You are on page 1of 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

MUZK 3263
AKTIVITI KREATIF DALAM PENDIDIKAN MUZIK – PENULISAN
REFLEKTIF

Nama : CRYSTAL ANCELYTA A/P


CHRISTOPHER
No. K/P : 000210101476
Angka Giliran : 2019112340169
Program : PISMP SEM 1 TAHUN 2
Ambilan : JUN 2019
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(SJKT)
Nama Pensyarah : EN. NORSHAMSURI
BIN SAPIAI @ SHAFIE
Tarikh Hantar : 03 DISEMBER 2020
PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasilMODERATOR
kerja saya sendiri kecuali
nukilan
Markah dan ringkasan yang setiap satunya
PENGESAHAN saya jelaskan
PELAJAR
Markah sumbernya.

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan
TandatanganPelajar:__________________________Tarikh
Tandatangan : _____________________

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


Cop Cop

Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

MUZK 3263
AKTIVITI KREATIF DALAM PENDIDIKAN MUZIK – PENULISAN
REFLEKTIF

Nama : MUHAMMAD IDZUAN BIN ABU


BAKAR
No. K/P : 000625050121
Angka Giliran : 2019112340050
Program : PISMP SEM 1 TAHUN 2
Ambilan : JUN 2019
Unit : BMSK1
Nama Pensyarah : EN. NORSHAMSURI
BIN SAPIAI @ SHAFIE
Tarikh Hantar : 03 DISEMBER 2020
PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasilMODERATOR
kerja saya sendiri kecuali
nukilan
Markah dan ringkasan yang setiap satunya saya
PENGESAHANMarkah jelaskan
PELAJAR sumbernya.

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh
Tandatangan Tandatangan : _____________________

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


Cop Cop

Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

MUZK 3263
AKTIVITI KREATIF DALAM PENDIDIKAN MUZIK – PENULISAN
REFLEKTIF

Nama : NUR FUTUWWAH BINTI RAHMAN


No. K/P : 000511010068
Angka Giliran : 20191123
Program : PISMP SEM 1 TAHUN 2
Ambilan : JUN 2019
Unit : BMSK1
Nama Pensyarah : EN. NORSHAMSURI
BIN SAPIAI @ SHAFIE
Tarikh Hantar : 03 DISEMBER 2020
PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasilMODERATOR
kerja saya sendiri kecuali
nukilan
Markah dan ringkasan yang setiap satunya
PENGESAHAN saya jelaskan
PELAJAR
Markah sumbernya.

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan
TandatanganPelajar:__________________________Tarikh
Tandatangan : _____________________

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


Cop Cop

Tarikh Tarikh
PENULISAN
REFLEKTIF
TUGASAN: PENULISAN REFLEKTIF

OLEH: NUR FUTUWWAH BINTI RAHMAN

Produk yang dihasilkan ialah produk yang boleh menghasilkan bunyi berton ringan. Bukan itu
sahaja, bunyi yang dihasilkan oleh produk ini adalah persis seperti bunyi yang terhasil daripada
ketukan kayu tiktok. Produk ini dihasilkan menggunakan bahan terbuang yang didapati dapat
menghasilkan bunyi sebagai alat muzik iaitu tempurung kelapa.

Tempurung kelapa yang banyak terdapat di rumah telah diuji terlebih dahulu keupayaannya
untuk menghasilkan bunyi. Pertama sekali, saya telah mengambil sebelah sahaja tempurung
kelapa tersebut dan mengetuknya menggunakan tangan. Namun bunyi yang dihasilkan tidak
begitu memuaskan. Kemudian saya mengambil kedua-dua belah tempurung kelapa tersebut
lalu diketukkan sesama mereka dan akhirnya bunyi yang terhasil menepati bunyi yang diingini
iaitu bunyi seperti kayu tiktok. Produk ini juga diuji sekali lagi dengan sebelah tempurung
diketuk menggunakan sebatang kayu kecil dan ternyata bunyi yang lebih berkualiti dapat
dihasilkan.

