You are on page 1of 3

Struktur Kursus GGGE5014: Kaedah Mengajar.

Senarai Tajuk Kuliah

Minggu Tajuk

1. Teori Pembelajaran

2. Model Pengajaran Abad ke-21

3. Penjajaran Konstruktif

4. Pengenalan Kepada KSSM/KBSR

5. Strategi Motivasi

6. Strategi Pengajaran Terbeza

7. Persekitaran Pengajaran & Pembelajaran Maya

8. Pentaksiran Pembelajaran

9. Kecerdasan Pelbagai dalam pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran

10. Peranan Ibu Bapa dalam Pembelajaran Pelajar

11. Mengurus Pengajaran & Pembelajaran bagi Pelajar Berisiko

12. Kuiz

13. Pembentangan

14. Pembentangan
Tugasan Kaedah Mengajar

1. Kuiz (15%)
 Diberikan setelah semua topik kuliah dibentangkan kepada pelajar
 Pelajar diberi masa selama satu jam sahaja untuk menjawab soalan yang diberikan
 Pelajar diminta untuk memastikan maklumat nama/no siswa/pensyarah adalah tepat
 Markah kuiz mengikut kumpulan pensyarah akan diserahkan oleh penyelaras kursus

Jawab kesemua soalan yang diberikan.


Pautan: https://forms.gle/M9t87xqyYkVyyb2e6

2. Penulisan dan pembentangan Perancangan Aktiviti Pengajaran Berkesan (45%)


 Cadangan pelaksanaan: Perjumpaan ke-2
 Pelajar perlu membentuk kumpulan kecil (3-4 satu kumpulan)
 Pelajar membuat perancangan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
menggunakan templat yang telah disediakan dan justifikasi pemilihan kaedah/aktiviti
(dalam 2-3 muka surat). (Tugasan 2.1 – 30%) -
 Pelajar perlu membentang perancangan RPH beserta justifikasi (Tugasan 2.2 – 15%)
 Pensyarah perlu memberi komen dan cadangan penambah baikan RPH pelajar

Anda merupakan seorang guru baharu yang ditempatkan di sebuah sekolah luar bandar. Anda
ditugaskan untuk mengajar sebuah kelas dengan bilangan pelajar yang besar iaitu seramai 36
pelajar. Pada pengamatan awal anda, pelajar-pelajar ini mempunyai tahap pengetahuan dan
kemahiran yang berbeza. Ada segelintir pelajar juga dilihat tidak bermotivasi semasa di dalam
kelas.

Berdasarkan situasi ini, rancang satu aktiviti pengajaran yang berkesan untuk mengatasi isu-
isu yang wujud di dalam kelas anda. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan pembelajaran abad ke-21 dalam merangka
satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk kelas anda. Gunakan templat RPH yang
disediakan. Beri justifikasi pemilihan kaedah/aktiviti PdP yang dipilih.

Bentangkan perancangan anda dengan justifikasi pemilihan kaedah dan aktiviti yang
dicadangkan. Pembentangan anda perlulah menjelaskan secara terperinci RPH yang
dibangunkan dan justifikasi aktiviti pembelajaran yang dipilih pada setiap fasa pengajaran.

3. Projek berkumpulan (40%)


 Cadangan pelaksanaan: Perjumpaan ke-2
 Pelajar perlu membentuk kumpulan kecil (3-4 satu kumpulan)
 Pelajar dalam kumpulan akan membangunkan satu modul inovasi pengajaran yang akan
dibentangkan di dalam kelas (30 minit) – sekurang-kurangnya 3 RPH untuk kumpulan 3
orang/ 4 RPH untuk kumpulan 4 orang
 Setiap ahli perlu mengambil bahagian dalam pembentangan ini
Kenal pasti satu topik pembelajaran yang dirasakan sukar dikuasai oleh pelajar anda.
Bangunkan satu modul pengajaran yang mengintegrasikan teknologi bagi membantu pelajar
menguasai topik yang dirasakan sukar untuk dikuasai. Modul ini perlulah mengandungi
sekurang-kurangnya tiga/empat RPH yang dibangunkan berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan alatan teknologi yang dirasakan relevan. Setiap RPH
yang dibangunkan perlulah mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Beri perhatian
kepada kesemua fasa pelaksanaan proses pengajaran seperti:
a. Objektif
b. Kandungan
c. Kaedah Penyampaian
d. Pentaksiran.

Bentangkan modul inovasi ini secara berkumpulan. Pastikan setiap ahli kumpulan anda
mempunyai bahagian dalam pembentangan ini.

You might also like