You are on page 1of 4

PUNCA PERUBAHAN KBSR KE KSSR

 KSSR dibawa masuk menggantikan KBSR di dalam sistem pendidikan pada hari ini
merupakan salah satu proses penyusunan semula dan penambahbaikkan kurikulum
sedia ada.

 Perkara ini dibuat adalah untuk memastikan anak-anak bangsa Malaysia sentiasa
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran dunia maju.

 Hal ini berlaku kerana kerajaan dan kementerian pelajaran ingin melonjakkan sistem
pendidikan Malaysia di mata dunia supaya di pandang tinggi oleh negara lain.
KEPENTINGAN PERUBAHAN KBSR KE
KSSR
 Perubahan ini bertujuan bagi melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kritis,
inovatif serta mempunyai sifat keusahawanan dan mahir dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

 Selain itu, KSSR masih mengekalkan penekanan kepada konsep 3M namun ia


ditambah baik dengan pengenalan satu lagi akronim M yang merupakan satu aspek
baru iaitu menaakul menjadikannya 4M. Oleh itu, konsep 4M yang dimaksudkan
ialah membaca, menulis, mengira dan menaakul.
 Perkara ini bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan
modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi,
berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.

 Seterusnya, ia merupakan langkah pertama kementerian dalam membentuk modal


insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan
2020, Cabaran Abad ke-21 dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.

 KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR. Walaupun begitu, sistem ini mempunyai
penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu
secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan
seumur hidup.
 Selain itu, pengenalan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dalam
KSSR turut mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid dan melaksanakan
pentaksiran holistik yang berterusan.

 Hal ini kerana KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak
terlalu berorientasikan kepada peperiksaan seperti yang ditekankan dalam KBSR
sebelum ini. Buktinya, perlaksanaan KSSR ini adalah untuk mengurangkan tekanan
peperiksaan awam berbeza dengan tujuan sebenar KBSR pada ketika itu yang
hanyalah memfokuskan pencapaian gred A.

You might also like