Selain itu, tempurung kelapa yang telah dipilih dan diuji tersebut juga telah mengalami proses
penambahbaikan dari segi rupanya. Hal ini dibuktikan apabila sabut-sabut tempurung kelapa
tersebut dikikis dan dibersihkan menggunakan pengikir bermata. Bukan itu sahaja, permukaan
belahan tempurung kelapa itu juga diratakan menggunakan pengikis tersebut agar kelihatan
lebih kemas. Seterusnya, tempurung ini dikemaskan dengan digosok menggunakan kertas
pasir. Kerja-kerja pengemasan atau penambahbaikan rupa ini merupakan kerja yang agak
mencabar dan mengambil masa yang agak panjang namun ia merupakan pengalaman yang
paling seronok.

Produk ini telah diuji sekali lagi akan fungsinya dan ternyata ia mampu menghasilkan bunyi
seperti kayu tiktok dan boleh digunakan sebagai alat perkusi alternatif bagi mengiringi lagu di
sekolah rendah. Bukan itu sahaja, produk ini juga mudah untuk dihasilkan terutama bagi murid
yang berada di kawasan kampung kerana tempurung kelapa mudah didapati di kampung.

Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus kerana memberikan galakan
sepanjang proses penghasilan produk ini.
PENULISAN REFLEKTIF : PENGHASILAN PRODUK IMPROVISASI
Oleh : Muhamad Idzuan Bin Abu Bakar

Drum Bass

Produk improvisasi yang dihasilkan adalah alat perkusi drum bass yang mempunyai ton
berat. Pemilihan alat ini adalah untuk memastikan bunyi ton yang dihasilkan daripada setiap
alat perkusi yang dicipta oleh ahli kumpulan saya adalah berbeza. Penghasilan alat perkusi ini
mempunyai proses yang tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah.

Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang dikitar semula, bahan sedia ada dan
bahan yang boleh didapati dengan mudah serta murah. Bahan yang digunakan terbahagi
kepada bahan utama dan bahan hiasan. Bahan utama terdiri daripada bekas makanan plastik
berbentuk bulat yang diambil daripada dapur rumah, pita pelekat jernih yang diambil daripada
rumah lebihan daripada penggunaan sebelumnya dan kayu penyepit makanan yang dibeli
dengan harga yang murah di MR D.I.Y. Bahan hiasan pula terdiri daripada kertas pembalut
bercorak lebihan daripada penggunaan sebelumnya dan pita pelekat hitam yang sedia ada di
bilik.
Cara untuk menghasilkan alat perkusi improvisasi drum bass ini tidak mudah tetapi juga
tidak sukar. Terdapat langkah atau bahagian yang perlu diulang banyak kali dan memerlukan
ketelitian supaya alat yang dihasilkan ini dapat mengeluarkan bunyi yang seakan sama dengan
alat perkusi yang sebenar iaitu drum bass. Langkah yang pertama pastikan bahagian dalam
bekas makanan plastik bulat itu kosong dan bersih supaya alat yang dihasilkan cantik. Langkah
yang kedua, balut permukaan terbuka bekas makanan plastik bulat itu dengan menggunakan
pita pelekat jernih. Cara yang digunakan bagi langkah ini adalah dengan meletakkan hujung
pita pelekat pada bibir bekas makanan plastik bulat itu dan tarik pita pelekat pada bibir bekas
makanan plastik bulat yang berlawanan arah dengan tempat pertama hujung pita pelekat
diletakkan. Pastikan pita pelekat ditarik dengan tegang dan potong dihujungnya. Cara pada
langkah kedua ini diulang buat kali kedua untuk membetuk simbol tambah (+) pada permukaan
terbuka bekas makanan plastik bulat ini. Cara ini diulang sehingga keseluruhan permukaan
terbuka bekas makanan plastik bulat itu, ditutup dengan balutan pita pelekat jernih seperti
gambar di bawah :

Langkah yang ketiga, ketuk permukaan atas bekas makanan plastik bulat yang
ditutupi dengan pita pelekat ini dengan menggunakan penyepit kayu (chopstick). Sekiranya,
bunyi yang dihasilkan tidak menyamai bunyi drum yang diinginkan, ulang semula cara dalam
langkah kedua dengan memastikan pita pelekat ditarik dengan sangat tegang dan kemas.
Langkah keempat, langkah dimana saya mula untuk menghias permukaan luaran drum yang
dihasilkan dengan menggunakan kertas pembalut bercorak. Langkah kelima, lilit sekeliling
bahagian bibir bekas makanan plastik bulat atau drum yang dibalut dengan pembalut kertas tadi
dengan pita pelekat hitam sehingga kelihatan kemas. Akhirnya, drum telah siap dicipta, dihias
dan boleh digunakan.

