You are on page 1of 4

MPU3031 – PENGURUSAN KOKURIKULUM

FORMAT KERTAS KERJA

KULIT KERTAS CADANGAN


- Lencana sekolah yang dipilih di internet
- Tajuk Projek/ aktiviti
- Butiran Projek : Tarikh / masa/ tempat
- Nama Kelab/ persatuan Penganjur
- Disediakan oleh : Nama dan Jawatan anda ( Guru Penasihat )

TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini dicadangkan untuk tujuan-tujuan berikut :


a. Untuk mendapatkan kelulusan dan punca kuasa menjalankan aktiviti
b. Untuk mendapatkan kelulusan dan punca kuasa menggunakan tenaga kerja
(AJK ) dalam pelaksanaan aktiviti
c. Untuk mendapatkan kelulusan dan punca kuasa menggunakan
infrastruktur dan infostruktur sepanjang pelaksanaan aktiviti
d. Untuk mendapatkan kelulusan dan punca kuasa menggunakan peruntukan
kewangan bagi menampung kos aktiviti

1.0 PENGENALAN

Merangkumi :
i- Latar belakang projek/ sejarah / definisi , mana2 yang berkenaan
ii - perkembangan projek/aktiviti ini di peringkat antarabangsa ( dunia/ asia)
iii- perkembangan projek/ aktiviti ini di Malaysia / peringkat sekolah-sekolah
Malaysia atau pertandingan peringkat kebangsaan untuk projek/aktiviti ini
iv- kepentingan pelaksanaan projek/aktiviti ini di sekolah anda

2.0 RASIONAL

• Perlu dinyatakan:
a. Kepentingan memilih projek / aktiviti
b. Kepentingan kepada guru penasihat dan kerjaya
c. Kepentingan kepada sekolah, masyarakat dan negara.
d. Kepentingan kepada sistem politik, sosial, budaya, ekonomi dan pendidikan.
e. Apa kesan jika tidak dilaksanakan projek/ aktiviti ini
3.0 MATLAMAT

- Ditulis dalam satu ayat


- Merangkumi sasaran projek dan seeloknya dikaitkan dihujung ayat dengan
mana2 Dasar Pendidikan atau dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara

4.0 OBJEKTIF
- ditulis dalam bentuk ‘point’
- satu point untuk satu objektif , tiada perkataan ‘dan’ pada setiap objektif
- minima 4 sahaja objektif untuk projek/ aktiviti ini

5.0 JANGKAMASA PROJEK ( TEMPOH/ TARIKH/ MASA/ TEMPAT )


- nyatakan dalam bentuk ‘point’ empat perkara berikut iaitu
Tempoh projek ( berapa hari/ minggu dst ), Tarikh, Masa dan Tempat

6.0 KUMPULAN SASARAN ( JANTINA/ BILANGAN)


- Nyatakan jumlah sasaran mengikut pecahan jantina

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

- jangan lupa nyatakan sumber kewangan

8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

AJK INDUK
Penaung : Nama Guru Besar
Penasihat : GPK
Setiausaha : Nama anda
Bendahari : Satu nama

AJK PELAKSANA
Guru Penasihat : nama anda
Lain2 ajk – murid ( ahli kelab )

9.0 TUGAS JAWATANKUASA

- Huraian tugas Semua AJK

10.0 PERATURAN / SISTEM PERTANDINGAN


- Sediakan Skrip Taklimat projek/ aktiviti
- Nyatakan sistem pertandingan yang digunakan untuk projek/ aktiviti
- Nyatakan Langkah-langkah keselamatan pelaksanaan projek/ aktiviti jika
berkenaan
11.0 BORANG PENILAIAN PROJEK

- Sediakan borang penilaian atau borang markah projek/ aktiviti


- ATAU sediakan borang senarai semak tinjauan ringkas tentang kepuasan
pelanggan ( peserta ) projek/ aktiviti

12.0 TENTATIF PROGRAM


- Minima 3 lajur ( Column )
Lajur 1 : Tarikh / Masa
Lajur 2 : Perkara / Aktiviti
Lajur 3 : Catatan / Tindakan
Catatan - Nama tempat aktiviti /sbgnya atau
Tindakan : sebutkan nama PIC ( Person In Charge )

13.0 CARTA GANTT PELAKSANAAN PROJEK


- mulakan dgn Mesyuarat Agung Tahunan Kelab anda pd Januari (minggu 1)
- pastikan terdapat 4 minggu dalam setiap bulan pada Carta Gantt dan
warnakan minggu di mana projek anda terlibat sahaja
- akhiri dengan Mesyuarat Post Mortem projek/aktiviti anda sekurang-
kurangnya seminggu selepas tarikh pelaksanaan projek/ aktiviti

14.0 BUKU PROGRAM /POSTER/ BROCHERS


- salah satu sahaja sama ada Buku Program / Poster/ Brochers ( pemplet )

15.0 TAKWIM KOKURIKULUM SEKOLAH

- sila buat carian di internet contoh Takwim Kokurikulum sekolah


- sediakan Takwim Kokurikulum sekolah anda dan jangan lupa
masukkan projek anda ke dalam senarai aktiviti di dalam Takwim
tersebut dan ‘highlight’ kan ia supaya dapat di kesan dengan mudah
oleh penilai

16.0 PENUTUP / KESIMPULAN


Merangkumi harapan berikut :
a. Pencapaian objektif-objektif
b. Kerjasama antara ahli dan AJK projek
c. Projek mendapat sambutan dan sokongan warga sekolah dan pihak
pentadbir sekolah
d. Moga kertas kerja mendapat kelulusan Guru Besar

Bina dan olah ayat sendiri merangkumi perkara di atas untuk penutup yang
mantap dan jangan tulis penutup/ kesimpulan dalam bentuk ‘point’.
LAMPIRAN

Minima 4 Lampiran termasuk senarai surat- surat berikut atau mana-mana


sahaja Lampiran yang berkenaan dengan pelaksanaan projek, aktiviti anda :
- Surat Panggilan Mesyuarat
- Surat Jemputan VIP / Penceramah
- Surat Kebenaran Ibubapa
- Notis Pemberitahuan Pemuafakatan ( Polis/ Bomba/ JPAM/Hospital/ JKKK )

SUMBER RUJUKAN
- Minima 4 sumber rujukan
( 4 buku / 3 buku , 1 URL / 2 buku , 2 URL / 1 buku 3 URL )
- Jangan 4 URL .

You might also like