You are on page 1of 7

TUGASAN

SATU

1.0 PENDAHULUAN
Pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas (Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd Zohir
Ahmad, 2007). Dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara
mendekati sesuatu. Misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan
pembelajaran, maka pendekatan merujuk cara sesuatu mata pelajaran yang diajarkan
untuk mencapai objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang akan dibincangkan
iaitu pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif.
Strategi pengajaran ialah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah
serta teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategi-strategi pengajaran
yang dibincangkan dalam bahagian ini terdiri daripada pemusatan guru, pemusatan
murid, pemusatan bahan dan berasaskan tugasan/aktiviti.
Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan
menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif
pengajaran. Teknik pengajaran ialah satu kemahiran atau cara melaksanakan
penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti
pembelajaran. Secara khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran
dan perlu diteliti supaya dapat mempercepatkan penanggapan pelajar. Contohnya,
bercerita, perbincangan, demonstrasi, penyelesaian masalah, bermain dan lawatan.

2.0 PELAKSANAAN STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK


Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar (Amir Juhari & Noor Zila
Md. Yusuf, 2004). Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan
berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses
melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang
mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar
akan mencapai keupayaan yang sama.

Rajah 1

UNIT 4:
UNIT 1: UNIT 2: UNIT 3:
Penggunaan
Konsep kata Kegunaan Contoh kata
kata hubung
hubung kata hubung hubung
di dalam ayat

Berdasarkan rajah di atas, guru hendaklah memastikan unit pertama dikuasai oleh murid
sebelum guru mengajar unit yang kedua. Begitu juga seterusnya. Hal ini demikian kerana,
apabila sesebuah unit sebelumnya tidak dikuasai sepenuhnya oleh murid, kesukaran akan
berlaku disebabkan oleh unit seterusnya berkait rapat dengan unit seterusnya.

Menurut Teori Mentalis di bawah Teori Pemerolehan Bahasa, manusia ini


dilahirkan sejak azalinya mengenali bahasa. Oleh itu, pembelajaran bahasa akan diajar
secara berperingkat-peringkat. Contohnya, pada umur 0-2 tahun, kanak-kanak diasah untuk
menyebut perkataan yang kerap kali digunakan pada hari seharian. Sama halnya juga
dengan pembelajaran masteri yang secara berperingkat dari satu unit ke satu unit. Dengan
itu, proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar
kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat.

Selain itu, pengajaran menggunakan pendekatan deduktif. Pendekatan deduktif


boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu
atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke
atas contoh-contoh yang khusus (Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, 2015). Guru
memberikan rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada murid dan
mengajarnya kepada murid sehingga murid memahami, kemudian murid akan
mengaplikasikannya atau menggunakannya sebagai proses menyelesaikan masalah.

Konsep kata hubung

Ciri-ciri

Prinsip

Contoh

Pengaplikasian
penyelesaian masalah

Rajah 2

Pendekatan deduktif menggunakan penerangan konsep sebagai pembuka sesi pengajaran


secara umum untuk memberi gambaran kepada murid tentang kata hubung. Seterusnya,
ciri-ciri kata hubung supaya murid mengenali kata hubung. Prinsip diketengahkan juga
supaya murid-murid mempunyai landasan dalam menggunakan kata hubung dengan betul.
Contoh-contoh diberikan untuk memberi gambaran kepada murid tentang penggunaan kata
hubung. Seterusnya murid diuji dengan penyelesaian masalah. Guru memberi latihan
berbentuk soalan untuk menguji kefahaman murid sama ada di tahap lemah, sederhana
atau sangat memuaskan.

Seiring dengan Teori Nahu Tradisional di bawah Teori Huraian Bahasa, huraian
tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan displin-displin. Kajian bahasa dalam teori ini
mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum
memberikan contoh-contoh. Menurut Teori Nahu Tradisional juga, semua penutur bahasa
diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai
kesilapan. Peraturan-peraturan mengenai penggunaan kata hubung perlulah sering
ditekankan dan diingatkan oleh murid untuk dijadikan rujukan sepanjang pengaplikasian
penyelesaian masalah.

