You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat PBS Kali Pertama 2020

Tarikh : 11 Januari 2020

Hari : SABTU

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran: (Rujuk Lampiran)

Agenda 1 Ucapan Pengerusi


1.1 Ucapan salam dan terima kasih kepada guru-guru yang hadir.
1.2 Menjelaskan tujuan mesyuarat.
1.3 Menyatakan penataran UPSR Tahun 6 bagi tahun 2020.

Tindakan : Makluman

Agenda 2 Pembentukan AJK PBS


2.1 Pengumuman ahli jawatankuasa PBS tahun 2020 (rujuk Lampiran) dan disahkan
oleh Guru Besar.
Tindakan : Makluman

Agenda 3 Perlantikan Guru Pentaksir 2020


3.1 Surat perlantikan guru pentaksir PBS 2020 akan dicetak dan diedarkan.
3.2 Tugas-tugas pentaksir diterangkan.
Tindakan : PK Pentadbiran

Agenda 4 Dasar PBS /PBD


4.1 Penjelasan Dasar PBS (rujuk Lampiran)
4.2 Semua guru bersetuju guna pakai Dasar PBS/PBD yang sedia ada.

Tindakan : Makluman

Agenda 5 Takwim PBS 2020


5.1 Penjelasan jadual aktiviti PBS 2020 (rujuk Lampiran)
5.2 Penjelasan Jadual Pengoperasian PBS 2020. (rujuk Lampiran)

Tindakan : Makluman

Agenda 6 Pengoperasian pelaporan PBD / evidens


6.1 Penerangan Penambaikan PBD 2020.
6.2 DSKP Tahun 4 (Semakan) untuk 2020 boleh dimuat turun oleh semua guru
matapelajaran Tahun 4.
6.3 Bukti dan prestasi pentaksiran PBS/PBD murid-murid perlu ada dan boleh
dikemukakan untuk pemantauan.
6.4 Prestasi pentaksiran murid perlu direkod sentiasa dan
disimpan dalam fail guru untuk rujukan.

Tindakan : Semua guru KSSR-PBS


Agenda 7 Pelaporan PBS – Penjaminan Kualiti PBS
7.1 Penerangan komponen Penjaminan Kualiti PBS: Pementoran & Latihan,
Pemantauan, Penyelarasan & Pengesanan.
7.2 Lantikan AJK Pementoran & Latihan, Pemantauan, Penyelarasan & Pengesanan
dari kalangan Ketua Panitia dan Pentadbir Sekolah.
7.3 Penerangan Penjaminan Kualiti PBS ditangguhkan ke mesyuarat akan datang
untuk membincangkan pelaksanaan Penjaminan Kualiti PBS oleh setiap AJK.

Tindakan : AJK PBS

Agenda 8 Pemantauan dan Pencerapan


8.1 Pemantauan dan pencerapan akan dilaksanakan 2 kali setahun iaitu Penggal 1
dan 2 mengikut Manual Sekolah 2020.
8.2 Pelaporan Pemantau & Pencerapan perlu didokumentasikan mengikut format
Penjaminan Kualiti PBS.
Tindakan : Pentadbir & AJK Pemantauan

Agenda 9 Pelaporan PBD 2020 - Tahun 1 - 6

9.1 Semua guru dikehendaki melengkapkan Rekod Pentaksiran 2020 untuk Penggal 1
dan Penggal 2. Perlu diserahkan kepada PK Pentadbiran / Setiausaha PBS untuk
disimpan dalam fail.
9.2 Dialog Prestasi PBD/PBS kepada ibu bapa diadakan untuk Penggal 1 & 2 bagi
menerangkan prestasi Tahap Penguasaan. Slip Prestasi perlu diserahkan kepada
ibu bapa.

Tindakan : Makluman / SU PBS

Agenda 10 Isu dan Masalah PBS & KSSR


10.1 Semua AJK Komponen Penjaminan Kualiti PBS: Pementoran & Latihan,
Pemantauan, Penyelarasan & Pengesanan yang dilantik perlu mengadakan
mesyuarat khas untuk pembahagian tugas dan pelaksanaan Penjaminan Kualiti
PBS yang lebih teratur.

Tindakan : Pentadbir Sekolah & AJK PBS

Agenda 11 Hal-hal Lain


11.1 Perancangan Strategik untuk PBS Sekolah perlu disediakan dan disimpan dalam
fail.

Tindakan : SU PBS

11.2 Berharap guru dapat menjalankan tugas dengan komited sepanjang tahun.

Tindakan : Semua guru KSSR-PBS

Mesyuarat ditangguhkan jam 10.00 pagi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………………… ………………………………………..
Pn. Nurazura Dinah bt Abdullah
Setiausaha PBS

You might also like