You are on page 1of 1

D.

BAHAYANYA TAFSIR ISRAILIYAT KEPADA MASYARAKAT ISLAM

Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah mengenai kitab Al-
Quran serta kesahihannya. Firman Allah :

“Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang
bertakwa.” Al-Baqarah: 2

Ayat di atas menjelaskan fungsi al-Quran sebagai memberi petunjuk kepada


orang yang bertakwa. Bagaimanapun, bukan semua daripada kita memahami
bahasa arab yang menjadi bahasa al-Quran. Justeru kita memerlukan kepada
penafsiran ayat-ayat Allah. Hal ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada
munculnya tafsiran Israiliyat oleh sesetengah pihak termasuk juga segelintir
pendakwah.

Menurut Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad yang mana beliau merupakan
pensyarah Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, secara mudahnya, Israiliyat merupakan satu istilah yang merujuk kepada
maklumat, cerita dan riwayat-riwayat yang diambil daripada Bani Israel iaitu
golongan Yahudi dan Nasrani. Ia merangkumi kisah-kisah umat dahulu kala, kisah
para nabi dan rasul serta aspek-aspek yang berkaitan dengan kejadian dan
penciptaan. Namun begitu, ada sebahagian ulama Islam yang memperluaskan
definisi ini dengan merangkumkan semua unsur asing yang menyerap ke dalam
tamadun Islam termasuk kisah-kisah dongeng yang dinukilkan daripada Majusi. Oleh
itu

You might also like