You are on page 1of 6

PENGGANDAAN BERENTAK

-Proses yang menggandakan kata dasar


mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata
dasar itu. Dalam penggandaan berentak,
seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-
bunyi tertentu diulang atau diubah.
Penggandaan berentak
ada tiga jenis :
1. Penggandaan berentak
pengulangan vokal
2. Penggandaan berentak
pengulangan konsonan 
3. Penggandaan berentak bebas 
Penggandaan berentak pengulangan vokal

• Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi


vokal tertentu iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contoh:

(i) sayur-mayur

(ii) selok-belok

(iii)hina-dina
Penggandaan berentak
pengulangan konsonan
• Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada
bunyi-bunyi konsonan tertentu.

Contoh:

(i) gunung-ganang

(ii) batu-batan

(iii) mandi-manda
Penggandaan berentak bebas 

• Penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri


persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.
Contoh:
(i) susur-galur
(ii) sahabat-handai

(iii) tinggi-lampai
DAUN KELADI
DAUN SELASIH
BEGITULAH TADI
TERIMA KASIH

You might also like