You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMOH

35350 TEMOH,
PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEKOLAH : ABA 0004
Tel / Fax : 05-4690253 / 05-4690263

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SK TEMOH KALI KETIGA 2019
Tarikh : 25 Jun 2019 (Khamis)
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik gerakan
Kehadiran :

1. En. Irwan B. Ab Hamid

2. Pn. Noor Huda Bt Hj Zakaria

3. En. Ahmad Faizal B. Abdullah Halim

4. En. Zairul Anuwar Bin Jamriy

AGENDA:

1. Ucapan Pengerusi
2. Maklumat Dari Ketua Panitia
3. Pentaksiran Pertengahan tahun
4. Hal – hal lain

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Ucapan Pengerusi (En. Irwan B. Ab Hamid) mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
panitia yang dapat hadir ke mesyuarat panitia Pendidikan Islam kali ketiga untuk tahun
2019.
1.2 Beliau memperkenalkan dirinya yang merupakan guru Bahasa Arab dari Sekolah
Kebangsaan Air Kuning selama 12 tahun. Telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan
Kokurikulum di SK Temoh. Akan mengajar Pendidikan Islam dalam bidang Ulum dan Al-
Quran serta Tasmik bagi tahun 4, 5 dan 6.
1.3 Beliau juga memohon tunjuk ajar dari ahli-ahli panitia dan mengharapkan program-
program yang bakal berlangsung akan dilaksanakan dengan jayanya.

Tindakan : Semua Ahli Panitia

1
2. MAKLUMAT DARIPADA KETUA PANITIA (AKTIVITI PANITIA)
2.1 Ketua Panitia (Pn. Noor Huda) menerangkan aktiviti yang sedang berjalan iaitu bacaan
Yassin dan Solat Hajat setiap hari Jumaat.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

2.2 Mulai tahun 2020 MTQSS akan dijalankan pada hujung tahun. Pertandingan Kalam Sya’bi /
dikir barat.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

2.3 PEKDIS
Yuran akan dikenakan sebanyak RM15 seorang mulai tahun hadapan. Pihak mereka
meminta mempromosikan korban dan aqiqah yang akan dikendalikan oleh mereka
kepada guru-guru yang berminat.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

3. PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN


3.1 Analisis pentaksiran akan dilakukan dengan membandingkan keputusan ujian 1 dengan
PPT. Berdasarkan analisis yang dilakukan, ahli-ahli panitia akan membuat program
Intervensi bagi murid yang belum mencapai tahap minima.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

3.2 Antara intervensi yang dibuat ialah zirah cakna keluarga murid, latih tubi serta bimbingan
dan nasihat.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia
3. HAL-HAL LAIN
3.1 Guru Besar berharap agar semua ahli panitia bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti-
aktiviti yang dirancang pada tahun ini bagi kepentingan anak murid SK Temoh.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 2.30 petang.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

................................................. ................................................
AHMAD FAIZAL B. ABDULLAH HALIM NOOR HUDA BT HJ ZAKARIA
SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
2

You might also like