Strategi berpusatkan tugasan atau aktiviti ialah apabila guru melibatkan pelajar dalam
aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada murid untuk melatih atau
mengaplikasi pengetahuan yang telah mereka pelajari dalam tugasannya (W Gulo, 2008).
Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar murid
melibatkan diri dalam aktiviti dan jelas tentang matlamat yang ingin dicapai. Guru bertindak
sebagai pembimbing dengan membekalkan bantuan yang diperlukan murid. Contohnya
seperti aktiviti Gallery Walk.

Kumpulan kedua: kata


Kumpulan pertama:
hubung pancangan
kata hubung gabungan
relatif

Kumpulan ketiga: kata Kumpulan keempat:


hubung pancangan kata hubung
komplemen pancangan keterangan

Rajah 3

Berdasarkan rajah di atas, menujukkan pembahagian tugas untuk setiap kumpulan. Mereka
akan berbincang untuk mendapatkan maklumat sekali gus memperoleh maklumat daripada
persekitaran mereka. Pengetahuan mereka sedia ada tentang kata hubung sebelum ini
dapat disesuaikan dengan maklumat dan fakta yang diperoleh melalui tugasan atau aktiviti
ini. Guru yang bertindak sebagai pembimbing yang sentiasa membantu membekalkan
maklumat memainkan peranan dalam pembentukan maklumat baru tentang kata hubung.
Guru boleh menyediakan maklumat dan bahan manakala murid hanya memahami dan
membentangkan kepada rakan-rakan yang lain. Bukan sahaja guru, malah rakan
sekumpulan turut sama-sama berbincang bagi mendapatkan maklumat tentang tugasan
yang telah diberikan.

Hal ini demikian kerana, menurut Teori Kognitif di bawah Teori Pemerolehan
Bahasa, kanak-kanak menyerap dan menyesuaikan pengetahuan sedia ada dalam otaknya
dengan data-data yang diperoleh daripada persekitaran (Yahya Othman, 2005). Tambahan
lagi, kecekapan berbahasa akan diperolehi kanak-kanak melalui pengalaman dalam
interaksi persekitaran. Pengetahuan dan bahasa makin berkembang akibat tindakannya
dengan persekitaran. Namun, persekitaran tersebut hendaklah persekitarannya yang betul-
betul membantu perkembangan bahasa murid dengan informasi yang betul. Oleh hal yang
demikian, guru hendaklah sentiasa peka dan cakna berkenaan tentang segala maklumat
yang diperoleh murid sama ada betul atau sebaliknya sebelum mereka meneroka dengan
lebih mendalam.

3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, bahasa merupakan satu alat perhubungan yang sistematik. Hal ini
demikian kerana, bahasa mempunyai peraturan yang tersendiri. Guru hendaklah bijak
merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang
menarik bukan sahaja menarik minat murid untuk menumpukan perhatian kepada mata
pelajaran, tetapi juga menjadikan murid lebih fokus dan mudah menguasai sepenuhnya
mata pelajaran. Kewujudan Teori Pemerolehan Bahasa dan Teori Huraian Bahasa
adalah untuk dijadikan rujukan sepanjang merancang sesi pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif.
Strategi, pendekatan dan teknik yang dipilih oleh guru untuk digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran haruslah sesuai dengan Teori Pemerolehan Bahasa dan
Teori Huraian Bahasa. Penggunaan teori bukan sahaja dijadikan rujukan oleh guru tetapi
memudahkan murid untuk menguasai bahasa dengan sebaiknya. Setiap teori
mempunyai prinsip yang berbeza. Hal ini demikian kerana, teori ini dicipta berdasarkan
cara penutur bahasa menguasai bahasa.
RUJUKAN

Amir Juhari & Noor Zila Md. Yusuf. (2004). Pengajaran Tatabahasa Melayu di IPG.
Selangor: PTS Publications.
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2015). Kaedah dan strategi penngajaran kanak-
kanak berkeperluan khas. Johor Bharu: Penerbit USM.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi:
strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Selangor: PTDS Professional.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Selangor: PTS
Professional.
W Gulo. (2008). Strategi Belajar Mengajar. Indonesia: Grasindo.

You might also like