Cara penggunaan drum bass yang saya hasilkan ini sangat mudah. Saya hanya perlu
memukul permukaan atas drum iaitu permukaan pita pelekat yang menutupi bekas makanan
plastik bulat dengan menggunakan dua penyepit kayu. Bunyi seperti drum bass iaitu ton berat
akan terhasil. Saya boleh mengetuk dengan perlahan atau kuat mengikut bunyi yang saya
inginkan. Saya juga boleh menghasilkan rentak mengikut tempo lagu iringan yang dimainkan
sama ada laju atau perlahan. Cara ketukan adalah berselang-seli tangan kanan dan tangan kiri.

PENULISAN REFLEKTIF CIPTAAN ALAT PERKUSI OLEH : CRYSTAL ANCELYTA A/P CHRISTOPHER
ALATAN MUZIK TAMBORIN

Bagi tugasan ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan satu produk alatan muzik perkusi dan
menggunakan alat tersebut dalam projek persembahan yang kreatif. Saya telah memilih alat
muzik yang tidak mempunyai pic dan yang mempunyai bunyi yang lanjut. Hasilan saya
diperbuat daripada bahan buangan. Kos bagi menyediakan alat muzik ini adalah murah dan
mudah didapati. Saya telah menghasilkan alat muzik TAMBORIN. Gambar di atas menunjukkan
Tamborin yang telah saya hasilkan.

Bahan – bahan yang digunakan untuk menghasilkan alat muzik tersebut ialah:
a) Pinggan Kertas

b) Riben

c) Loceng

d) Kertas Warna
e) Gunting

f) Penebuk lubang kertas

g) Pen marker

Rajah di bawah menunjukkan langkah – langkah yang telah saya ambil bagi menghasilkan
alatan muzik perkusi tersebut.
LANGKAH GAMBAR

1. Ambil dua pinggan kertas.

2. Tutup dua pinggan tersebut dengan


menghadapi permukaan bersama

3. Menandakan tanda titik supaya dapat


menebuk lubang dengan sesuai dan
tepat.

4. Menanda titik di sekeliling kertas


pinggan.
5. Menebuk lubang mengikut titik yang
telah ditanda pada 2 pinggan sekali
dengan menggunakan alat penebuhan
kertas.

6. Ini adalah permukaan pinggan yang


telah ditebukkan dengan tepat.

7. Masukkan ribbon ke dalam lubang. Buat


satu simpulan yang mudah.

8. Ini adalah rupanya setelah mengikat


riben dalam lubang – lubang yang
ditebukkan pada permukaan pinggan
kertas.
9. Masukkan loceng ke dalam riben dan
membuat simpulan supaya tidak jatuh.
Mengulangi langkah ini menggunakan
riben lain yang telah diikat pada
permukaan pinggan.

10. Begini rupanya pinggan kertas yang


telah disiapkan dengan ikatan riben dan
loceng.

11. Bagi menghiaskan pinggan tersebut,


saya telah memotong kertas warna
dalam bentuk nota muzikal.

12. Akhir sekali, melekatkan kertas warna


pada permukaan pinggan. Ini adalah
langkah yang terakhir dalam
menghasilkan alat muzik ini.
Cara menggunakan alatan ini adalah dengan mengetukkan permukaan pinggan dengan lembut
bagi menghasilkan bunyi serta goncang pinggan tersebut untuk menghasilkan bunyi “jingle”.
Ketukan pinggan tersebut perlulah mengikuti tempo sebuah lagu. Melalui aktiviti hasil alatan
muzik ini saya telah menggunakan kemahiran improvisasi dna mencipta. Saya juga dapat untuk
cuba jaya, manipulasi dan ubah bahan muzikal yang sedia ada.

You might also like