgu-cikgu boleh masukkan aktiviti-aktiviti di bawah
dalam CATCH-UP PLAN CIKGU.

SENARAI AKTIVITI👇

KAEDAH PERANCAH "SCAFFOLDING"

1) Mengasingkan kumpulan TP1 DAN TP2 dan melakukan ulangkaji bersama mereka. Pilih topik atau
tema yang mereka kurang faham dan ajar semula. Kemudian baru memberi latihan . Aras pertama bantu
mereka dalam melengkapkan latihan yang diberi. Kemudian Aras kedua berikan latihan lain dan berikan
masa untuk mereka jawab. Dan kemudian semak secara perbincangan. Akhirnya Aras ketiga berikan
penilaian sumatif dan dapatkan MARKAH dan tukarkan kepada BAND.

KAEDAH ULANGAN "TARGET REPETITIVE"

2) Mengasingkan kumpulan TP1 DAN TP2. Berikan latih tubi secara tertumpu kepada bahagian yang
mereka lemah SAHAJA!.(Mengajar bahagian yang lemah- memberi latihan yang sama-mengajar semula
bahagian yang lemah-memberi latihan yang sama semula-mengajar semula bahagian yang lemah -
memberi latihan yang sama semula-dan akhirnya penilaian sumatif) dapatkan MARKAH dan tukarkan
kepada BAND.

KAEDAH REFLEKSI "REFLECTION"

3) Mengasingkan kumpulan TP1 DAN TP2. Setiap sesi pdp cikgu berbual bersama pelajar dan dapatkan
pendapat mereka berkaitan kefahaman mereka terhadap tema atau topik dan cara-cara untuk
memperbagaikan latihan untuk membantu mereka meningkatkan TP mereka. (Mengajar- sesi refleksi-
mengajar- membuat latihan bentuk aneka pilihan- sesi refleksi- mengajar-membuat latihan bentuk
struktur dan akhirnya penilaian) dapatkan MARKAH dan tukarkan kepada BAND.

4) KAEDAH MOTIVASI KENDIRI " MOTIVATIONAL PAIR WORK OR GROUP WORK WITH SELF
LEARNING"

Jangan mengasingkan kumpulan TP1 DAN TP2. Setiap kali membuat latihan para pelajar digalakan
berbincang bersama rakan. Ini dapat meningkatkan motivasi pelajar serta dapat belajar sesama sendiri .
Berikan masa untuk pelajar membuat ulangkaji bersama kawan dan kemudian membuat penilaian
sumatif ( cikgu mengajar- pelajar menjawab latihan secara "pair work"-kemudian bincang jawapan- cikgu
memberi tugas untuk mengulangkaji bersama "pair or group work" dan cikgu membuat penilaian sumatif )
dapatkan MARKAH dan tukarkan kepada BAND.
AKTIVITI- AKTIVITI PENGUKUHAN/ PENGAYAAN YANG BOLEH DILAKUKAN SELEPAS HABIS
SILIBUS

Jom kita lihat senarai aktiviti-aktiviti yang boleh cikgu-cikgu lakukan selepas habis silibus

AKTIVITI- AKTIVITI PENGUKUHAN

1) Ulangkaji semula tajuk-tajuk yang susah

2) Memperbanyakkan soalan latih tubi

3) Melakukan kuiz

4) Memperbanyakan aktiviti-aktiviti yang memperkembangkan perbendaharaan kata pelajar "KNOWING


WORDS KNOWING TERMS"

5) Meminta pelajar membaca nota semula dan hasilkan nota yang lebih ringkas menggunakan peta
minda. Kemudian bentangkan kepada seluruh kelas.

6 ) Membuat refleksi bersama pelajar dan tumpukan perhatian dalam topik-topik yang pelajar lebih
berminat. Hubungkan topik-topik tersebut dengan dunia sendiri dan luar pelajar.

7) Memperkukuhkan tatabahasa pelajar {Strengthen Grammar}

8) Memberikan latihan-latihan yang boleh memperbaiki tulisan pelajar

9) Memberi modul dan membincangkan modul

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN

10) Memberikan soalan-soalan KBAT/ HOTS kepada pelajar

11) Membuat permainan penyelesaian masalah "AGONY COLUMN'

12) Mengajar pelajar cara-cara untuk membuat pembentangan

13) Mengajar pelajar cara-cara menulis Email

14) Mengajar pelajar ilmu luar kotak Matematik seperti hubungkan Matematik dengan Pengurusan Duit
serta Perakaunan. Mula dengan mudah ke tahap yang sukar. Pelajar confirm minat!

15) Membuat aktiviti-aktiviti [TASK BASED LEARNING] berikan tugasan dan meminta pelajar
menyiapkannya. * BUKAN LATIHAN TETAPI TUGASAN [SKILLS ORIENTATED]

16) Membuat aktiviti-aktiviti [CONTENT BASED LEARNING] berikan sesuatu projek dan memberi jangka
masa dimana cikgu dan pelajar mengunakan kitaran [PROCESS-PRODUCT]

* Setiap langkah pelajar perlu membuat laporan ringkas

17) Mengajar pelajar penulisan [DIARY] "ceritakanla tentang diri anda

18) Bermain game yang meningkatkan tahap pemikiran pelajar berdasar topik dalam buku teks. IQ
GAMES.

19) Mengajar ilmu kemanusiaan sesuai dengan Pendidikan Moral dan Sivik
20) Mengajar pelajar tentang ilmu -ilmu "PSYCHOLOGY AND CAUNSELLING" seperti cara -cara
mengawal emosi, pemikiran postif dan pemikiran negatif.

21) Membuat aktiviti-aktivit DIY dan kesenian

22) Menggalakkan pelajar-pelajar membuat experiment secara "VIRTUAL" sesuai untuk subjek Sains dan
Amali.

23) Memperkenalkan Dokumentari menarik yang dapat memperkembangkan ilmu pengetahuan pelajar
{building learners general knowledge}

24) Membuat aktiviti-aktiviti seperti {Podcast } dimana pelajar digalakkan untuk bercakap dan kongsikan
pendapat sendiri

25) Mengalakkan pelajar membaca pelbagai buku fakta ataupun cerita dan berkongsi pendapat tentang
buku tersebut bersama guru dan kawan

26) Membuat nilam bersama pelajar

27) Memperkenalkan sastera kepada pelajar { introduce literature to learners]

28) Memperkenalkan pelajar kepada ilmu pekerjaan dan sektor pekerjaan berdasarkan kesesuaian topik

29) Menggalakan pelajar untuk [THINK OUT OF THE BOX] dan mereka serta mencipta bahan dibawah
bimbingan guru.

You might also like