You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN JAWATANKUASA


BANTUAN SEKOLAH BIL 1 / (2019)

Tarikh : 8 JANUARI 2019

Masa : 12.20 TENGAH HARI

Tempat : BILIK MESYUARAT AULA PERDANA

Pengerusi : EN AZLI BIN MOHAMAD

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan berterima kasih kerana dapat


meluangkan masa datang ke mesyuarat kali ini. Pengerusi memaklumkan mesyuarat
kali ini adalah berkaitan bantuan awal persekolahan (BAP), rancangan makanan
tambahan (RMT) dan kumpulan amanah wang pelajar (Kwamp). Pengerusi berharap
semua yang hadir dapat memberi tumpuan dan kerjasama yang sepenuhnya
sepanjang mesyuarat yang dijalankan supaya tiada ketirisan maklumat yang ingin
disampaikan.

Makluman : Pengerusi

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh : En Muhamad Khalid Bin Ali


Disokong untuk pengesahan oleh : Pn Hjh Bahjah Binti Yusof

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Bantuan Awal Persekolahan (BAP)


Kelayakan murid yang menerima BAP adalah pendapatan seisi keluarga kurang
daripada RM 3000. Bantuan akan diberi secara pukal oleh kementerian
berdasarkan jumlah kelayakan. Pihak sekolah yang tentukan dan mengagihkan
bantuan tersebut kepada murid yang berkelayakan.
Tindakan : Penyelaras Unit bantuan
dan guru kelas
4.2 RMT
4.2.1 Perkapita kelayakan murid untuk menerima RMT adalah RM 140.

4.2.2 Pastikan guru kelas menyemak semula pendapatan ibu bapa untuk
mengelakkan murid cicir.

4.2.3 Pastikan tiada adik-beradik yang tercicir daripada menerima RMT.

4.2.4 Urusan borang permohonan perlu dikutip semula dan dibuat pemilihan
secepat yang mungkin untuk murid RMT tahun 1 dan murid cicir tahun 2
hingga 6 yang akan bermula pada 1 Februari ini.
Tindakan : Penyelaras RMT
dan Guru kelas

4.3 KWAMP
4.3.1 Perkapita kelayakan murid untuk menerima Kwamp adalah RM 230.

5 Tindakan : Penyelaras KWAMP

HAL-HAL LAIN

5.1 Pastikan borang permohonan yang dihantar disertakan bersama penyata


pendapatan ibu bapa / penjaga yang terkini. Sekiranya tiada penyata
pendapatan, ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi borang pengesahan
pendapatan. Borang pengesahan pendapatan yang telah lengkap perlu
mendapat pengesahan daripada Penghulu (Komplex penghulu) atau Ketua
kampung mukim Kampung Shaari (En Norazmi Bin Md Sanusi).

5.2 Nota arahan cara melengkapkan borang akan disertakan sekali untuk
memudahkan ibu bapa / penjaga mengisi borang dan mengelakkan ketirisan
maklumat.

5.3 Borang permohonan akan diedarkan pada 10 Januari 2019 bersamaan hari
Khamis. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dikembalikan kepada
guru kelas pada atau sebelum 13 Januari 2019 iaitu hari Ahad.

5.4 Borang yang diedarkan adalah borang permohonan untuk ketiga-tiga bantuan
dengan fomat baharu:
5.4.1 Pengurusan kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2019
5.4.2 Pengurusan kelayakan RMT untuk murid tahun 1 dan murid cicir tahun 2
hingga 6 2019.
5.4.3 Maklumat yang dihantar pada tahun semasa ini boleh digunapakai untuk
kelayakan bantuan tahun 2020.
5.4.4 Persediaan kepada pihak pengurusan untuk mengenal pasti murid yang
berkelayakan menerima Kwamp pada tahun 2020.
5.5 Pemilihan murid yang berkelayakan pada kali ini adalah berdasarkan borang
maklumat yang dikembalikan. Sekiranya tidak memenuhi syarat seperti :
5.5.1 Borang yang dihantar tidak lengkap
5.5.2 Pengesahan yang dibuat bukan daripada pihak yang sepatutnya
5.5.3 Terdapat keraguan dalam maklumat yang dihantar
5.5.4 Lewat menghantar borang daripada tarikh yang diberikan
Maka permohonan akan ditolak.

Makluman : Pengerusi

6 PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat
yang berikutnya.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.16 petang.

Disediakan oleh,

Setiausaha HEM
SK Simpang Rengam

Tarikh : 10 Januari 2019

You might also like